Followers

Monday, December 31, 2012

Kaki Sembab @ Bengkak (Water Retention) Semasa Hamil


Assalamualaikum,

Antara masalah yang sering dihadapi oleh ibu mengandung adalah sembab atau bengkak pada kaki (mungkin juga pada tangan, muka, dll). Masalah ini boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada si ibu kerana menghadapi kesukaran utk berjalan, solat, dsb.

Semasa hamil, badan menghasilkan kira-kira 50% lebih darah dan cecair badan sebagai persediaan  menampung bayi yang sedang membesar. Bengkak atau sembab yang disebabkan oleh darah dan cecair tambahan ini adalah normal semasa hamil. Kesembapan normal, yang juga dikenali sebagai edema, boleh berlaku pada bahagian tangan, muka, kaki dan pergelangan kaki.



Namun, ibu perlu waspada jika kesembapan berlaku dengan tiba-tiba kerana ia mungkin petanda awal praeklampsia. Rujuk kpd doktor anda segera jika ini berlaku.

Tips Hindari Sembab (water retention @ swollen feet, ankle, face) semasa Hamil
  • Minum air masak sebanyak 2-3 L sehari. Toksin dapat disingkirkan daripada badan dengan baik apabila kita minum air masak secukupnya. Apabila badan tidak mendapat cecair secukupnya, ia akan berada dalam ‘survival mode’ di mana badan ‘menyimpan air’ dan berlakulah sembab kaki, tangan dsb. Cuba cek, adakah kita sekadar minum 2-3 gelas air masak sehari? Cara mudah untuk tahu sama ada badan mendapat air yg cukup ialah melalui warna urin. Ia sepatutnya jernih, bukan keruh.
  • Lakukan senaman ringan. Senaman membantu peredaran darah dan cecair yang lebih baik dalam badan seterusnya menghindari daripada berlakunya sembab kaki, dsb.  Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki atau berbasikal.
  • Jangan berdiri terlalu lama. Apabila berdiri terlalu lama, cecair akan terkumpul pada kaki yang mengakibatkan sembab.  Banyakkan berjalan atau bergerak.
  • Tinggikan sedikit kedudukan kaki sewaktu berehat atau tidur. Alas kaki dengan bantal supaya kaki berada pada aras yang sama atau lebih tinggi daripada jantung.
  • Pakailah kasut yang selesa dan tidak terlalu ketat. Jauhi heels!
  • Amalan pemakanan:
    • Hindari @ kurangkan:
      • Minuman berkafein dan alkohol
      • Makanan yang tinggi sodium.  Antara makanan yang tinggi kandungan sodium selain garam ialah makan yang diproses (processed food), makanan segera (instant or fast food) – fries, burger, dll.
      • Karbohidrat
    •  Lebihkan dalam menu harian:
      • Makanan yang tinggi potassium – contohnya pisang, lobak meah, kurma, buah oren, tembikai, prune, kismis, bayam, kacang peas, badam, susu dan yogurt.
      • Makanan berserat tinggi seperti roti high fiber.
      • Sayur-sayuran mentah seperti ulaman.
      • Protein, menggantikan karbohidrat.
      • Makanan tinggi magnesium dan vitamin B – sayuran berdaun gelap, oatmeal, asparagus dan kacang soya.
  •  Selain itu, pengambilan suplemen kalsium magnesium turut membantu mengatasi masalah sembab air

“Taking certain vitamin supplements also can help relieve your edema. Calcium helps with the fluid exchange in your body, and can help promote the excretion of fluid from your tissues.”

"Magnesium is a vitamin supplement that shows promise at reducing edema. "

Ostematrix Shaklee adalah suplemen kalsium magnesium yang turut dilengkapi dengan vitamin D serta mineral lain yang baik utk kesihatan, apatah lagi untuk ibu mengandung.

Apa kata ibu yang mengamalkan ostematrix sepanjang kehamilan?


"cuaknya... tersedar awal pagi tangan kanan bengkak... cincin tersekat... mmg bengkak jari jemari tak boleh nak genggam... telan ostematrix 4 biji... alhamdulillah... bengkak surut dan bleh kuarkan cincin... takut terjadi lagi... saya perasan kalau mkn oste mmg bengkak kaki pun hilang... orang kata kalau kaki bengkak mmg dah dekat2 nak bersalin dah tu... tapi klu mkn oste mmg dapat elakkan segala bengkak kaki dan kebas2... thanx oste :)"

~ Puan Fauziah


Sebenarnya ada banyak lagi khasiat Ostematrix Shaklee ni selain mengatasi masalah bengkak kaki. Boleh baca di sini khasiat Ostematrix ;)

Sumber:

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Boleh hubungi saya melalui:


sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412

Sunday, December 30, 2012

Pengedar Sah Shaklee Putrajaya


Assalamualaikum,

Saya mula mengenali Shaklee sewaktu menyusukan anak ketiga saya yang berumur lebih kurang 8 bulan (tak berapa ingat) pada ketika itu. Dalam mencari penyelesaian kepada masalah kemerunduman susu badan, saya ditemukan dengan Shaklee. Saat itu menjadi titik tolak kepada 'penghijarahan' saya kepada kehidupan yang lebih bermakna. Alhamdulillah, saya bersyukur ditemukan Allah dengan Shaklee dan kumpulan Euphoria.

Kini, saya suka berkongsi kebaikan Shaklee dengan semua, sepertimana yang telah saya rasakan. Saya percaya kita adalah apa yang kita makan. Dengan Shaklee, bukan sahaja mutu kesihatan saya semakin baik, malah saya juga mampu memperbaiki taraf ekonomi keluarga saya. 

Jika anda berminat untuk mencuba Shaklee atau menjana pendapatan melalui Shaklee, jangan segan-silu untuk hubungi saya. Saya sudi membantu.

Saya menyediakan perkhidmatan COD di kawasan PUTRAJAYA. Namun, penghantaran melalui pos disediakan ke seluruh Malaysia ;)


Salam Sayang,

AINI HAYATI LUEY
Shaklee Independent Distributor
ID: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359
emel: ainihayati[at]gmail.com

Saturday, December 29, 2012

Ibu Mengandung dan Simpul Biawak (Kekejangan Kaki)

Assalamualaikum,


Ibu mengandung dan 'simpul biawak' seolah-olah sangat sinonim. Saya sendiri ada pengalaman merasainya waktu anak ketiga. Ya Allah.. sakitnya jangan cakap lah! Walaupun tak sampai satu minit kejadian berlaku, tapi terasa macam SATU JAM!! Kalau boleh tak nak dah berulang lagi.


Jom baca, apa punca simbul biawak atau kekejangan otot kaki dan cara mengatasi serta menghindarinya.

Kekejangan kaki atau nama gelaran Simpul Biawak adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang.

Berikut ialah beberapa kemungkinan punca kekejangan kaki berlaku semasa hamil: 

• Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.

• Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.

• Terlalu keletihan membawa perut yang semakin membesar.

Apakah cara untuk melegakan kesakitan ini?

• Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang. (Rujuk gambar bawah)





• Urut otot yang kejang itu.

• Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.



Tips Mengelak Kekejangan Kaki Semasa Mengandung:

1. Minum air masak secukupnya (sebaik-baiknya 2-3L atau lebih)

2. Lapik kaki dengan bantal supaya kaki anda berada dalam posisi lebih tinggi daripada kepala semasa tidur.

3. Urut kaki dan betis secara lembut sebelum tidur untuk lancarkan peredaran darah.

4. Pakai stokin sokongan, dan kasut yang sesuai dan selesa sepanjang hari.

5. Lakukan senaman regangan otot sebelum tidur.

6. Elakkan terlalu banyak berdiri.

7. Mandi dengan air suam sebelum tidur.

8. Ambil suplemen kalsium magnesium. Pengambilan suplemen Ostematrix Shaklee dapat membantu mengatasi masalah ini.



Saya ringkaskan KEBAIKAN & KHASIAT OSTEMATRIX kepada ibu mengandung:


Apa kata ibu-ibu yang mengamalkan OSTEMATRIX sewaktu mengandung?

"... ostematrix mmg best.. saya masa preggy anak 2, jarang cramp.. masa anak first sokmo cramp.. hihihi.. lahirkan baby pon mudah., hubby tak sempat masuk labour room dah terberanak.. alhamdulillah.. teruskan bersama shaklee.. "
~ Puan Sri Fairus

" Masa peknen kan syaza,esp dan ostematrix antra supplemen yg saya ambil..masa peknen mmg saya selalu alami sakit belakang masa nak tidor dan masa bangun tido....tapi lepas saya amalkan ostematrix saya dah xsakit belakang mahupun sengal2 badan...dlm masa 2hari sudah nmpk perubahan yg positif....dan yang paling saya xsangka saya masih mampu dukung shaura (anak sulung saya) yg beratnya 11kg naik tangga sampai tingkat 4 sedangkan masatu saya tgah peknen 8bulan..
(rumah kami tingkat 4 tau..xde lif..sob sob)..huhu...ramai kawan2 tegur" kuatnyer kau dukung shaura naik atas tgah peknen lak tu...mesti senang nak bersalin nanti"....alhamdullilah saya mmg di permudahkan masa bersalinkan syaza.."
~ Puan Intan Azlin

"Sje nk share produk ostematrix....sy nie pregnant 7 bulan..
Mmg kerap la, malam2 kne cramp dkt betis n perut yg berulang2 setiap hari...
Baru 3 hari amalkn ostematrik, 4 bji.....mcm xpecaya lak...mlm tadi xkena langsung.. Walhal hujan lebat n cuace sjuk sangt...
Bgun pg...betapa lancarnye ' usus dicuci' hehehe....
Pasni tido lena da....xyah bgun malam nk hilangkan cramp2.... Tq shaklee :-)"
~ Puan Shida Seth


Jika anda tidak dapat memenuhi keperluan kalsium tubuh melalui pemakanan harian sewaktu mengandung (tak lalu minum susu, yogurt dsb), cubalah Ostematrix Shaklee. Dilengkapi dengan Magnesium dan Vitamin D serta mineral lain, ia mudah diserap tubuh dan tidak mendatangkan risiko batu karang! 

Sumber: babycentre, bayi-ibu


** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Boleh hubungi saya melalui:


sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412


Monday, December 24, 2012

Suplemen untuk Menyokong Perkembangan Fizikal & Mental Anak Anda



Assalamualaikum...

Kedua-dua suplemen di atas sangat baik untuk perkembangan fizikal dan minda anak-anak. Untuk lebih info tentang Omegaguard dan Meal Shakes boleh baca di sini dan di sini. 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi saya melalui:
sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey

Thursday, December 13, 2012

Kenalpasti Punca Susu Merundum

Assalamualaikum,

Rata-rata ibu menyusu yang hubungi saya untuk mencuba Set Penyusuan Shaklee menghadapi masalah susu sedikit atau susu merundum. Tak kiralah sama ada ibu masih dalam tempoh berpantang, mahupun yang anaknya telah berumur lebih setahun. Yang membuat saya kagum adalah semangat serta keinginan ibu-ibu ini untuk meneruskan misi penyusuan. Sungguhpun saya bukanlah LC (lactation counselor) mahupun apa-apa kaunselor dalam penyusuan. Tapi saya akan advise sebaiknya berdasarkan ilmu penyusuan yang saya ada, selain pengalaman menyusukan 3 orang anak saya ;)

Se'natural-natural' breastfeeding ini, ia tetap memerlukan usaha di pihak ibu untuk menjayakannya. Untuk mengelakkan masalah 'susu sedikit', dikongsikan beberapa tips bagi ibu yang baru memasuki alam penyusuan

  • Cuba menyusu sebaik sahaja bayi dilahirkan didalam bilik bersalin.

  • Bayi yang berusia beberapa minit selalunya dapat mencari di mana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa. Dapatkan bantuan nurse untukbantu anda dapatkan 'latching' yang betul.

  • Kurangkan pelawat untuk memastikan masa anda bersama bayi tidak terganggu.

  • Pastikan anda dan bayi tidur dan bangun dalam masa yang sama.
  • Jangan guna nipple artificial. Menyusu ‘on demand’. Jangan terlalu mengikut jadual. Menyusu sebanyak mana yang bayi mahu. Selalunya berakhir 10 hingga 40 min setiap kali penyusuan.
  • Pastikan anda selesa semasa menyusu. Letakkan bantal untuk menyokong belakang dan kepala. Keyword: Relax!
  • Pastikan kepala bayi berhadapan dengan dengan buah dada supaya dia tidak perlu berpusing. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda. Sokong buah dada supaya ia tidak menekan dagu bayi
  • Letakkan bayi ke arah buah dada anda dan galakkan bayi untuk membuka mulutnya. Sokong belakangnya bukan kepalanya. Hidung bayi sepatutnya menyentuh buah dada anda.
  • Sekiranya anda merasa sakit, dengan lembut pisahkan mulut bayi anda dari puting dan cuba lagi.
  • Pastikan belakang anda selesa. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia boleh memberikan sakit belakang.

  • Kalau boleh dapatkan hospital yang breastfeeding friendly. Get all the support you need!!


Seandainya anda memang tiada masalah dengan penyusuan, tetapi along the way anda dapati production  susu mula drop, jom troubleshoot!


Adakah anda berada dalam keadaan stress
Punca kepada stress boleh jadi macam-macam, sama ada tempat kerja, jadual harian yang padat, ish.. apa-apa je lah. Kenalpasti punca kepada stress yang anda lalui dan cari jalan untuk atasinya. 

Kurang makan?
Ibu menyusu perlu dapatkan kalori yang secukupnya untuk penghasilan susu badan. Jangan skip makan dan pastikan makan makanan yang seimbang. Ibu menyusu memang akan rasa cepat lapar sebab makanan yang kita makan digunakan sebagai 'fuel' untuk menghasilkan susu berkhasiat untuk bayi kita.

Kurang minum air masak? 
Kalau ibu minum air masak setakat 1 botol kecil air mineral, memang tak dapek nak nolong. Macam mana susu nak banyak kalau badan ibu sendiri pun 'kering'? huhu..

Adakah anda berada dalam keadaan terlalu letih atau penat
Kalau badan ibu terlalu letih, ia secara tidak langsung memang akan menjejaskan penghasilan susu dengan lancar.

Baby kurang menyusu atau anda kurang mengepam? 
Cuba cek balik adakah bayi anda kini tidak lagi menyusu sekerap sebelum ini? Jika ini kesnya, bolehlah lakukan power-pumping untuk tambah 'demand' pada penghasilan susu badan. Setkan satu masa setiap hari untuk buat power-pumping. Perkara yang paling utama dalam penyusuan adalah konsep asasnya iaitu supply vs demand!

Anda sedang period? 
Tidak dinafikan, ada ibu yang mendapati susu mereka akan drop sewaktu didatangi period. 

Adakah anda tidak sihat dan mengambil ubat yang boleh menjejaskan penghasilan susu ibu? 
Ya, ada sesetengah ubat yang boleh menjejaskan pengeluaran susu ibu. Maklumkan kepada doktor yang anda ibu menyusu. Saya sendiri jarang sangat ambil ubat batuk atau selsema sewaktu sedang menyusukan. Walaupun doktor kata ia tidak menjejaskan penghasilan susu ;p

Adakah pam yang anda gunakan berada dalam keadaan baik? 
Kadang-kadang pam yang tidak berfungsi dengan baik turut menjejaskan pengeluaran susu yg optimum. Cuba cek sama ada suction pam masih seperti biasa atau sebaliknya.

Anda mengandung??! 
Kebanyakan ibu akan dapati susu drop apabila berbadan dua. So, better buat UPT cepat!! :)

Ini antara soalan-soalan yang terfikir dek kepala saya buat masa ini utk tujuan troubleshooting susu merundum. Nanti-nanti kalau saya ingat point lain, saya akan tambah lagi.

Jika anda ingin mencuba Set Penyusuan Shaklee, ingin saya tekankan bahawa pengambilan suplemen ini tidaklah memperbanyak susu ibu secara langsung. Namun ia akan mengisi lopong-lopong zat dalam badan kita, memenuhi keperluan zat dalam tubuh yang tidak dapat kita penuhi daripada pemakanan harian kita. Seterusnya, apabila badan sihat (atasi masalah keletihan), ibu lebih ceria (atasi masalah stress), disusuli dengan amalan supply vs demand yang baik (kosongkan breast - pam atau bfeed setiap 2-3 jam sekali), serta minum air masak secukupnya (3L) sehari, insyaAllah.. saya yakin anda akan temui jalan penyelesaiannya!

Caiyok ibu-ibu! Jangan lekas berputus asa! Cuba sedaya-upaya. Kalau ibu lain boleh, anda juga pasti boleh. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Setiap dugaan pasti akan disusuli dengan kejayaan yang paling manis jika kita sabar, usaha dan tawakal kepadaNya!



** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Boleh hubungi saya melalui:


sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412

Tuesday, December 11, 2012

Pengalaman Mengandung Kali Ini dan Suplemen yang Saya Amalkan

Alhamdulillah..


Kawan-kawan terdekat ramai yang dah tahu. Syukur, kini saya mengandung anak ke empat. :) Sekarang dah 5 bulan, tapi besar perutnya kalah orang ngandung 7 bulan. Haha.. yelah, maybe tak sama pregnant anak ke-4 dan anak pertama. Saya masa pregnantkan anak ke-2... dah 4 bulan pun tak sedar diri tgh pregnant. Bila scan tengok-tengok dah lengkap tangan kaki semua. Alhamdulillah.. Well, setiap pregnancy pasti berbeza pengalamannya.

Pregnancy kali ni yang agak berbeza daripada yang sebelum-sebelum ni saya perasan mabuk agak teruk dan agak lama. Saya ni bukan kategori 'morning' sickness. Biasa saya akan mula rasa loya dari petang membawa ke malam. Alahan kali ni rasa teruk sikit daripada sebelum ni.. rasanya suami saya pun perasan. Agaknya dalam hati dia mesti terdetik ehh wife aku ni betul ke saje ngada2? huhu.. Sebab malam kol 9 dah mengantuk n tak larat. Tak larat sebab menahan rasa mual. So nak tahan rasa mual tu saya masuk tidur awal. huhu.. Selain tu, yang paling obvious saya perasan, rasa lapar yang tersangat cepat!! Contohnya malam dah makan kol 8, kol 9 dah lapau balik. Lapar yang kalau tak makan sakit menyucuk2! adoi. Sabar..sabar..

Namun semua tu alhamdulillah beransur pulih bila kandungan mencecah 5 bulan.. Rasa lapar yang melampau2 dah boleh diatasi. Mabuk-mabuk pun semakin kurang dirasai.. Alhamdulillah.. Rasanya punca perut saya agak besar berbanding sebelum ni mungkin sebab kelaparan melampau yang dirasai masa trimester pertama tu.. Sekarang kena start control makan.

Sebab berdasarkan pengalaman saya sendiri, waktu mengandunglah kita kena jaga makan. Bukan boleh belasah makan semua yang kita teringin nak makan. Satu, sebab bayi dalam kandungan saya cenderung utk membesar dgn jayanya kalau saya tak control makan, dan selain tu boleh mengundang pelbagai penyakit seperti kencing manis, dan sebagainya.

Anak pertama saya dilahirkan dengan berat 3.7kg (makan tak ingat dunia.. boleh bertambah sampai 3x sekali makan), anak kedua berat 3.1kg (berkat control makan; malam tak makan nasi, makan roti sahaja dan  tgh hari makan nasi pun minta nasi separuh shj), anak ketiga berat 3.3kg (makan sedang-sedang.. tak control sangat n tak melahap sangat. hehe)

Kalau nak tahu, kat Jepun mereka sangat strict monitor kenaikan berat ibu sewaktu mengandung. Kalau naik lebih sikit je dah bising pot pet pot pet .. sebab makan berlebihan itu sebenarnya boleh mengundang macam-macam penyakit. Kita tak perlu risau baby tak cukup zat sebab bila makan banyak tu bukan semestinya cukup zat pun dalam pemakanan kita. Terlebih lemak dan minyak ada lah. Lagi-lagi makanan kat Malaysia ni.. Kebanyakannya bergoreng dan berlemak. Yang penting kita kena make sure zat cukup, makan makanan berkhasiat, lebihkan makan sayur dan buah-buahan, minum air masak lebih.. dan sebagainya.

Saya sendiri kali ini mengamalkan set mengandung Shaklee yang terdiri daripada B complex, Vitamin C, Vitalea, Ostematrix, ESP & Omegaguard (masuk bulan ke-4)

Actually bila dah makan set pregnancy ni, tak perlu lagi makan vitamin yang dibekalkan oleh klinik. Malah doktor saya sendiri OK je bila saya maklumkan yang saya mkn vitamin Shaklee untuk pregnancy kali ni..(Dia kata dulu dia pun join Shaklee. hehe)

Dalam set pregnancy ini, ia telah lengkap dengan asid folic, zat besi serta kalsium magnesium (ini yang biasa dibekalkan oleh klinik untuk elakkan masalah semasa mengandung), selain multivitamin dll.

Apakah kepentingan asid folik sewaktu mengandung?

Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida) Kajian telah menunjukkan bahwa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik semasa hamil.
Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus sahaja ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada neural tube defect (NTD):

  • Keluarga yang pernah mengalami NTD
  • Pernah hamil anak yang mengalami NTD
  • Mengambil ubat sawan
  • Kencing manis

Sumber: AlamHamil

Sungguhpun asid folic terdapat dalam banyak sayuran, tapi ia mudah rosak akibat proses memasak. Sebab itu biasanya doktor akan prescribe suplemen asid folik.

Zat besi pula sangat penting untuk mengatasi masalah low hb. Low hb bermaksud anda berisiko menghidapi anemia.

Apa pula kesan anemia sewaktu mengandung?

Anemia bermaksud kekurangan sel darah merah dan merupakan keadaan yang amat kerap berlaku di kalangan wanita hamil. Sebab utama anemia ialah kekurangan zat besi. Amat penting untuk anda mengetahui samada anda mengalami anaemia atau tidak setelah anda disahkan hamil.

Anemia selalunya tidak akan mempengaruhi tumbesaran bayi kerana bayi sentiasa mendapat bekalan zat besi yang cukup untuknya membesar tetapi sekiranya keadaan anaemia ini terlalu teruk bayi anda juga mungkin akan mengalami anemia selepas lahir.

Bagaimana untuk mengetahui yang saya menghidap Anaemia?

Ujian darah yang ringkas akan menentukan samada anda mengalami anaemia atau tidak. Sekiranya anda cuma mengalami anaemia yang ringan, anda tidak akan menunjukan sebarang simtom. Tetapi sekiranya ia dalam tahap yang teruk anda mungkin akan merasa:
  • cepat Letih
  • rasa tidak bermaya
  • pucat
  • berdebar-debar
  • sukar bernafas
  • pengsan

Risiko Untuk Mendapat Anaemia

Sesetengah wanita mempunyai lebih risiko untuk mendapat anemia. Ia kerap berlaku kepada:
  • Mereka yang mengalami masalah kurang zat makanan
  • Mereka yang mengandung kembar
  • Mereka yang mempunyai anak yang terlalu rapat
  • Merka yang sering muntah danmempunyai masalah penghadaman
 Berapa banyak Zat Besi yang saya perlu makan?
Anda memerlukan sekurang kurangnya 15 mg zat besi sebelum hamil. Tetapi semasa hamil anda memerlukan dua kali ganda dos yang disarankan. Tapi hati-hati kerana ia boleh menybabkan sembelit dan muntah-muntah pada sesetengah orang. Sekiranya anda alah dengan zat besi, cubalah memakan makanan yang mempunyai zat besi yang tinggi seperti:
  • Daging tanpa lemak (tapi hindarkan memakan hati kerana ia mengandungi vitamin A yang terlalu tinggi)
  • Sayuran hijau seperti bayam, kangkung atau brokol

Sumber: AlamHamil

Alhamdulillah, ramai ibu-ibu yang berjaya mengatasi masalah anemia atau low hb dengan pengambilan vitalea Shaklee.


Testimoni lain bagi set pregnancy boleh baca di sini.

Selain itu, boleh baca kebaikan Ostematrix di sini. Ini pula testimoni ESP semasa mengandung:




Anda pasti teruja seperti saya!!

Jika berminat untuk memberikan yang terbaik buat kandungan anda, boleh hubungi saya. Konsultasi percuma diberikan dengan setiap belian ;)

p/s: Sebenarnya banyak lagi yang saya nak share pasal pregnancy ni.. tips-tips seperti apa yg perlu elak utk elakkan baby terlalu besar.. masalah keputihan, bla bla.. tapi takpe lah.. kita story satu-satu la yer.

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Boleh hubungi saya melalui:


sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412



Thursday, December 6, 2012

Entry Santai: One Day Trip ke Cameron Highland

Salam Petang Khamis...

Petang-petang ni kita story santai-santai je la ek.. Ni ada gambar-gambar lama dalam simpanan. Saje la bawak budak-budak gi jalan Cameron Highland on the way balik dari Kelantan Raya Haji lepas. Sebab gerak awal pagi, jalan pun clear tak banyak kereta, cuaca pun baik.. Last minute decide untuk singgah Cameron Highland. Saje la mak yong mengidam nak petik strawberry. Bukan nak makan je ye.. nak petik sendiri. huhu.. 

Boleh tahan jugak 'upah diri sendiri' untuk petik strawberry ni. Tapi, demi pengalaman untuk anak-anak, tak pe lah.. Pejam sebelah mata je lah. Kalau berkira sangat, memang tak merasa nak 'picking' kat Malaysia ni. Kalau kat oversea memang murahhh n boleh makan sebanyak mana yang kita nak kat farm tu. Eat all you can.. Kalau nak bawak balik, timbang n bayar. Tapi memang murah lah :)

Tokey Raju's Strawberry Farm kata setiap kali dia allow pelancong untuk petik strawberry, mesti lepas tu pokok-pokok strawberry dia mati. Itulah risiko yang dia kena tanggung. Sebab pokok strawberry ni sangat sensitif. Kita datang bawak kuman dan macam-macam lagi kat baju kita. Sebab tu lah dia caj mahal kot. Nak beli pokok baru ganti pokok yang rosak. hehe.. 

Nak tau rate dia berapa untuk picking ni? Well.. dia kira ikut kepala. Kitorang berenam haritu. So dia kira RM60 utk sekilo strawberry. Kalau lebih, bayar lebih la. kalau kurang bayar RM60 juga...:p

Okey lah. layan gambar je la ek... 


Posing jap depan pintu masuk. Masing-masing sibuk kulum lolipop.


Hewhew.. ada gaya Datuk Bandar rasmikan ladang stroberi tak?? :p



Abang Ngah tak nak lepaskan peluang petik stroberi sendiri.


Fikry ibu bagi posing je. Bahaya pegang gunting!


Last but not least... My heroes :)

Alhamdulillah, overall memang puas hati lah dengan hasil picking pada hari tu. Buah-buahnya besar dan manis. Actually ni tempat kedua kitorang singgah. Farm pertama kena reject. Dahlah strawberrynya masam, servis pun k.o..Tu yang sanggup cari jugak Raju's Farm ni. Sebab kitorang tak pernah miss singgah sini kalau pergi Cameron Highland. Cuma sebelum ni asyik tak berpeluang untuk 'picking'. Alhamdulillah, kali ni memang rezeki kami. Sebab cun elok je time tu memang musim & cuaca cantik untuk strawberry membesar dengan jayanya. Dan kebetulan bukan cuti sekolah atau public holiday, that's why tokey dia open untuk 'picking'. Kalau tak, beli je lah yang dah tersedia kat kaunter dia tu. hehe...

Syukran Ya Allah for such great experience. Moga dimurahkan lagi rezeki kami supaya dapat bawak anak-anak jalan keliling dunia lagi lepas ni. Aminn..

p/s: Sekarang tengah promosi Shaklee Collagen Powder tau! Jangan lepaskan HARGA RUNTUH ini! Hingga 31 Disember 2012 sahaja!! Memang berbaloi-baloi sangat!! Boleh contact saya untuk info lanjut k ;)

Boleh hubungi saya melalui:

♥ pm: Aini Hayati Luey
♥ ID Shaklee: 852412
♥ sms/whatsApp: 012-289 7359
♥ emel: ainihayati[at]gmail.com




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...