Followers

Saturday, March 30, 2013

Persediaan Barang Baby & Mommy

Assalamualaikum

Ding-dong ding-dong dah masuk 8 bulan lebih (pada masa tu) baru terhegeh-hegeh nak cari barang keperluan ibu n baby. Jangan ikut saya ya. Mentang-mentanglah anak keempat. Bukan bermakna kurang excited. Excited tetap sama.. (takut pun sama) Tapi mungkin sebab anak keempat, so pengalaman mengajar kita supaya lebih matang dalam membuat keputusan. :p Ye ke matang? Rasa mcm sama byk je shoppingnya. huhu..

List barang untuk ke hospital saya dah senaraikan dalam entry ni. Selain barang-barang tu, kena juga prepare barang untuk keperluan ibu dan baby masa dalam pantang.

Keperluan ibu


1. Maternity pad
Actually tak perlu beli banyak pun.. sebab dalam minggu pertama je kot perlu pakai maternity pad. Lepas tu darah nifas dah berkurang, pakai pad biasa je pun dah memadai. Since pad (Libresse night wing) sebelum pregnant banyak lagi lebih, boleh la pakai yg tu je :)

2. Disposable panties
Pun tak perlu banyak. Saya beli 4 paket. Ada dua jenis yang jumpa ni. Yang maternity maybe masih diperlukan di awal-awal kelahiran di mana perut masih besar. hehe.. Tapi beli juga yang saiz biasa. Senang, pakai n buang je. Still kena basuh la kalau terkena darah..

3. Bengkung, kain batik, stokin



Masa anak first ada beli bengkung stail 'tali kasut' tu sebelum bersalin.. Pastu bila tau akak yg urut saya tu ada jual bengkung jawa yg 10m tu, terus berminat nak try. Bukan murah lak tu huhu.. Tapi memang berbaloi lah. Pakai bengkung tu terasa 'padat' perut. Tapi nak memakainya perlukan kesabaran yg tinggi...

4. Nursing Bra
Sangat penting! At least kena ada 5-6 pieces.

5. Set bersalin luaran - Tanamera
Plannya nak try set bersalin Tanamera sebab barangannya utk luaran je. Orang kata bau-bauannya ala2 spa gitu. Rasanya nak beli loose je sebab bila survey banyak barang-barang dalam fullset tu macam tak pakai.. Pilis, param.. tak pakai kot. kang membazir lak. Bengkung pun dah ada so tak perlu dah kot. Mungkin cuma nak beli sabun scrub, krim/minyak barut, mandian dsb.

6. Suplemen (tidak ketinggalan)



This time no jamu-jamu. First time ni pantang dengan supelemen. Rasa teruja sebab ramai yang dah cuba berpantang dengan Shaklee & sangat berpuas hati! Takde masalah, kalau untuk kecutkan rahim cuma kerapkan breastfeed. Kena rajin bertungku dan berbengkung. Ibu cergas, anak pun sihat dapat susu ibu. :)

Keperluan untuk Penyusuan
1. Breastpump


Amboi.. anak dah 4 pun nak beli breastpump baru?? Ye lah, yang ada Avent Manual & Spectra 3. Dua-dua beli masa anak first. Berapa tahun dah tu? Avent tu insyaAllah still in good condition.. Spectra 3 tu je mcm dah slow suction dia. So kenalah spare another double pump kan. So setelah disurvey-survey, decide utk beli pam Ameda :) Bayar installment tuu..lagipun nak guna lps waktu pantang, so sempat la kot abis 3x bayar hehe..

2. Milk storage



Aritu dah beli sikit Autumnz Storage Bag. RM11 utk 25pcs. Plan nak beli satu set storage bottles yg 2oz punya utk kegunaan awal2 aktiviti mengepam.

Berbaloikah membelinya?

3. Bag Menyusu
I so want this one! Current one ialah beg Avent yang dah terkopek-kopek kulit luarnya. huhu.. Time for a new one kan kan?? :)


4. Drying Rack utk Botol

Perlu kan?? Memandangkan Fikry pun masih minum susu botol, ditambah dengan new baby in the house.. Haruslah ada drying rack ni supaya senang nak keringkan botol. Ya lah.. tempat keringkan pinggang mangkuk pun dah penuhh..

Kelengkapan Baby


Eceh pandai tak saya pilih.. putih suci je semuanya. Warna yang selamat. Haha.. padahal ada je yang berwarna. Tak nak disclose lagi. Nanti pecah RAHSIA!

1. Set baju baby:
  • Baju lengan pendek + Seluar panjang
  • Baju lengan panjang + Seluar panjang
  • Baju lubang-lubang (maklumlah Malaysia kan panas lagi-lagi kebelakangan ni) - eh takde pulak dalam gambar. Ke tak jadi beli aritu???
  • Rompers - pun tiada dalam gambar ;p
  • Topi 
  • Sarung tangan, sarung kaki & stokin
  • Barut baby - berangan nak beli yang handmade punya.. Tapi takpelah, brand Anakku pun ok jugak.
2. Tuala mandi


3. Lapik untuk tukar diaper - Saya suka beli yang nipis ni je.. ada satu lagi jenis tu tebal.. kena gulung. susah sikit nak bawak travel.

4. Cotton balls & baby wipes - untuk basuh yak baby.. especially hari-hari pertama baby. Nak guna wipes takut kulit sensitif. Tak perlu banyak pun.. seminggu pastu boleh la guna baby wipes

5. Napkin - untuk buat bedung, dsb.

6. Toiletries - sabun mandi, shampu rambut, minyak zaitun, bedak, dsb.


7. Minyak bayi - ada yang suka guna minyak telon. Tapi saya dah jatuh hati dengan Minyak Bayi HPA ni since anak first lagi. Walaupun bau dia tak wangi n tak berangin, tapi sangat berkesan untuk masalah kulit macam ruam selain untuk elak kembung. Sebelah minyak bayi HPA tu ialah minyak VCO Tanamera yang saya beli utk menghilangkan stretch marks.

8. Set tilam baby 
Sekarang fames set tilam kekabu tu kan. Ya Allah comel-comel design yang ada.. Dengan english cottonnya.. Range harga dari RM150 - RM280 tak termasuk kos pos. So, bergantung pada keperluan/kemahuan dan ketebalan poket anda ya nak pilih yg mana satu :)

9. Baby Cot
Dah ada since anak first lagi dan alhamdulillah masih in good condition. Tinggal nak pasang je.

Ok lah dulu buat masa ni. Kalau ikutkan hati ni semua nak beli baru :p Tapi tengoklah, ada rezeki lebih.. bolehlah beli. Takde, make do dengan apa yg ada je lah kan...

p/s: Ingin dapatkan suplemen Shaklee?

Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412


3 comments:

erna said...

Erna dah pakai ameda setahun. best sgt. ameda memang best!

ibuhebat said...

Tq erna. Blog erna lah salah satu review yg akak baca ;)

ummu said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Buat bakul baby sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...