Followers

Thursday, September 27, 2012

Susu banyak bukan dengan Suplemen semata-mata..

Assalamualaikum,

Setiap ibu dan bakal ibu mengimpikan untuk menyusukan anaknya selama 2 tahun. Ia bukanlah sesuatu yang mustahil, namun ia juga bukanlah sesuatu yang mudah. Tekad dan azam sahaja tidak mampu menjamin kejayaan si ibu menempuh tempoh penyusuan dengan jayanya. Ia perlu diiringi dengan usaha. Usaha di sini bermaksud persediaan mental dan juga fizikal.

Persediaan Mental

Mental kita akan lebih bersedia menghadapi segala kemungkinan sekiranya ilmu penyusuan penuh di dada. Antara info yang perlu ibu menyusu tahu ialah seperti:
  • Cabaran yang bakal dihadapi 
  • Cara menyusu yang betul (latching, dll.)
  • Kebaikan menyusu kepada ibu dan bayi
  • Bagaimana susu ibu dihasilkan
  • Cara-cara pengendalian susu perahan (EBM)
  • Persediaan ibu bekerja untuk teruskan penyusuan
  • Mitos-mitos penyusuan
  • Diet sihat ibu menyusu
  • ....



Banyak ilmu penyusuan dikongsikan di forum-forum seperti www.susuibu.com

Persediaan Fizikal

Peralatan atau gajet-gajet penyusuan yang mudah diperolehi sekarang ini juga membantu memudahkan si ibu mencapai misi penyusuan 2 tahun.
  • Pam susu - carilah yang bersesuaian dengan bajet dan yang lebih penting yang serasi dengan kita. Ada sesetengah kedai yang menjual peralatan penyusuan menyediakan pelbagai jenis pam untuk dicuba oleh ibu agar dapat membuat pilihan yang tepat.
  • Bekas menyimpan EBM - ada yang suka menyimpan susu perahan dalam botol dan tak kurang yang gemarkan liner kerana lebih menjimatkan ruang.
  • Deep Freezer - lebih hygienic kerana EBM tak bercampur dengan ikan, daging dsb..
  • Nursing Bra 
  • Nursing Pillow
  • Breast pad
  • ...

Nursing cover comel-comel sekarang ni :)

Suplemen
Bagaimana pula dengan suplemen? Adakah keperluan zat bagi ibu menyusu boleh dipandang enteng? Sekiranya ibu mengandung sering dipantau pengambilan suplemennya, tetapi ibu menyusu kurang ditekankan kepentingan suplemennya. Contohnya keperluan kalsium di mana perlu diteruskan pengambilannya walaupun selepas melahirkan.

Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.


Ibu menyusu sepatutnya mengekalkan diet sihat seperti yang diamalkan semasa mengandung. Ini kerana keperluan nutrien ibu menyusu tidak jauh bezanya dengan ibu mengandung. Adalah normal bagi ibu menyusu berasa cepat lapar dan haus kerana pembakaran kalori yang banyak dalam penghasilan susu badan. Oleh yang demikian, sangat penting untuk si ibu memastikan pemakanan yang seimbang supaya penghasilan susu tidak terjejas. Pemakanan seimbang merangkumi:
  • Buah-buahan
  • Sayur-sayuran
  • Hasil tenusu
  • Roti dan cereal
  • Protein 

Secara idealnya memang kita mahu amalkan diet yang sihat.. dengan pemakanan seimbang mengikut piramid makanan. Namun dengan gaya hidup zaman ini yang serba pantas dan 'instant', mungkin agak sukar untuk pastikan badan kita mendapat semua nutrisi yang diperlukan daripada pemakanan harian. Di sinilah suplemen   banyak membantu. Samalah sewaktu mengandung, zat dan nutrien diambil daripada badan si ibu utk disalurkan kepada bayi. Jadi jika si ibu tidak menggantikan zat-zat yang telah diambil itu, badan ibulah yang akan 'suffer'.

Just because your baby won't be harmed by your occasional dietary lapses doesn't mean that you won't suffer. When you don't get the nutrients you need from your diet, your body draws on its reserves, which can eventually become depleted. Also, you need strength and stamina to meet the physical demands of caring for a new baby.

Sumber: WebMD


Suplemen membantu si ibu untuk lebih kuat, bertenaga serta ceria supaya penyusuan dapat berjalan lancar. Percaya atau tidak, bila badan kita mendapat khasiat yang secukupnya, ia secara tidak langsung mampu menghasilkan susu dengan baik sekali. Namun, pengambilan suplemen perlulah diiringi dengan konsep asas penyusuan

Di sini saya kongsikan testimoni seorang ibu cekal yang telah berjaya mempertingkat hasil susu badannya dengan pengambilan suplemen Shaklee, beserta dengan jadual pam yang konsisten. Syukur alhamdulillah, beliau kini lebih bersemangat untuk meneruskan misi penyusuan kerana badan berasa lebih bertenaga. Sebagai bonus, kulitnya juga semakin cantik dan bersih ;)

"So far lebih dari ok makan Shaklee...alhamdulillah production susu pun makin bertambah dgn power pumping, pum konsisten... makan oste pun dah bertenaga dari dulu dah xrasa penat dan malas2 bila nak bangun pagi g keje..Mak mentua pun ade Tanya saya makan ape sampai kulit pun bersih je.. skrg stok susu untuk baby pun seronok tengok..."

Sekiranya anda menghadapi masalah penyusuan atau simply ingin mengekalkan momentum dengan hasil susu yang meriah, jangan segan-segan untuk hubungi saya. Saya akan bantu berdasarkan pengalaman saya sendiri menyusukan tiga orang anak saya serta ilmu saya dalam bidang suplemen, insyaAllah.

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Boleh hubungi saya melalui:


sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412

Monday, September 24, 2012

Newly Improved Shaklee Vitamin E - Now with Grape Seed Extract

Assalamualaikum,

Berita baik daripada Shaklee!! Kini Vitamin E Complex Shaklee telah ditambahnilai dengan ekstrak biji anggur! 



Apakah kebaikan ekstrak biji anggur (grape seed extract) ini??
-----------------------


Grape seeds contain potent antioxidants, which are substances that neutralize and eliminate harmful free radicals. 
Antioxidants
Vitamin E is an important antioxidant in grape seed, but even more powerful are the flavonoids called oligomeric proanthocyanidin complexes, or OPCs, according to the UMMC. Antioxidants destroy free radicals, which are waste products that develop from the conversion of food to energy and also occur in response to environmental toxins. Free radicals damage cells and genetic material and may contribute to aging and disease, including heart disease and cancer.
Blood Vessel Benefits
Evidence indicates a substantial health benefit for patients with chronic venous insufficiency who take grape seed extract, according to the University of Michigan Health System (UMHS). This disorder causes blood to pool in leg veins, leading to leg swelling and fatigue, as well as pain that worsens when walking. Grape seed extract also may be beneficial for treating varicose veins and capillary fragility, although research is not as consistent, notes the UMHS.
Additionally, the antioxidants in grape seed have a protective effect on blood vessels, which can help prevent high blood pressure. Animal research indicates that grape seed extract lowers blood pressure, according to the UMMC, but research on humans is lacking.
Anti-Cancer Effects
Grape seed antioxidants also may decrease the risk of developing cancer. Additionally, laboratory studies show that grape seed extract prevents the growth of various types of cancer in test tubes, according to the UMMC, including breast, colon, stomach, prostate and lung cancer. Grape seed extract also may protect the liver from cell damage caused by chemotherapy.
High blood pressure

Theoretically, grape seed extract might help treat hypertension or high blood pressure. Antioxidants, like the ones found in grape seed, help protect blood vessels from damage. Damaged blood vessels can lead to higher blood pressure. In several animal studies, grape seed extract substantially reduced blood pressure. But human studies are needed to see whether grape seed extract helps people with high blood pressure.


Read more: http://www.umm.edu/altmed/articles/grape-seed-000254.htm#ixzz27NLD1j86

Some additional benefits which it provides are:
  • Prevents formation of plaque in arteries.
  • Improves mental alertness and may help to prevent senility.
  • Prevents tooth decay
  • Helps to prevent osteoporosis
  • May interfere with cancer cell growth and proliferation
  • May inhibit virus expression and replication in individuals with HIV
  • Aids in poor circulation
  • Addresses complications due to diabetes
  • Relieves constipation
  • It is water and oil soluble, delivering antioxidant protection by penetrating cell membranes throughout the body.
Sumber:
http://www.naturalnews.com/029223_grape_seed_extract_health.html#ixzz27NBdUvLE


** Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412

Friday, September 21, 2012

Kalsium Membantu Mengurangkan Komplikasi semasa Bersalin

Assalamualaikum...


Wanita dan kalsium memang tak dapat dipisahkan. Lagi-lagi wanita mengandung & menyusu, atau pernah mengandung dan menyusu. Kaum wanita terdedah dengan pelbagai risiko jika kekurangan kalsium. Terdapat satu artikel yang sangat berguna tentang risiko-risiko ini. Saya petik beberapa info menarik. Untuk artikel penuh boleh baca di sini. (Thanks to MamaFaiz)


image - googled

Kebaikan Kalsium serta Risiko Kekurangan Kalsium buat Ibu Mengandung

  • Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.
  • Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.
  • Kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi.  Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.
  • Pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.
  • Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri.
  • Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.
Antara perkara yang paling saya takuti sewaktu mengandung ialah sakit gigi!! Bayangkan, masa mengandungkan anak ketiga, saya terpaksa menjalani 2 kali rawatan gigi (salah satunya rawatan akar!). Kalau tak sakit memang tak kuasa saya nak buat rawatan gigi tu. Tapi sebab gigi memang dah berlubang besar, dah bengkak dan sakit. Maka kugagahi jua ke klinik gigi. Risau jugak mula-mula tu sebab kononnya waktu mengandung orang kata tak elok cabut gigi, dsb. Tapi doktor gigi tu kata tak ada masalah, asalkan rawatan tersebut tak memerlukan ibu mengambil ubat yang membahayakan kandungan. Alhamdulillah.. sampai sekarang saya tiada masalah lagi. :)

Setelah bertemu dengan Shaklee, saya sangat jatuh hati dengan Ostematrix! Ia bukan sekadar pil kalsium biasa. Saya ni bukanlah jenis yang tak suka minum susu. Kat rumah sentiasa ada stok susu full cream dalam peti ais. Namun dengan Ostematrix, terasa perbezannya. Selain baik untuk penyusuan, ia juga salah satu sumber kalsium yang baik utk saya. 


Sebelum kenal dengan Ostematrix, saya sering memandang sinis pengambilan pil kalsium. Ini kerana terdapat artikel yang mengatakan kalsium dalam bentuk pil tidak diserap dengan baik oleh tubuh, seterusnya mengakibatkan penyakit batu karang. Walaubagaimanapun, kini saya dapati pendapat ini KURANG TEPAT. Kerana penyerapan kalsium yang optimum boleh berlaku jika dilengkapi dengan magnesium serta vitamin D!! Dan inilah yang terdapat dalam Ostematrix!


Lebih daripada Sekadar Kalsium
OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
 
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

Lebih info tentang Ostematrix di sini.

Sekiranya anda wanita dan masih memandang remeh keperluan kalsium tubuh anda, inilah masanya anda mengambil langkah bijak untuk mencegah! Hindari osteoporosis!


** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412

Thursday, September 20, 2012

More Inspiring Story - Pramugari pun mampu lakukannya!

Assalamualaikum,

Ada masanya kita rasa susah nak menyusukan anak kita. Especially bila berdepan dengan macam-macam dugaan dan rintangan yang kadangkala boleh buat kita give up. Tapi kalau kita tau kat luar sana, lebih besar cabaran yang terpaksa dilalui oleh sesetengah ibu untuk berikan susu ibu kepada anak mereka, pasti kita akan lebih bersyukur dan lebih tabah!

Saya kongsikan satu kisah yang boleh dijadikan inspirasi buat ibu yang menyusu.. (Nama sama dengan saya lak tu! Bangga jap. hehe..)

Thank you MyChibibox & Dazzlingmoms


Saya selalu kagum dengan ibu-ibu yang berjauhan dengan anak mereka, tapi masih berjaya menyusukan anak-anak mereka. Sering saya berdoa semoga diketemukan dengan salah seorang ibu yang berjiwa cekal ini. Kenapa saya katakan cekal?Sebab ia bukan mudah. Even myself yang mengadap anak tiap-tiap hari ada masanya pun  rasa nak ‘give up’.Alhamdulillah, doa saya diperkenankan Allah.

Inilah ibu cekal tu. Aini Wardiah namanya, Seorang pramugari. Kerja sebagai pramugari tak semudah yang disangka tau. Ya, saya pun rasa macam mudah je keje ni. Berpeluang berjumpa face to face dengan Aini tahun lepas menyedarkan saya bahawa kerja sebagai pramugari tak semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi bagi pramugari yang menyusukan anaknya!

Semasa bertemu dengan Aini, saya ajukan soalan ” Dalam flight pump kat mana?” Aini jawab ” Dalam toilet..tu pun kena tunggu turn takut ramai orang. Or kadang-kadang tak dapat pump sebab toilet kotor.” Cerita Aini lagi, kadang-kadang jika terlalu busy (yes it’s not easy tau jadi pramugari..bukan kena lawa-lawa je), dia tak sempat pump sehingga berjam-jam. Sampai bengkak! Penat? Memang penat… Dan saya berfikir, Aini sanggup mengepam di dalam toilet demi anaknya, tapi saya walaupun ada tempat yang agak selesa pun kadang-kadang rasa malas.

Tapi itu bukan penghalang untuk Aini tetap mengepam susu untuk si hensem Areef. Well done my dear.Lebih mengharukan bila Aini bagitau yang Areef dijaga oleh neneknya. Meaning walaupun Aini off day jika off day nya cuma 1-2 hari dia still tak dapat jumpa Areef. Cekal? Yes this is cekal....

Saya tanyakan lagi kepada Aini, “Kenapa nak bf..keja mcm u ni susah skit” 
 Jawab Aini “This is the best i can give to my son”  Y

You are right my dear. Aini cerita lagi walaupun Areef lama tak jumpa, tapi bila Aini balik dia tau itu ammi nya… Hm…baby susu ibu memang rapat dengan ibu kan? Macam mana pun dia tau, itu ibunya.. Sungguh indah dan ajaib ciptaan Allah.Subhanallah…

Cara Aini packing susu nak bawak balik kampung untuk lil Areef:)
Agaknya masa scan orang tu tanya eh apa benda ni? Hehehe…
Kerja sebagai pramugari macam yang saya katakan (setelah Aini explain bagaimana), memang memenatkan. Dengar cerita Aini, kerja Aini lagi penat dari kerja saya di hotel..Hahhah...So untuk terus bertenaga, cantek (mestila cantek dah namanya pramugari kan) dan yang paling penting terus dapat membekalkan susu kepada lil Areef, Anis consume Euphoria Set B.

Kata Aini lagi, “Pump mesti konsisten..Tapi vitamin helps me a lot. Sebab terus bertenaga. Baru dapat buat stok. Bila rasa susu drop kena buat power pumping”. Mendengar cerita Aini membuatkan saya ‘malu’. Yelah, kadang-kadang saya pun skip pump. Malas buat power pumping walaupun mempunyai kesempatan untuk buat.

Ini stok Areef untuk setengah bulan je tau. Sometimes saya rasa kelakar bila chat dengan Aini bila dia bagitau yang dia tengah mengepam susu di hotel Kota Kinabalu..Bila chat lagi pada malam harinya, dia tengah pam susu di hotel Manila! Wah, terbang sana sini ebm Areef ye



So mommies out there, jika anda rasa down untuk meneruskan penyusuan bayi anda, fikirkan tentang Aini. Bagaimana cekalnya dia demi Areef.  :)

Jom follow  our proud  Stewardess who breastfeed her Areef here. Im so proud of you babe.. Semoga perjalanan menyusukan Areef dipermudahkan Allah.  Amin..


Ok mommies! Jom kuatkan semangat dan teruskan perjuangan penyusuan sehingga ke titisan terakhir!! 

p/s: Ingin ketahui set penyusuan mana yang sesuai untuk anda? Boleh baca di sini.. Atau boleh terus hubungi saya! ;)

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Boleh hubungi saya melalui:


sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412

Tuesday, September 4, 2012

Inspiring story - 10 ibu susuan!!

Assalamualaikum,

Kisah ini saya terjumpa di KIM (Kumpulan Ibu-ibu Menyusukan), dan bagi saya, sangat insipiring!! MasyaAllah.. 

Zaman sekarang mungkin dah jarang orang nak cari atau jadi ibu susuan. Biasanya bila dah tak mampu nak susukan anak.. next option kita adalah susu formula kan. Tapi tahu tak, sebenarnya ramai ibu-ibu menyusu di luar sana yang production susunya sangat meriah dan kadang-kadang terpaksa dibuang susu yang dah expired sebab x sempat diconsume oleh anaknya. Alangkah baiknya kalau ibu-ibu ini boleh dapatkan anak susuan agar susunya tidak dibazirkan begitu sahaja. 

Alhamdulillah, ada di kalangan rakan-rakan saya yang turut menjadi ibu susuan. Antaranya Mommy Lyna mysuperkids yang turut menjadi salah seorang daripada 10 ibu susuan Afiiq :) Jom baca kisah Afiiq. Moga menjadi pembakar semangat buat kita meneruskan misi penyusuan sehingga 2 tahun!!


Afiiq sewaktu sakit...

Afiiq bersama stok susu daripada ibu susuannya.

Jom amalkan doa ini moga Allah permudahkan usaha kita memberi yang terbaik buat si kecil...

"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...