Followers

Wednesday, August 28, 2013

Rutin Mengepam di Ofis dan Simple Review Beg Menyusu Autumnz

Assalamualaikum...

Tibalah masanya saya berkongsi cerita tentang rutin mengepam susu di ofis. hehe..
Tak ada apa nak cerita pun. Saje nak tunjuk beg menyusu saya yang comel ni. Tetiba banyak pulak barang warna coklat + pink. Baju raya Adnin pun kaler ni jugak.

Waktu pregnant dulu banyak jugak survey beg menyusu. Dah ada macam-macam design sekarang ek. Dulu saya guna je beg pam Avent. Beg tu pun dah naik lunyai. Berapa tahun ek guna beg tu.. nak kira jap... hmm.. ada la masuk 6 tahun rasanya. 


 

So survey punya survey, berkenan la kat beg ni. Beli dari sorang kawan FB. Member group KIM mesti kenal dia.. Noorfazila. Dia memang penyokong tegar penyusuan susu ibu dan menjual barang-barang berkaitan penyusuan ni dgn harga yang berbaloi sangat! Beli beg ni dapat free satu set storage bottles & 3 ice pack. Semua pada harga yang super jimat! 

Konon aritu nak berdouple pumping kan.. sekali pam Avent manual ni jugak di hatiku. Bukan salah double pump tu. Dah beli, cuma tak bukak-bukak pun lagi. hehe...Tengoklah nak let go je ke macam mana. Ada yang berminat ke? Pam Ameda. Banyak review best-best pasal pam ni tau. ;)

Biasa satu plastik utk 1 feeding
Jadual pam saya di ofis adalah pada jam 10.30 -11 pagi & 4.30 petang. Pagi dalam kul 6.30 susukan Adnin. Tengah hari balik amik Along, susukan Adnin lagi. Nak tau takkk.. Adnin sebelum ni sanggup minum sikiit je sepanjang saya kat tempat kerja. Pagi menyusu dgn ibu, pastu kol 11 + atau 12 baru bangun untuk minum susu. Itupun 2oz tak habis! Saya balik baru dia nyusu direct. Pastu petang baru nyusu lagi dgn saya. Selalu turunkan sebekas susu utk 2x minum, tak habis pun. Separuh lagi siram kat pokok mangga depan rumah je. 

TAPI ahad lepas saya ada training Shaklee. So seharian tak ada kat rumah. Haahh.. first feeding malu-malu lagi nak abiskan susu. Sekali second feeding dah lapo gamaknya, ibu tak pulang-pulang... habis dia minum sebotol! Bibik kata LAJU dia minum.. hehe.. petang pun habis sebotol dia minum.. Alhamdulillah.. now memang dah ok minum ikut botol. Kalau tak, jenuh bibik nak suap guna syringe.
 Sekali pam biasa dapat utk 2 feeding. For now masih minum 2.5oz per feeding. Lepas ni tak tau lah.


Ini gambaran bahagian dalam beg Autumnz. Ada 2 bukaan. Sebelah besar, sebelah kecik sikit. Yang besar (kanan) saya simpan ice pack, pam & susu yang dah dipam. Lepas mengepam saya tak basuh pun pam tu.. just simpan blk dlm beg skali dgn ice pack bg dia sejuk so bakteria tak membiak dan selamat utk kegunaan seterusnya waktu petang. Bahagian yg kecik (kiri) saya letak storage bottles & storage bag. Kat bahagian luar pun ada poket. Dua-dua belah ada. Satu berzip, satu tak berzip.

Ada 3 cara nak bawa beg ni. Boleh jinjit je - ada pemegang atas beg ni, atau cara kedua boleh sandang di sebelah bahu. Cara ketiga boleh bawak as backpack (belakang). Convenient kan?

Ok, sambung cerita rutin saya. hehe ... Balik rumah kena terus simpan susu dalam fridge n freezer. Satu utk kegunaan esok. Selebihnya dlm freezer utk kegunaan masa depan. Pernah 2-3 kali TERLUPA nak simpan terus susu.. alamatnya esok pagi bye bye je lah susu tu. huhu...

Alhamdulillah, so far susu masih mencukupi untuk Adnin. Moga cukup sehingga Adnin 2 tahun. Ameen..!

p/s: Lebih banyak cerita tentang penyusuan - pengalaman saya, suplemen Shaklee & info lain di sini ya.

Berminat mendapatkan Set Penyusuan Set B, Eu-four, Set E atau Triple M? Jangan malu-malu untuk hubungi saya k!

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...