Followers

Monday, December 31, 2012

Kaki Sembab @ Bengkak (Water Retention) Semasa Hamil


Assalamualaikum,

Antara masalah yang sering dihadapi oleh ibu mengandung adalah sembab atau bengkak pada kaki (mungkin juga pada tangan, muka, dll). Masalah ini boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada si ibu kerana menghadapi kesukaran utk berjalan, solat, dsb.

Semasa hamil, badan menghasilkan kira-kira 50% lebih darah dan cecair badan sebagai persediaan  menampung bayi yang sedang membesar. Bengkak atau sembab yang disebabkan oleh darah dan cecair tambahan ini adalah normal semasa hamil. Kesembapan normal, yang juga dikenali sebagai edema, boleh berlaku pada bahagian tangan, muka, kaki dan pergelangan kaki.



Namun, ibu perlu waspada jika kesembapan berlaku dengan tiba-tiba kerana ia mungkin petanda awal praeklampsia. Rujuk kpd doktor anda segera jika ini berlaku.

Tips Hindari Sembab (water retention @ swollen feet, ankle, face) semasa Hamil
  • Minum air masak sebanyak 2-3 L sehari. Toksin dapat disingkirkan daripada badan dengan baik apabila kita minum air masak secukupnya. Apabila badan tidak mendapat cecair secukupnya, ia akan berada dalam ‘survival mode’ di mana badan ‘menyimpan air’ dan berlakulah sembab kaki, tangan dsb. Cuba cek, adakah kita sekadar minum 2-3 gelas air masak sehari? Cara mudah untuk tahu sama ada badan mendapat air yg cukup ialah melalui warna urin. Ia sepatutnya jernih, bukan keruh.
  • Lakukan senaman ringan. Senaman membantu peredaran darah dan cecair yang lebih baik dalam badan seterusnya menghindari daripada berlakunya sembab kaki, dsb.  Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki atau berbasikal.
  • Jangan berdiri terlalu lama. Apabila berdiri terlalu lama, cecair akan terkumpul pada kaki yang mengakibatkan sembab.  Banyakkan berjalan atau bergerak.
  • Tinggikan sedikit kedudukan kaki sewaktu berehat atau tidur. Alas kaki dengan bantal supaya kaki berada pada aras yang sama atau lebih tinggi daripada jantung.
  • Pakailah kasut yang selesa dan tidak terlalu ketat. Jauhi heels!
  • Amalan pemakanan:
    • Hindari @ kurangkan:
      • Minuman berkafein dan alkohol
      • Makanan yang tinggi sodium.  Antara makanan yang tinggi kandungan sodium selain garam ialah makan yang diproses (processed food), makanan segera (instant or fast food) – fries, burger, dll.
      • Karbohidrat
    •  Lebihkan dalam menu harian:
      • Makanan yang tinggi potassium – contohnya pisang, lobak meah, kurma, buah oren, tembikai, prune, kismis, bayam, kacang peas, badam, susu dan yogurt.
      • Makanan berserat tinggi seperti roti high fiber.
      • Sayur-sayuran mentah seperti ulaman.
      • Protein, menggantikan karbohidrat.
      • Makanan tinggi magnesium dan vitamin B – sayuran berdaun gelap, oatmeal, asparagus dan kacang soya.
  •  Selain itu, pengambilan suplemen kalsium magnesium turut membantu mengatasi masalah sembab air

“Taking certain vitamin supplements also can help relieve your edema. Calcium helps with the fluid exchange in your body, and can help promote the excretion of fluid from your tissues.”

"Magnesium is a vitamin supplement that shows promise at reducing edema. "

Ostematrix Shaklee adalah suplemen kalsium magnesium yang turut dilengkapi dengan vitamin D serta mineral lain yang baik utk kesihatan, apatah lagi untuk ibu mengandung.

Apa kata ibu yang mengamalkan ostematrix sepanjang kehamilan?


"cuaknya... tersedar awal pagi tangan kanan bengkak... cincin tersekat... mmg bengkak jari jemari tak boleh nak genggam... telan ostematrix 4 biji... alhamdulillah... bengkak surut dan bleh kuarkan cincin... takut terjadi lagi... saya perasan kalau mkn oste mmg bengkak kaki pun hilang... orang kata kalau kaki bengkak mmg dah dekat2 nak bersalin dah tu... tapi klu mkn oste mmg dapat elakkan segala bengkak kaki dan kebas2... thanx oste :)"

~ Puan Fauziah


Sebenarnya ada banyak lagi khasiat Ostematrix Shaklee ni selain mengatasi masalah bengkak kaki. Boleh baca di sini khasiat Ostematrix ;)

Sumber:

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Boleh hubungi saya melalui:


sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...