Followers

Friday, July 27, 2012

Lagi Khasiat Vitamin C Shaklee

Assalamualaikum...

Kalau nak tahu, bulan ni ada promosi menarik untuk Vita-C 500mg oleh Shaklee.. Nak tahu lanjut boleh emel saya ya. Dalam entri ni saya nak kongsikan khasiat dan kebaikan vitamin C kepada kita secara umumnya, dan khasiat Vita-C 500mg Shaklee khususnya.


Sedikit sharing yang saya dapat dari blog Beeha..

MANFAAT UTAMA:
  • Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
  • Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.
  • Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  • Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

Antara simptom kekurangan Vitamin C :
  • Mudah tertekan / Stress - sering letih dan lemah
  • Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar
  • Luka yang lambat sembuh
  • Mudah selsema / bersin
  • Wajah nampak tua dari usia (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen)
  • Mudah dapat ulser
  • Mudah demam / antibodi tak kuat
  • Gusi berdarah
  • Salur darah mengecil
  • Sakit sendi
  • Tanda lebam pada badan
  • weight loss (bukan kurus sihat tp kurus yang tak sihat, lemah dan kusam)
Kalau pergi ke farmasi, ada macam-macam brand vitamin C yang boleh kita jumpa. Jadi apakah yang menjadikan vitamin C Shaklee lebih istimewa??

Perbezaan Shaklee (dengan Vitamin C yang ada di pasaran)
  • Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.
  • Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.
  • Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren.
  • Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg..Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C..( elak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin c, elak vitamin c dr cepat teroksida dan merosakkan sel)
  • Ada dalam bentuk yang boleh dikunyah
  • Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan.dilepaskan kedalam system tubuh secara perlahan mengikut keperluan.
Siapa perlukan vit c? - perokok, org yg mudah stress sebab stress akan memusnahkan vit c dlm badan, org yg makan pil perancang sebab pil perancang jugak akan serap vit c dan akibatnye vit c akan musnah cepat dlm badan, org yg nak cantik kulit atau yg ade masalah kulit berjerawat atau eczema perlukan vit c utk membina kolagen kulit yg sihat dan perbaiki tisu kulit, semua org yg inginkan kesihatan yg baik sebab vit c menyokong sistem imun dlm badan dan mengurangkan demam selsema yg berpanjangan..sebab tu dlm family wellness ade termasuk vitamin C antara vitamin yg perlu diambil utk semua org kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi keadaan.


~ Well said, kan? Thanks Beeha :)

Jom saya kongsikan testimoni daripada mereka yang telah merasai kehebatan Vita-C Shaklee ni. Alhamdulillah, semua berkat usaha mereka dan dengan izin Allah jua. 


Kita bukanlah seperti sesetengah haiwan seperti arnab yang mampu menghasilkan vitamin C sendiri. Memandangkan vitamin C adalah vitamin larut air, kita perlu pastikan badan kita mendapat vitamin C secara berterusan dan di sinilah vitamin C Shaklee menjadi pilihan yang tepat.

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412

Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan - seronoknya anak dapat puasa penuh sehari!

Assalamualaikum..

Dah masuk hari ketiga kita berpuasa kan. Tak wish pun lagi kawan-kawan pembaca sekalian.. hehe.. So far macam mana puasa kawan-kawan? Harap takde masalah. Bagi ibu mengandung dan menyusu, mungkin penat sikit.. Tapi ikut pengalaman saya, puasa sambil menyusu jauh lebih memenatkan berbanding waktu mengandung. Tapi alhamdulillah, dengan Shaklee.. no problem! :)

Alhamdulillah. Anak sulong saya setakat ni berjaya bangun sahur, tak miss lagi. Tapi yang puasa penuhnya baru satu hari (semalam). Macam mana pun tetap bersyukur & rasa bangga sangat!! Kesian juga tengok dia. beriya nak pastikan puasa tak batal.. sampaikan tak telan air liur sendiri! hehe.. klaka pun ada. Dia silap dengar.. dia kata ayahnya kata tak boleh telan air liur. Padanlah saya tengok bantal kusyen tu basah.. air liur dia menitik rupanya.. adoi la.... along, along.. Lagi satu adegan comel.. waktu mandi petang... disembur2kannya air shower tu sebab takut masuk dalam mulut.. haha.. ibu pesan tutup mulut, takut air masuk dlm mulut.. Disembur-semburnya pulak.. hehe..

Ok lah.. sedikit gambar takde kaitan buat tatapan kengkawan.. Bergambar sebelum keluar setelkan pelbagai urusan di pagi Ramadhan pertama. :) Waktu ni semua puasa yang-yok.. kecuali ibu n ayah ;p

Iklan jap: Blouse dibeli di www.deenasyahida.com



Kata distributor Shaklee.. haruslah kabinet dapur penuh dengan Shaklee.. oh ya. tupperware pun ado. hehe.. 

Inilah 3 produk yang dikenali sebagai Triple Gem. Tapi saya minum ESP & performance drink je waktu sahur (di samping nasi, kurma, bla..bla..) Mealshake bancuh dengan air Vico along...


Jika anda ingin mendapatkan suplemen yang sesuai sepanjang berpuasa.. Tidak kiralah anda ibu menyusu, mengandung, ataupun tidak.. lelaki mahupun perempuan, boleh hubungi saya. Sebarang belian daripada saya melayakkan anda mendapat free consultation ;)

Last but not least! Selamat menjalani ibadah sepanjang bulan Ramadhan. Moga kita sama-sama diberi kekuatan untuk mengaut sebanyak mungkin saham akhirat yang berlipat ganda bulan ni!! :)


Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412


Testimoni: Alfalfa membantu atasi Carpal Tunnel Syndrome **

Assalamualaikum...

Seorang daripada customer saya mengalami Carpal Tunnel Syndrome (CTS)Malahan, doktor suggest untuk operate sahaja sebagai solution terakhir. Namun alhamdulillah, berkat usaha pengambilan Shaklee, beliau dapat mengurangkan simptom tersebut setelah sekian lama mengalamaninya. 

Apakah Carpal Tunnel Syndrome ni? (Bukan Karpal Singh ya ;p)

Di sini saya kongsikan info tentang CTS yang saya ambil dari blog Cheyan yang mengalaminya waktu mengandung..


About 60% pregnant woman akan mengalami the CTS. Actually CTS ni adalah syndrome penyakit kebas tangan yang di sebabkan kerja yang berulang. Sebagai contoh menaip, membaca buku, memandu, orang yang duduk dekat line in the factory, researcher yang duk tengok telescope and sebagainya. Tapi if we are pregnant, sebab ada water retention dekat bahagian tangan. Sebab I tak de la buat kerja berulang, yang berulang just menaip ja la kut..hehehe...

kat sini I ade paste about what is Carpal Tunnel :
source gambar: Mr. Google


The carpal tunnel is a small tunnel that runs from the bottom of your wrist to your lower palm. Feeling and movement in your hand is controlled by the median nerve, which passes through the carpal tunnel. 



Most pregnant women have mild swelling in their hands during pregnancy. This is caused by a build-up of fluid, called oedema, in the tissues. The swelling places pressure on the median nerve, compressing it and causing tingling and numbness in your hands and fingers. (baby centre)



Symptom:
  • Tangan akan terasa kebas or numbness and pain around the wrist, fingers and around the hand la. Kebas sampai nak angkat barang and pegang barang tak boleh. 
  • Then maybe anda akan merasa tangan gatal di bahagian tapak tangan.
  • Terasa lemah nak genggam barang
  • Bengkak di tangan and jari


Cara nak mengurangkan CTS:
  • Cube jangan tidur dengan menindih tangan anda
  • Kalau rasa kebas, cube goyang-goyangkan tangan macam Usop Wilchair tu..hehe..bole mengurangkan rasa kebas
  • Kalau boleh, elakkan tangan anda berada di posisi yang sama dalam sesuatu masa
  • flexible kan tangan anda
  • Ada orang kata boleh try rendam tangan sama ais
Tapi anda semua jangan la risau, most of the article yang I baca kata, after birth insyaAllah the syndrome berkurangan and semakin ilang.


Treatment yang di suggestkan:

  • Kene buat fisioterapi at the klinik
  • Makan ubat, but for pregnant woman macam tak digalakkan makan ubat
  • Pakai wrist guard yang macam orang main bowling tu.

Itu dia sedikt sebanyak penerangan tentang Carpal Tunnel Syndrome ni. 

Itu pengalaman Cheyan yang mengalaminya sewaktu mengandung. Namun, bagaimanakah risikonya terhadap kita yang tak mengandung? Kita juga turut terdedah terhadap sindrom ini akibat gaya hidup berteknologi tinggi sekarang ini.

Bagaimanakah caranya untuk elakkan CTS ni? 

Zaman IT sekarang ni mungkin lebih ramai yang terdedah kepada risiko CTS. Yelah, hari-hari ngadap PC, semua kerja menggunakan pc.. sedar tak sedar, kita memberikan extra stress pada wrist dan jari kita. Antara cara untuk elak CTS ialah dengan menggunakan peralatan yang dapat mengurangkan risiko wrist injury. Contohnya, split keyboards, typing pads, wrist braces boleh perbaiki posisi wrist kita semasa menaip. Selain tu, take a break.. jangan menaip non-stop.. sian tangan tu..


Sumber: PubMed Health

Saya kongsikan testimoni customer tersayang saya ni.. Actually beliau share testimoni alfalfa, vitamin C dan GLA dalam emel ni.. Tapi saya cuma nak highlightkan testimoni Alfalfa beliau. Alhamdulillah, setelah 4 tahun menderita CTS, pengambilan alfalfa berjaya mengurangkan kalaupun tidak memulihkan terus sindrom tersebut. Selain tu, pengambilan suplemen memang perlu berterusan untuk kesan yang optimum.. lagi-lagi penyakit dah 4 tahun.. Ambil seminggu dua takkan terus baik kan. 

Bagaimanakah alfalfa membantu mengurangkan CTS? Jom baca khasiat alfalfa.. Terima kasih MommyLyna atas info...

Khasiat Alfalfa boleh digunapakai untuk simptom berikut:

Bengkak, sakit sendi, arthritis, ulser, penyakit perut, masalah kolon, sakit ulu hati, hernia, sembab air, tiada selera makan, bengkak buku lali dan kaki, sinus, alahan, hayfever, gout, bau badan, kaki busuk, nafas berbau, serta tujuan detoksifikasi.

Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman , kaya denganserat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-bakteria.

Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:

Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium 
dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Lain-lain KEISTIMEWAAN Alfalfa:

Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) –> membantu dalam penyusuan ibu
Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain.
Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.

Di kalangan ibu menyusu, ia mungkin glamer sebagai milk-booster. Namun, banyak kebaikan dan khasiat lain Alfalfa ni sebenarnya.  



** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Boleh hubungi saya melalui:


sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412


Monday, July 16, 2012

Pengalaman Outstation pada Umur si Kecil 2 tahun 3 bulan

Assalamualaikum...

Minggu lepas saya diberi peluang untuk menjadi tenaga pengajar untuk sistem yang saya handle. Alhamdulillah, sampailah saya di Perlis. Letak gambar ni kat FB.. ramai yang teka saya di Alor Setar. Sebenarnya di Kangar. Hehe.. Tak taulah, maybe kat Alor Setar pun ada landmark ni. ;)

Iklan jap: Baju ni saya beli kat www.deenasyahida.com

Jalan-jalan di petang hari selepas check-in. Perut lapor minta diisi. Mujur ada shop lot berdekatan hotel. Dapatlah beli jajan buat alas perut sementara tunggu dinner...

Dinner pula, kononnya urusetia & the gang nak bawak keluar makan. Tunggu punya tunggu dah pukul 8 lebih perut dah lapar balik... Urusetia pula senyap je. So saya dan rakan seperjuangan decide untuk cari makan sendiri. 

Jadi, lepas inform urusetia kami pun menapaklah ke gerai-gerai makan berdekatan.. 
Dalam kepala dok imagine seafood segar-segar & besar-besar. Haha...

Sekali, hamek kau...


Ini udang goreng tepung ke udang kering ??!! Hahaha... Comel sesangat udangnya!! Tomyam pun tak rasa macam tomyam. Takpelah.. nasib baik harga pun tak mahal. Sesuailah dengan kualiti makanannya.. 

Balik ke bilik hotel.. Menelaah serba-sikit. Almaklumlah.. first time kena mengajar sistem yang saya jaga ni. Sebelum ni dok belakang tabir je..

Yo-yo je kan. hehe..

Inilah bekalan Shaklee saya sepanjang di perantauan.


Malam sebelum tidur cuma telan vitamin E sebiji dan ostematrix 4 biji. Persediaan untuk esok -perlu dapatkan rehat yang secukupnya. Esoknya lepas breakfast telan b complex supaya tak over gemuruh hehe..

Kiranya inilah first time saya tinggalkan si kecil saya semalaman. Sebelum ni seingat saya tak pernah lagi tinggalkan dia overnight. Pernah la kena pergi kursus tapi angkut semua sekali sebab kursus sampai 5 hari. Waktu abang-abangnya dulu kerap juga kena outstation.. Rezeki anak ketiga ni tak perlu nak kerja luar sangat. Sekarang dia dah besar, dah tak kisah dengan susu ibunya sangat. Siang memang susu formula. Cuma malam la.. bibik cerita Fikry bangun jam 3 pagi ketuk pintu minta susu. Bibik suruh amik botol susu dalam bilik, tak mo gi amik.. So bagi minum air kosong pastu masuk buai, tidur sampai pagi. :) 
Haii.. anak ibu. 
Ibu balik rumah balas dendam.. ngempeng sampai puas. haha.. sabor je lah...

Sekian, laporan daripada saya. ;p

Thursday, July 5, 2012

Be positif! Tak rugi...

Assalamualaikum,

Antara yang paling saya seronok buat Shaklee ni, tak lain tak bukan bila dapat feedback positif daripada customer. Bukan tak suka customer komplen atau mengadu masalah.. Suka juga.. sebab at least saya tahu mereka ada masalah dan beri saya peluang untuk bantu. Better daripada duduk diam dan buat saya tertanya-tanya. Ok ke tak dia consume Shaklee ni? Ke tak suka? Saya harap mereka senyap sebab buzy je lah, bukan sebab ada masalah dan dipendam begitu saje.. huhu.. :)




Macam-macam ragam manusia yang saya jumpa sepanjang berShaklee. Honestly, saya perhatikan.. mereka yang positif pasti dapat hasil yang tak mengecewakan. 

Shaklee merupakan satu usaha ibu untuk menyokong proses penyusuan. Setiap ibu menghadapi cabaran yang berbeza. Bergantung kepada si ibu, sama ada nak terus give up atau terus berusaha dan mencari jalan penyelesaian terbaik, demi memastikan si kecil mendapat cecair emas selama yang mungkin.

Tempoh 2 tahun terlalu singkat. Jom kita berikan yang terbaik buat si kecil. Hubungi saya untuk konsultasi. 


** Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.



Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412

Wednesday, July 4, 2012

Wordless Wednesday



Sangat cheeky ini budak!

Tengoklah.. sampai pejam2 mata...


Ni tanda 'peace' ke, 1 Malaysia?? ;p

Aini Hayati Luey
ID Shaklee : 852412
emel : ainihayati[at]gmail.com
sms/whatsApp : 012-2897359
COD : Putrajaya




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...