Followers

Wednesday, February 13, 2013

Tips Meneran semasa Bersalin

Assalamualaikum,

Sebagai refresher course (buat saya) dan juga panduan buat ibu hamil lain, saya ingin kongsikan beberapa tips meneran dengan betul semasa nak bersalin.



1) Teknik Pernafasan yang betul
Teknik pernafasan yang betul adalah sangat penting. Ibu perlu tarik nafas sedalam yang mungkin sebelum meneran. Jangan 'curi' nafas semasa meneran kerana akan mengakibatkan kepala bayi masuk semula. Cara meneran adalah dengan menarik nafas sedalam-dalamnya dan teran dalam satu nafas panjang (tanpa 'mencuri' nafas). Oleh itu, ibu-ibu mengandung boleh mula buat latihan pernafasan dari sekarang. Tarik nafas dalam-dalam dan tahan nafas selama yang mungkin. ;)

2) Jangan keluarkan suara semasa meneran
Doktor dan nurse biasanya akan mengingatkan berkali-kali supaya jangan menjerit atau keluarkan suara semasa meneran. Kerana ini mengakibatkan tenaga kita dihabiskan pada 'suara' dan bukan pada proses meneran tersebut! Jadi, tutup mulut rapat-rapat dan teranlah sehabis daya!

3) Posisi yang betul
Dengan posisi berbaring (bukan betul-betul baring flat tetapi badan dinaikkan sikit dalam 45 darjah), buka kaki seluas-luasnya. Sesetengah hospital menyediakan tempat letak kaki khas. Apabila telah tiba masa untuk meneran, tundukkan kepala hingga dagu mencecah rapat pada dada, pandang ke arah perut sendiri dan pastikan punggung rapat pada katil! Jangan angkat punggung walaupun terasa sangat nak berbuat begitu! Ini kerana ia akan mengakibatkan koyak yang teruk pada bahagian 'tuut'.

4) Teran pada masa yang betul



Doktor atau nurse akan pastikan yang bukaan telah capai 10cm (rujuk gambarajah di atas) sebelum membenarkan ibu meneran. Dan teranlah apabila berlaku kontraksi. Jika bayi masih belum berjaya dikeluarkan, ibu perlu berehat di antara tempoh kontraksi dan teran lagi semasa kontraksi seterusnya!


Tips tambahan:

i. Apabila telah ada tanda-tanda untuk bersalin, isilah perut (sekurang-kurangnya sekeping roti dan secawan air milo) supaya ibu mempunyai tenaga untuk meneran. Proses melahirkan memerlukan banyak tenaga dan kudrat si ibu.

ii. Mohonlah maaf daripada mak, ayah dan terutama sekali suami kita. Minta mereka doakan segalanya dipermudahkan dan selamat hendaknya.

iii. Bacalah doa-doa seperti doa nabi Yunus, dan apa shj doa yang baik diamalkan sebagai hambaNya yang lemah, malah pada masa yang sama dapat 'distract' kita daripada kesakitan yang melanda.

Semoga Allah ampunkan dosa kita dengan lahirnya zuriat kita ke dunia ini dan jadikan anak yang bakal dilahirkan anak yang soleh/solehah. Aminn..

p/s: Untuk dapatkan suplemen Shaklee...

Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412

1 comment:

NinaAz said...

Tips yang menarik utk sy dimasa hadapan ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...