Followers

Wednesday, October 17, 2012

Tips Mendidik Anak untuk Bebas Lampin

Assalamualaikum...


Usaha melatih si kecil untuk diaperless dah mengambil masa hampir sebulan rasa-rasa saya. Tapi tu lah, usaha tak seberapa...hasilnya pun tak seberapalah.  Maklumlah, bukan saya yang mengadap dia hari-hari kat rumah tu (eceh alasan!). Belah pagi je tak dipakaikan lampin. Belah petang dah berlampin. Aiii macam ni bila mau grad da... Antara kesilapan yang saya perhatikan (berdasarkan pengalaman mengajar abang-abangnya diaperless):

1) Sekejap pakai, sekejap tak pakai (seperti yang diceritakan di atas).
2) Kurang kesabaran - bila si kecil terbabas je, mula pakaikan lampin balik.
3) Kurang mengajak si kecil ke bilik air untuk buang air. Kalau boleh bawak ke bilik air setengah jam sekali. Biarkan dia main air lama sikit.. insyaAllah pasti berhasil..

Ini yang saya dapat kenalpasti lah berdasarkan sembang-sembang dengan bibiknya. Huhu.. Mungkin kerana dia pun kurang pengalaman mengajar budak bebas lampin sebelum ni..

Macam mana pun ini beberapa tips yang saya perolehi untuk perkongsian bersama:


  1. Bilakah masa yang sesuai untuk bermula? Ketika si manja anda sudah mula memahami serta mampu berkomunikasi dengan persekitarannya. - Dalam umur 2-3 tahun
  2. Jangan memaksa kerana si kecil mungkin akan menunjukkan reaksi protes atau memberontak.
  3. Gunakan pendekatan psikologi - contohnya puji si kecil bila dia berjaya membuang air di bilik air.
  4. Perlu bijak memahami tanda-tanda atau isyarat yang diberikan oleh si anak itu. - Agak-agak tengok dia kaku semacam ke, dah mencangkung ke.. angkatlah terus ke toilet. hehe.
  5. Ibu bapa juga perlu membuatkan si manjanya memahami akan keperluan menggunakan tandas. Jadikan isu tandas ini sebagai salah satu ‘isu’ besar dalam diri mereka.  - Sentiasa bertanya perlu ke toilet ke? - setiap 10 minit (contoh)
  6. Janganlah terlalu mengharapkan satu perubahan yang drastik. Perubahan ini memerlukan masa serta latihan - Betul. ada yang ambil masa tak sampai seminggu, ada yang berbulan-bulan. Yang penting kena banyak bersabar!
  7. Jangan cepat berputus asa dengan memakainya lampin pakai buang semula. - Seronok la budak tu. hehe
  8. Tanya kepada diri sendiri mengapa usaha anda selalu menemui kegagalan? Jawapan mudah sahaja! Stok lampin masih ada di dalam rumah anda. Ramai ibu bapa merasakan mereka perlu mempunyai ‘lampin kecemasan’ di rumah. - Haha.. ini memang susah nak dielakkan. 
  9. Jangan sesekali mengelirukan anak anda dengan memakaikannya lampin pakai buang hanya pada waktu malam atau untuk bersiar-siar.
  10. Elak daripada menggunakan ‘training pants’ untuk melatih anak anda ke tandas. Ia boleh mengundang lebih banyak kekeliruan kepada anak anda sekali gus mendorong si manja untuk terus menggunakan lampin. 
  11. Lakukan latihan tandas ini bersama-sama dengan pujian dan galakan daripada anda. 
Sumber: Pa & Ma

Note: Pagi tadi dah ingatkan bibik jangan pakaikan diapers sampai petang. Biasalah kalau terbocor tu.. saya pesan kat dia. Malam tadi saya saje tanggalkan diapers dia.. memang penuh diapers dia, baru kencing kot. Bawak gi bilik air.. bagi main air.. dok buat bunyi shhhh..shhh.. tak jadi jugak. Last-last bukak baju, ha main air puas-puas bagi sejuk.. shi shi juga akhirnya. Lepas tu tak sampai setengah jam selamat terbocor kat dapur. Dah lencun baru nak cakap "Ichi  (Fikry) cingg" huhu...

So.. All da best mommies! Yang pasti diaperless dapat menjimatkan banyaaaakk duit anda ;)

7 comments:

Saleha said...

anak saya mcm rimas dah nak pakai pampers tp tak pandai nak cakap nak kencing.. bila suruh cakap dia angguk tp sebenarnya dia tak faham kot apa yg kita cakap.

EnaMokhtar said...

Bagus la tips ni..memang tengah bercadang untuk train Hana ke toilet sebab dia pun sekarang ni kalau nak kencing mesti ckp ibu nak cingg....ibu nak uuuk..uukk...haha..means dia dah faham la kot..tp tula nak start tu kena ada kekuatan dan kesabaran maha tinggi..haha mohon share tips ni yeee..:)

Kakzakie said...

Cuba cara kakak pulak. Mula perhatikan biasa selepas minum susu/air berapa lama dia akan buang air. Hari pertama/kedua mesti dah boleh tangkap so ikut rutin tiap kali berapa lama dia buang iar bawa ke toilet.

Malam pulak sebelum tidur kencingkan dulu, setiap 2 jam bangun walau tak nak kencing cuba pancur sikit air kat kuntum (lelaki) atau bunga (Perempuan) dia mesti kencing punya. Tidur pun tak apa dukung juga. Ini cara kakak dulu alhamdulillah anak kakak 2 tahun lebih sikit dah tak pakai tau...(tapi anak kakak semua perempuan).

ibuhebat said...

Hehe.. boleh try dah kot :)
p/s: sy dah off word verification. tak perasan pulak on benda alah tu kat sini. ;)

ibuhebat said...

Silakan share ena. memang kesabaran yg tinggi! hehe.. ada anak cepat grad, ada yang amik masa.. all da best! ;)

ibuhebat said...

Thanks kak! Bagus tips akak ni :) nanti saya bgtau bibik saya. hehe.. yelah.. kalau dah 2-3 kali terbabas mesti dah boleh agak pattern dia mcm mana kan ;)

Ibu Lala said...

hye..follow u yeah...jom singgah blog saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...