Followers

Thursday, October 18, 2012

Enam (6) Sebab Untungnya Wanita Mempunyai Rahim

Oh so sweet this loving couple :) -credit to google


1. Dia bekerja dengan Allah untuk jadi ‘kilang’manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya.

2. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang. Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

3. Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.

4. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami : Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala tambahan yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala tambahan ini.

6. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung di tambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.


Kredit : Wondermum & blog ni.


Wednesday, October 17, 2012

Tips Mendidik Anak untuk Bebas Lampin

Assalamualaikum...


Usaha melatih si kecil untuk diaperless dah mengambil masa hampir sebulan rasa-rasa saya. Tapi tu lah, usaha tak seberapa...hasilnya pun tak seberapalah.  Maklumlah, bukan saya yang mengadap dia hari-hari kat rumah tu (eceh alasan!). Belah pagi je tak dipakaikan lampin. Belah petang dah berlampin. Aiii macam ni bila mau grad da... Antara kesilapan yang saya perhatikan (berdasarkan pengalaman mengajar abang-abangnya diaperless):

1) Sekejap pakai, sekejap tak pakai (seperti yang diceritakan di atas).
2) Kurang kesabaran - bila si kecil terbabas je, mula pakaikan lampin balik.
3) Kurang mengajak si kecil ke bilik air untuk buang air. Kalau boleh bawak ke bilik air setengah jam sekali. Biarkan dia main air lama sikit.. insyaAllah pasti berhasil..

Ini yang saya dapat kenalpasti lah berdasarkan sembang-sembang dengan bibiknya. Huhu.. Mungkin kerana dia pun kurang pengalaman mengajar budak bebas lampin sebelum ni..

Macam mana pun ini beberapa tips yang saya perolehi untuk perkongsian bersama:


  1. Bilakah masa yang sesuai untuk bermula? Ketika si manja anda sudah mula memahami serta mampu berkomunikasi dengan persekitarannya. - Dalam umur 2-3 tahun
  2. Jangan memaksa kerana si kecil mungkin akan menunjukkan reaksi protes atau memberontak.
  3. Gunakan pendekatan psikologi - contohnya puji si kecil bila dia berjaya membuang air di bilik air.
  4. Perlu bijak memahami tanda-tanda atau isyarat yang diberikan oleh si anak itu. - Agak-agak tengok dia kaku semacam ke, dah mencangkung ke.. angkatlah terus ke toilet. hehe.
  5. Ibu bapa juga perlu membuatkan si manjanya memahami akan keperluan menggunakan tandas. Jadikan isu tandas ini sebagai salah satu ‘isu’ besar dalam diri mereka.  - Sentiasa bertanya perlu ke toilet ke? - setiap 10 minit (contoh)
  6. Janganlah terlalu mengharapkan satu perubahan yang drastik. Perubahan ini memerlukan masa serta latihan - Betul. ada yang ambil masa tak sampai seminggu, ada yang berbulan-bulan. Yang penting kena banyak bersabar!
  7. Jangan cepat berputus asa dengan memakainya lampin pakai buang semula. - Seronok la budak tu. hehe
  8. Tanya kepada diri sendiri mengapa usaha anda selalu menemui kegagalan? Jawapan mudah sahaja! Stok lampin masih ada di dalam rumah anda. Ramai ibu bapa merasakan mereka perlu mempunyai ‘lampin kecemasan’ di rumah. - Haha.. ini memang susah nak dielakkan. 
  9. Jangan sesekali mengelirukan anak anda dengan memakaikannya lampin pakai buang hanya pada waktu malam atau untuk bersiar-siar.
  10. Elak daripada menggunakan ‘training pants’ untuk melatih anak anda ke tandas. Ia boleh mengundang lebih banyak kekeliruan kepada anak anda sekali gus mendorong si manja untuk terus menggunakan lampin. 
  11. Lakukan latihan tandas ini bersama-sama dengan pujian dan galakan daripada anda. 
Sumber: Pa & Ma

Note: Pagi tadi dah ingatkan bibik jangan pakaikan diapers sampai petang. Biasalah kalau terbocor tu.. saya pesan kat dia. Malam tadi saya saje tanggalkan diapers dia.. memang penuh diapers dia, baru kencing kot. Bawak gi bilik air.. bagi main air.. dok buat bunyi shhhh..shhh.. tak jadi jugak. Last-last bukak baju, ha main air puas-puas bagi sejuk.. shi shi juga akhirnya. Lepas tu tak sampai setengah jam selamat terbocor kat dapur. Dah lencun baru nak cakap "Ichi  (Fikry) cingg" huhu...

So.. All da best mommies! Yang pasti diaperless dapat menjimatkan banyaaaakk duit anda ;)

Tuesday, October 16, 2012

Masa terbaik untuk dapatkan keahlian Shaklee secara percuma!!

Assalamualaikum!

Terlalu banyak khasiat ESP.. Antaranya seperti yang saya ringkaskan dalam gambarajah di bawah ni...



Seperti yang telah diwar-warkan, sekarang ni ada offer ..


ESP: Buy 6 free 1!!

Bagi anda yang ingin bersama-sama saya menjana pendapatan sampingan dengan program hebat Shaklee, anda tak sepatutnya membiarkan offer ini berlalu begitu sahaja! 

Dengan belian 6 ESP anda bukan sahaja mendapat 1 lagi ESP secara PERCUMA, malahan anda layak mendapat FREE MEMBERSHIP (bernilai RM65)!!

What a good start eh? 

Anda boleh terus kongsikan kebaikan ESP dengan rakan-rakan, saudara-mara dan keluarga. 

ESP ni baik untuk SEMUA golongan. Ibu menyusu, ibu hamil, wanita yang nak kulit cantik, berseri, anjal, mereka yang sering letih-letih
You name it! 


Ok, anda yang berminat boleh hubungi saya!



** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Boleh hubungi saya melalui:


sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412

Wednesday, October 10, 2012

ESP Kegemaran Ramai dengan Harga Promo Berbaloi2!!

Assalamualaikum!

Saya tak maklumkan lagi di sini yang bulan ini ada tawaran istimewa ESP oleh Shaklee...

Ya! Beli 6 percuma satu!! 
Boleh share dengan kawan-kawan, famili, sedara-mara untuk penjimatan berganda! 

Tapi kalau cuma nak beli satu atau dua sahaja, boleh hubungi saya. 
Kawtim baik punya ;)

Cepat! Cepat! Tawaran hingga hujung bulan ini sahaja tau.. !

p/s: Bagi yang masih belum tahu khasiat dan kebaikan ESP ni.. boleh baca di sini dan di sini ;)

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Boleh hubungi saya melalui:


sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412



Tuesday, October 2, 2012

Mac n Cheese lagi

Assalamualaikum...

Semalam mencari-cari resepi macaroni n cheese yang paling simple. Sebab nak buat yang simple n yummilicious macam Kenny Rogers punya. Anak-anak saya memang boleh tambah 20 kali (lagi-lagi si abg ngah) kalau mac n cheese Kenny Rogers tu. Kira ini salah satu makanan yang ketiga-tiga anak saya dengan maknya skali boleh makan dengan sungguh berselera sekali. Actually kelmarin dah buat dah mac n cheese ni tapi tak jadi sebab buat ikut suka hati. Sekali amekau.. mac n cheese keras kejung!! huhu... So dalam hati dah nekad nak alter bagi sedap jugak macam mana pun. 

Semalam baca blog Salam Dua Benua dan jumpa link ke sini. Sedap kan nampak mac n cheese ni. Simple pun simple resepinya :)

Classic macaroni cheese



So... my version of the Classic Mac n Cheese.... hehe...


Dengan sedikit alteration pada resepi di atas, mengikut apa yang available di dapur.. inilah hasilnya.

Saya gunakan cheddar cheese (block) & Jalapeno Cheese. Jalapeno Cheese ni tabur sikit je lepas masukkan makaroni n tutup api. Kalau tak nanti pedas pulak. Kalau tak letak Jalapeno Cheese ni, agak kuat rasa Cheddar Cheese (sebab terlebih bubuh kot).


Licinnn Fikry makan.. 


Nak lagi satu!! haha..

So mommies.. cubalah resepi ni. Memang simple dan yang pasti anak-anak mesti suka! High calcium ni sebab ada susu, cheese... yum yumm!! ;)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...