Followers

Thursday, January 31, 2013

Checklist Keperluan untuk ke Hospital

Checklist barang saya ni mungkin berbeza bagi yang bersalin di hospital swasta dan kerajaan. Senarai saya ni berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa melahirkan ketiga-tiga anak sebelum ni.. Dan insyaAllah akan bersalin di hospital yang sama, Pusat Rawatan Az-Zahrah, BBB. Biasa swasta dah sediakan kebanyakan kelengkapan ibu dan bayi. Untuk bayi maybe tak banyak yg kena bawak, just untuk persediaan keluar dari hospital. So tuala mandi dll tak perlu bawa dah. Oh ya.. pengalaman saya sebelum ni, bersalin normal dan biasa stay hospital untuk 1 malam sahaja. Sebab tu tak byk sangat barang yg perlu dibawah.. baju sehelai dah cukup :)




Senarai Keperluan Ibu di Hospital

air selusuh
minyak selusuh
1 helai tuala mandi
1 helai tuala muka
5 keping maternity pad
5 helai disposable panties
deodorant
1 pasang stokin
2 helai nursing bra
1 helai kain batik
1 pasang nursing attire untuk balik rumah (maxi zip depan)
1 helai tudung
sweater
toiletries (ubat gigi, berus gigi, sabun mandi, shampu, facial cleanser)
sikat
getah rambut
handphone & charger
buku check up
suplemen (b complex, vitalea, ostematrix, zinc, esp)
5 sachet susu kambing (takut baby kuning & kena stay kat spital)
herbal blend cream (dok dalam aircond nanti kulit kering ;p)
breastpump (in case baby jenis tak kuat nyusu, kena keep the demand on)
botol susu untuk simpan EBM

Senarai keperluan bayi di hospital

1 helai selimut
5 helai diapers
2 helai baju lengan pendek, butang depan
2 pasang seluar panjang
2 pasang sarung kaki dan sarung tangan
2 helai topi kepala

Hope senarai ni sedikit sebanyak membantu ibu-ibu yang bakal bersalin untuk buat persediaan. Kalau rasa ada benda pentng lain yang tertinggal, bolehlah komen ya! TQ

Untuk dapatkan suplemen Shaklee, boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...