Followers

Tuesday, August 28, 2012

Testimoni ESP - bayi cepat kenyang, badan lebih bertenaga

Assalamualaikum,

Dan selamat kembali bekerja buat yang dah habis bercuti.. macam saya. Hehe.. Hujan lebat kat luar sana pun, terpaksa kuredah jua.. bersama along untuk ke sekolah. Yang sambung bercuti sampai Merdeka.. teruslah sambung tidoq.. syoknya...

Dah lama tak berkongsi tentang Shaklee kat sini kan. So hari ni saya nak share beberapa testimoni daripada ibu menyusu tentang ESP.. Sepanjang berpuasa Ramadhan lepas.. saya jarang miss minum ESP waktu sahur. Dah terbiasa kot minum ESP pagi2 sebelum breakfast. Rasa penuh sikit perut. 

"Makanan atau minuman yang mempunyai GI yang rendah dicernakan lebih perlahan dan melepaskan glukosa secara perlahan ke dalam saluran darah. Energizing Soy Protein adalah minuman berkhasiat yang mempunyai GI yang rendah. Disebabkan itu, ia mampu memberi tenaga berpanjangan. ESP mampu memberikan rasa kenyang yang lebih lama. "


Protein sebenarnya mampu mengalas perut kita dengan lebih lama berbanding karbohidrat (nasi, etc..)

Campuran favourite saya = ESP + susu sejuk dan shake2!

Almaklum saja lah.. Ibu menyusu ni kalau tak puasa pun memang cepat je rasa laparnya.. Sebab proses penyusuan itu sendiri macam exercise gamaknya, membakar kalori dengan cepat dan banyak :) So amat sesuailah ibu-ibu menyusu minum ESP ni. Selain utk alas perut, ia juga sangat membantu dalam penghasilan susu dengan lebih efisien. Tapi, jangan lupa disusuli dengan konsep asas penyusuan. Sebab itu, takdelah pulak berlaku anak dara minum ESP keluar susu badan hehehe ...

Ada sesetengah ibu mendapati bila minum ESP, anaknya kurang menyusu... ini mungkin disebabkan susunya yang semakin pekat, jadi bayi cepat kenyang. Keadaan ini sangat membantu ibu yang ingin buat stok susu.. Tapi ibu kenalah rajin mengepam pulak selesai menyusu ya.. Supaya penghasilan susu berterusan dengan demand yg berterusan...

Jom baca testimoni mereka yang telah mengamalkan ESP ni.. Kesannya mungkin berbeza bagi setiap orang, namun mereka yang telah mencubanya sahaja yang tahu betapa bestnya ESP ni!






Jom! Tunggu apa lagi.. Dapatkan ESP beserta konsultasi daripada saya selaku pengedar sah Shaklee anda!


** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412

Thursday, August 16, 2012

Amalan Sunat pada Malam Hari Raya

Assalamualaikum..

Wah wah.. tu mesti ramai yang tengah dalam mood raya. Raya tak lama lagi kan.. Pagi tadi jalan ke opis pun lenganggg je.. Rezeki saya pulak tu, semua traffic light HIJAU.. haha.. seronoknya... 

Ok lah, dalam kegembiraan kita menyambut Hari Raya Aidilfitri, apa kata kita rebut peluang menambah pahala dengan amalan-amalan sunat yang boleh kita laksanakan pada malam raya nanti.. Saya kongsikan artikel yang saya perolehi dari blog AbimSelangor. Moga bermanfaat...


PERKARA YANG SUNAT DILAKUKAN PADA MALAM HARI RAYA

1) Di dalam Sunan Al-Baihaqi pada bab Ibadat pada malam 2 hari raya, dinukilkan;

أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُوسَى بْنِ الْفَضْلِ حَدَّثَنَا أَبُو الْعَبَّاسِ الأَصَمُّ أَخْبَرَنَا الرَّبِيعُ أَخْبَرَنَا الشَّافِعِىُّ أَخْبَرَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُمُحَمَّدٍ قَالَ قَالَ ثَوْرُ بْنُ يَزِيدَ عَنْ خَالِدِ بْنِ مَعْدَانَ عَنْ أَبِى الدَّرْدَاءِ قَالَ : مَنْ قَامَ لَيْلَتَىِ الْعِيدِ لِلَّهِ مُحْتَسِبًا لَمْ يَمُتْقَلْبُهُ حِينَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ{شقَالَ الشَّافِعِىُّ : وَبَلَغَنَا أَنَّهُ كَانَ يُقَالُ : إِنَّ الدُّعَاءَ يُسْتَجَابُ فِى خَمْسِ لَيَالٍ فِىلَيْلَةِ الْجُمُعَةِ وَلَيْلَةِ الأَضْحَى وَلَيْلَةِ الْفِطْرِ وَأَوَّلِ لَيْلَةِ مِنْ رَجَبٍ وَلَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ.

Maksudnya: Daripada Abu Darda’ beliau berkata: Sesiapa yang menbangunkan 2 malam raya, tidak mengharapkan apa-apa kecuali Allah, nescaya tidak akan mati hatinya ketika matinya kesemua hati.
Berkata Imam Syafie: Terdapat riwayat yang mengatakan Abu Darda’ berkata:Sesungguhnya doa mustajab pada 5 malam; malam jumaat, malam hari raya adha, malam raya fitri, malam pertama rejab dan malam nisfu syaaban.

2) Riwayat di dalam Kitab Syuabul Iman;

و مما أنبأني أبو عبد الله الحافظ إجازة و رواه عنه الإمام أبو عثمان إسماعيل بن عبد الرحمن الصابوني أناأبو عبد الله محمد بن علي بن عبد الحميد نا إسحاق بن إبراهيم أنا عبد الرزاق أخبرني من سمع ابنالبيلماني يحدث عن أبيه عن ابن عمر قال : خمس ليال لا يرد فيهن الدعاء ليلة الجمعة و أول ليلة من رجبو ليلة النصف من شعبان و ليلتا العيد

Maksudnya: Daripada Ibn Umar beliau berkata: Lima malam tidak akan ditolak doa permintaan. Malam Jumaat, malam pertama dari Rejab, malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (fitri dan adha).

Berkata Imam Manawi di dalam Faidul Qadir: Sunat menghidupkan kelima-lima malam tersebut. Para salaf sentiasa melakukan perbuatan tersebut.

CARA MENGHIDUPKAN MALAM TERSEBUT

1) Imam Nawawi menyebut di dalam Kitab Azkar;

يستحب إحياء ليلتي العيد بالذكر والصلاة وغيرهما فإنه وإن كان ضعيفا لكن أحاديث الفضائل يتسامح فيهاقال : والظاهر أنه لا يحصل الإحياء إلا بمعظم الليل

Maksudnya: Disunatkan untuk menghidupkan kedua-dua malam hari raya (Fitri dan Adha) dengan zikir, solat dan selain keduanya. Walaupun hadis berkenaan menghidupkan malam tersebut kedudukannya lemah akan tetapi hadis-hadis berkenaan amalan yang mempunyai kelebihan tertentu diberi kelonggaran untuk berpegang dengannya.

Berkata Imam Nawawi: Secara zahir dapat difahami tidak dikatakan menghidupkan malam kecuali dengan dibangunkan sebahagian besar daripada malam tersebut.

2) Di dalam kitab Al-Imdad’;

وفي الامدادويحصل القيام بالصلاة نفلا فرادى من غير عدد مخصوص، وبقراءة القرآن، والاحاديثوسماعها، وبالتسبيح والثناء، والصلاة والسلام على النبي (صالحاصل ذلك في معظم الليل

Maksudnya: Maksud mendirikan malam adalah dengan melaksanakan solat sunat secara sendirian tanpa bilangan rakaat tertentu, dengan membaca Al-Quran, membaca hadis dan memperdengarkannya, dengan bertasbih dan memuji Allah, dengan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang kesemuanya dilakukan pada sebahagian besar daripada malam hari tersebut.

3) Daripada Ibn Abbas;

عن ابن عباس رضي الله عنهما بصلاة العشاء جماعة، والعزم على صلاة الصبح جماعة، كما قالوه فيإحياء ليلتي العيدين
وفي صحيح مسلم قال رسول الله (صمن صلى العشاء في جماعة فكأنما قام نصف الليل، ومن صلىالصبح في جماعة فكأنما قام الليل كله

Maksudnya: Membangunkan malam dengan solat Isyak secara berjamaah dan berazam untuk melaksanakan solat subuh secara berjemaah. Di dalam Sahih Muslim Baginda Nabi bersabda: Sesiapa yang melaksanakan solat Isyak secara berjemaah seolah-olah dia telah membangunkan separuh malam. Sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, seolah-olah membangunkan keseluruhan malam.

P/s: Amalan-amalan sunat ini afdhal nya dibuat secara bersendirian. Di dalam kitabAl-Hawi al-Qudsimakruh berhimpun di masjid untuk membangunkan malam tersebut.


Moga kita dimasukkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Amin..

Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412

Wednesday, August 15, 2012

WW - Khas buat anda yang telah banyak menyokong saya








THANK YOU...






Friday, August 10, 2012

Menutup Aurat dengan Lebih Sempurna

Assalamualaikum,

Saya bukanlah orang yang selayaknya nak bercakap tentang menutup aurat ni. Sebab saya sendiri kadang-kadang alpa dalam menjaga aurat. InsyaAllah, kita sama-sama cuba perbaiki kelemahan diri dari semasa ke samasa. 

Saya kongsikan sedikit panduan dan tips dari Wardina bagi menutup aurat dengan lebih sempurna yang saya perolehi dari blog live.laugh.love

Tudung haruslah menutupi keseluruhan rambut
Bagi mereka yang mengambil keputusan untuk bertudung, harus tahu garis panduan menutup aurat dengan betul, antaranya adalah pastikan anda memakai tudung dan menutup keseluruhan rambut tanpa ada sehelai rambut pun dapat dilihat. Ramai yang tidak sedar akan anak rambut yang terkeluar akibat tidak dilitupi dengan kemas, ingatlah bahawa anak rambut itu juga haram dilihat oleh lelaki bukan muhrim kita. Maka anda haruslah menutupi rambut dengan tudung penuh agar anak rambut dan juga rambut lain tidak dapat dilihat. 

Pilihan tudung yang tepat
Jangan pilih tudung yang jarang dan dapat melihat rambut anda di dalam. Walaupun anda telah memakai tudung. Niat anda untuk menutup aurat haruslah beserta cara yang betul. Jangan disebabkan kerana mengikut peredaran zaman yang dikatakan memakai tudung adalah kerana fesyen barulah anda memilih untuk bertudung. Apabila berniat untuk menutup aurat, tudung yang dipilih juga harus kena dengan nawaitu kita. Jangan pilih tudung yang jarang dan digayakan tanpa memakai anak tudung yang betul. Anda masih dikira belum mampu menutup aurat dengan betul jika memakai tudung yang jarang. 

Pakaian harus bersesuaian
Jangan memakai pakaian yang ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan anda, kerana Islam menyarankan anda menutupi aurat dengan bertudung untuk menutupi sebahagian badan selepas memakai baju agar tidak menimbulkan fitnah bagi mereka yang melihat. Jangan memilih pakaian yang singkat sehingga menampakkan sebahagian tangan anda kerana itu merupakan aurat yang wajib dijaga semua wanita Muslim. 

Pakaian yang singkat dari pinggul
Apabila bertudung, pemakaian juga harus dijaga, jangan memakai baju yang pendek sehingga di paras pinggang. Pastikan baju yang dipilih melebihi paras pinggul kita dan longgar. Ini kerana apabila kita memakai pakaian yang ketat dan pendek, apabila kita duduk ataupun merangkak, akan nampak sebahagian badan kita di belakang. 

Pastikan tudung menutupi bahagian dada dan leher
Aurat yang seringkali dilupakan wanita muslim adalah menutupi sebahagian dada dan juga bahagian leher. Ramai yang tidak mengambil endah perkara sebegini sehinggakan mereka memakai tudung, namun masih boleh dilihat leher mereka kerana pemilihan tudung yang tidak sesuai. Pilih tudung yang lebih panjang untuk menutupi dada anda. Pastikan tiada belahan di bahagian leher agar tidak kelihatan kulit leher anda ketika memakai tudung. 

Tidak menampakkan sanggul yang keterlaluan di atas kepala
Jika benar itu adalah rambut anda, cuba elakkan membuat sanggul yang terlalu tinggi di atas kepala kerana ianya hanya akan mengundang fitnah kepada mereka yang melihat. Ikat rambut anda dan simpulkan di tengah-tengah kepala dan baluti rambut anda dengan anak tudung yang boleh menutupi semua rambut sebelum memakai tudung. 

Pilih tudung yang mengikut garis panduan Islam
Berikutan fesyen terkini yang kian meningkat dalam pemakaian tudung, banyak gaya tudung yang diilham dari pelbagai agama yang turut mempraktikkan penutupan rambut. Oleh yang demikian pastikan pilihan tudung anda mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.


Saya rasa panduan bergambar di bawah ni juga jelas menerangkan bagaimana sepatutnya kita menutup aurat kita (bukan membalut ;p) Tq Ust Don ;)



Wednesday, August 8, 2012

WW: Buttered Prawn :)



Alhamdulillah.. second attempt buat buttered prawn.. 
Boleh la. tak mengecewakan. 
Tapi jenuh nak serap minyak daripada kiraian telur tu.. 

Wednesday, August 1, 2012

Koleksi Sampul Duit Raya Pertama

Assalamualaikum...


Sampul raya pertama yang saya dapat... 



Tak sabarnyaaaa nak dapat sampul raya Shaklee.. tungguuu.. Nanti saya upload once dah dapat ya ;)

Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...