Followers

Thursday, December 6, 2012

Entry Santai: One Day Trip ke Cameron Highland

Salam Petang Khamis...

Petang-petang ni kita story santai-santai je la ek.. Ni ada gambar-gambar lama dalam simpanan. Saje la bawak budak-budak gi jalan Cameron Highland on the way balik dari Kelantan Raya Haji lepas. Sebab gerak awal pagi, jalan pun clear tak banyak kereta, cuaca pun baik.. Last minute decide untuk singgah Cameron Highland. Saje la mak yong mengidam nak petik strawberry. Bukan nak makan je ye.. nak petik sendiri. huhu.. 

Boleh tahan jugak 'upah diri sendiri' untuk petik strawberry ni. Tapi, demi pengalaman untuk anak-anak, tak pe lah.. Pejam sebelah mata je lah. Kalau berkira sangat, memang tak merasa nak 'picking' kat Malaysia ni. Kalau kat oversea memang murahhh n boleh makan sebanyak mana yang kita nak kat farm tu. Eat all you can.. Kalau nak bawak balik, timbang n bayar. Tapi memang murah lah :)

Tokey Raju's Strawberry Farm kata setiap kali dia allow pelancong untuk petik strawberry, mesti lepas tu pokok-pokok strawberry dia mati. Itulah risiko yang dia kena tanggung. Sebab pokok strawberry ni sangat sensitif. Kita datang bawak kuman dan macam-macam lagi kat baju kita. Sebab tu lah dia caj mahal kot. Nak beli pokok baru ganti pokok yang rosak. hehe.. 

Nak tau rate dia berapa untuk picking ni? Well.. dia kira ikut kepala. Kitorang berenam haritu. So dia kira RM60 utk sekilo strawberry. Kalau lebih, bayar lebih la. kalau kurang bayar RM60 juga...:p

Okey lah. layan gambar je la ek... 


Posing jap depan pintu masuk. Masing-masing sibuk kulum lolipop.


Hewhew.. ada gaya Datuk Bandar rasmikan ladang stroberi tak?? :p



Abang Ngah tak nak lepaskan peluang petik stroberi sendiri.


Fikry ibu bagi posing je. Bahaya pegang gunting!


Last but not least... My heroes :)

Alhamdulillah, overall memang puas hati lah dengan hasil picking pada hari tu. Buah-buahnya besar dan manis. Actually ni tempat kedua kitorang singgah. Farm pertama kena reject. Dahlah strawberrynya masam, servis pun k.o..Tu yang sanggup cari jugak Raju's Farm ni. Sebab kitorang tak pernah miss singgah sini kalau pergi Cameron Highland. Cuma sebelum ni asyik tak berpeluang untuk 'picking'. Alhamdulillah, kali ni memang rezeki kami. Sebab cun elok je time tu memang musim & cuaca cantik untuk strawberry membesar dengan jayanya. Dan kebetulan bukan cuti sekolah atau public holiday, that's why tokey dia open untuk 'picking'. Kalau tak, beli je lah yang dah tersedia kat kaunter dia tu. hehe...

Syukran Ya Allah for such great experience. Moga dimurahkan lagi rezeki kami supaya dapat bawak anak-anak jalan keliling dunia lagi lepas ni. Aminn..

p/s: Sekarang tengah promosi Shaklee Collagen Powder tau! Jangan lepaskan HARGA RUNTUH ini! Hingga 31 Disember 2012 sahaja!! Memang berbaloi-baloi sangat!! Boleh contact saya untuk info lanjut k ;)

Boleh hubungi saya melalui:

♥ pm: Aini Hayati Luey
♥ ID Shaklee: 852412
♥ sms/whatsApp: 012-289 7359
♥ emel: ainihayati[at]gmail.com




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...