Followers

Monday, July 16, 2012

Pengalaman Outstation pada Umur si Kecil 2 tahun 3 bulan

Assalamualaikum...

Minggu lepas saya diberi peluang untuk menjadi tenaga pengajar untuk sistem yang saya handle. Alhamdulillah, sampailah saya di Perlis. Letak gambar ni kat FB.. ramai yang teka saya di Alor Setar. Sebenarnya di Kangar. Hehe.. Tak taulah, maybe kat Alor Setar pun ada landmark ni. ;)

Iklan jap: Baju ni saya beli kat www.deenasyahida.com

Jalan-jalan di petang hari selepas check-in. Perut lapor minta diisi. Mujur ada shop lot berdekatan hotel. Dapatlah beli jajan buat alas perut sementara tunggu dinner...

Dinner pula, kononnya urusetia & the gang nak bawak keluar makan. Tunggu punya tunggu dah pukul 8 lebih perut dah lapar balik... Urusetia pula senyap je. So saya dan rakan seperjuangan decide untuk cari makan sendiri. 

Jadi, lepas inform urusetia kami pun menapaklah ke gerai-gerai makan berdekatan.. 
Dalam kepala dok imagine seafood segar-segar & besar-besar. Haha...

Sekali, hamek kau...


Ini udang goreng tepung ke udang kering ??!! Hahaha... Comel sesangat udangnya!! Tomyam pun tak rasa macam tomyam. Takpelah.. nasib baik harga pun tak mahal. Sesuailah dengan kualiti makanannya.. 

Balik ke bilik hotel.. Menelaah serba-sikit. Almaklumlah.. first time kena mengajar sistem yang saya jaga ni. Sebelum ni dok belakang tabir je..

Yo-yo je kan. hehe..

Inilah bekalan Shaklee saya sepanjang di perantauan.


Malam sebelum tidur cuma telan vitamin E sebiji dan ostematrix 4 biji. Persediaan untuk esok -perlu dapatkan rehat yang secukupnya. Esoknya lepas breakfast telan b complex supaya tak over gemuruh hehe..

Kiranya inilah first time saya tinggalkan si kecil saya semalaman. Sebelum ni seingat saya tak pernah lagi tinggalkan dia overnight. Pernah la kena pergi kursus tapi angkut semua sekali sebab kursus sampai 5 hari. Waktu abang-abangnya dulu kerap juga kena outstation.. Rezeki anak ketiga ni tak perlu nak kerja luar sangat. Sekarang dia dah besar, dah tak kisah dengan susu ibunya sangat. Siang memang susu formula. Cuma malam la.. bibik cerita Fikry bangun jam 3 pagi ketuk pintu minta susu. Bibik suruh amik botol susu dalam bilik, tak mo gi amik.. So bagi minum air kosong pastu masuk buai, tidur sampai pagi. :) 
Haii.. anak ibu. 
Ibu balik rumah balas dendam.. ngempeng sampai puas. haha.. sabor je lah...

Sekian, laporan daripada saya. ;p

6 comments:

Qhaifa Nur said...

jauhnya jalan, best....
udang goreng tepung, jarang jumpa sedap ni......

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

oh ank nyusu badan lagi ye.. tahniah

Syahida said...

alahai siannya jenjalan ke kangar tapi x jumpa tmpat makan best2..akak balik arau every year time raya, wajib round perlis jalan2 cari makan hehe

plg best, laksa perlis & pulut cendol. hmmm, terliur dah ni.. hehe

ibuhebat said...

Grrr.. Geram.. Tapi lawak pun ada! Pastu konon p langkawi nk pekena laksa kat dpn kedai hj ismail tu.. Sekali dok langkawi pun ngam2 2 jam.. Sempat rembat coklat jer..x pandang dah kiri kanan ;p

Faralyana said...

hikhik...fikry tue manja nye diaa eh..;0

Nurul Husna Mohd Hassan said...

shaklee tak tinggal :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...