Followers

Wednesday, September 4, 2013

Alergi, Sistem Imun dan Nutriferon

Apakah kaitan alergi (alahan) dengan sistem imun tubuh?

Alergi adalah respon abnormal atau kegagalan dari sistem kekebalan tubuh seseorang di mana orang tersebut menjadi lebih sensitif terhadap zat-zat yang umumnya tidak berbahaya. Ketika orang tersebut mengalami alergi maka tubuhnya akan mengalami reaksi berlebihan. Orang yang memiliki alergi bersifat atopik sedangkan zat-zat yang menyebabkan alergi disebut alergen. Atopik adalah penyakit yang sangat umum atau biasa terjadi pada anak-anak atau orang dewasa. 




Baru-baru ni si Faeq naik gegata satu badan. Macam bintat kena gigit nyamuk tu.. Tapi ni lebih besar dan banyak. Kejadian berlaku lebih kurang seminggu sebelum raya, bermula dengan kaki tak silap saya.. pastu melarat ke tangan dan kemudian badan. Tak tau apa yang dia alah hingga dapat reaction macam tu. Masa kena tu, memang dia tengah batuk dan selesema. Faeq memang ada asthma, especially kalau batuk. Boleh kata waktu kena tu sistem imun tubuh dia tengah 'down'.  Tak bawak gi klinik pun sebab dalam fridge masih ada ubat alahan & ubat selesema (promethazine). Tak silap dulu Along pernah kena alergi jugak dan doktor bagi dua ubat ni. 

Nak cerita, bila bagi ubat klinik, sehari dua hilang lah kesan alergi tu. Lepas tu datang balik. Yelah, ubat tu just meredakan alergi reaction kan. Sebaik-baiknya kita kenalpasti apa yang badan kita alergikan tu dan cuba elakkan. Kitorang dah cuba tukar-tukar menu. Ayam, ikan, udang, daging.. tapi sama jugak. Tak baik-baik. Pada masa yang sama, saya bagi jugak Nutriferon 1 sachet sehari, bancuh dgn Performance. Untuk tingkatkan sistem imun Faeq. Tapi still takde perubahan positif. 





Then lepas balik cuti raya, kami decide nak cuba ubat homopati. Kebetulan jiran depan rumah memang pengamal perubatan Homopati. Sambil pergi beraya, sambil ambil ubat. hehe.. Semasa konsultasi, kami dimaklumkan yang cara ubat homopati ni bekerja ialah 'penyakit' akan dikeluarkan dari badan pada awal pengambilannya. So jangan terkejut kalau tetiba makin teruk keadaan Faeq nanti. Maksudnya gegata akan keluar makin banyak. Huhu.. Kami nekad untuk teruskan. Cewahh.. balik rumah terus bagi Faeq minum ubat homopati. Sejam 1-2 sudu besar. Nak tau apa berlaku selepas tu??


Makin banyak dan besar-besar bintat yang keluar. Memang ngerilah bila tengok tu. Faeq dah nangis-nangis sebab gatal sangat kot tapi kitorang tak bagi garu. Ye lah.. takut makin garu makin banyak lagi yang keluar. Last-last tak sampai hati, bagi jugak  makan ubat klinik utk redakan. Lepas makan ubat, tidur... Esok pagi dah takde.. Tapi dalam hati masih cuak.. bilakah ia akan muncul kembali? 

Kami teruskan bagi lagi homopati & Nutriferon. Hasil konsultasi dengan Kak N, kali ni saya upkan Nutriferon kepada 2 sachet sehari... Nasib baik Faeq ok je minum Nutriferon. Bila bancuh dgn air kosong rasa payau gitu je. Menjelang petang nampak ada naik sikit lagi gegata tu. Tapi KURANG dah daripada hari sebelum. Alhamdulillah.. So continue je bagi homopati & Nutriferon. Alhamdulillah.. beransur kurang dan kurang. Dia tak immediately hilang.. Tapi sikit demi sikit... Syukur sangat!


Rasanya tak sanggup lagi nak hadapi alergy reaction macam tu. Tapi semua yg berlaku pasti ada hikmahNya. Mungkin Allah nak tunjukkan jalan pada kami macam mana nak hadapi situasi ni jika berlaku lagi.. Dan moga perkongsian pengalaman ini juga bermanfaat pada orang lain.

Apa itu NutriFeron?

Ia adalah dalam bentuk serbuk, gabungan 4 ekstrak tumbuhan yg menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan. 

Interferon adalah protein yg membantu sistem pertahanan badan terhadap virus, bakteria, parasit atau sel-sel tumor. Nutriferon penting untuk sistem tubuh badan anda kerana ia boleh menguatkan sistem imun. Cara Nutriferon meningkatkan sistem imun ialah dengan menggalakkan setiap sel menghasilkan interferonnya sendiri.

Bagi yang concern terhadap ujian klinikal, ia telah melepasi banyak ujian-ujian klinikal. Nutriferon juga dah dipaten unik dan eksklusif untuk Shaklee.

Sumber


** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 


Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...