Followers

Saturday, March 16, 2013

Review : Huggies Drypants

[48 hours sponsored post]

Assalamualaikum..

Dalam entry ini saya ada cerita tentang anak ketiga saya (umur 2+ tahun) yang dalam proses utk diaperless.. Alhamdulillah, banyak juga improvement. As of now, siang dah tak pakai diaper.. Even tidur siang pun, bibik kata tak pakai diaper. Tapi kena make sure dia ke toilet dulu sebelum tidur. Then bangun-bangun je terus bawak ke toilet. So far it's working. Cuma 2 ... eh 3 situasi je di mana memerlukan Fikry pakai diaper lagi:

1) Tidur malam - walaupun dah bawak ke toilet sebelum masuk tidur, dia tetap akan kencing dalam diaper. Kalau tak kencing, confirm akan bocor kalau tak tukar diaper tengah malam.

2) Nak yak-yak - Aduiii.. dia tak nak langsung membuang kat toilet. Sama kes macam along dia dulu. Huhu..

3) Keluar berjalan - Ni saje pakaikan sebab takut kang tah kat mana-mana tetiba dia nak membuang pulak. so better pakai siap-siap. huhu...

Budak umur 2+ tahun ni tau ajelah macam mana lasak dia kan. Kalau nak pakai diaper tu, tak kena mood dia.. aduhai.. memang menuntut kesobaran yang tinggi. So memang elok sangat lah timingnya bila Nuffnang offer sampel Huggies Drypants utk direview! Yey!

Best! Dapat samples utk saiz M, L & XL. Siap dengan shopping bag dan mcm2 beg lagilah!

Kalau nak tau, Fikry masih lagi pakai diaper saiz M ya. Boleh bayangkan betapa keciknya saiz (peha) dia. Actually maybe dah masa pun utk upkan saiz ke L, sebab kerap jugak berlaku 'kebocoran' di waktu malam. huhu...

Mula-mula try test yang saiz M Huggies Dry Pants .. Tapi maybe sebab agak ketat, Fikry tak selesa and tak mo pakai dah lepas tu...

Pagi keluar jalan-jalan pakai Huggies Dry Pants saiz M.. balik rumah tengok kering je. ok fine

Petang keluar gi rumah kakak ipar. Sebelum keluar nak pakaikan dia Huggies Dry Pants saiz L la pulak. Beriya dia takmo. Fine skali lagi. Kita bawak bekal je lah Huggies Dry Pants tu. Keluar rumah jam 6 petang, jam 7+ gerak balik rumah. Dalam kereta Fikry dah bising ..

"Nak tencing.. nak tencing!!"

Oh no!!  (dalam hati)

"Ok.. pakai ni.. pakai ni.." (Naik kereta sekarang ni, ibu duduk belakang dgn Fikry & Faeq. Along dok depan jadi co-pilot).


Haihh.. mujur la ada Huggies Dry Pants Dalam kereta bergerak pun boleh salin/pakaikan lampin! Semudah koyak - salin - lepas. Ehh.. tapi since Fikry tak pakai diaper pun masa tu, so kita skip first step 'koyak' tu.. So sambil dia berdiri je boleh terus salin & lepas. Phewhh.. 

Kalau tidak, nak kena baringkan dulu.. kena bagi dia baring diam-diam, soh angkat vontot.. bla..bla..baru settle (sambil lap peluh) phewwhh... jimat few steps.. jimat masa.. jimat TENAGA!

Aww.. model malu-malu nak amik gambar ;p
So ibu-ibu sekalian, tunggu apa lagi.. jom “Tukar untuk lebih senang dipakai" bak kata tagline Huggies Dry Pants

Kalau masih rasa ragu-ragu nak beli Huggies Dry Pants , apakata ibu-ibu dapatkan FREE SAMPLES Huggies Dry Pants dengan mengklik link ni Sample Huggies Dry Pants untuk Ibu Prihatin. Jangan malu-malu. Free je. Boleh la try test OK!

Mengenai Huggies Dry Pants

Huggies Dry Pants ialah pilihan yang mudah digunakan untuk bayi dan kanak-kanak yang aktif – setelah anda mencubanya, anda pasti tertarik dengan betapa mudah untuk menukarnya iaitu hanya dengan koyak, salin dan lepas! 

Apakah kelebihan Huggies Dry Pants??
  • Peregang lembut di bahagian tepi memberikan lebih keselesaan dan membantu menghalang kesan merah walaupaun semasa bayi anda sedang bergerak .
  • Sistem pengunci untuk menghalang kebocoran
  • Huggies adalah jenama lampin bayi pakai buang pertama Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang ruam lampin!


Mengenai Huggies®
Huggies® ialah salah satu jenama penjagaan bayi dan kanak-kanak terkemuka di Malaysia. Ia membekalkan pelbagai rangkaian lampin pakai buang dan lampin seluar kepada ibu dan bayi untuk membantu mengekalkan kulit yang sihat dan membuatkan bayi sentiasa gembira. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.huggies.com.my atau LIKE Huggies FB Page di bawah:

Terima kasih!

Disclaimer: Review ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri ;)

1 comment:

Ibu Lala said...

Anak sy pun kalau nak yak x mau pi toilet. Nak yak dlm pampers. Adoiii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...