Followers

Thursday, October 18, 2012

Enam (6) Sebab Untungnya Wanita Mempunyai Rahim

Oh so sweet this loving couple :) -credit to google


1. Dia bekerja dengan Allah untuk jadi ‘kilang’manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya.

2. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang. Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

3. Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.

4. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami : Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala tambahan yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala tambahan ini.

6. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung di tambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.


Kredit : Wondermum & blog ni.


3 comments:

Kakzakie said...

Wanita/isteri/ibu dan seumpamanya kenalah jaga peribadi dan keimanan sebab silap perilaku kita membuat lelaki yg kita sayangi menanggung dosanya...

ibuhebat said...

Betul2.. orang kata pompuan senang masuk syurga.. asalkan cukup yg asas (solat 5 waktu, puasa, tutup aurat, dll) dan pandai jaga kebajikan suami (isteri solehah) confirm masuk syurga. Tapi orang perempuanlah yang nabi tengok ramai dalam neraka. huhu..

Riana said...

bukan mudah tapi kena cuba yg terbaik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...