Followers

Thursday, April 26, 2012

Basic H - safe for you, safe for nature

Ambil dari sini

Holoh holoh... Tengok la si kecik ni.. Rajin betul tolong ibu dia bersihkan tingkap.. :)

Walaupun ibu dia dah 'lock' botol tu supaya tak boleh spray, tapi kalau sabun lain, ada tak ibu-ibu berani nak bagi anak kecik pegang apatah lagi main dgn botol sabun tu???? 

Dengan cecair serbaguna Basic H2, anda tak perlu risau. Kerana ia tiada bahan kimia berbahaya. Tidak berbahaya kepada manusia, apatah lagi bumi. 

Lebih info tentang cecair magik ini di sini ;)


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Boleh hubungi saya melalui:
sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey

Meal Shakes Shaklee - untuk semua

Assalamualaikum...


Bagi anda yang masih tercari-cari suplemen untuk anak-anak, Meal Shakes adalah jawapannya. Malah, ia bukan sekadar semata-mata untuk kanak-kanak tetapi juga elok diamalkan oleh seisi keluarga. Rasanya yang enak (seperti ais krim vanila) pasti memikat selera. 

Segera dapatkannya terutama jika anak anda ..

jenis yang memilih makan (maka tidak mendapat sepenuhnya zat nutrien daripada pemakanan)

mengalami ekzema (mealshakes merawat sel-sel agar lebih sihat)..

Namun, Mealshakes juga sesuai diminum oleh ibu mengandung, ibu menyusu, atau sesiapa sahaja yang sukar menelan suplemen dalam bentuk pil/ tablet/kapsul.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Boleh hubungi saya melalui:
sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey

Monday, April 23, 2012

Mac n Cheese - Versi Ibu

Assalamualaikum...

Saje rasa nak share resepi macaroni n cheese versi saya ni. :) Sapa sudi nak cuba tu dipersilakan ya. Tapi resepi ni main campak-campak je.. takde sukatan khas. Main agak-agak je. hehe..

Asalnya aritu beli Kenny Rogers. Beli ala carte ayam setengah ekor dan tambah 3 side dish yang RM6 satu tu. Beli Mac n Cheese, Coleslaw & Mashed potatoes. Sedap betul tengok along n Faeq makan. Macam sedap sangat. Rasanya sebab tengah lapar sangat kot masa tu. Faeq tambah mac n cheese tu sampai dah nak abis. Terpaksa sorok sikit utk Fikry (tgh tidur masa tu). Pastu merayu-rayu soh ibu buat. Hmm.. esoknya saya pun buat la mac n cheese ni versi saya.

Ini cara-caranya ya puan-puan.;p


Tumis bawah besar yang dipotong dadu. Agak-agak dah naik bau, masukkan hirisan isi ayam.


Tumis sampai ayam masak.


Tambah air dan saya masukkan sekeping cheddar cheese. Nak lebih pun boleh. Tapi sebab saya ada campur sekali bahan istimewa, saya masukkan sekeping je wat syarat. Tak nak bubuh pun takpe kot.


Masak hingga cheese cair.


Masukkan macaroni yang telah direbus.


Ha, inilah bahan istimewa dalam resepi saya ni. Cheese powder. Cheese powder ni biasa orang bancuh and boh atas wedges atau fries. So, selain buat cheezy wedges boleh juga buat macaroni n cheese.
Yang saya punya ni tinggal sikit je.. Dah berapa kali masak dah. ok la, sepeket 200g banyak gak dapat.

Saya main agak-agak je bubuh cheese powder ni.. Rasanya ada dalam 5 sudu besar kot.


Masak hingga agak pekat. Done!

Memang sodapppp.. Cheese powder tu rasa pedas sikit. Tak yah letak byk sgt kalo nak bagi budak kecik makan. 

Oh ya, sesiapa berminat nak dapatkan cheese powder tu, boleh contact:

Kak La
012-686 2165

(saya tak jual, tolong promo jer. hihi)



Camner anak-anak.. sedap takkk??


Sedappp!!! (hehhee...)



Tuesday, April 17, 2012

Panduan Menyusu Anak Kembar


Assalamualaikum...
Sempena meraikan kelahiran bayi kembar kawan saya,(ada pulak yg silap sangka saya yang peknen kembar. hihi..) ingin saya kongsikan satu artikel menarik tentang persediaan menyusukan bayi kembar. Cabaran menyusu setiap ibu adalah berbeza-beza. Dan pastinya cabaran menyusukan si kembar jauh lebih hebat berbanding menyusukan seorang bayi sahaja. Namun, jika si ibu yakin dan membuat persediaan yang secukupnya, insyaAllah tiada yang mustahil. :)

Sumber: SihatSelalu


Menyusu bayi kembar adalah cabaran bagi ibu bapa yang istimewa dan hebat. Sebaik sahaja mengetahui kandungan adalah bayi kembar, ibu-ibu (dan juga bapa-bapa) perlu bersedia dari segi fizikal dan mental menerima kehadiran 2 bayi serentak, bersedia kemungkinan bayi lahir pramatang, bersedia kemungkinan kelahiran secara pembedahan caesarean dan membuat perancangan corak penyusuan kepada bayi.

Persediaan mental juga adalah sangat penting bagi ibu yang bercadang memberikan penyusuan eksklusif untuk bayi kembar kerana akan timbul persoalan tentang 'susu tidak cukup'. Ramai menganggap susu ibu akan tidak cukup lebih-lebih lagi pada hari-hari awal kelahiran, maka salah seorang atau kedua-duanya secara bergilir-gilir mungkin perlu diberi susu formula! Ini adalah suatu persepsi yang salah.

Seawal Jam Pertama

Para ibu harus sedar dan yakin bahawa berapa ramai pun kembar yang dilahirkan serentak, susu ibu pasti cukup untuk mereka.


Beberapa panduan yang boleh diamalkan adalah dengan menyusu bayi seawal satu jam pertama dilahirkan. Ramai ibu sudah sedia maklum tentang keperluan menyusu seawal satu jam pertama ini untuk merangsang penghasilan susu ibu.

Sekiranya ibu melahirkan bayi pramatang dan kurang berat badan, penyusuan ibu adalah 'ubat' paling mujarab untuk menambah berat badan bayi. Ini kerana susu ibu memang dicipta untuk bayi baru lahir walau berapa pun usianya ketika dia lahir.

Sekiranya ibu melahirkan bayi secara pembedahan caesarean, mintalah bantuan jururawat untuk memperbaiki posisi ibu ketika menyusu pada jam pertama. Sebaiknya berbincang terlebih awal dengan doktor atau jururawat yang bertugas agar hasrat ibu untuk menyusu pada 1 jam pertama dapat diimplementasikan.

Sekerap Mungkin

Panduan seterusnya adalah dengan menyusu bayi sekerap mungkin. Secara puratanya bayi baru lahir menyusu antara 8 hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam. Bagi bayi kembar, ibu-ibu boleh menyusu kedua-duanya serentak pada masa yang sama atau secara bergilir mengikut keselesaan ibu.


Pada minggu-minggu pertama mungkin ibu-ibu akan merasakan bayi menyusu agak kerap dan keadaan ini akan meletihkan ibu. Ia adalah perkara normal sebelum bayi menunjukkan pola penyusuannya selepas usianya sebulan. Malah perkara ini harus diterima secara positif oleh ibu kerana ia menandakan keperluan bayi untuk menyusu tinggi maka ia akan menghantar isyarat ke otak bahawa penghasilan susu ibu harus ditingkatkan.

Susukan bayi sebelum dia menangis. Pada hari-hari awal kelahiran, biasakan rutin menyusu setiap setengah jam. Jika ibu menyusu bayi seorang demi seorang, aturkan masa menyusu supaya si kembar tidak menangis ketika yang seorang lagi sedang menyusu.

Rehat

Ibu juga perlu memperbanyakkan rehat. Ibu-ibu perlu berehat dengan secukupnya untuk mengurangkan stres yang akan mengganggu penghasilan susu ibu.

Ibu boleh tidur dan berehat apabila bayi tidur. Sesetengah ibu selalu menjadikan masa tidur bayi sebagai masa ibu untuk membuat kerja. Ini adalah kurang tepat kerana ibu juga perlu berehat dan menenangkan fikiran.

Suami harus memainkan peranan membantu menguruskan perkara-perkara lain sementara ibu menumpukan lebih perhatian kepada menguruskan bayi.


Jaga Pemakanan

Minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Air adalah komponen penting dalam penghasilan susu ibu. Amalkan minum air sambil menyusu atau selepas menyusu sekurang-kurangnya segelas air, jus atau susu.

Ibu menyusu perlu makan makanan berkhasiat secukupnya untuk menampung kehilangan kalori semasa penyusuan. Ibu-ibu juga digalakkan makan vitamin, kalsium dan zat besi seperti yang diambil semasa hamil.

Pelawat

Anda perlu mengehadkan pelawat. Perkara ini mungkin agak sukar untuk dilakukan kerana ramai pelawat yang terdiri daripada rakan-rakan, jiran dan saudara mara ingin berkongsi kegembiraan dengan kehadiran bayi kembar.

Namun begitu ibu masih perlu memperuntukkan masa bersama bayi terutama privasi ketika menyusukan bayi. Minta pelawat tinggalkan bilik ketika masa menyusu telah tiba, ambil masa privasi anda kerana ia penting untuk memastikan kelangsungan produksi susu ibu.

Saya doakan sahabat saya berjaya menyusukan kembarnya walau apa rintangan yang terpaksa ditempuh. Begitu juga ibu-ibu lain di luar sana. "Impossible is Nothing!"

Friday, April 13, 2012

Doa untuk bebas daripada kesusahan, keberhutangan...

Assalamualaikum,

Kita sebagai manusia biasa kadangkala tak dapat lari daripada kesedihan, stress, susah hati... Bukan sebab apa pun. Sebab masalah dunia je pun. Macam-macam masalah menghantui diri. Kalau kita pendam sorang-sorang, memang terasa sangat bebanannya. Tak salah nak berkongsi dengan orang lain, especially kawan-kawan rapat, pasangan kita, atau ibu-bapa kita. Walaupun tak dapat nak selesaikan masalah kita, sekurang-kurangnya dapat meringankan sikit beban yang ditanggung. Tapi sebagai orang islam, sebaik-baiknya kita 'kongsikan' dan mengadulah dengan yang Maha Pencipta. Nabi turut mengajar satu doa yang sangat baik diamalkan, bukan sahaja di kala kita dilanda kesedihan dan kesusahan.. Malah sangat bagus diamalkan setiap kali selepas solat. 

Petikan yang saya ambil dari satu blog (lupa pulak nak save linknya):

Pada suatu hari, Baginda s.a.w masuk ke masjid, kata Abu Sa’id al-Khudri, lalu baginda melihat seorang lelaki Ansar bernama Abu Umamah sedang termenung, pada wajahnya tergambar kedukaan. Kemudian baginda Rasul bertanya, “Apa yang engkau buat di sini pada waktu begini, wahai Abu Umamah?” Abu Umamah menjelaskan, “Aku sedang  bingung kerana terlalu banyak hutang, ya Rasulullah.”Lalu Rasulullah s.a.w bertanya, “Mahukah engkau aku ajarkan satu doa yang dapat melangsaikan hutang-hutangmu dan melenyapkan duka dan kesedihanmu?” Abu Umamah berkata, “Tentulah aku suka, ya Rasulullah!”
“Bacalah setiap pagi dan petang doa ini,” kata baginda Rasul. Bacaan yang dimaksudkan baginda tersebut ialah, 



“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan, aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada-Mu daripada (sifat) pengecut dan bakhil, dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kezaliman manusia.” 
(Riwayat Abu Daud). 
Kemudian Abu Umamah berkata, “Doa tersebut aku amalkan dan akhirnya Allah s.w.t menyelesaikan hutang-hutangku, begitu juga kesusahanku.”

Moga memberi manfaat kepada readers sekalian..



Thursday, April 12, 2012

Cookies & Cream Cake for Fikry

Assalamualaikum...

Bersempena hari lahir Fikry yang ke-2, ibu gagahkan juga buat sebiji kek. Ye lah, birthday Abg Ngah & Along ibu buat kek kan.. Tak aci lah kalau tak buatkan Fikry kek jugak. Hihi...

Fikir punya fikir, nak buat kek apa... Last-last rasa nak buat kek Cookies & Cream. Hihi.. Sebab budak-budak ni suka sangat makan frosting cream cheese.. Nak buat Red Velvet macam tak mampu. So, buatlah Cookies & Cream ni.. Ada beberapa versi kek ni. Bila google tengok ada yang bubuh biskut oreo dalam adunan kek, ada yang guna resepi 'white cake'. So ibu decide untuk buat kek coklat (instant je. hehe) and bubuh biskut oreo dalam frosting jer. Cream cheese + oreo bubuh dalam filling je.. Luar kek frosting cream cheese kosong... Dah beli 2 x 200g cream cheese pun tak cukup!! Uwaa.. belasah je la. hehe..

Bakar dalam 2 loyang. Yang tak bestnya, kek naik membukit kat bahagian tengah.. Tepi kek nipis.


Sapukan cream cheese + oreo atas lapisan kek pertama kemudian 
tutup dengan kek kedua

Hasilnya.. Tengoklah, tepi kek tak cukup frosting. haha... 
Pastu nombor dua tu terlebih panjang sebab Along nak jugak tolong ibu letak skittle kat atas kek tu.. 

Kira berjaya jugak la kek ni. Puncanya sebab frosting cream cheese kot. haha.. Budak-budak suka la.. walaupun ibu rasa macam ada rasa hangus kek tu.. kikik...


Tuesday, April 10, 2012

Happy 2nd Birthday Dear..

Assalamualaikum..

Esok genaplah 2 tahun usia anak bujang ke-3 ibu... 
Genaplah juga 2 tahun Fikry menyusu badan... 
Walaupun penyusuan penuh susu ibu selama 1 tahun 4 bulan sahaja..
Tapi Alhamdulillah, sehingga saat ini Fikry masih minta 'tutu' kat ibu..

Menerpa pada ibu waktu ibu pulang dari kerja.
'Nak tutu.. nak tutu!'
Pantang nampak ibu nak masuk bilik air nak mandi...
'Nak tutu! Nak tutu'
Nampak ibu sarungkan telekung nak solat...
'Nak tutu.. nak tutu..'
Saje je kan.. tak boleh tengok ibu senang. haha...


Kalau ada bantal berdekatan, 
Fikry akan baring dulu...
dan tepuk-tepuk bantal sebelah Fikry..
Suruh ibu baring sebelah dia!
Nak nenen la, apa lagi.
haha.. bijak bijak..

Bila kita dua dah baring sambil Fikry nenen..
Datang pulak sorang lagi.. Abang Ngah.
Sorang ni pun tak boleh tengok ibu senang jugak..
Pantang nampak ibu baring dengan Fikry,
terus lari cari botol susu dia..
Sebab tak nak lepaskan peluang baring sebelah ibu..
Sambil gentel-gentel rambut ibu,
sambil minum susu... 

Along jugak yang independent.
Main sendiri-sendiri, mandi sendiri, banyak perkara dah boleh buat sendiri...
Dah besar anak-anak ibu :)

**Hasil nukilan ad-hoc ibu ..kikikk...

Perkara yang Berubah Selepas Mempunyai Anak


  1. Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar
  2. Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
  3. Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!! 
  4. Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru. 
  5. Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
  6. Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
  7. Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
  8. Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
  9. Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan happy bila anak kita poo-poo!
  10. Kita akan lebih menghargai diri kita.
  11. Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
  12. Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
  13. Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
  14. Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
  15. Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
  16. Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
  17. Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
  18. Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
  19. Setakat mata panda tu, biasa dah. Tiada lagi tidur yang mencukupi.
  20. Handphone, facebook dan blog kita dipenuhi dengan gambar, cerita dan segalanya tentang si kecil.
  21. Setiap kali lepas shopping kita dapati tiada satu pun barang untuk diri kita sendiri. Semuanya untuk si manja.
  22. Kita lebih menjaga kesihatan kerana perlu kuat demi anak-anak!

Hadiahkan buat suami tercinta...



Assalamualaikum..


Hari ini, ramai kaum bapa yang turut sama berganding bahu dengan kaum ibu menguruskan rumahtangga. Pagi keluar bekerja, balik lewat petang dan bantu isteri dengan tugasan di rumah pula. Beruntung dapat suami macam ni kan.. Namun, suami juga manusia biasa. Badan pasti letih dek kesibukan sehari-hari. Apa kata, sebagai isteri yang prihatin, kita hadiahkan suplemen berkualiti agar suami kekal cergas dan sihat.




Apakah suplemen yang disyorkan?


Vitamin E Complex


Vitamin E sering dikaitkan dengan kecantikan kerana sifatnya yang bertindak sebagi anti-penuaan dan mampu memudarkan parut. Namun, sebenarnya fungsi vitamin E adalah lebih daripada itu. Apakah khasiat lain vitamin E?


Khasiat vitamin E:
•    Membantu mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser
•    Membantu mempercepat proses baik luka.
•    Membantu pengaliran darah dengan lebih lancar
•    Menguatkan dinding arteri
•    Melindungi paru-paru daripada pencemaran udara.
•    Meningkatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit.
•    Anti oksidan
•    Membekalkan oksigen ke sel-sel badan
•    Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
•    Menyelesaikan masalah kelesuan.
•    Mengurangkan risiko parut yang besar.
•    Merendahkan kadar kolesterol.
•    Diberi jolokan ‘sex vitamin’ kerana mampu meningkatkan libido dan kesuburan


Kelebihan Vitamin E SHAKLEE

Vitamin E SHAKLEE terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate dan d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium [as selenium yeast].


Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.


Ostematrix

Ostematrix adalah gabungan kalsium, magnesium dan vitamin D. Kalsium yang dilengkapi dengan magnesium dan vitamin D lebih memudahkan penyerapan oleh badan, sebab itu ramai yang mendapat kesan yang hampir serta-merta.


Kelebihan Ostematrix SHAKLEE ialah ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.


Khasiat ostematrix:
  • Melancarkan sistem jantung dan aliran darah (menstabilkan tekanan darah)
  • Membantu fungsi otot dan jaringan saraf – membantu mengurangkan migrane.
  • Kalsium memastikan otot dapat meregang dan mengecut dengan baik. Orang yang merasa kebas atau kesemutan adalah kerana ototnya tidak meregang dan berkontraksi.
  • Mengelakkan risiko osteoporosis
  • Membantu mengatasi keletihan
  • Membantu mendapatkan tidur yang lebih lena dan berkualiti, seterusnya bangun pagi dengan lebih segar dan bertenaga

Jom baca testimoni seorang isteri yang telah berikan ostematrix kepada suaminya dan kesihatan suaminya kini semakin baik...




Buat para isteri, berikan 2 vitamin ini untuk suami tercinta sebagai tanda kasih anda. Tentunya kita pernah dengar pepatah yang berbunyi, "Di sebalik kejayaan seorang lelaki, berdiri seorang wanita". Pastinya kita ingin menjadi wanita hebat itu yang sentiasa menyokong dan memberikan yang terbaik buat si suami.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey

Friday, April 6, 2012

Atopic Eczema

Assalamualaikum...

Bagi yang tak pernah tengok rupa eczema ni macam mana.. Meh tengok beberapa contoh rupa eczema... Siapa yang ada eczema ni tau lah macam mana 'seksanya' bila datang time gatal tu. Paling kesian kalau budak-budak atau bayi yang kena eczema ni. Kadang-kadang digaru sampai luka-luka. Ada pulak yang teruk sikit, salah makan boleh jadi asma pulak. Sebab Asma, eczema, resdung.. saling berkait rapat.

eczema - kulit jadi kering dan merengsakan


eczema pada pipi bayi - biasanya akan hilang semakin bayi membesar

kadang-kala berkuping di kepala bayi baru lahir

ada yang alergi pada sabun

ni nak ambil sampel untuk ujian kot

Kitar Eczema

Kredit: DapurAulad



Atopic Eczema ialah satu keadaan kulit yang kering dan gatal. Keadan ini disebabkan  oleh alergi terhadap sesuatu yang dimakan atau dihidu. Biasanya ia kelihatan seperti kulit yang kering dan berwarna kemerahan yang kemudiannya berubah menjadi merah, gatal dan keradangan. Kadang-kala eczema hanya berlaku pada beberapa bahagian badan (seperti leher, siku, buku lali, pinggang dan lain-lain) tetapi di dalam kes yang lebih teruk ia mungkin meliputi seluruh badan.

Penyebab
Ahli keluarga - biasanya ia diwarisi oleh ahli keluarga yang pernah ada namun ia boleh dikawal secara mudah. Kita perlu memahami faktor-faktor yang boleh menyebabkan keadaan ini contohnya jangkitan, tekanan hidup kerana ia memainkan peranan penting dalam menentukan samada tanda-tanda penyakit tersebut akan menjadi lebih buruk.

Usia berapakah atopic eczema biasanya berlaku?
Biasanya ia berlaku pada bayi atau kanak-kanak kecil dalam lingkungan umur 2 bulan -2 tahun. 75% akan mengalami tanda-tanda pertama dalam umur 6 bulan dan 90% pengidap sudah mengalami tanda-tanda pertama apabila umur 1 tahun. Atopic eczema kini semakin menjadi di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa.


Faktor-faktor yang boleh memburukkan keadaan

Jangkitan - Sejenis bakteria yang biasa dijumpai berpotensi menyebabkan atopic eczema ialah Staphylococcus aureus. Hasil kajian menunjukkan ia berada di permukaan kulit dengan banyak sekali  walaupun tiada sebarang kesan jangkitan (bernanah atau meleleh) pada permukaan kulit. Kehadiran bakteria ini menyebabkan sistem imun bereaksi keterlaluan dan seterusnya menambah inflamasi kulit dan berasa sangat gatal. Sekiranya kulit berair atau digaru, lebih banyak bakteria dapat menembusi permukaan kulit dan menjadikan keadaan bertambah teruk. Mujurlah bakteria ini boleh dihapuskan menggunakan antibiotik dengan mudah sekali.

Tekanan - Penyakit ini boleh muncul dalam kehidupan kanak-kanak secara tiba-tiba dalam keadaan tertekan seperti memasuki sekolah, memasuki taska, risau tentang peperiksaan atau apabila ibubapa menghidapi penyakit serius. Kadang-kala tekanan disebabkan kurang nyata, misalnya kanak-kanak mungkin risau tentang ketidakupayaan mengikuti pelajaran disekolah atau dibuli.

Suhu - Rasa panas boleh menambahkan rasa gatal. Elakkan daripada terkena cahaya matahari yang keterlaluan. Begitu juga suhu yang terlalu sejuk boleh menyebabkan rasa gatal dan mengeringkan kulit.

Allergen-allergen lain - Makanan tertentu seperti susu lembu, telur atau ramuan makanan seperti pewarna, pengawet makanan boleh menyebabkan alergi dan memburukkan lagi keadaan pesakit. Hama dan debunga juga merupakan allergen yang biasa ditemui. Setengah pesakit mungkin sensitif terhadap sabun wangi, mandian berbuih atau sisa bahan pencuci pada pakaian dan klorin yang terdapat di dalam kolam renang.


Bagaimana risiko masalah eczema atopic boleh dikurangkan ?

1. Sentiasa pastikan kulit lembap dengan menggunakan emolliet untuk kurangkan rasa kekeringan dan rasa gatal. Basuh tangan anda selalu untukmengelakkan pemindahan bakteria ke atas kulit
2. Pakai sarung tangan semasa membuat kerja rumah untuk mengelakkan diri daripada terkena bahan kimia
3. Jangan menggaru kulit badan atau sekurang-kurangnya pastikan kuku anda pendek untuk mengelakkan kulit dari merekah. Untuk bayi, pemakaian sarung tangan boleh membantu untuk mencegah tabiat menggaru
4. Elakkan diri daripada memendam perasaan. Luahkan masalah anda
5. Galakkan anak anda untuk suarakan perasaan negatifnya atau berbincang
6. Bersenam dan amalkan gaya hidup sihat
7. Jangan dedahkan bayi atau anak-anak anda kepada pancaran matahari. Pakailah pakaian yang dapat melindungi anda daripada sinaran matahari dan gunalah ubat penyekat matahari
8. Vakum rumah anda kerap dan pastikan pengudaraan yang cukup untuk hindari hama
9. Sentiasa bersihkan cadar, karpet dan kain langsir

Boleh baca di sini dan di sini untuk info tentang eczema serta suplemen yang dapat membantu mengurangkannya. Bagi kanak-kanak yang berumur 1 tahun ke atas pula, disyorkan untuk mengambil Meal Shakes kerana ia membantu mengatasi eczema di kalangan kanak-kanak, selain mempunyai khasiat lain yang bagus untuk pembesaran.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey

Thursday, April 5, 2012

Menyambut Kelahiran Bayi Menurut Islam

Assalamualaikum...


Saya tahu ramai rakan bloggers yang sedang menunggu kelahiran anak kan.. Faham sangat lah perasaan tu .. lagi-lagi yang menunggu hari je tu.. Saya terjumpa satu artikel Pa&Ma ni. Menarik juga untuk dikongsi bersama...




Ihsan google
Sumber: pama


Keriangan sebagai ibu bapa apatah lagi beragama Islam ketika menerima kelahiran anak patut diiringi dengan ucapan kesyukuran kepada Yang Maha Kuasa.

Islam sebagai agama yang menggariskan panduan hidup yang sempurna patut dijadikan pedoman kepada semua penganutnya. Adab-adab menyambut kelahiran bayi seharusnya menjadi amalan kepada semua ibu bapa yang menerima kelahiran zuriat. Menurut Ustaz Abu Hasan Al Ash’ari Zakaria, Konsultan Umrah Akademi Mutawwif Trainning and Consultancy, terdapat beberapa panduan yang patut dilakukan oleh ibu bapa sebaik anak yang dikandung selamat lahir ke dunia.

Sebelum itu, Ustaz Abu Hasan yang juga berpengalaman sebagai penceramah di stesyen radio dan televisyen ini menyuruh pasangan suami isteri dan keluarganya mengamalkan bacaan doa Nabi Yunus, Surah Al-Anbiaq ayat 87 supaya mudah bersalin.

Antara adab-adab yang disunatkan dalam Islam adalah seperti berikut :
1. Melakukan sujud syukur sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Suami boleh lakukan di mana sahaja dia berada ketika itu. Ia elok dilakukan sebaik sahaja anak keluar daripada rahim ibu. Perbanyakkan bacaan zikrullah (tasbih, takbir dan tahmid).
2. Mengikut hadis sahih daripada Abu Daud dan Tarmizi, sunat untuk diazankan di telinga bayi sebab ia dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika cucu baginda, Hassan lahir. Imam Ibnu Qayyium memberitahu azan dilakukan supaya kalimat seruan tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang didengar oleh bayi.
Sementara Sheikh Muhammad Ali Qutub pula menyamakan seruan azan/iqamat seperti bacaan talqin. Kelahiran bayi bermaksud bayi berpindah dari alam rahim ke alam dunia, seruan azan mengingatkan bayi tentang tanggungjawabnya di dunia. Sebab itu bayi menangis ketika baru lahir ke dunia.
3. Memohon doa keselamatan untuk anak supaya dijauhkan daripada gangguan syaitan. Apa-apa sahaja doa yang diketahui oleh ibu bapa boleh dibacakan. Nabi Muhammad s.a.w juga melakukan amalan ini apabila cucundanya lahir. Amalan ini disebut dalam hadis sahih dari Bukhari. Ustaz Abu Hasan mengingatkan ibu bapa agar jangan sekali-kali melakukan amalan meletakkan gunting, paku dan sebagainya lagi di bawah bantal bayi bertujuan menghalau syaitan atau sebarang gangguan iblis. Ia boleh jatuh syirik kerana ia perbuatan yang khurafat.
4. Sunat memberi ucapan tahniah kepada ibu bapa yang baharu sahaja mendapat anak. Ia ada disebut dalam kitab Imam An-Nawawi. Tujuannya untuk menghulurkan rasa kegembiraan kepada seluruh ahli keluarga yang memperoleh cahaya mata baharu selain mengeratkan kemesraan dan ikatan silaturrahim di antara mereka. Disarankan mereka yang berkunjung melawat bayi turut menghulurkan buah tangan seperti hadiah, wang dan sebagainya kepada ibu bapa tersebut.
5. Tanam uri dengan segera kerana ia adalah benda kotor dan najis. Menurut Ustaz Abu Hasan, uri tersebut tidak perlu dibersihkan seperti dilakukan sesetengah masyarat yang membersihkan uri dengan garam dan asam gelugor. Sebaiknya bungkus terus dan segera ditanam. Elok ditanam di tanah yang keras dengan mencangkul dalam tanah untuk mengelakkan daripada dikorek dan dimakan binatang. Selain itu dia juga mengingatkan ibu bapa agar jangan percaya kepada amalan sesat yang menanam uri bersama objek lain kerana percaya memberi nasib yang baik kepada bayi. Amalan itu boleh merosakkan akidah.
6. Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak. Nabi menyuruh ibu bapa memberi nama anak pada hari ke-7 atau secepat yang boleh.
7. Sunat melakukkan tahnik atau belah mulut bayi baharu lahir. Tahnik ialah mengunyah buah kurma dan diletakkan sedikit rasanya di dalam mulut bayi. Tahnik bertujuan memohon kepada Allah SWT supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya daripada menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya”.
8. Sunat membuat aqiqah yang bermaksud penyembelihan binatang ternakan seperti kambing,lembu,kerbau atau unta dan lebih afdal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi. Hadis Abu Daud ada menyebut aqiqah dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT supaya mendekatkan anak kepada Allah. Daging sembelihan hendaklah disedekahkan kepada orang sekeliling supaya mereka tahu tentang kelahiran anak anda. Tetapi jika ibu bapa tidak mampu melakukan aqiqah tersebut dalam masa terdekat, ia boleh dilakukan sebelum aqil baligh si anak. Sunah Rasulullah menyuruh aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan.

9. Mencukur jambul atau rambut anak yang baharu lahir. Menggunting sedikit rambut bayi pada hari ke tujuh adalah sunat. Ini sebagai tanda permulaan kehidupan anak kecil sebagai manusia dan hamba di sisi Allah selain menggalakkan pertumbuhan rambut baharu yang lebih sihat. Selalunya majlis kenduri diadakan untuk menyambut kelahiran bayi. Sesiapa sahaja boleh menggunting rambut baik tetapi lebih baik jika dilakukan orang yang soleh dan keluarga terdekat. Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam, beras dan bunga semasa mencukur rambut anak tidak dibenarkan kerana amalan ini diambil daripada budaya Hindu.
10. Mengkhatankan anak. Hadis daripada Al-Baihaqi menyebut Rasulullah bukan hanya menyembelih kambing tetapi turut mengkhatankan bayi baharu lahir pada hari ketujuh. Berkhatan bagi lelaki bertujuan untuk kebersihan, mencegah penyakit dan seksual. Perkara ini menjadi sunat kepada kaum perempuan dan satu kewajiban bagi lelaki. Bagi perempuan tidak perlu sebab Imam Syaukawi sebut tidak ada dalil yang sahih tentang wajib berkhatan bagi perempuan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Semoga anak yang bakal dilahirkan bakal menjadi anak yang soleh/solehah dan semoga kita dapat menjadi ibu/ayah mithali dan memberi contoh yang baik kepada anak-anak... aminn!

Wednesday, April 4, 2012

Cara mengurangkan lemak tepu dalam badan


Assalamualaikum...
Walaupun badan anda memang memerlukan lemak di dalam badan untuk berfungsi dengan baik, anda seharusnya mengelakkan dari pengambilan lemak tepu yang banyak. Lemak tepu berpunca dari makanan seperti lemak pada daging, mentega, susu, keju, dan pelbagai lagi jenis makanan yang lain.
Walaupun sesetengah lemak tepu itu boleh dimakan, tetapi terlalu banyak lemak tepu boleh meningkatkan kadar kolesterol yang mana akan menyebabkan saluran darah tersumbat, strok, dan serangan jantung.

Fast food antara makanan yang tinggi kandungan lemak tepu!

Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan pengambilan lemak tepu ke dalam badan dan seterusnya membantu meningkatkan kesihatan anda dengan lebih baik untuk jangkamasa yang panjang.
  1. Kurangkan makan daging merah. Daging terutamanya bahagian berlemak seperti tulang rusuk dan bacon mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi. Gantikan daging, bacon dan sosej dengan ayam tanpa lemak. Berhati-hati dengan bahagian ayam yang anda makan. Daging ayam seperti di bahagian peha dan kepak adalah lebih banyak kandungan lemak berbanding dengan daging putih di bahagian dada ayam.
  2. Gunakan lebih banyak minyak zaitun di dalam masakan. Minyak zaitun mengandungi lemak tak tepu – polyunsaturated and monounsaturated; yang mana boleh membantu menurunkan kadar kolesterol serta boleh menggantikan lemak tepu dalam masakan anda.
  3. Ketahui berapa jumlah lemak yang anda perlukan setiap hari. Bagi mereka yang mengamalkan 2000 kalori diet, wanita tidak boleh mengambil melebihi 18 gram lemak tepu manakala bagi lelaki tidak boleh melebihi 20 gram lemak tepu. Anda digalakkan makan separuh dada ayam tanpa kulit yang hanya menyumbang 2 gram lemak tepu ke dalam tubuh badan anda.
  4. Belajar mengira jumlah pengambilan harian lemak unik bagi anda melalui eBook diet Kevin Zahri
  5. Elakkan makanan beku. Kebanyakan makanan yang dibekukan ini mengandungi kandungan lemak tepu yang sangat tinggi.
  6. Panggang daging yang anda ingin makan. Jika anda menggoreng sepotong daging, daging itu akan digoreng dengan lemaknya sendiri. Daging tersebut akan menyerap semula lemak dan minyak yang digunakan untuk menggoreng. Sebaliknya, apabila anda memanggang daging, lemak pada daging tersebut akan mengalir keluar dan tidak akan diserap semula.
  7. Tambahkan suplemen Omega-3 ke dalam diet harian anda. Omega-3 adalah sejenis asid lemak yang baik untuk tubuh badan anda yang membantu ‘melawan’ lemak tepu dan kolesterol yang ‘jahat’. Selain itu, Omega-3 ini juga membantu mengawal keradangan di dalam badan, menguatkan jantung, membantu penglihatan yang baik, serta boleh meningkatkan mood anda. Omega-3 ini boleh didapatkan dari sumber beberapa jenis ikan seperti salmon, ikan kembung, tuna, dan sardin. Anda juga boleh membeli kapsul supplemen Omega-3 di pelbagai farmasi dan klinik.
  8. Kurangkan pengambilan harian produk tenusu. Keju mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi, sama seperti susu lemak penuh. Apabila anda ingin menggunakan keju dalam makanan, pilih keju yang berasaskan susu rendah lemak. Kepada penggemar air susu pula, cuba beralih kepada susu tepung dari susu lemak penuh.
Sumber: iluvislam


Ya, tambahkan suplemen Omega-3 ke dalam diet harian anda untuk 'melawan' lemak tepu dan kolestrol jahat dalam badan. Mengapa anda perlu pilih Omegaguard Shaklee??

Kerana..

OmegaGuard membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Penyelidikan menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal.*

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.* 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...