Followers

Thursday, July 18, 2013

Suplemen Penyusuan - sebagai milkbooster atau untuk keperluan tubuh ibu?

Assalamualaikum,

Masih segar dalam ingatan saya masa mula-mula mencuba Set Penyusuan Shaklee iaitu Set B (B complex, Vitalea, Vitamin C, Alfalfa). Pengedar Shaklee saya, yang kini upline saya sering menekankan kepentingan 3 perkara untuk mendapatkan hasil yang diingini. Of course sebab utama beli set penyusuan pada masa tu adalah untuk atasi masalah susu merundum. Apakah 3 perkara tersebut?

1) Minum air masak sekurang-kurangnya 3L sehari (banyak la juga bagi orang yg susah minum air masak macam saya ni).
2) Kerapkan mengepam (sekurang-kurangnya setiap 3 jam sekali).
3) Banyakkan berdoa dan berzikir moga Allah banyakkan susu untuk anak kita.

Alhamdulillah, dalam tempoh seminggu dapat rasai peningkatan. Itu yang tersurat. Namun istimewanya Set Penyusuan Shaklee ini, ia BUKAN SEKADAR MILKBOOSTER. Yang tersirat di sebaliknya, ia mampu memenuhi keperluan nutrisi tubuh ibu. Kalau nak tambah susu semata, kami pasti akan syorkan ALFAFA, ESP atau OSTEMATRIX sahaja. Tapi dalam set ini juga terdapat b complex, vitalea dan vitamin C di mana ia sangat baik untuk ibu menyusu. 

Saya teringat kata-kata seseorang. Nenek beliau memang hebat. Mampu menyusukan sepenuhnya kesemua anak seramai 10 orang. Tapi tak sampai 50 tahun, gigi dah mula gugur! huhu... Nak ke jadi begitu? 

Tak dinafikan ramai yang mampu menyusukan anak tanpa bantuan suplemen pun. Susu tetap melimpah ruah, deep freezer penuh.. Alhamdulillah.. Tapi di sebalik itu, badan sering keletihan, sakit pinggang, sakit kepala, sakit gigi, stress... 

Pengambilan suplemen bukan bermakna tak perlu lagi makan nasi, daging, sayur dan sebagainya. Suplemen hanyalah sebagai pelengkap. Memenuhi ruang-ruang kosong nutrisi dalam tubuh. Dan tentunya, apa yang kita makan turut disalurkan kepada bayi yang kita susui. Ibu dan anak mendapat khasiatnya.

Ramai yang telah mencuba pasti setuju bahawa set penyusuan ini memenuhi keperluan tubuh si ibu. Pertambahan pada hasil susu adalah satu BONUS. Atau adakah ia sebaliknya? Tak kisahlah.. yang pasti kedua-duanya anda dapat!

Berminat mendapatkan Set Penyusuan Set B, Eu-four, Set E atau Triple M? Jangan malu-malu untuk hubungi saya k!

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...