Followers

Wednesday, February 13, 2013

Period Pain? Cubalah GLA Complex Shaklee!

Assalamualaikum,

Saya kira saya adalah antara yang bertuah kerana tidak dilanda period pain @ senggugut setiap kali datang period. alhamdulillah.. Seingat saya, pernah sekali je seumur hidup saya, terpaksa lalui pengalaman pahit tersebut. Maka saya amatlah simpati kepada wanita di luar sana yang terpaksa melaluinya SETIAP BULAN!!

Ada pelbagai faktor yang menyumbang kepada gejala senggugut ini. Senggugut juga terbahagi kepada jenis-jenisnya.

Sumber: MyChibiBox


Jenis senggugut
Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea boleh dikategorikan kepada dua iaitu dismenorea primer dan dismenorea sekunder.

Jika anda mengalami senggugut sejak daripada awal kehadiran darah haid, anda tergolong dalam dismenorea primer. Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor kamu mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh kamu semasa pemeriksaan. Antara penyebabnya adalah ketidakseimbangan bahan kimia di dalam badan dan faktor genetik.

Dismenorea sekunder pula adalah golongan yang mengalami senggugut selepas 2 -3 tahun daripada kehadiran darah haid pertama. Golongan ini perlu berhati-hati dan mendapatkan rujukan doktor bagi rawatan lanjut. Sesetengahnya dapat diubati dengan mengambil pil penahan sakit. Kenapa berbahaya? Dismenorea jenis ini boleh disebabkan oleh faktor berikut
  • Ketumbuhan polips atau sista pada ovari atau uterus
  • Jangkitan
  • Radang Rongga Pelvis
  • Endometriosis
  • Penyakit usus seperti apendisitis
  • Kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio

Adalah terbaik jika anda dapatkan nasihat doktor jika mengalami senggugut yang teruk bagi mengenalpasti punca sebenar kesakitan anda.

Tahukah anda, pengambilan suplemen juga dapat membantu mengatasi masalah senggugut? Antara produk Shaklee yang dapat membantu ialah GLA Complex, selain Ostematrix.



Apakah kebaikan lain GLA Complex?


  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan - for those trying to conceive baby!
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid) - abdominal pain, breast pain
  • Membantu dalam menangani menopos
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangani ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf


  • Lebih banyak info tentang GLA Complex di sini ya!

    Jika berminat untuk cuba GLA Complex mahupun mana-mana produk Shaklee, contactlah saya!


    ** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

    Boleh hubungi saya melalui:

    sms/whatsApp: 012-289 7359
    emel: ainihayati[at]gmail.com
    fb: Aini Hayati Luey
    ID Shaklee: 852412

    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...