Followers

Thursday, May 31, 2012

Kini Berwajah Baru...

Assalamualaikum!



Oh! Sukanya wajah baru blog saya. hehe.. 
Sempoi je sebenarnya.. Tapi suka sebab polkadots tu telah meceriakan blog saya yang sekian lama plain & putih gebu je.
Sekarang kan 'polkadots' memang tengah 'in' cewah..

Bila berblogwalking ... Suka tengok n baca blog-blog yang cantik & ceria... 
Ye lah, first impression pun penting ye tak? 
Penampilan memainkan peranan penting, tak kisah lah manusia ke, packaging barang ke..

Malah blog pun macam tu juga.. 
Bila berpenampilan menarik, orang pun lebih seronok untuk 'lepak' lebih lama kat blog kita. 
(selain penulisan yang best la kan..)

Apa pendapat kawan-kawan? Ok ke? 
Boring nanti tukar lain pulak ;)


Penyusuan dan Puasa


Perlukah saya berpuasa semasa menyusukan bayi? 


Jika anda menyusukan bayi, anda tidak diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan. Dalam Islam, terdapat rukhsoh bagi wanita yang menyusukan – seperti wanita yang tidak sihat atau sedang dalam perjalanan – untuk tidak berpuasa. Keputusan anda bergantung kepada beberapa perkara, tetapi usia bayi adalah pertimbangan utama. Memang ada beza jika dibandingkan bayi yang masih kecil dan hanya menyusu, dengan bayi berusia satu tahun yang sihat dan mendapat makanan lain dan menyusu hanya pada waktu malam.

Adakah berpuasa semasa menyusukan membahayakan saya? 


Jika anda sedang menyusukan, anda tahu ia akan membuatkan anda berasa dahaga. Penyahhidratan akan membuatkan anda berasa tidak sihat. Apabila anda ternyahhidrat, anda akan tahu kerana:
  • Anda akan berasa sangat dahaga.
  • Urin anda akan menjadi pekat atau berwarna kuning gelap dan berbau kuat.
  • Anda akan pening, pengsan, lemah atau letih.
  • Anda akan mendapat sakit kepala atau demam panas atau terasa amat lesu.

Jika anda sedar akan tanda-tanda ini, anda perlu berbuka dengan minuman bernutrien seperti jus buah-buahan segar atau kacang soya dan kemudian berehat. Selepas setengah jam, jika anda masih lagi berasa tidak sihat, anda perlu hubungi doktor anda. 


Adalah penting apabila anda berbuka, untuk minum banyak jus bernutrien sama ada jus buah-buahan, yogurt atau air barli – tujuannya ialah untuk mendapatkan semua nutrien dan cecair dalam satu minuman. 



Sebelum berpuasa semula, minum sekurang-kurangnya lapan sehingga 12 gelas jus buah-buahan, susu atau lain minuman bernutrien setiap hari. Tetapi jangan hanya minum sahaja, kerana amat penting untuk anda mendapatkan nutrien, kalori dan pepejal daripada makanan. Anda perlu mengambil kira-kira 400 hingga 500 kalori tambahan setiap hari semasa anda sedang menyusukan. Anda akan merasakan sukar untuk makan secukupnya dalam jangka semalaman dan ada kemungkinan penambahan berat badan akan turun. Jika ini berlaku, hubungi doktor anda. 

Untuk sahur, Jennifer Hor, seorang kaunselor penyusuan dan ahli panel BabyCenter mengesyorkan supaya minum cecair dan makanan yang mempunyai indeks glisemik rendah (low glycemic index, atau GI). GI adalah pengukuran efek kabohidrat atas tahap gula dalam darah. Kabohidrat yang dicernakan cepat mempunyai GI tinggi; kabohidrat yang dicernakan lebih perlahan dan melepaskan glukosa secara perlahan ke dalam saluran darah, mempunyai GI rendah. Makanan GI rendah ialah sebilangan sayur-sayuran dan kacang, dal, mi dan nasi. 

Dapatkah saya menghasilkan susu secukupnya? 


Wanita yang sedang menyusukan masih terus menghasilkan susu semasa berpuasa tetapi jumlah lemak dalam susu badan akan berkurangan. Ini bukanlah satu masalah, tetapi akibatnya bayi anda akan berasa lapar dengan lebih cepat dan mahu menyusu lebih kerap. Anda boleh minimakan ini dengan memastikan diet anda mengandungi lemak yang cukup – tambahkan keju dalam diet, gunakan mentega dan minumlah milkshake. 

Adakah bayi saya akan terjejas dengan perubahan dalam susu badan saya? 



Susu anda akan berubah sedikit setiap masa, bergantung kepada beberapa perkara seperti pemakanan anda dan keperluan bayi anda. Kandungan lemak dalam susu anda akan berkurangan semasa anda berpuasa. Bayi yang masih kecil akan mahu menyusu dengan lebih kerap jika susu badan anda mengandungi kandungan lemak yang rendah kerana dia akan berasa tidak puas selepas menyusu. Bayi yang lebih besar mungkin tidak akan sedar perubahan ini jika dia juga makan makanan pepejal. 



Tanda-tanda bahawa bayi anda tidak mendapat susu yang cukup termasuklah:

  • Tidak kerap buang air kecil (bayi yang baru lahir perlu buang air kecil sekurang-kurangnya lapan hingga 10 kali sehari).
  • Kotoran (tahi) yang kehijauan. (Baca lebih lanjut mengenai najis bayi anda.)
  • Tangisan nyaring yang berpanjangan atau meragam.
  • Penurunan berat badan atau berat tidak bertambah.
  • Mahu menyusu lebih kerap atau resah dan meragam setelah menyusu.
Hubungi doktor keluarga anda jika anda bimbang tentang bayi anda. 

Apa yang perlu saya lakukan untuk mengelakkan sebarang masalah? 


Penyediaan rapi sebelum berpuasa akan membantu anda mengelakkan masalah yang mungkin timbul.
  • Uruskan hal membeli-belah, pencucian dan lain-lain yang memerlukan penggunaan tenaga yang banyak sebelum mula berpuasa supaya anda mempunyai lebih masa untuk berehat kemudian.
  • Sentiasa bertenang dan berehat sebanyak mungkin pada waktu siang.
  • Simpan diari pemakanan supaya anda boleh pastikan bahawa anda makan dan minum secukupnya pada malam hari..
Sumber: BabyCentre

Apakah yang boleh saya syorkan selaku Distributor Shaklee anda?

Seperti yang disyorkan oleh Jennifer Hor, kaunselor penyusuan di atas.. Adalah terbaik untuk anda bersahur dengan minuman atau makanan yang mempunyai Indeks Glisemik (GI) rendah. Makanan atau minuman yang mempunyai GI yang rendah dicernakan lebih perlahan dan melepaskan glukosa secara perlahan ke dalam saluran darah. Energizing Soy Protein adalah minuman berkhasiat yang mempunyai GI yang rendah. Disebabkan itu, ia mampu memberi tenaga berpanjangan. ESP mampu memberikan rasa kenyang yang lebih lama. 

Selain ESP, Meal Shake Shaklee juga minuman berkhasiat yang rendah glisemik dan rendah lemak. Ia dilengkapi dengan protein, multivitamin dan serat. 

Untuk menghindarkan berlaku dehidrasi semasa berpuasa, sebagai ibu menyusu anda sangat digalakkan untuk minum Performance Drink Shaklee. Ia adalah minuman isotonik yang mampu mengelakkan dehidrasi. Khasiatnya adalah:
  1. Meminimumkan kehilangan cecair untuk memantapkan hidrasi badan. Kurang rasa haus.
  2. Mengalirkan elektrolit sepenuhnya ke seluruh badan, termasuklah kalsium & magnesium (tiada pada minuman isotonik jenama lain).
  3. Menstabilkan paras glukosa di dalam darah untuk mengekalkan tenaga berterusan, serta menambah stamina.
Sebagai seorang ibu menyusu, anda mungkin risau akan kesan berpuasa terhadap penghasilan susu. Sudah pasti seboleh-bolehnya, kita ingin menunaikan kewajipan berpuasa dengan sebaik yang mungkin. Dengan Shaklee, anda tidak perlu risau lagi. Daripada pengalaman saya sendiri menyusu semasa berpuasa bersama Shaklee,  alhamdulillah ibadat itu dapat saya laksanakan dengan sempurna, cukup sebulan pada tahun lepas ;) 

Jangan malu untuk bertanya sebarang kemusykilan kepada saya.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey

Wednesday, May 30, 2012

Goodie Bag Terpaling Sempoi :)

Assalamualaikum...

Lama betul tak update blog. Ketandusan idea betul. Huhu.. Walaubagaimana pun.. Terjumpa pulak gambar-gambar lama.. Bolehlah publish kat blog walaupun dah agak basi.. huhu..

Sebelum ni dalam entri ini saya pernah survey apa yang nak disediakan sebagai goodie bag sempena birthday along. Konon-konon nak yang healthy food je lah. Memang healthy sangat! And simple! Hehe.. Cer teka apa dalam goodie bag di bawah ni...


Go green! Say NO to plastic bag. hehehe...


Dapat gak sekotak besar goodie bag ni.. 



Kerahan tenaga kanak-kanak. Tapi takpe, dorang more than willing to help. hehe...

Dalam gambar ni dah tau kan apa isi goodie bag kat atas tu...
Sebiji epal! ;)


Di samping goodie bag, ibu sediakan juga jeli untuk makan-makan dengan kawan sekolah along..

Selain tu ada juga masak mee goreng. Tapi tak snap gambar pun. 
Sempat juga bake sebiji kek otromen. hehehe..

Alhamdulillah...



Tuesday, May 22, 2012

Suplemen yang Membantu Anda Cergas semasa Berpuasa

Assalamualaikum,


Hari ini merupakan 1 Rejab, dan ini bermakna genap 2 bulan (kalendar Islam) sahaja lagi kita bakal menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Saya pasti ramai kaum hawa sedang berlumba-lumba menggantikan puasa di samping mengambil peluang mengumpul pahala puasa sunat dalam bulan Rejab dan Syaaban. Moga segala usaha kita dipermudahkanNya.


Walaupun saya tak perlu ganti puasa (tu yang best bila menyusu sepenuhnya, period on hold), tapi saya ada juga cuba berpuasa tempoh hari. Bila puasa sorang-sorang ni, nak bangun sahur memang liat sikit. Memandangkan siang dah tak menyusu atau pam, saya takdelah rasa tertekan untuk pastikan susu tak drop waktu berpuasa. Jadi sahur pun sekadar apa yang ada je lah. Untuk pastikan saya bertenaga dan tidak terlalu dehydrated sepanjang berpuasa, saya pun bersahur dengan ESP+Mealshake serta Performance drink segelas.


Alhamdulillah, officemate pun tegur kata saya cergas je tak macam orang berpuasa :)


Energizing Soy Protein (ESP) adalah minuman berprotein tinggi. Berbanding kabohidrat, protein sebenarnya dapat menahan rasa lapar dengan lebih lama. 


Meal shake adalah minuman berkhasiat yang lengkap dengan protein, fiber serta multivitamin.


Performance drink pula? 






1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.

2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.

3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

3. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

4. Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.

5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong mencegah dehydration tu.





Sumber: Anakkuwiraku


Ketiga-tiga suplemen ini sebenarnya dikenali dengan gelaran TRIPLE GEM di mana ia sangat sesuai diambil terutamanya oleh mereka yang sukar mengambil suplemen dalam bentuk pil atau tablet. 

Inginkan lebih tips berpuasa sambil menyusu? Klik sini.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey

Thursday, May 17, 2012

Suplemen untuk Ibu Mengandung

Assalamualaikum...


Pada awal kehamilan, kebanyakan ibu tidak terlepas daripada simptom seperti sakit kepala, loya, alahan, tidak bertenaga dan sebagainya. Bagi sesetengah ibu simptom ini mungkin berlarutan sehingga 9 bulan! Paling tidak pun, sesekali pasti diserang simpul biawak, sembab kaki, atau kepenatan kerana 'membawa perut' yang semakin membesar.


Alangkah seronoknya jika 9 bulan itu dapat kita lalui dengan badan yang sihat, cergas, bertenaga dan ceria!

Para ibu pasti dibekalkan dengan vitamin oleh klinik untuk diambil sepanjang kehamilan. Namun, tak rugi melaburkan lebih wang jika kita berkemampuan, demi kebaikan bayi yang dikandung serta ibu itu sendiri.

Dengan Shaklee, kami mengesyorkan 4 suplemen asas untuk ibu mengandung, iaitu:

  • Energizing Soy Protein (ESP) : protein berasaskan soya non-GMO yang sangat baik utk perkembangan janin (sel terbentuk drp protein) selain untuk tenaga berterusan
  •  B complex : dilengkapi dengan asid folik dan lapan vit B beserta Folic Acidyang penting untuk saraf dan baik buat ibu hamil.
  • Vitamin C : untuk menguatkan sistem imun badan.
  • Vitalea : multivitamin yang dilengkapi dengan zat besi yang bagus untuk elakkan anemia.
  • Ostematrix : gabungan kalsium, magnesium dan vitamin D yang bagus utk sistem saraf, pembentukan tulang bayi serta menghindari simpul biawak (cramp). Kalsium yang mencukupi juga membantu proses meneran semasa kelahiran.

Testimoni:

Nur Na ye betul Umi Adawiyah.. lagi 1 saya nak share, esp sgt best la.. selain beri tenaga, ia juga baik utk kulit ibu dan baby.. mcm saya, mmg jelas kulit saya x berminyak, jerawat xde, cuma parut jela takleh hlg kat muka, pastu saya xde gatal2 kat celah peha mcm masa anak sulung.. pastu anak kedua saya lahir dgn kulit putih bersih.. sgt2 bersih la, xde ngelupas ke pape.. sampaai skrg ramai geram dgn kulit dia.. dah la debab

Dayana Batrisya Saya pun lg2 ostematrix lain btl kesannya bgn pg x liat b4 this kalau brg atas toto i punya punggung sakit mcm x leh angkat bila amik oste tu x dak pun rasa gtuh shaklee mmg best amik la x rugi pun i amik pil kalsium er klinik swasta x sama kesan nya oste jg yg best

Eyna Sediey sy ambil full set eu four pack + esp....sbb dulu cr supliment just nak naikkan HB yg low giler...8.5 je mse 5 bln preggy....lpas ambil shaklee ni HB pn da normal bdan pn rse sihat je...semua org ckp "ko ni na....boyot2 pn rjin lg wat kek n kuih"...ngeeee....antibodi pun kuat...suami n ank sy demam + batuk..alhamdulilah sy x berjangkit pun...risau jga mula2....yg bonusnya sy bru prasan yg rmbut da x gugur sgt...time sikat je ade 2-3 hlai yg gugur...klu x sblm ni ni tdo pun pnuh kt bntal rmbut....2 yg pling sy suka...hehhehehe

Dayana Batrisya I br 4 months tp x rasa malas n lembik mum pun ska tgk x da la mengada2 sgt x leh wat itu la ini lah kdg2 ada yg mcm tu kan x leh bau perfume n x leh masak la mcm2 ceh bangga la plak hehehe i cuma share je tp itu la kenyataannya tp munhkin kesan berbeza ikut individu setakat ni saya boleh kt produk ni mmg tip top.u jgn risau amik trial je dulu

Jika anda ingin yang terbaik buat kandungan anda, cubalah vitamin Shaklee dan rasai perbezaannya!

Lebih info tentang kehamilan di sini.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi saya melalui:
sms/whatsapp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412

Monday, May 14, 2012

Promo: DatesNsuch kini menerima tempahan.. Bermula dgn Chocodate

Assalamualaikum...

Sedar tak sedar, tinggal sebulan lebih je lagi kita bakal menyambut Ramadhan yang mulia. Seperti tahun-tahun lepas, bisnes kurma saya akan mula beroperasi sebulan sebelum puasa. Sebagai pemanas badan, stok Chocodate kini available untuk order. Jemput jenguk di sini ya..


Chocodate ni memang sedap (sendiri jual mesti la kata sedap ek. hehe) Tapi serius.. siapa yang tak berapa suka makan kurma, insyaAllah akan suka dengan chocodate ni. Sebab dia tak berapa manis (ada badam) dan ada coklat pulak tu..Chocodate ni kalau bukan bulan puasa memang payah nak jumpa kat kedai-kedai biasa. Even kedai yang ada jual kurma pun jarang yang jual chocodate ni.. So, sesiapa berminat nak order bolehlah emel/sms saya ya. TQ.


Boleh hubungi saya melalui:
sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey

Thursday, May 10, 2012

Energizing Soy Protein untuk sel yang sihat

Assalamualaikum...

Bagi kawan-kawan yang sedang mencari suplemen untuk kesihatan, apa kata mulakan dengan Energizing Soy Protein Shaklee.. Banyak khasiatnya.. 

Boleh contact saya untuk konsultasi selaku Shaklee Independent Distributor dan saya akan cuba cadangkan pengambilan suplemen yang bersesuaian dengan tahap kesihatan anda, mengikut bajet anda.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Boleh hubungi saya melalui:
sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey

Tuesday, May 8, 2012

Gamma Linolenic Acid (GLA) beserta Vitamin E mampu membantu mengatasi simptom-simptom PMS


Assalamualaikum...

Anda mungkin di antara wanita yang mengalami sindrom prahaid setiap kali period. Mereka yang mengalaminya saja yang tahu betapa tidak selesanya bila tiba waktu tersebut. Sindrom pra haid ini lebih sekadar sakit senggugut. Anda mungkin turut merasa sakit payu dara, mual, mood swing, dan macam-macam lagi. Simptom-simptom ini adalah disebabkan ketidakstabilan hormon. 

Kajian terkini mendapati asid lemak perlu (essential fatty acid) GLA bersama vitamin E mampu mengurangkan simpton PMS ini. 


The researches studied the effects of giving 120 women 1-2 grams of a combination of essential fatty acids for a period of 3-6 months.  The essential fatty acids given to the participants included oleic acid, gamma linolenic acid (GLA), linolic acid as well as other polyunsaturated acids.  Vitamin E was also added this combination.  The study participants noticed a significant decrease in PMS symptoms and side-effects, if experienced, were mild and insignificant.  The researchers feel that this new pill shows great promise in the treatment of PMS for women.



The study results by the researchers in Brazil helps prove that the use of essential fatty acids does provide relief from symptoms of PMS.  Until a pill is made especially for the purpose of treating PMS, women can find relief by adding more essential fatty acids to their diet or taking evening primrose oil and a vitamin E supplement. 



Mengapa Evening Primrose Oil (EPO) disarankan? Kerana kandungan EPO sebenarnya adalah GLA. Dengan Shaklee, anda tidak perlu mengambil 2 pil berasingan (EPO & Vitamin E) kerana GLA Complex sahaja sudah mencukupi. Kandungan GLA Complex terdiri daripada GLA, minyak bunga matahari dan vitamin E! Ramai yang mengakui kini simptom PMS berkurang dengan pengambilan GLA Complex. Ini antara testimoninya..

Pn. R
"Pada 29.05.2012 saya rasa senggugut saya dtg tp tak lah sakit teruk..tpi selalunya kalau dtg sengugut saya selalunya lebih dari 4 hari..tpi skrg saya tak rasa lagi pada hari selasa 01.05.2012.mungkin disebabkan mkn GLA ( Saya start Shaklee 28.05.2012)"** 



Pn Yati Napi
Period memang ke laut sejak lepas bersalin…lps cba GLA, barulah on time tiap bulan datang..plus jeragat dah semakin menghilangkan diri,,,eheheh…”
Sumber: Mychibibox


Selain dapat membantu mengurangkan period pain, ada banyak lagi khasiat GLA Complex kepada wanita. Nak tahu apa dia? 


Pengalaman saya sendiri dengan GLA Complex? 

Sebenarnya sudah sekian lama saya nak cuba GLA Complex ni.. Alhamdulillah, menjangkau umur anak saya 2 tahun, barulah saya berpeluang mengambilnya. Kalau nak tahu, sepanjang saya menyusukan anak ke-3 saya, saya belum pernah didatangi period. Seronok memang seronok, sebab dapat puasa penuh masa Ramadhan lepas. =) Bila saya mula consume GLA Complex, terus period pun datang dalam bulan tersebut! Tak sempat habiskan sebotol GLA period datang kembali dan sampai ke hari ni, period saya on-time setiap bulan (baru 2 bulan period). Alhamdulillah, lebih mudah untuk merancang...

Jika anda berminat untuk mencuba GLA Complex, boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi.

Lagi info tentang GLA Complex di sini.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Boleh hubungi saya melalui:
sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey


Friday, May 4, 2012

Pengalaman Buka Gerai Jualan

Assalamualaikum,

Ni nak cerita pengalaman saya berniaga tempoh hari. Berkolaborasi dengan suami, adik, kakak ipar dan anak saudara.

Saya ni dari kecil memang suka berangan jadi businesswoman. Dari kecil kalau orang tanya cita-cita mesti jawab businesswoman. Masa kecil dulu, umur 7-8 tahun kot, suka main jual-jual dalam bilik stor yang tersimpan stok makanan. hihi.. Berangan jadi cashier. Masukkan barang dalam plastik, amik duit customer. Seronokkkk.. Hehe.. 

Tapi entah macam mana bila masuk universiti boleh pulak tak amik course business. Tak apalah. Mesti ada hikmahnya kan. So, semenjak di universiti ada jugak lah beberapa kali saya 'menjenguk' peluang perniagaan. Haha.. Antaranya, jual kad IDD. Ini memang masyuk (universiti banyak foreigners) dan senang. Tampal-tampal iklan kat dinding kolej, kat tiang-tiang. Duduk bilik senyap-senyap. Nanti adalah customer datang ketuk pintu nak beli kad IDD. Untung betul berniaga kad IDD ni. Kan Ani kan.. heheh..

Selain kad IDD, ada juga jual sandwich kat kolej waktu weekend, jual cookies time nak raya.. hmm..  walaupun penat, tapi seronok! Especially time dapat duit & time kira duit. =)

Tapi selain jual-jual gitu, seingat saya tak pernah lagi buka gerai jualan. So bila ternampak banner karnival mesra penduduk di taman perumahan, terus terdetik nak tanya kot-kot ada gerai untuk jualan. Dan nasib baik masih ada kosong! Yabedabedu! Semenjak saat itu bermulalah angan-angan + perancangan untuk buka gerai jualan. Rasa macam semua benda nak jual. tapi tak boleh la kan.. Waahhh.. feeling dia.. seminggu sebelum tu lagi dah dok berdebar-debar! Mengalahkan orang nak kawin! hehehe.. Excited.. Takut.. Cuak.. ish.. macam-macam la. Seronok planning itu ini dengan kakak ipar. 

Sempat juga snap beberapa gambar untuk dikongsikan dengan pembaca sekalian.. ;)

Peralatan untuk jualan Shaklee - brochures, buku shaklee, free gifts, etc..

Siap buat bunting tau.. Kelass.. Share dgn kakak ipar. 
Tupperware & Shaklee ;)
Bawah nama saya tu nama kakak ipar.. Rafidah Fauzi. Sapa nak beli Tupperware denga harga terbaek boleh contact Kak Dah (010-50000 27)


Gerai kitorang yang first skali siap tau. Pukul 7 pagi dah terpacak kat dewan. Hihi..

Antara produk Shaklee yang dibawa


Kak Dah tengah bizi promo Tupperware. Adik tersayang Dr. Ain pun turun padang tolong goreng Fries.
Selain Tupperware & Shaklee, ada juga jual rempah marinate ayam, Cheezy Fries, Tapai Pulut, Coconut Shake, Ais Krim Jeli.


Pelanggan cilik yang singgah ke gerai. 
Time ni masih awal lagi & masih suam-suam kuku. Tadah tangan doa pembuka majlis ;)


Time ni dah pukul 11 lebih kot.. Syukur cuaca panas dan tak hujan.. 
Coconut shake n Cheezy Fries larisss...

Alhamdulillah, gerai kitorang memang menjadi tumpuan sebab gerai-gerai lain macam boring. Kuikui....gerai lain antaranya Takaful, TM, Tabung Haji... Kira gerai kitorang ni penyeri majlis la ;p selain gerai tudung sebelah tu =)

Walaupun penat tak terkata selepas tu (2 hari baru hilang penat)..Walaupun hasil jualan Shaklee kureng sikit, tapi at least saya berpeluang mempromosikan Shaklee kepada jiran-jiran saya. Bagi saya pengalaman tersebut adalah terlalu berharga!!


Thursday, May 3, 2012

How to Focus?? How how..?

Assalamualaikum wrt,

Semakin maju dunia kita hari ni.. Semakin moden.. Semakin besar cabaran yang perlu kita hadapi. Teknologi yang semakin canggih memang banyak memudahkan urusan seharian kita. Tapi kalau tak kena caranya, boleh jadi satu distraction pulak. Saya tertarik dengan diagram yang saya jumpa di blog Mommamia ni... Memang bagus untuk dijadikan panduan supaya kita dapat tangani cabaran pada zaman high technology ini dan lebih fokus dalam melaksanakan tugas hakiki kita ;)


Klik pada diagram untuk paparan yang lebih jelas


Bagus kan tips ni? Jom amalkan!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...