Followers

Friday, January 18, 2013

Pengalaman yang Best di Fab Baby Bazaar, Publika


Assalamualaikum!

Alhamdulillah, pengalaman membuka booth di Fab Baby Bazaar pada Ahad lepas sesungguhnya satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Alamak macam ayat karangan darjah 6 jer ;p Tapi betul, seronok! Crowd not bad, event pun agak happening dengan pelbagai acara yang dirancang oleh organizer, Fab Event. Ada colouring contest, cute baby contest, pop quiz by littlekids.. macam-macam lah... 

Selain tu, dapat juga berkenalan & networking dengan exhibitors lain. Mana la tau, lepas ni nak beli kelengkapan baby boleh dapat special discount kan. haha.. Antara lain yang bukak booth, Fashgasm Lines (booth sebelah kitorang), littlekids, BB luvs Me, Unequeen (produk Ekin & Mawi).. hmm banyak lagi.. kena cek balik biz cards yang dicollect kat rumah :p

Ok la.. panjang lak intro.. oh ya, saya share booth dgn downline saya, Adzah Adam.. Sapa yang kat area Bangi, Kajang, Serdang & Balakong tu.. nak COD Shaklee boleh contact Adzah ya. (012-2923994).

Ni flyers yang kitorang edarkan sepanjang Bazaar berlangsung. Tak boleh edar kat luar dari area Bazaar... 


Actually pagi Ahad tu hujan lebat kan... Tapak Bazaar ni kat bahagian outdoor (The Square, Publika) Bazaar start kol 10 pagi, konon nak sampai kol 8.30 set up booth. Tapi Adzah sampai dulu.. tu pun dah kol 9, sorang pun takde lagi haha.. Hujan masih renyai2.. nak set up booth pun serba salah.. Saya sampai kol 9.40 camtu ramai la exhibitors pun baru sampai. Alhamdulillah hujan semakin reda, so semua dah mula set up booth... 


Ni booth kitorang... Booth kitorang agak tersorok kot. So orang tak perasan sangat apa yang kitorang jual. (Tu pun mujur Adzah n husband dia ada inisiatif cari meja kecik warna biru tu untuk display produk depan meja.) Kena diri kat depan booth n jemput orang singgah.. introduce jual apa. Baru orang perasan jual Shaklee.. hehe.. lagipun maybe sebab kitorang takde bunting or banner besar tulis Shaklee.. So, kena take note utk sediakan bunting or small banner next time!

Mawi & Ekin ada buka booth, so memang dari pagi dorang dah ada kat Bazaar. Petang sikit baru lah artis-artis lain start datang.. Untuk meriahkan launching kot. So sempatlah tarik Irma Hasmie bergambar dgn my cute niece yang muncung je ni. hehe...

Irma nanti nak beli Shaklee untuk breastfeeding contact la saya ya!



Kebetulan time Irma sampai Bazaar, adik ipar saya pun sampai juga.. Dia ada nak tumpang letak pretzel untuk jual kat booth saya. Bila Irma round booth, apa lagi.. kitorang pun standby la kat depan booth nak bagi sample pretzel. Amboi Irma, siap bersuap-suap lagi dgn hubby dia. Hehe... Rezeki baby, adik ipar saya bagi sekotak FREE kat Irma hehe.. saya pun amik kesempatan la sumbat segala pamphlets dalam paperbag. hehe..

Irma n hubby merasa sampel Pretz'o sambi study biz card. hehe

Amende tah si Lily ni explain kat couple ni..

YES! Tak melepaskan peluang bergambar.. I is pemalu... tak berani nak diri rapat-rapat dgn husband Irma. hehe.. Ada tiang la pulak tengah tu.



Ya, Dato' Fazley pun ada kat Bazaar! Beliau yang launch Fab Baby Bazaar petang tu. Sebelum launching, beliau round booth dulu. Bila rasa sampel Pretz'O ni, terus nak beli 2 kotak! hehe... Bagusnya.. sangat supportive! Dia kata sedapppp... siap tanya macam mana buat lagi. Maklumlah, pemenang Masterchef Celebrity. Mesti dia minat bab-bab masakan & makanan ni. 


Inilah dia Pretz'O yang adik ipar saya jual tu.. Nanti saya buat special entry promo this product k. Sedap!

Harapnya ada rezeki untuk join next Fab Baby Bazaar. Dengarnya lokasi tak berapa jauh dari rumah saya. Katanya lebih happening daripada yang hari tu. Lebih grand. So, kita tunggu je lah ya. Hehehe...

Ingin dapatkan suplemen Shaklee?


Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...