Followers

Sunday, April 14, 2013

Nampaknya Baby Tak Nak Share Birthdate dengan Abg Fikry

Assalamualaikum...

Khamis lepas, 11 April 2013 genaplah umur Fikry 3 tahun. Ada juga berangan kot-kot baby sama hari lahir dgn abangnya. Boleh share birthday cake je lepas ni. Tapi nampak gayanya sampai ke hari ini baby masih tak mahu menjenguk dunia :) Kalau ikut EDD, 20 April 2013, lagi 7 hari... Baby tak nak jumpa ibu awal sikit ke? hehe... Agaknya maybe kali ni tak awal sangat bersalin sebab kurang aktif. Masa pregnantkan Faeq n Fikry, boleh tahan ke sana ke mari. Kali ni tak banyak berjalan kot.. Tak apa lah.. He knows BEST!

Macam mana pun, birthday tetap dicelebrate. hehe.. Biasa la, bila combine birthday baru la meriah sikit kann.. Last week sambut simple-simple je birthday Mac & April (Atok, Pak Long, Pak Uda n Fikry)... Ada la few pics sebagai kenangan...



Kek pun tersangat lah simple. Beli Blondies dari BCWC pastu tepek gambo spiderman atas kek . huhu.. Jadilah kan daripada takde langsung. Eh baru perasan tak buat entry lagi pasal bday Faeq. 

Beberapa hari sebelum bday, sempat botakkan si Fikry. Dia ni kalau potong rambut kat kedai, melalak macam kena dera! Ini kira second time potong rambut dia kat rumah. Bagus jugak. Jimat duit ibu. hehe..
So
Inilah dia Fikry. Petah. Cheeky. Friendly. Garang! Dengan sesiapa pun dia boleh bertegur n sembang. Apa yang dia rasa tak betul selamba je dia marah. huhu... Ikut sapaaaa la ni :p
Apa-apa pun, ibu doakan Fikry menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat.. Ameen..

Ok lah, selit sikit bday celebration Abg Ngah. Hehe... Sangat belated entry. 

Sambut dengan jiran-jiran je. Inilah abang-abang yang rajin layan diorang main waktu petang. Main kejar-kejar, badminton, bola, basikal. Bagus betul diorang. Tak kisah pun main dengan budak kecik. hehe.. Ada kakak jugak yg rajin layan dorang tapi xde di hari kejadian.



Malu-malu kucing pulak abg Amir kita ni hehe..


 Tengok lah siapa yg beriya potong kek.. mcm bday dia pulok.

Cantik tak kek yang ibu buat ni? Request by anak-anak nak boh m&m. Guna kek instant je. Tapi sedap tauuuu... hehehe


Birthday boy. Kuat makan. Badan pun nak sama besar dgn Along. heehe...
Moga jadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat ya. Ameenn..



1 comment:

NinaAz said...

Hensem fikri tu. Hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...