Followers

Thursday, June 28, 2012

Bekalan Performance Drink hari ni..


Assalamualaikum..

Seminggu ni terpaksa meredah lautan kereta. huhu.. Sebab menghadiri kursus kat INTAN. Dah lama tak travel dalam jem.. Dengan nak keluar rumah awalnya.. Dengan jem nya. Walaupun dah ikut hiway. Tapi still, keluar je hiway, mak ai.. kereta hampir tak bergerak.

Pagi ni ready dengan bekalan air Performance Drink + Sunquick oren. Nak campur air kosong sejuk je pun dah ok. Sebab dah ada rasa-rasa tangy orange PD ni.. Sebelum keluar rumah, alas perut dengan shake susu Hi-Goat + Meal Shake Shaklee.. Yummmm...


Ya Allah.. kau terangkanlah hatiku agar mudah aku terima segala ilmu pengetahuan yang berguna.
Moga aku dapat memberi manfaat kepada orang lain dengan ilmu yang aku perolehi..
Amin...


Wednesday, June 20, 2012

Bukan Doa kamu yg tak makbul sebenarnya !!


Assalamualaikum,

Hasil berblogwalking, saya terjumpa satu kisah yang pernah diceritakan oleh mentor kesayangan saya kak N  dan cukup terkesan di hati saya! Memang rasa nak nangis lepas habis kak N ceritakan kisah tauladan ini.. Jom jadikan pengajaran buat kita semua.. Moga hari ini kita menjadi seorang yang lebih baik daripada semalam..

Sumber: Dell


Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik


Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.
Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hanya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:

“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”

Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.


Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.
Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.
Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkanlah segala doa abang aku
MasyaALLAH

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.
Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.

Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang. Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.

“Aku buat beginilah yang jadi begini.”
“Doa aku makbul seh!”
“Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun.”

Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.
Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.

Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.

Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita (terutamanya mak ayah kita sendiri).

-------------

Selain itu, jangan lupa untuk doakan kedua ibu-bapa kita yang terlalu banyak jasa mereka kepada kita, bukan saja semasa membesarkan kita, malah selepas kita berkahwin pun, mereka sentiasa willing untuk bantu kita bila kita dalam kesusahan.. Wang ringgit memang takkan cukup untuk membalas segala jasa mereka. So mari kita sama-sama doakan kesejahteraan mereka, dikurniakan umur yang panjang dan diberkati, dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan.... amin.. Jangan tunggu sehingga mereka tiada esok baru nak doakan :(


Iklan Kurma Jap...

Assalamualaikum!

Ok, kurma second batch sudah tiba.. Kini dengan lebih banyak pilihan (4 jer. hehe.. slow2 k..)

So, boleh check it out kat sini. Nak order boleh la order sekarang. Sementara stok masih ada ;)

Wednesday, June 13, 2012

WW - Khasiat Vitamin E Shaklee

Assalamualaikum!


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey


Monday, June 11, 2012

Tips Kecantikan - jom buat masker sendiri!

Assalamualaikum..


Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Kalau ada orang offer nak belanja pergi salon kecantikan memang takkan tolak punya kan.. Kalau harap nak pergi dgn duit sendiri, hmm.. berkira jugak. Hehe.. Jangan risau. Ada pelbagai cara untuk anda dapatkan kulit wajah yang cantik berseri tanpa perlu ke salon-salon mahal. Jom saya kongsikan resepi masker yang boleh anda buat sendiri dan enjoy at the comfort of your home!



Bahan-bahan yang perlu disediakan:
  1. 1 sudu kecil Energizing Soy Protein (ESP)
  2. 1 kapsul Vitamin E Complex Shaklee (dicucuk dengan jarum dan picit keluar isinya)
  3. 1-2 sudu besar plain yogurt
Cara-caranya:
  1. Campurkan kesemua bahan di atas dan lumurkan pada wajah dan leher.
  2. Biarkan selama 15-20 minit supaya khasiatnya diserap oleh kulit.
  3. Bilas dengan air suam sehingga bersih.
  4. Sebaik-baiknya diamalkan 3 kali seminggu, sebelum tidur. 

Sumber: Alin, K3S


Haih.. saya pun tak sabar nak cuba sendiri masker ni. Vitamin E sememangnya lebih cepat memberi kesan jika diapply terus pada kulit. Kalau ada parut, lebam dsb, memang sangat bagus disapukan dengan Vitamin E.


Jom baca apa khasiat setiap bahan dalam masker di atas.


Khasiat yogurt pada kulit

  • Membantu melembabkan dan menghaluskan kulit. 
  • Melegakan kulit terbakar. 
  • Meredakan kegatalan pada kulit kepala.
  • Jika digabungkan dengan madu dan  limau nipis atau lemon, yoghurt membuat pelembab dan masker untuk kulit kering, bagus untuk melembutkan wajah dan leher dan meminimalkan perubahan warna kulit.
Khasiat Vitamin E
  • Memberi kesan awet muda
  • Memudarkan parut jerawat
  • Mengurangkan garis-garis halus
  • Menaikkan seri wajah
Khasiat ESP 
  • Membantu menganjalkan kulit
  • Meratakan warna kulit
  • Melembapkan kulit
Jangan lepaskan tawaran Vitamin E Shaklee bulan ini! Harga menarik menanti anda.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey

Wednesday, June 6, 2012

Set Kasih Sayang *Baru

Assalamualaikum...

Sebenarnya set ni dah lama, cuma diberi nafas baru. Rebranding gitu. Sesuai dengan fungsi vitamin-vitaminnya :) 

Biasanya bila cerita pasal keintiman, nikmat hubungan suami isteri, pasti kita akan kaitkan dengan jamu, herba atau perubatan tradisional. Namun, tahukah anda, suplemen atau vitamin juga mampu memberikan kesan yang tidak kurang hebatnya pada hubungan kelamin. Vitamin yang saya maksudkan ialah vitamin E. Ia membantu mengatasi masalah 'kedinginan' (bukan kesejukan ya ;p) di kalangan isteri.

Di barat, vitamin E turut diberi gelaran 'Sex Vitamin'. Pastinya ia tidak diberi jolokan begitu dengan sewenang-wenangnya. 

"Some like to call vitamin E the "sex vitamin." It gets this name for a couple of reasons. One, vitamin E has been said to aid in the production of sex hormones, which aids in attraction, desire, and mood. Two, it prevents age and disease, which of course indirectly boosts the longevity of anyone's sexual lifestyle."


Selain vitamin E, alfalfa juga adalah sangat baik untuk 'merapatkan keintiman'. Apabila digabungkan dengan Vitamin E... Maka terhasillah Set Kasih Sayang ;) (dulu dikenali sebagai Set Feminin)

Tak ramai yang sanggup kongsikan testimoni bila bercakap pasal perihal bawah selimut ni. Antara pelanggan yang telah berpuas hati dengan hasil pengambilan alfalfa:

''Perkara yg x pernah ifa fikir n mimipikan pun (pujian dr hubby tentang nikmatnya hubungan suami isteri) mendapat pujian selama ini.
Nak tahu rahsianya.............ALFALFA LAH...... betul, ifa mkn mmg niat utk tambahkan susu ibu, sbnrnya ifa dpt tahu alfalfa ni juga utk eratkan hubungan suami isteri, tp x lh sampai tergerak hati nak niat ke arah itu. tapi, pujian suami 3 hari lepas benar2 memeranjatkan ifa. x sangka.
selama 4 bulan pengambilan set 3M Platinum sejak dari dalam pantang lagi secara konsisten n disiplin, ini lah hasilnya.... pertambahan susu ibu sekaligus memberikan kenikmatan dalam hubungan suami isteri yg menjadi faktor kebahagiaan rumah tangga kami. Benar, setiap usaha yg istiqamah pasti akan dapat hasilnya. dan sekarang, ALFALFA benar2 menjadi produk kepercayaan n semestinya ada dlm list kehidupan ifa. x sia2 melaburkan RM466 pada ketika itu (sblm bersalin, walaupun waktu itu mengalami masalah kewangan), kerana hasilnya sangat2 menakjubkan dan merasai perasaan yang x pernah dirasai ketika dipuji oleh hubby.''


Sumber

Lebih banyak info tentang alfalfa di sini. Khasiat lain vitamin E pula boleh baca di sini.

Jika anda mengalami masalah kedingingan, jangan biarkannya berlarutan. Ambillah tindakan sewajarnya sebelum ia melarat. Selain persefahaman, sifat bertanggungjawab dan bertolak ansur, hubungan intim turut menyumbang kepada keharmonian rumahtangga. Saya pun bukanlah pandai sangat, tapi sebagai seorang isteri, ingatlah kata-kata hikmah ini... "Isteri jangan lupa menjadi isteri..." ;)

Semoga hubungan kita dengan suami sentiasa bahagia, segar dan paling penting diberkatiNya.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey

Tuesday, June 5, 2012

Euphoria-ku sayang...

Assalamualaikum...

Saya ni jenis yang kadangkala terlalu fokus. (Time kena buat kerja tak boleh pulak nak fokus. ;p) Hmm.. fokus di sini maksudnya, once saya dah menceburkan diri dalam sesuatu perkara, saya tak tengok dah benda lain. Tak boleh variety. Saya bagi contoh...

  • Masa study dulu, kalau buat rujukan, saya suka refer satu buku je. Tak reti nak banyak2.. 
  • Kalau berkawan, saya susah nak rapat. Kalau rapat pun, 1-2 orang je dan dengan orang tu je lah saya akan melekat. hehe..
  • Kalau kasut pun macam tu.. Tak reti nak ada sampai 2-3 pasang kasut/ sandal. Kalau dah selesa yang tu, yang itu lah saya pakai utk ke pejabat, berjalan2 dan ke mana2 pun..

Semenjak setahun lebih yang lalu, saya telah terjebak dengan bisnes Shaklee. Dan perhatian saya, masa saya, hati saya, segalanya tertumpu pada bisnes Shaklee saya semenjak itu. Bukan tak ada MLM lain yg saya join. Ada lah beberapa MLM yang saya dipaksa-rela untuk jadi member. hehe.. Tapi Shaklee - tiada siapa yang paksa saya. Saya sendiri yang menawarkan diri, menjadi ahli seumur hidup. Alhamdulillah, no regret at all!

Kumpulan saya dalam Shaklee namanya Euphoria. Istimewanya group kami ini, ia terdiri daripada kaum hawa, sama ada single, married, ibu menyusu, ibu mengandung.. semua ada. Alhamdulillah, ukhuwah di kalangan kami terjalin hanya melalui internet. Kami berkomunikasi melalui FB. Sebarang 'update' disampaikan melalui FB. Kami bergurau-senda di FB. Dan sesekali bertemu dalam seminar atau workshop yang dianjurkan oleh 'pengetua' kami. Paling tidak, dalam setahun 2-3 kali seminar diadakan. Sama ada di KL, utara, malah juga di Borneo. Setiap kali lepas seminar, rasa membuak-buak semangat untuk terus maju dalam Shaklee!

Seminar pertama sebagai ahli Euphoria. Baby-friendly seminar. Mana nak dapat? :)


Seminar Oktober 2011 - salah satu seminar di mana saya angkut Fikry sekali


Sempat pegi sekejap Konvensyen Shaklee tahun 2011. Tahun ni tak dapat pergi sebab balik kampung. :(


Euphoria Leadership Workshop 2012
(Persediaan menjadi leader berkaliber seperti kak N dan otai-otai)

Berdiri dari kiri: Hadha (yoursupermom), Ida (mysupervitamins), Rafaliah (ummiirfan), Hanis (babykawaiistore), Along (mamayangcekal), Linda, Raihan (babyqaireen), Ayu (eijamsfamilyblog), Dilla (mamaqaireen), Adilah (celikvitamin), Me (ibu, hebat kan), Norlida (myprecious)

Berdiri barisan depan dari kanan: Salwa(segalanya tentang cinta), Izan (diarisihat), Yati (rahsiavitamin)

Duduk dari kanan: Tuty (mychibibox), Arnie (genkimomma), Kak N (anakkuwiraku), Alin (mommamia), Riza

Ada lagi seminar yang saya attend tapi tak ada gambar.

Motivasi diri ni macam iman juga. Kadang-kadang tinggi, ada masa turun. Kita kena pandai mencari jalan supaya motivasi diri sentiasa tinggi. Motivasi diri ni ada kaitan denga aura positif. Bila motivasi kita tinggi, aura positif juga tinggi. Bila aura positif yang mengiringi kita, insyaAllah kita akan 'menarik' perkara yang baik-baik saja kepada diri kita. Ada banyak cara untuk pastikan kita sentiasa highly motivated. Antaranya melalui pembacaan buku-buku motivasi, mendekatkan diri dengan mereka yang highly motivated, dan juga menghadiri kursus atau seminar yang bersesuaian. Seminar anjuran pengetua kami, sentiasa dinanti-nantikan!

Geng Euphoria yang telah hadir workshop tempoh hari semuanya semakin berkobar-kobar untuk lebih berjaya dalam bisnes ini. Jom baca apa kata mereka:

keyword: RCPS & 5 kunci rahsia. hehehe


Siapa yang missed out memang frust!!!

Kenapa saya begitu seronok dengan Euphoria & Shaklee? Sebab Shaklee ialah satu MLM yang berbeza drp MLM lain! Saya sangat serasi dengan Shaklee sebab saya memang tak boleh (i.e tak pandai) buat head-hunting!! Saya tak pandai pujuk orang untuk jadi downline saya. Saya tak pandai promote2 barang pada orang secara bersemuka. Saya ni pemalu orangnya. Jadi saya sangat selesa dengan modus operandi Euphoria. Saya cuma perlu berkongsi kebaikan Shaklee, berdasarkan pengalaman sendiri dan kawan-kawan, serta info produk di blog tersayang saya ni dan di facebook. Biar orang yang cari kita. Lagipun, pengambilan suplemen pada pendapat saya, tidak boleh dipaksa-paksa. Hanya dengan kesedaran sendiri, seseorang itu akan berusaha utk dapatkan dan amalkan suplemen. Kalau dipaksa, alamatnya jadi pekasam je lah vitamin tu. 

Selain itu, downline dalam Shaklee adalah sekadar satu bonus. Mengapa? Sebab tanpa downline pun kita masih boleh menjana pendapatan!! Betul ke MLM ni? Hehe.. Jika customer telah merasakan sendiri kebaikan Shaklee, dan ingin mendapat pendapatan sampingan yang boleh cecah hingga 6 angka, mereka sendiri yang akan menawarkan diri untuk menjadi ahli. Dalam Euphoria, ada ibu-ibu yang telah berjaya memperolehi pendapatan 6 angka!

Saya terlalu bersyukur dipertemukan dengan kumpulan Euphoria ini kerana keberkatan rezeki, tanggungjawab yang perlu diutamakan .. sering ditekankan. Tujuan utama kita sebagai usahawan muslim sebenarnya, bukan sekadar untuk kemewahan keluarga kita sahaja. Tetapi ia lebih daripada itu. Iaitu tanggungjawab untuk membangunkan Ummah. Memang wang bukanlah segala-galanya. Tetapi segala-galanya memerlukan wang. Apatah lagi untuk menaikkan taraf umat Islam di mata dunia!

Jika anda juga seperti saya, ingin memperbaiki mutu kehidupan, bukan sahaja dengan pengambilan suplemen malah menjana pendapatan (part-time or full-time), ingin membahagiakan mak dan ayah yang telah  bersusah-payah membesarkan kita, ingin memberikan yang terbaik kepada anak-anak.. Jom sertai saya! Hubungi saya untuk maklumat lanjut.


Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...