Followers

Wednesday, May 15, 2013

Pengalaman Berpantang dengan Shaklee

Assalamualaikum,

Hari ni masuk hari ke 26 saya berpantang. Alhamdulillah semua dipermudahkanNya. Macam biasalah kan, bila anak dah lebih seorang ni, cabarannya bukan nak menjaga baby. Tapi dugaan melayan kerenah anak-anak lain lebih menuntut kesabaran. hehe...

Jaundis
Adnin didapati ada jaundis sedikit aritu, tapi nurse cuma suruh teruskan menyusu badan dengan kerap. Alhamdulillah, masuk minggu kedua dah clear jaundisnya. Kalau ikut pengalaman anak-anak sebelum ni semua jaundis lambat baik. Dua daripadanya warded dan kena jemur bawah lampu. Jadi seawal semasa pregnant lagi saya cuba ambil langkah berjaga-jaga. Ada pendapat yang kata semua baby akan jaundis. Kita tak boleh elak jaundis pada newborn. Tapi pada saya, kalau boleh kita nak kurangkan. Kalau jaundis juga, biarlah sekejap aje dan tak perlu warded. Kita usaha, Allah yang menentukan. 

Antara tips yang dapat saya kongsikan.. Selain amalkan Set Kehamilan Shaklee [lebih info di sini], saya juga amalkan minum susu kambing bermula 5 atau 6 bulan mengandung, sehingga bersalin. Sehari sekali. Brand yang pernah saya cuba ialah Hiraq dan Hi Goat. Bagi saya dua-dua sedap. Hehehe.. Lepas bersalin pula, saya minum 2 sachet sehari... hinggalah kuning Adnin clear dan stok saya pun abis hehe... 

Suplemen Kehamilan yang menjadi pilihan ibu bijak masa kini.

Gabungan faveret saya. 

Selain tu, saya tetap juga jemur Adnin bawah matahari dari jam 8-9 pagi macam tu. Dan of course, menyusu sekerap yang mungkin. Saya tak mandikan Adnin dengan herba mandian utk jaundis. Anak-anak dulu pernah try herba tu, tapi bukan rezeki agaknya.. still lambat nak betul-betul pulih.

Penyusuan
Alhamdulillah, saya dapat rasakan yang kali ni susu saya 'comes in' lebih awal daripada kelahiran sebelum ni. Syukur anak saya pandai menyusu dan takde masalah latching. Mula-mula tu memang nak tido aje.. x nak nyusu. Lepas bersalin, dapat susukan sekejap.. lepas tu ada 4 jam kot dia tidur. nak bagi susu pun, takmo isap langsung.. tapi menjelang petang tu dia dah mula nak menyusu.. lepas nyusu je, 10 minit nak susu lagi.. Adoi, siapa kata baby girl tak kuat nyusu. huhu.. Tapi mungkin disebabkan susu saya belum betul-betul 'ada', jadi dia tak berapa puas menyusu. Saya tetap bagi dia menyusu sekerap mana yang dia mahu.. Alhamdulillah, saya tak perlu tambah dengan fm sebab masuk hari ketiga, bila Adnin menyusu dapat dengar bunyi glup glup...telan air susu. Syukur. Sekarang ni kadang kena pam dulu supaya Adnin tak tersedak bila nyusu. Tercungap-cungap nak bernafas.. 

Buat masa ni saya amalkan Set Berpantang Shaklee.. b complex, vitalea, zinc, ostematrix selain ESP [lebih info di sini]. Bila makan set pantang ni, air kena minum banyak.. kalau boleh 3L. Kalau tak boleh, 2.9L hehe.. gurau je. Bukan sebab ia panas ya. Tapi, ibu menyusu sememangnya memerlukan lebih banyak air supaya penghasilan susu ibu lebih lancar..[of course kena kerap menyusu juga.. takde demand, takdelah supply]. Selain itu, air masak yg mencukupi membantu khasiat vitamin itu diserap dengan lebih baik oleh badan, dan toksin-toksin dapat dinyah dari badan.

Alhamdulillah, berpantang kali ini badan rasa lebih sihat dan kurang letih-letih. Banyak kali dah kena sound dengan husband, 'Jalan slow sikit.. macam tak pantang je.' [sambil jegil mata] huhu.. Alfalfa saya tak berani nak makan lagi, takut bengkak susu. Lagipun buat masa ni tak boleh nak beriya kumpul stok lagi, sebab freezer penuhhhh... huhu. berangan nak beli deep freezer, insyaaAllah ada rezeki memang nak beli. Bulan pose dah nak dekat ni. Harus ku pulun. hehe..

Adnin selamat dibotakkan oleh ayah pada hari ke-7
Jika anda ingin mencuba set kehamilan, penyusuan, berpantang, boleh hubungi saya k. insyaAllah saya akan bantu semampunya. 

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Boleh hubungi saya melalui:



sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...