Followers

Tuesday, August 6, 2013

Blogging: Pengalamanku dengan Nuffnang


Assalamualaikum,

Hari ni nak cerita pasal pengalaman blogging dan side income yg diperolehi daripadanya. Apa lagi kalau bukan daripada Nuffnang.

Serius saya tak pernah terfikir pun akan dapat CPUV sebanyak ini...

Hehe.. siapa yang ada blog dan ada akaun Nuffnang je kot yg faham amende CPUV ni.

Sebelum ni tak pernah ambil port pun pasal income daripada blogging ni. Tapi sikit sebanyak teruja jugak bila nampak blogger lain update pasal cek yang diorang dapat daripada Nuffnang. Ada tu berblogging tak sampai setahun pun boleh dapat ratus-ratus. Heran kenapa blogku yang berusia lebih 2 tahun income dok tang tu je. (sen-sen je. huhu).. Tapi masih tak ambil apa-apa tindakan. hehe. Lepas tu baru-baru ni dapat offer daripada Nuffnang untuk buat sponsored post. Ok. Ini memang buat saya sangat teruja. Dapat RM100 just dgn buat advertorial post. Siapa nak bagi kan. Alhamdulillah. Inilah yang menggerakkan saya untuk korek dan study cara untuk dapat payment lebih besar daripada Nuffnang.

Study punya study.. Untuk dapat duit yang lebih masyuk drp Nuffnang, kena dapatkan lebih banyak CPUV. Gambar kat atas tu adalah CPUV saya selepas first cashout saya yg lepas. CPC biasa tak contribute byk sgt income. So macam mana nak dapat banyak CPUV?

Antara tips untuk dapat CPUV adalah:


  1. Status GLITTERATI 
    Status Glitterati bermakna kita takde letak iklan selain drp Nuffnang kat blog. Terutama iklan drp pesaing Nuffnang.

  2. Update Profile
  3. Update Survey - Pengiklan akan pilih blog yang bersesuaian dgn target market mereka. So update accordingly.
  4. Kedudukan Iklan di blog - Pastikan letak di ketiga-tiga posisi di blog 
Setelah update apa yang patut dalam akaun Nuffnang saya, tak sangka daripada '0' CPUV... now dah berpuluh total CPUV saya... hehe.. walaupun amaun RM utk setiap CPUV tu takdelah besar mana tapi OK lahh.. Tapi kebanyakan CPUV lebih suka singgah kat blog Dates n Such berbanding blog ni. Tak tau lah kenapa. Mungkin kebetulan baru-baru ni musim orang cari kurma, so visitor ke blog tu mencanak naik. Secara tak langsung mempengaruhi jugak kot.

Dan memang betul, blog kita tak semestinya ada beribu-ribu unique visitor utk dapat CPUV. Dapat 100 unique visitor pun takpe, asalkan ia konsisten... Graf tu kalau boleh hampir rata je lah.. jgn turun naik mcm gunung - lembah gitu. huhu.. Tapi kira BONUS lah kalau unique visitor pun ribu-riban dan ada pulak CPUV menyinggah time tu.

Baiklah, moga entri ini memberi manfaat kepada blogger lain. 

Selamat Hari Raya!

Nak dapatkan suplemen Shaklee??

Boleh hubungi saya melalui:

♥ pm: Aini Hayati Luey
♥ ID Shaklee: 852412
♥ sms/whatsApp: 012-289 7359
♥ emel: ainihayati[at]gmail.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...