Followers

Tuesday, January 8, 2013

Azam Penyusuan Anak ke-4

Assalamualaikum,

Bila tengok ibu-ibu gigih kumpul stok susu untuk anak, mulalah rasa berkobar-kobar nak buat yang sama untuk baby nanti!

Tengoklah stok EBM bawah ni. 600 oz ok! Cantik je tersusun. Mau tak bersemangat bila tengok stok susu macam ni??

Ibu ini telah mengambil set 3M iaitu Set Penyusuan yang lengkap dan sangat fofular ya.


Walaupun saya personally tidak akan suggest set 3M kepada ibu yg masih dalam pantang, sebab set ini mengandungi alfalfa yang mungkin perut bayi tak tahan.. Tapi, badan masing-masing tak sama. Banyak khasiat alfalfa ni selain milk booster, seperti detox, mengatasi keputihan, memulihkan urat selepas bersalin, dsb... which is also good untuk ibu dalam pantang. So, kalau ibu nak cuba juga ambil alfalfa seawal dalam pantang, takde masalah.. cuma ambil dos yang minimum dulu, iaitu 1 biji sehari.. Then tengok penerimaan baby macam mana. Kalau dia ok, takde cirit-birit, bermakna dia OK! So boleh teruskan pengambilan alfalfa. Namun, pengambilan alfalfa sangat-sangat disarankan dengan pengambilan air masak yang secukupnya (3L ke atas) supaya tidak berlaku healing crisis. (Ibu menyusu memang kena banyak minum air masak pun).

Namun, jangan risau jika bayi anda 'alah' pada alfalfa. Set yang tidak kurang hebat kesannya dan selamat diambil seawal berpantang ialah set Eu-four Plus (set eu-four + ESP). Kandungan suplemennya sama shj dengan set 3M, cuma tanpa Alfalfa :)



Tetiba teringat waktu menyusukan Faeq (my second son), saya ada buat private blog untuk merekod perjalanan penyusuan saya ketika itu. Adalah tertepek satu dua gambar stok EBM saya. Hehe.. Nak tengok? Malu la.. takde lah tersusun penuh macam gambar di atas tu.. tapi, boleh la.. first time la kiranya waktu tu dapat buat stok sebanyak tu.


Kalau berdasarkan tarikh pada pic tu, waktu ni Faeq dah genap 2 bulan.. hari saya naik keje kot :)
InsyaAllah, azam saya untuk anak ke-4 ni untuk penuhkan DEEP FREEZER dengan stok ebm!!! 

Apa langkah-langkah persediaan saya?

1) Sediakan badan untuk penyusuan seawal mengandung lagi 
- ilmu insyaAllah dah ada, berdasarkan apa yang digali selama dah beranak 3 ni dan berdasarkan pengalaman ;)
- makan supelemen Shaklee dengan istiqomah waktu mengandung ni supaya badan lebih 'bersedia' untuk penyusuan nanti.

2) Sediakan kelengkapan penyusuan
- breastpump (tengah consider nak beli pam baru ke??) selama ni guna pam avent manual - sangat puas hati!
- milkbag storage / bottles
- cooler bag baru yang lebih tahan sejuk (amboi nak baru saje)

3) Deep Freezer!! 
- Peti ais sekarang sangatlah tak sesuai sebab sentiasa penuh dgn stok ikan, ayam, dsb.. mana mau sumbat EBM nanti??

Azam selepas bersalin nanti...

1) Sediakan jadual mengepam dan follow!!

2) Mula pam untuk stok seawal 3 minggu!

3) Bangun untuk pam waktu dinihari especially if baby tak bangun nenen.

Saya harap ibu-ibu lain juga sama-sama bersemangat untuk lengkapkan misi penyusuan sebagai satu langkah memberi yg terbaik buat si kecil. Percayalah. Ia sangat berbaloi!


** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 



Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...