Followers

Tuesday, November 27, 2012

Vitamin C Organic?? Wujudkah? Atau ia Samaran Semata-mata??

Assalamualaikum!

Galak betul orang mempromosikan Vitamin C Organik sekarang ya. Sana-sini vitamin C organik. =)
Harga boleh tahan jugak, ada yang jual 30biji = RM40, yang jual RM50 pun ada! Bukan mahal pun kan... Tak sampai RM100 pun. Murahlah kalau nak dibandingkan dengan mengambil suntikan vitamin C. Haha..

Tapi, tidakkah anda rasa tertipu kalau saya kata anda boleh dapatkan 'Vitamin C' yang exactly sama pada harga tak sampai 50sen sebiji?!! Mengapa saya berani katakan ia adalah produk yang sama dijual pada harga berlipat kali ganda lebih mahal?? Jom kita cek NO KKM Vitamin C Organik tersebut!


No KKM Vitamin C Organik

Jom kita cek no KKM ni di laman sesawang Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di bawah kementerian kesihatan Malaysia:



Nampak jelas kan yang no KKM tersebut adalah kepunyaan Sustained Release Vita-C 500mg Shaklee?

Hmm... dah la tipu pengguna dengan rebranding produk, letak harga berlipat ganda lebih mahal... lebih tak patut, membuat testimoni palsu!

Gambar di bawah ni saya jumpa di salah satu website penjual vitamin c organik. Kononnya pengguna mendapat kulit yang bersih dan bebas jerawat hasil penggunaan Vitamin C Organik. Tapi jangan tertipu ya.. 



Sebenarnya ia adalah customer kawan saya Zeti Hafiza di mana customer beliau telah mengambil Set Kecantikan Euphoria bersama Alfalfa untuk mengatasi masalah kulitnya!




Saya harap dengan ini para pengguna tidak terus tertipu lagi. Memanglah vitamin C organik tu bukan produk cikai-cikai. Ia memang produk berkualiti yang telah menjalani pelbagai ujian klinikal serta terbukti mempunyai banyak khasiat pada kita. Namun, kalau saya.. Saya takkan serahkan duit saya kepada penipu.

Mungkin bukan semua vitamin c organik ni adalah Sustained Released Vita-C 500mg Shaklee.. Mungkin ada yang gunakan vitamin brand lain untuk dibrand semula sebagai vitamin c organik. Macam mana pun, jadilah pengguna yang bijak ya ;)

Untuk makluman juga, Shaklee Sustained Release Vita-C 500mg bukanlah vitamin c ORGANIK ya. Ia adalah vitamin SEMULAJADI. Haa.. apa beza ORGANIK dengan SEMULAJADI??

Mari saya jelaskan...


Vitamin Organik
  • Nutrien yang khusus dipencilkan dari satu sumber semulajadi, biasanya menggunakan haba, tekanan yang tinggi atau pelarut kimia yang kuat
  • Ia tidak sama dengan vitamin semulajadi disebabkan proses yang dilaluinya
  • Semasa pemprosesan, ia melibatkan haba yang berlebihan dan biasanya menggunakan produk petroleum yang menyebabkan kehilangan nutrien.
  • Ko-faktor yang ada pada nutrien lesap atau rosak tanpa diganti 
Vitamin Semulajadi
  • Dihasilkan dengan pemprosesan yang seminima mungkin & kepekatan nutrien adalah dalam keseimbangan yang menghampiri kepada keadaan ia ditemui dalam alam semulajadi
  • Kos menghasilkannya lebih tinggi
  • Kebanyakkan syarikat tidak menjual vitamin atau mineral semulajadi. Shaklee satu-satunya yang berbuat demikian (Rujuk: A Consumer Report by Editors Of Research Institute For Preventive Health Care) 
Mengapa Perlu Semulajadi? 
  • Enzim tidak alami perubahan melampau dalam pemprosesan oleh haba yang tinggi dan pelarut kimia yang kuat
  • Tidak menggunakan Pengisi dan Pengikat yang keras yang menghalang penyerapan nutrien
  • penyediaan bahan mentah dari sumber semulajadi yang berkualiti
  • imbangan semulajadi dikekalkan sebaik mungkin
  • semulajadi adalah bio-kedapatan dan disimpan dalam tisu badan lebih lama berbanding sintetik
  • semulajadi lebih mudah ditukarkan oleh badan bagi menjalankan kepelbagaian fungsinya.

Kredit: SuperDuperMak

Oleh itu, dapatkan Sustained Release Vita-C 500mg Shaklee yang original daripada distributor Shaklee yang sah sahaja. Walaupun vita-C Shaklee dah out-of-stock buat masa ni, saya menerima pre-order dan vita-C ini dijangka berada di pasaran dalam bulan Disember nanti.

* Lebih info tentang vitamin C di sini ya.

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Boleh hubungi saya melalui:


sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...