Followers

Thursday, January 17, 2013

Tanda-tanda Kelahiran Semakin Hampir!!

Assalamualaikum,


Macam mana ibu-ibu tau yang it's really time to deliver? Apakah tanda-tanda yang ibu akan bersalin dalam masa terdekat? Bagi ibu yang ada pengalaman melahirkan, mungkin boleh agak yang it's TIME! Tapi bagi first time momies.. mungkin keliru dan tak pasti kan... Kadangkala rasa seakan perut mengeras ... adakah ia contraction atau brixton hicks sahaja? 

Pengalaman saya sendiri, anak pertama keluar tanda darah. Sehari selepas tarikh EDD masih ke ofis. Sebab takde rasa or keluar tanda-tanda nak bersalin. Sekali lepas breakfast, gi toilet tengok ada sikit stain. Bila tanya mak, mak kata pergi je lah jumpa doktor. Jumpa doktor tengok-tengok dah 3-4 cm kot. Alhamdulillah, petang lepas Asar selamat bersalin. Anak kedua dan ketiga, takde pula sebarang tanda macam anak first. Terus rasa contraction yang konsisten dan kerap (setiap 15 min mula-mula tu). Tak sampai 2 jam terus beranak! Cepat sangat.. alhamdulillah.. Rasa kelakar pun ada.. sebab masa anak kedua, start contraction setiap 15min dalam kol 5 pagi. Kol 5.45 pagi dok consider nak tunggu subuh dulu or terus gi klinik. Mujur mak suruh segera ke klinik... Sempat la subuh kat bilik wad in between contraction tu.. Pukul 7.20 call mak bagitau dah selamat bersalin. Tokojut omakkau. hehehe.. syukur alhamdulillah. Semoga kali ni pun dipermudahkan. Aminn.. 


Okaylah.. jom baca apa lagi tanda-tanda yang anda bakal bersalin tak lama lagi...




  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika tinggal jauh) Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
  • keluar air ketuban : Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
  • keluar darah dari vagina. : Di saat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj, ini kerana pintu rahim mula membuka (Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10). Ia boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin.



  • Sakit Belakang : Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.
  • Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Seakan ada 'ruang' di bawah rusuk.
  • Keluar lendir pekat seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Pengecutan otot rahim yang semakin kerap dan untuk tempoh yang lama.
  • Keluar lendir bercampur darah apabila pintu rahim mula membuka.

Sumber: saripetua, babycenter.

Ok mommies.. kalau dah masuk 7 bulan tu, bersedialah dengan beg dan kelengkapan yang perlu untuk bersalin ya... Nanti saya share pula senarai barang yang perlu disediakan untuk ke hospital ;)

Jom baca apa kata mommies yang telah mengambil Set Kehamilan Shaklee sepanjang mengandung.. klik sini ya. 

Ingin dapatkan suplemen Shaklee?


Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...