Followers

Thursday, July 25, 2013

Check Up 3 bulan di Klinik Desa

Assalamualaikum,

Anak dah ompek baru merasa bawak anak pi check up kat klinik gomen. hihi.. Bukan nak eksen. Tapi sebab sebelum ni company husband cover vaccination kat klinik swasta. Tu yang terbawak-bawak sampai ke anak ketiga, walaupun time anak ketiga company tak cover dah pun.

So bila nurse datang cek baby dalam pantang haritu, dia tanya nak check-up kat klinik kerajaan je ke macam mana lepas ni. Amik kesempatan lah set appointment kat Klinik Desa Putra. Wallah.. memang berbaloi-baloi! Check-up sebulan & 2 bulan.. klinik lengang je. Dah la desa habis! hehe. Queue no. 2.. tak sampai sengah jam setel. Best check-up gomen ni ... sangat detail. Tapi kat klinik desa ni jururawat je lah yang bertugas. Masa first check up tu, kena jumpa doktor. So lepas injek, kena gi Klinik Kerajaan Dengkil pulak. Haa.. kat situ memang penuh klinik! Tak apalah, sekali tu je pun kena pergi. Lepas ni memang jumpa nurse je unless baby ada masalah la..

Sebelum ni tak berkesempatan amik gambar. Kali ni nekad kena juga snap 1-2 gambar kenangan. hehe..


On the way ke Klinik Desa Putra

Patient ke-3 

Pemandangan dalam klinik. Macam rumah kampung kan..

Lengang je kan. Tapi tadi ada jugak lah dlm 5 patient..


Sangat kedesaan kan.. ehehe..
Hasil check-up hari ni.. Berat Adnin agak statik. Naik dalam 200g je tak silap. Hmmm.. mungkin sebab dia tak berapa nak minum susu sepanjang ibu bekerja. Kadang tu turunkan 2 pek susu (2.5oz each), satu je minum. satu kena siram kat pokok. Sayang kan..Satu tu dia minum pagi, petang kadang-kadang je minum.. biasa tunggu ibu balik baru nyusu direct. Tapi kalau ibu ada kat rumah, kerap jugak dia menyusu. Kalau ibu gi kerja, nak tidur aje. Ibu balik baru dia balas dendam. Nurse advise, maybe dia tak berapa suka minum guna botol. Boleh ajar minum guna syringe atau cup. Sian dia.. nanti dah pandai merangkak lagi berat akan turun... Ok, nanti nak kena paksa minum susu setiap 2-3jam sekali. Moga Adnin sihat dan bam-bam dengan susu ibu ya..

Ibu lain ada experience macam ni? Nak buat macam mana ya?


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...