Followers

Thursday, January 10, 2013

Perkembangan Bayi 25 Minggu


Alhamdulillah, kalau tak silap perkiraan saya, minggu ni masuk minggu ke-25 kandungan saya.. Mengikut ilustrasi Babycenter.com, beginilah lebih kurang keadaan baby dalam perut saya...

Jom baca apa perkembangan baby saya ni... 


Berat bayi anda sekarang hampir 1.5 paun / 660 gram dan panjangnya dari mercu kepala ke tumit lebih kurang 13.5 inci / 35 sentimeter. Dia membuat pergerakan bernafas tetapi tidak terdapat udara dalam paru-parunya setakat ini. Pada 26 minggu, skan otak fetus menunjukkan bayi memberi respon terhadap sentuhan. Jika anda menyuluh lampu ke arah abdomen anda, bayi anda akan memalingkan kepalanya, dan mengikut penyelidik, ini bermakna saraf optiknya sudah berfungsi. 

Semasa setiap lawatan antenatal, doktor anda akan mengambil tekanan darah anda dan melakukan ujian-ujian tertentu ke atas sampel air kencing anda. Dengan ini, keadaan-keadaan yang berkaitan dengan kehamilan seperti pra-eklampsia dan kencing manis dapat dikesan dan dirawat. 

Jari tangan anda, pergelangan tangan dan lengan mungkin terasa sakit-sakit dan kebas. Terowong karpus pada pergelangan tangan telah menjadi bengkak, sama seperti lain-lain tisu dalam badan anda. Saraf-saraf yang merentasi terowong itu sudah tersepit, menyebabkan tekanan yang dimanifestasikan sebagai sakit menyucuk atau membakar. Memakai pendakap boleh melegakan, begitu juga mengambil vitamin B6. Berbincanglah dengan doktor anda tentang lain-lain cara untuk menahan sakit. Dapatkan maklumat tentang pemulihan natural untuk jari kebas atau sakit. 

Semua dok tanya, dah tau ke baby boy or girl? Maklumlah, setakat ni dah 3 Abdul.. Tak apa lah, yang penting baby sihat dan sempurna, dan menjadi anak yang soleh/solehah :)


Tak sabar nak 'jumpa' baby esok... :)

Jika ibu-ibu berminat mendapatkan suplemen Shaklee semasa mengandung, mahupun menyusu, dsb boleh jumpa saya di booth kat Fab Baby Bazaar, Ahad ni di Publika, Dutamas :)

Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...