Followers

Tuesday, December 11, 2012

Pengalaman Mengandung Kali Ini dan Suplemen yang Saya Amalkan

Alhamdulillah..


Kawan-kawan terdekat ramai yang dah tahu. Syukur, kini saya mengandung anak ke empat. :) Sekarang dah 5 bulan, tapi besar perutnya kalah orang ngandung 7 bulan. Haha.. yelah, maybe tak sama pregnant anak ke-4 dan anak pertama. Saya masa pregnantkan anak ke-2... dah 4 bulan pun tak sedar diri tgh pregnant. Bila scan tengok-tengok dah lengkap tangan kaki semua. Alhamdulillah.. Well, setiap pregnancy pasti berbeza pengalamannya.

Pregnancy kali ni yang agak berbeza daripada yang sebelum-sebelum ni saya perasan mabuk agak teruk dan agak lama. Saya ni bukan kategori 'morning' sickness. Biasa saya akan mula rasa loya dari petang membawa ke malam. Alahan kali ni rasa teruk sikit daripada sebelum ni.. rasanya suami saya pun perasan. Agaknya dalam hati dia mesti terdetik ehh wife aku ni betul ke saje ngada2? huhu.. Sebab malam kol 9 dah mengantuk n tak larat. Tak larat sebab menahan rasa mual. So nak tahan rasa mual tu saya masuk tidur awal. huhu.. Selain tu, yang paling obvious saya perasan, rasa lapar yang tersangat cepat!! Contohnya malam dah makan kol 8, kol 9 dah lapau balik. Lapar yang kalau tak makan sakit menyucuk2! adoi. Sabar..sabar..

Namun semua tu alhamdulillah beransur pulih bila kandungan mencecah 5 bulan.. Rasa lapar yang melampau2 dah boleh diatasi. Mabuk-mabuk pun semakin kurang dirasai.. Alhamdulillah.. Rasanya punca perut saya agak besar berbanding sebelum ni mungkin sebab kelaparan melampau yang dirasai masa trimester pertama tu.. Sekarang kena start control makan.

Sebab berdasarkan pengalaman saya sendiri, waktu mengandunglah kita kena jaga makan. Bukan boleh belasah makan semua yang kita teringin nak makan. Satu, sebab bayi dalam kandungan saya cenderung utk membesar dgn jayanya kalau saya tak control makan, dan selain tu boleh mengundang pelbagai penyakit seperti kencing manis, dan sebagainya.

Anak pertama saya dilahirkan dengan berat 3.7kg (makan tak ingat dunia.. boleh bertambah sampai 3x sekali makan), anak kedua berat 3.1kg (berkat control makan; malam tak makan nasi, makan roti sahaja dan  tgh hari makan nasi pun minta nasi separuh shj), anak ketiga berat 3.3kg (makan sedang-sedang.. tak control sangat n tak melahap sangat. hehe)

Kalau nak tahu, kat Jepun mereka sangat strict monitor kenaikan berat ibu sewaktu mengandung. Kalau naik lebih sikit je dah bising pot pet pot pet .. sebab makan berlebihan itu sebenarnya boleh mengundang macam-macam penyakit. Kita tak perlu risau baby tak cukup zat sebab bila makan banyak tu bukan semestinya cukup zat pun dalam pemakanan kita. Terlebih lemak dan minyak ada lah. Lagi-lagi makanan kat Malaysia ni.. Kebanyakannya bergoreng dan berlemak. Yang penting kita kena make sure zat cukup, makan makanan berkhasiat, lebihkan makan sayur dan buah-buahan, minum air masak lebih.. dan sebagainya.

Saya sendiri kali ini mengamalkan set mengandung Shaklee yang terdiri daripada B complex, Vitamin C, Vitalea, Ostematrix, ESP & Omegaguard (masuk bulan ke-4)

Actually bila dah makan set pregnancy ni, tak perlu lagi makan vitamin yang dibekalkan oleh klinik. Malah doktor saya sendiri OK je bila saya maklumkan yang saya mkn vitamin Shaklee untuk pregnancy kali ni..(Dia kata dulu dia pun join Shaklee. hehe)

Dalam set pregnancy ini, ia telah lengkap dengan asid folic, zat besi serta kalsium magnesium (ini yang biasa dibekalkan oleh klinik untuk elakkan masalah semasa mengandung), selain multivitamin dll.

Apakah kepentingan asid folik sewaktu mengandung?

Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida) Kajian telah menunjukkan bahwa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik semasa hamil.
Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus sahaja ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada neural tube defect (NTD):

  • Keluarga yang pernah mengalami NTD
  • Pernah hamil anak yang mengalami NTD
  • Mengambil ubat sawan
  • Kencing manis

Sumber: AlamHamil

Sungguhpun asid folic terdapat dalam banyak sayuran, tapi ia mudah rosak akibat proses memasak. Sebab itu biasanya doktor akan prescribe suplemen asid folik.

Zat besi pula sangat penting untuk mengatasi masalah low hb. Low hb bermaksud anda berisiko menghidapi anemia.

Apa pula kesan anemia sewaktu mengandung?

Anemia bermaksud kekurangan sel darah merah dan merupakan keadaan yang amat kerap berlaku di kalangan wanita hamil. Sebab utama anemia ialah kekurangan zat besi. Amat penting untuk anda mengetahui samada anda mengalami anaemia atau tidak setelah anda disahkan hamil.

Anemia selalunya tidak akan mempengaruhi tumbesaran bayi kerana bayi sentiasa mendapat bekalan zat besi yang cukup untuknya membesar tetapi sekiranya keadaan anaemia ini terlalu teruk bayi anda juga mungkin akan mengalami anemia selepas lahir.

Bagaimana untuk mengetahui yang saya menghidap Anaemia?

Ujian darah yang ringkas akan menentukan samada anda mengalami anaemia atau tidak. Sekiranya anda cuma mengalami anaemia yang ringan, anda tidak akan menunjukan sebarang simtom. Tetapi sekiranya ia dalam tahap yang teruk anda mungkin akan merasa:
  • cepat Letih
  • rasa tidak bermaya
  • pucat
  • berdebar-debar
  • sukar bernafas
  • pengsan

Risiko Untuk Mendapat Anaemia

Sesetengah wanita mempunyai lebih risiko untuk mendapat anemia. Ia kerap berlaku kepada:
  • Mereka yang mengalami masalah kurang zat makanan
  • Mereka yang mengandung kembar
  • Mereka yang mempunyai anak yang terlalu rapat
  • Merka yang sering muntah danmempunyai masalah penghadaman
 Berapa banyak Zat Besi yang saya perlu makan?
Anda memerlukan sekurang kurangnya 15 mg zat besi sebelum hamil. Tetapi semasa hamil anda memerlukan dua kali ganda dos yang disarankan. Tapi hati-hati kerana ia boleh menybabkan sembelit dan muntah-muntah pada sesetengah orang. Sekiranya anda alah dengan zat besi, cubalah memakan makanan yang mempunyai zat besi yang tinggi seperti:
  • Daging tanpa lemak (tapi hindarkan memakan hati kerana ia mengandungi vitamin A yang terlalu tinggi)
  • Sayuran hijau seperti bayam, kangkung atau brokol

Sumber: AlamHamil

Alhamdulillah, ramai ibu-ibu yang berjaya mengatasi masalah anemia atau low hb dengan pengambilan vitalea Shaklee.


Testimoni lain bagi set pregnancy boleh baca di sini.

Selain itu, boleh baca kebaikan Ostematrix di sini. Ini pula testimoni ESP semasa mengandung:




Anda pasti teruja seperti saya!!

Jika berminat untuk memberikan yang terbaik buat kandungan anda, boleh hubungi saya. Konsultasi percuma diberikan dengan setiap belian ;)

p/s: Sebenarnya banyak lagi yang saya nak share pasal pregnancy ni.. tips-tips seperti apa yg perlu elak utk elakkan baby terlalu besar.. masalah keputihan, bla bla.. tapi takpe lah.. kita story satu-satu la yer.

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Boleh hubungi saya melalui:


sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...