Followers

Wednesday, March 20, 2013

35 weeks - Mulalah 'flashback' pengalaman bersalin yang lepas-lepas ;p

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, minggu ni kandungan dah masuk minggu ke-35. So far semuanya baik-baik aje. Biasalah bila dah hujung-hujung ni mulalah datang perasaan nervous dan saspen nak menghadapi saat-saat kelahiran. Rasanya anak first mahupun anak kesepuluh, rasa takut tu tetap ada. Betul tak? Sebab rezeki setiap anak tak sama. Kalau semua dipermudahkan, alhamdulillah.. syukur. Apa yang kita boleh buat cuma berdoa dan bersedia semampu yang boleh. 

Oklah, saya nak abadikan sikit kenangan melahirkan ketiga-tiga boboiboy saya dalam blog ni. Bacalah kalau sudi ekkk ;p

Along Farihin
  • Overdue 1 hari (sehari lepas Raya Haji kalau tak silap)
  • Born in January
  • Berat 3.7 kg
  • Bersalin normal dengan bantuan Vacum
  • Pada hari kejadian, pagi pergi kerja macam biasa. Lepas breakfast ada 'blood show' & atas nasihat mak terus ke hospital. Sampai di Azzahrah dalam kol 10+ pagi, cek dah buka 3 cm. Terus kena warded. Tak rasa sakit lagi time ni. Doktor/nurse cek dari semasa ke semasa.. hairan masih boleh tersenyum walau dah 5cm. Once dah 7cm no more smiley-smiley... Muka dah start berkerut dan ditolak ke LR (jam 3+ petang). Ramai pulak nak bersalin hari ni. LR penuh.. Contraction dah mula kerap tapi rasa lambatnyaaaa jalan nak bukak. Akhirnya jam 4.30 capai juga 10cm. Sedia utk bersalin tapi doc kata position baby mengiring, kemungkinan susah nak keluar. Sakit ya amat.. rupanya bila nurse cek pundi kencing penuh! So masukkan tiub utk kosongkan... waa.. lega sikit. Then contraction je doc soh push.. awat la susah sangat nih.. tak reti.. kaki sampai cramp2 lah. Sejam berlalu.. akhirnya doc kata kena gunakan bantuan vacum. Akhirnya 5.30 pm berjaya juga keluarkan si Farihin.. alhamdulillah..

Abang Ngah Faeq
  • Awal 3 hari
  • Born in February
  • Berat 3.1 kg
  • Bersalin normal dalam masa 15min shj dlm LR
  • Seingat saya bersalinkan si Faeq ni laaaa yang paling mudah.. Alhamdulillah. Masa check up terakhir dgn Dr. Fazlina, doc kata dah buka 3 cm. Tapi since takde rasa sakit atau tanda-tanda untuk bersalin lagi, doc benarkan saya balik. Katanya insyaAllah lagi 2-3 hari bersalinlah.. Wow.. tak sangka dah buka jalan. Dalam hati seronok & risau sebab kerja ofis banyak belum setel lagi. So sempatlah kemas meja ofis dalam sehari dua tu. Malam sebelum kejadian (sabtu) saudara-mara datang dari jauh sebab otw ke wedding saudara kat Ipoh next day. Penat tapi seronok layan tetamu malam tu.. Ayah siap buat lawak.. ala.. senang je nak beranak.. Rasa macam nak be*ak je. Sabo je la ;p Esoknya jam 5 pagi tersedar sebab perut memulas-mulas nak membuang. Dah selesai, 15 min lepas tu memulas lagi rasa macam nak membuang.. eh.. mcm dah masa je ni. So tunggu lagi..15 min 'rasa' itu datang lagi. Kejutkan husband n warning mcm dah time je. Kejutkan mak (baru sampai dari kg jugak mlm tu).. mak kata terus je lah ke hospital. Konon nak tunggu subuh sebab dah dekat masuk waktu time tu. Mak kata ahh tak payah. Solat kat spital je. Dalam kereta memulas2 perut. Sampai spital, lengang.. ada pak guard je kat pintu masuk. Pak guard amikkan wheelchair & terus naik ke wad..Nurse bertugas pun tak kelihatan. Agaknya tgh solat sebab dah masuk subuh. Tunggu-tunggu akhirnya ada nurse yang attend. Register & masuk wad.. In between contraction sempat solat atas katil.. Lepas tu nurse cek dah 5 cm. Muka nurse agak saspen maybe sebab saya tak bawak buku merah & doc tak de masa tu. Tak masuk pun ubat punggung tu sebab dah setel kat rumah tadi ;p So nurse terus tolak ke LR (6.50am). Dalam hati, alamak..berapa lama mau tunggu da... dulu 2-3jam jugak nak tunggu jalan buka.. tu dah 7-8cm. ni baru 5cm. Masuk-masuk LR, set up segala benda, doc pun sampai. Pecah je ketuban doc kata push je bila rasa nak push...Eh biar betul ni. cepatnya? huhu.. alhamdulillah.. terer pulak push kali ni. 2x push je kot baby gelongsor keluar... Terus rasa LEGA ya amat...Benda pertama tanya doc, berapa berat baby? 3.1kg... wahh.. keciknya. hehe Berjaya pun diet ibu ;p (eceh sibuk betul dgn berat baby)

Abang "Ichy" Fikry
  • Awal 7 hari 
  • Born in April
  • Berat 3.3kg
  • Bersalin normal tanpa sebarang bantuan
  • Bersalinkan si Fikry ni pun boleh dikatakan cepat dan dipermudahkan. Walaupun tak boleh lawan abg Ngahnya. :) Hmm... apasal tetiba tak boleh nak recall pengalaman bersalin si kenit ni? Sebab tu lah kena catat kat dalam blog ni. Untuk rujukan masa depan. huhu. Ok dah ingat dah. Time tu mak ayah mmg tinggal sekali, and parents in law pulak kebetulan stay kat rumah sebab lawat anak buah tak sihat. Pagi tu (weekend) parents in law dah bersiap nak balik kelate. Dalam kol 7 lebih kot start rasa contraction. Sama lah, dalam 15 min gitu.. Ikutkan plan nak gi hantar parents in law ke airport. Dok bincang-bincang dgn husband nak buat macam mana ni. Takpelah siap dulu. Dah siap-siap semua, bgtau mak dah rasa contraction. Mak & ayah offer utk hantar parents in law ke airport. Alhamdulillah. So bergerak la kami ke Azzahrah. Sampai dalam kol 8+ kot. Nurse cek bukaan dah 4@5 cm. Bagi ubat membuang semua. Saya pulak risau tgk nurse relax. Haha. ye lah, kalo time Faeq dulu, 5cm dah kena sorong ke LR. Dah warning nurse pun dia relax jugak. ok fine. So siap-siap semua, tolak ke LR. Kali ni tak secepat Faeq la.. Sempat la 2-3 kali contraction tu datang baru doc soh push. Alhamdulillah, dipermudahkan.. sekejap jugaklah.. Nurse yang attend tu siap puji, 'Senangnya bersalin.. tahun depan boleh beranak lagi'. Amboi2... haha...
Ok.. jom tengok gambar-gambar dorang ni masa kecil... Tak banyak yg dapat dikorek. huhu.. Mujur dulu ada upload dalam fotopage & fb...


Masa lahir n dalam pantang paling kuat jerit. Tapi sekarang paling tak byk bunyi :)
Lahir paling besar tapi sekarang badan paling halus..


Huhu.. tak jumpa gambar masa baru lahir. Tengok lah.. lahir paling kecik tapi dia yg paling bam-bam!
Paling senang jaga masa dalam pantang tapi sekarang dia yg paling byk bunyi. hoho..


Character along n abg ngah, dua-dua ada pada Fikry.
Now yg paling banyak akal ;p

Yang keempat nanti tak tau lah macam mana gayanya pulak. InsyaAllah akan diabadikan juga dalam blog kesayanganku ini :)

3 comments:

Syahida said...

bestnyaaaaaaaa nak dpt bby lagiiiii *jelesssss
mudah2an selamat & dipermudahkan juga kali ni. Amiin..doakan kita ek ^^

WaWa_EzRiLL said...

Xsangka da nk masuk 4..baru singgah jap nanti nk khatam bg abis... seronokkan ank ramai..n pengalaman bersalin yg sgt menarik... xsabar nk tgu yg ni..

sharifah shahirah said...

sis branak sthun 1 ke?bestnye dh byk pnglaman..tp kalu ite xtau law..pnglaman yg prtma nie pn xleh lupe lg..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...