Followers

Friday, May 3, 2013

Pengalaman Bersalin yang ke-Empat

Bismillahirrahmaanirrahim..

Bajet bersalin kali ni baby keluar awal seminggu. Since tengok pattern anak2 sebelum ni semua makin awal..makin awal kan. So 15 April dah amik cuti siap2. Xpelah kalau x bersalin pun dpt la fokus pada biz hehe. Tapi maybe lepas ni (wah..nak tmbh lg tu ;p) dah x mo ambil cuti awal lagi. Sebab sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan. Haha.. barulah tau apa perasaan ibu2 yg overdue. Walaupun saya x overdue pun. Tapi perasaan tu seolah2 lambat sgt baby nak keluar.

Salah satu sebab x nak lambat bersalin ialah.. takut baby terlalu besar. Masa check up 39+ weeks, estimated baby weight is 3.5kg! Waahh.. kalau lagi seminggu mau 3.7 kg. Bukan apa, pengalaman melahirkan anak sulong seberat 3.7kg masih terpahat di minda.. Baby mengiring, last2 doc kena vacuum & berpantang dgn jahitan yg byk memang menyeksakan. Huhu..

Walau macam mana pun He knows Best. 
Tepat hari due (20 April 2013).. lebih kurang jam 5 pagi, perut memulas nak ke tandas. Lepas tu terasa macam contraction tapi tersangat mild. Tunggu lagi..dlm 15-20 min terasa lagi. Terus gerak hubby bgtau mcm dah time. Hati berdebar2 jgn cakap la. Hubby soh mandi dulu sementara dia sambung tido :p dah mandi kejut hubby n dia pun bersiap.. Sementara tu bancuh ESP + susu kambing hi goat + minyak selusuh & telan b comp sebiji. Semoga cukup tenaga nak push dan moga dipermudahkanNya.

Masuk subuh je terus solat..minta ampun maaf skali ;) dan zoommmm ... bergegas ke Azzahrah Bangi. Sampai klinik dlm 6.20 gitu. Ckp kat kaunter bawah kata nak bersalin. Dia offer wheelchair tapi takpe rasa boleh jalan lagi. Then kat tingkat 2 nurse soh masuk bilik prosedur untuk cek CTG. Dia nak dptkan graf utk 10 min tapi dlm tempoh tu rasa contraction lagi dok gerak2..graf pun hilang. Bila nurse dtg balik utk cek graf x complete, dia soh tunggu lagi 10min utk dptkan complete report. Katanya bidan akan cek bukaan dulu ..baru diorang akan panggil doktor. Bila bidan cek, rupanya dah 7-8cm. Bidan kata "kita terus ke labor room la ye.. anak sebelum ni memang cepat bersalin ke puan?" YA!! Huhu...

Dalam bilik prosedur - masih boleh tersenyum simpul 
Then terus ke labour room kita.. Dalam labour room dapat lah 2-3x contraction. Masa ni dah selang 5min je kot. Bila bidan cek pundi kencing mcm penuh so masukkan tiub utk keluarkan urin. Sekali mak ai..penuh bekas tu..huhu. Bila dah setel tu doktor pecahkan ketuban n diorang ramai2 tinggalkan saya dan husband. Rasanya ada patient lain pun nak bersalin juga masa tu. Dlm kol 7+ kot bidan masuk balik n cek bukaan..bila saya sakit je dia soh teran. Wahh..memang terasa baby turun. "ok! Dah full dilation. Panggil doktor! Panggil doktor!" Huwaa..masa ni mmg rasa suspen sangat sebab sakit dah x tertahan. Nurse 2-3 org setting segala persiapan utk menyambut baby.. Doktor pun dah standby kat depan. Masa ni mata pejam. Mulut x henti zikir. Bila sakit tu dtg, semua suruh teran!! Suara nurse pun dah sayup-sayup je masa ni.."ok..sikit lagi..sikit lagi.. teran kuat2 puan..sikitttt je lagi...jangan angkat punggung..kuat puan.. sikiit lagi.." doktor suruh rapatkan dagu ke dada n push. Sy pun push dalam satu nafas yg terasa sangaatttt panjang! Dan akhirnya jam 7.34 pagi terdengarlah tangisan baby perempuan pertamaku. Allahuakbar! Legaaanyaa.. =)
Bidan n nurse tgh bersihkan Adnin
Setelah dibersihkan

Rupanya berat baby 3.18kg sahaja. Berbaloi ibu berdiet sakan di hujung2 pregnancy. Malam kadang x makan nasi. Makan mlm kalo lapar sgt je sbb kadang tu tgh hari pun x sempat nak lunch sbb berkejar nak amik Along, nak pack order & nak pos order.

Anyway, sambung balik cerita ;p

Masa tgh bersihkan baby, bidan bgtau baby dah yak.. so doktor tanya nak overnight ke nak balik ptg? Saya cakap kalau semua ok n xde apa dah baik balik je. Hehe. Doktor kata nanti dia cek if semua ok, ptg tu dah boleh balik.

Katil sebelah yang masih kosong

Setiap satu patient ada satu tv

View partition sendiri..serba fink!


Plan nak stay bilik yg four-bedded (nak jimat punya pasal) sekali semua penuh. Bilik single-bedded pun penuh (tak mo pun) so dorang letakkan kat bilik 2-bedded.. bila ada kosong akan dipindahkan ke four-bedded. 

Alhamdulillah, rezeki baby. Bilik pun bilik baru. Masa masuk bilik tu kosong. Dekat tengah hari baru ada org isi katil sebelah. X kisah la lagipun ptg tu dah balik. Hehe.. Paling express!

ibu pun nak interprem ;p

Adnin ready to go home ♥
Memang rezeki baby.. walaupun stay bili 2 katil, tapi bayar harga pakej utk four-bedded. Total bil dengan sunat baby skali.. rm1,300+ kira ini yg paling basic lah. Xde tambahan ubat dsb. Alhamdulillah..syukur kerana dipermudahkan segalanya, berkat doa keluarga dan kenkawan ♥

Sekembalinya ke rumah.. disambut mesra oleh abang-abang. Soalan dari Fikry,

"Mana ayah dia??"
Ibu: "Tu ayah dia" sambil tunjuk kat husband.
Fikry: "Tu ayah Fikry..mana ayah dia??"
Ibu: adoi..

Abang Ngah: "Dah jahit (perut) ke ibu?"
Ibu: "Dah.."
Abg Ngah: "nak tengok..nak tengok"
Ibu: huhu..

Along x byk tanya..sangat maturwd. Dah besar anak ibu. Boleh jaga adik-adik ya..

Moga jadi abg2 yg bertanggungjawab pada adik2 ya..

Sekarang berpantang dgn Shaklee.. Yang saya amalkan ialah vitalea, b complex, zinc, ostematrix & esp. Selain teruskan minum susu kambing hi goat. Nak kena minum juga ESP bukan utk bykkan susu semata2 tapi untuk PUDARKAN STRETCHMARKS & untuk pudarkan parut jahitan!! 

Ingin dapatkan suplemen Shaklee? Boleh contact saya. Jangan risau..bisnes as usual ya ;)

Emel: ainihayati@gmail.com
Sms/whatsapp: 012-2897359
FREE CONSULTATION ♥

5 comments:

NinaAz said...

Tahniah sism comel babynya

ibuhebat said...

Tq nina.. alhamdulillah :)

lupekanje said...

aikkk...da tader bajar matematik ke? best lagi comment box yg aritu..

ibuhebat said...

Haha..dah lama sy remove kak..ada reader komplen

sharifah shahirah said...

tahniah sis dpt bby girl...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...