Followers

Wednesday, January 16, 2013

Bagaimana saya boleh jatuh cinta dgn Shaklee (sebagai suplemen & biz) ?

Assalamualaikum,

Kali ni saya nak buka cerita sikit macam mana saya mula-mula boleh jatuh hati dengan Shaklee. Ke dah pernah cerita? Ahh takpelah. Baru-baru dapat bonus memang macam ni. Seronok nak share haha..

Shaklee sebagai suplemen

Ok, honestly.. Dulu-dulu saya pernah diperkenalkan kepada produk Shaklee ni oleh seorang kawan. Tapi mungkin kerana tak kena cara dan gaya, tak terbuka hati nak mencuba pada ketika itu. Tapi mungkin juga dah jodoh saya dengan Shaklee, saya terjumpa sekali lagi dengan Shaklee sewaktu mencari penyelesaian kpd masalah susu drop waktu menyusukan Fikry dulu. Saya terjumpa dengan blog Anakkuwiraku dan mencuba set B (b complex, vitalea, vitamin c, alfalfa). Itupun selepas puas menggodeh blog tersebut dan rasa yakin untuk mencuba. Selepas 1-2 hari consume set B, saya dapati susu semakin pekat tapi tiada penambahan kuantiti. Tapi sebab saya dah membaca, saya tahu yang Shaklee bukanlah ubat yang memberikan hasil dalam sekelip mata. Ia suplemen dan ambil masa untuk serasi dengan badan, selain perlu banyakkan minum air masak dan kerapkan mengepam untuk hasil yang memuaskan. Alhamdulillah, dalam seminggu saya dapati pengeluaran susu badan bertambah sedikit demi sedikit. 

Shaklee sebagai Sumber Pendapatan

Tak lama lepas tu, blog Anakkuwiraku announce nak buat seminar untuk sesiapa yang berminat untuk berniaga. Saya ni adalah juga sikit-sikit darah berniaga tu. Memang dari kecik suka berangan berjual-beli barang. hehe.. So dalam hati terdetiklah untuk join seminar tersebut. Lagipun harganya sangat berpatutan. Bermula dari situ, terbukalah mata dan hati saya untuk menjadikan Shaklee sebagai sumber pendapatan! Mungkin bergantung juga kepada group yang anda join.. Tapi bawah Kak N (pengasas Euphoria), saya rasa ia sangat serasi dengan jiwa saya serta sesuai dengan status saya sebagai seorang ibu yang tak boleh tinggalkan rumah waktu malam untuk attend kelas dsb. Bermula Disember 2010 saya pun menjadi ahli Shaklee..

Boleh refer entri-entri lepas saya tentang kelebihan dan keseronokan berbisnes Shaklee di sini... 

Shaklee sebagai MLM

Pada asalnya saya bergerak sendiri. Sungguhpun Shaklee ini adalah syarikat MLM, tetapi tak mengapa jika anda lebih suka buat seorang diri. Tak perlu pening-peningkan kepala nak train downline dan sebagainya. Ramai yang saya kenal dalam group kami buat duit ribu-riban hasil usaha sendiri sahaja. (Walaupun training downline juga dikira sebagai 'usaha sendiri' ya ;))

Namun, semakin lama dalam bisnes ni, saya semakin nampak kelebihan mempunyai rangkaian sendiri, untuk jangkamasa panjang. Berkat tunjuk ajar serta mengamalkan tips-tips yang diberikan oleh upline saya, kini saya mempunyai rangkaian saya sendiri. Walaupun tak begitu besar, but I'm working on it! Bukan senang nak jadi leader ya! Sebab saya yakin, downline saya juga ingin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik, kerana itu mereka mengambil langkah berani untuk bersama-sama saya dalam bisnes Shaklee ini. Saya sendiri bukanlah terel sangat dan masih banyak yang perlu belajar. Malah saya turut belajar daripada downline saya kerana bagi saya, setiap daripada kita mempunyai kelebihan dan cara tersendiri. Tak salah belajar dan ambil mana yang baik. ;)

Antara tips yang boleh saya kongsikan, jika anda ingin berjaya dalam Shaklee ini (bagi saya):
  1. Banyakkan membaca kemudian bertanya jika kurang jelas.
  2. Dekati upline untuk pastikan anda berada di track yang betul. Kadang-kadang tak semua tips dikongsikan dengan semua downline, tapi bila ada yang bertanya barulah keluar tips-tips dan nasihat yang sangat berguna itu.
  3. Kadang-kadang nak mula tu yang susah. Tapi once dah mula, insyaAllah nak teruskan momentum tu tak sepayah nak memulakan.
  4. Kreatif!
  5. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!

Ingin bersama-sama saya dan mereka ini dalam mengubah nasib anda dan keluarga?

Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...