Followers

Tuesday, March 12, 2013

Aktiviti Hujung Minggu yang Biasa-biasa Aje

Assalamualaikum!

Pregnant kali ni suka benor makan lempeng. Lempeng kelapa. Adunan bancuh cair-cair. Tapi masa goreng tu tuang banyak sket so lempeng jadi tebal. Goreng garing.. Lembut di dalam, garing di luar. Nak bagi garing, tipsnya kena lebih sikit minyak. Sebelum tuang bancuhan atas pan tak perlu curah minyak dulu. Lepas tu baru tuang minyak keliling adunan atas pan.... yummeyyy... ;p


Selain lempeng kelapa... Susu kambing, teh susu adalah faveret saya pregnant kali ini. Hehe...

Sabtu lepas waktu ibu masuk dapur nak buat bfast, si kenit ni sibuk nak tolong jugak.. Dia ni memang pantang nampak ibu or bibik or sesapa je lah memotong / memasak kat dapur tu. Laju je dia tarik kerusi nak tolong.. grr... biasa dia 'tolong' potong bawang.. kali ni biarlah nak bagi dia rasa 'masak' pulak. hehe.. ada pulak pan kecik dlm kabinet tu. Bagi la dia main masak-masak atas dapur. abis dicurahnya blackpepper, kunyit, garam dlm periuk dia. Puas hati le tuuuu...

Mula-mula kita goncang2 serbuk oregano mcm ni ya ibu-ibu
Jangan lupa baca selawat sambil gaul ikut arah tawaf.. pesan Chef Ammar. hehe
Memandangkan ibu ramai anak teruna, so kenalah train diorang masuk dapur juga. Jadi macam ayah ya, pandai buat kerja rumah. Sebab mek tok dah train dari kecik. hehehe...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...