Followers

Tuesday, September 17, 2013

Beruntungnya Saya Ditemukan dengan Beliau!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, pada hari Sabtu lepas saya dan seorang ‘kakak’ Shaklee telah menganjurkan kelas Shaklee yang pada asalnya dibuat khas untuk downline kami. Tapi memandangkan banyak kekosongan, maka kami buka penyertaan pada adik-beradik lain. Ok, tentang kelas tu saya akan cerita lanjut di entri lain ya. Entri kali ini saya nak berkongsi pasal benda lain. Hehe..

Setelah mencari-cari tempat yang sesuai untuk kelas kami, akhirnya kami telah menyewa satu ‘ruang’ di HappyMindz, BBB. Ruang tersebut biasanya digunakan untuk kelas ballet. Tak ada kerusi meja, jadi sesuailah dengan konsep ‘santai’ di mana anak-anak bebas nak berguling dan sebagainya, bak kata partner in crime saya. Ok, saya pun bukanlah nak cerita tentang tempat yang kami sewa tu. Sungguhpun bagus juga dapat buat promosi percuma untuk HappyMindz ;)

Anyway, saya berkesempatan berjumpa dengan … saya pun tak pasti nak panggil dia pemilik, atau bos HappyMindz. Bila saya tanya beliau, beliau menyatakan beliau adalah ‘cleaner’ sahaja di situ ;p Cuma nak cerita, beliau rupa-rupanya adalah MamaFiza, iaitu pengamal homeschooling. Puas saya recall balik, padanlah website ‘littlekittle’ yang saya jumpa semasa meng’google’ HappyMindz terasa sangat familiar. Rupa-rupanya 4-5 tahun dulu saya pernah terbaca tentang homeschooling yang beliau kongsikan dalam website littlekittle!  Pada masa tu (dan masih lagi), saya sangat kagum dengan usaha beliau mengajar dan mendidik sendiri anak-anak di rumah.  Sangat tersusun, kemas, kreatif… hebat! Nah, bila Allah temukan saya dengan beliau tempoh hari, saya tak hairan yang beliau mampu lakukan semua itu, dengan attitude beliau yang sangat positif! Jarang sangat (saya la) dapat berjumpa orang macam tu. Masha Allah…sungguhpun beliau seorang yang petite, tetapi aura beliau sangat hebat! Cuba baca sharing daripada sahabat beliau di posting ini.. Sungguh saya kagum dgn beliau!


Walaupun hanya sempat berjumpa dan bersembang tak sampai sejam, masih terbayang-bayang lagak dan gaya beliau yg penuh semangat dan ceria. Sesungguhnya setiap yang berlaku itu bukanlah secara kebetulan. Setiap orang yang hadir dalam hidup kita bukan secara 'tidak sengaja'. Pastinya untuk diambil iktibar dan untuk kita belajar sesuatu daripada mereka. 



MamaFiza yang ceria & peramah. Macam dah kenal 10 tahun lagaknya.

Haih.. terasa macam jumpa selebriti pulok. Hehe.. Hope to meet her again in future ;) Moga Kau berkati pertemuan dan ukhuwah yang terjalin ini.

Nak dapatkan Shaklee?

Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com

fb: Aini Hayati Luey

ID Shaklee: 852412

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...