Followers

Wednesday, January 30, 2013

Dapatkan Rehat yang Secukupnya Selepas Bersalin





Proses melahirkan sememangya memenatkan. Tidak kiralah sama ada melahirkan secara normal, mahupun secara caesarian. Disebabkan itu, ibu yang baru melahirkan perlu mendapatkan rehat yang secukupnya supaya badan dapat pulih dan sihat seperti sediakala. Manfaatkan tempoh berpantang dengan sebaik-baiknya dengan amalan pemakanan yang sihat, penjagaan luka bersalin dengan baik serta mendapatkan rehat yang cukup. Namun, kehadiran si kecil yang turut memerlukan perhatian, mungkin menyukarkan si ibu berpantang dengan baik. Di sinilah suami serta ahli keluarga lain perlu memainkan peranannya. Bantuan dan sokongan penuh mereka sangat-sangat diperlukan untuk mengelakkan ibu daripada stress atau istilah popularnya 'gila meroyan'!

Jaga Emosi

Kesihatan emosi ibu sewaktu berpantang tidak boleh dipandang remeh. Terutamanya bagi first-time mommies, kehadiran ahli baru bermakna rutin hidup yang baru! Sungguhpun ibu telah banyak membaca sebagai persediaan menghadapi rutin baru ini, ia mungkin berbeza apabila berhadapan dengan situasi sebenar. Tunjuk ajar serta pertolongan ibu atau ibu mertua sangat diperlukan ketika ini. Sokongan dan bantuan suami sendiri pastinya sangat membantu dalam mengendalikan si kecil. Emosi yang stabil juga penting untuk memastikan penghasilan susu ibu tidak terganggu dan proses penyusuan dapat berlangsung dengan baik sekali. 

Makanan berkhasiat

Selain rehat yang cukup, aspek pemakanan juga perlu dijaga. Pengambilan makanan yang berkhasiat pada minggu-minggu awal selepas bersalin penting untuk mengembalikan kecergasan diri dan menyembuhkan luka. Selain makanan, ibu dalam pantang turut disarankan agar minum banyak air bagi menggantikan cecair yang hilang dari tubuh dan membekalkan susu yang mencukupi untuk bayi.  Usah risau tentang kepercayaan orang tua-tua bahawa ibu yang dalam pantang tak boleh minum air banyak. Tipsnya adalah, minum dengan amaun yang sedikit, tetapi kerap.. InsyaAllah baik untuk badan. 


Beberapa TIPS Untuk Elakkan Stress semasa dalam Pantang
Sumber : LifeRelax
  1. Tidur – “Curi” sedikit masa untuk tidur. Paling tidak cukuplah sekadar berbaring sambil melelapkan mata biarpun hanya untuk beberapa minit.
  2. Lupakan Kesempurnaan – Ibu yang terlalu mementingkan kesempurnaan amat mudah mengalami kemurungan. Jadi berilah peluang kepada diri untuk menjadi orang yang tidak terlalu sempurna.
  3. Berkongsi Dengan Ibu Lain – Sertai forum menerusi laman web untuk berkongsi pengalaman dan rahsia menjaga anak-anak. Anda dapat meluahkan perasaan di samping belajar daripada merkea yang lain yang pastinya berhadapan masalah yang sama.
  4. Ruang Untuk Diri – Dapatkan bantuan suami dan ahli keluarga untuk memastikan anda dapat bernafas. Berehat sebentar sekurang-kurangnya 15 minit sehari dapat mengurangkan tekanan. Gunakan masa tersebut dengan dengan membaca, bersenam, mandi ataupun melakukan meditasi.
  5. Banyakkan Bergerak – Amalan ini perlu kerap dilakukan. Kajian menyatakan ibu yang memang aktif melakukan senaman, amat kurang melalui kemurungan berbanding mereka yang jarang bersenam.
  6. Makan – Pastikan anda kerap makan dalam kuantiti yang kecil. Anda digalakkan mengambil minuman panas yang manis.
  7. Diari– Setiap hari catat emosi dan perasaan anda di dalam diari atau blog terutamanya apabila anda sedang mengalami kemurungan. Apabila tidak lagi murung, baca semula catatan yang anda buat. Pasti ia dapat membantu perasaan anda menjadi lebih baik.

Suplemen untuk pulihkan luka serta tenaga
Terdapat pelbagai set bersalin yang dijual di pasaran. Buatlah pilihan yang bijak, supaya tidak berlaku pembaziran, dan tidak memudaratkan diri dan bayi yang disusui. Kebanyakan set bersalin yang di pasaran memang sangat bagus untuk si ibu memulihkan tenaga dan mengembalikan badan ke bentuk asal. Namun ada sesetengah yang tidak sesuai diambil pada awal kelahiran kerana 'panas' untuk bayi. 

Di sinilah Set Berpantang Shaklee mempunyai kelebihannya:
  • Selamat diambil sejurus selepas melahirkan.
  • Selamat diambil walaupun baby menghidapi demam kuning /jaundis.
  • Tidak memberi kesan 'panas' kepada bayi.
  • Selamat dan melancarkan proses penyusuan.
  • Mengandungi Zinc Complex yang berfungsi seperti ikan haruan, membantu pemulihan luka luaran dan dalaman dengan lebih cepat.
  • Mengandungi Multivitamin yang dapat membantu memberi tenaga kepada ibu.
  • Mengandungi B Complex yang bertindak sebagai anti-stress dan mengelakkan gila meroyan.
  • Mengandungi Vitamin C yang juga bagus untuk bantu proses baikpulih luka dan memudarkan parut.
Tak kurang juga ibu-ibu yang menambah ESP dan Ostematrix sebagai suplemen sepanjang berpantang kerana khasiatnya untuk penyusuan selain Ostematrix bagus untuk mengelakkan sembelit.

Jom baca pengalaman seorang ibu yang mengamalkan Shaklee sewaktu berpantang:
Ibu-ibu seharusnya enjoy kehadiran ahli baru dalam keluarga dan cuba atasi setiap cabaran dan dugaan dengan bijak supaya tidak stress. Moga kita semua mampu menjadi ibu yang penyayang, prihatin dan bertanggungjawab! 



** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Boleh hubungi saya melalui:


sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...