Followers

Tuesday, June 5, 2012

Euphoria-ku sayang...

Assalamualaikum...

Saya ni jenis yang kadangkala terlalu fokus. (Time kena buat kerja tak boleh pulak nak fokus. ;p) Hmm.. fokus di sini maksudnya, once saya dah menceburkan diri dalam sesuatu perkara, saya tak tengok dah benda lain. Tak boleh variety. Saya bagi contoh...

  • Masa study dulu, kalau buat rujukan, saya suka refer satu buku je. Tak reti nak banyak2.. 
  • Kalau berkawan, saya susah nak rapat. Kalau rapat pun, 1-2 orang je dan dengan orang tu je lah saya akan melekat. hehe..
  • Kalau kasut pun macam tu.. Tak reti nak ada sampai 2-3 pasang kasut/ sandal. Kalau dah selesa yang tu, yang itu lah saya pakai utk ke pejabat, berjalan2 dan ke mana2 pun..

Semenjak setahun lebih yang lalu, saya telah terjebak dengan bisnes Shaklee. Dan perhatian saya, masa saya, hati saya, segalanya tertumpu pada bisnes Shaklee saya semenjak itu. Bukan tak ada MLM lain yg saya join. Ada lah beberapa MLM yang saya dipaksa-rela untuk jadi member. hehe.. Tapi Shaklee - tiada siapa yang paksa saya. Saya sendiri yang menawarkan diri, menjadi ahli seumur hidup. Alhamdulillah, no regret at all!

Kumpulan saya dalam Shaklee namanya Euphoria. Istimewanya group kami ini, ia terdiri daripada kaum hawa, sama ada single, married, ibu menyusu, ibu mengandung.. semua ada. Alhamdulillah, ukhuwah di kalangan kami terjalin hanya melalui internet. Kami berkomunikasi melalui FB. Sebarang 'update' disampaikan melalui FB. Kami bergurau-senda di FB. Dan sesekali bertemu dalam seminar atau workshop yang dianjurkan oleh 'pengetua' kami. Paling tidak, dalam setahun 2-3 kali seminar diadakan. Sama ada di KL, utara, malah juga di Borneo. Setiap kali lepas seminar, rasa membuak-buak semangat untuk terus maju dalam Shaklee!

Seminar pertama sebagai ahli Euphoria. Baby-friendly seminar. Mana nak dapat? :)


Seminar Oktober 2011 - salah satu seminar di mana saya angkut Fikry sekali


Sempat pegi sekejap Konvensyen Shaklee tahun 2011. Tahun ni tak dapat pergi sebab balik kampung. :(


Euphoria Leadership Workshop 2012
(Persediaan menjadi leader berkaliber seperti kak N dan otai-otai)

Berdiri dari kiri: Hadha (yoursupermom), Ida (mysupervitamins), Rafaliah (ummiirfan), Hanis (babykawaiistore), Along (mamayangcekal), Linda, Raihan (babyqaireen), Ayu (eijamsfamilyblog), Dilla (mamaqaireen), Adilah (celikvitamin), Me (ibu, hebat kan), Norlida (myprecious)

Berdiri barisan depan dari kanan: Salwa(segalanya tentang cinta), Izan (diarisihat), Yati (rahsiavitamin)

Duduk dari kanan: Tuty (mychibibox), Arnie (genkimomma), Kak N (anakkuwiraku), Alin (mommamia), Riza

Ada lagi seminar yang saya attend tapi tak ada gambar.

Motivasi diri ni macam iman juga. Kadang-kadang tinggi, ada masa turun. Kita kena pandai mencari jalan supaya motivasi diri sentiasa tinggi. Motivasi diri ni ada kaitan denga aura positif. Bila motivasi kita tinggi, aura positif juga tinggi. Bila aura positif yang mengiringi kita, insyaAllah kita akan 'menarik' perkara yang baik-baik saja kepada diri kita. Ada banyak cara untuk pastikan kita sentiasa highly motivated. Antaranya melalui pembacaan buku-buku motivasi, mendekatkan diri dengan mereka yang highly motivated, dan juga menghadiri kursus atau seminar yang bersesuaian. Seminar anjuran pengetua kami, sentiasa dinanti-nantikan!

Geng Euphoria yang telah hadir workshop tempoh hari semuanya semakin berkobar-kobar untuk lebih berjaya dalam bisnes ini. Jom baca apa kata mereka:

keyword: RCPS & 5 kunci rahsia. hehehe


Siapa yang missed out memang frust!!!

Kenapa saya begitu seronok dengan Euphoria & Shaklee? Sebab Shaklee ialah satu MLM yang berbeza drp MLM lain! Saya sangat serasi dengan Shaklee sebab saya memang tak boleh (i.e tak pandai) buat head-hunting!! Saya tak pandai pujuk orang untuk jadi downline saya. Saya tak pandai promote2 barang pada orang secara bersemuka. Saya ni pemalu orangnya. Jadi saya sangat selesa dengan modus operandi Euphoria. Saya cuma perlu berkongsi kebaikan Shaklee, berdasarkan pengalaman sendiri dan kawan-kawan, serta info produk di blog tersayang saya ni dan di facebook. Biar orang yang cari kita. Lagipun, pengambilan suplemen pada pendapat saya, tidak boleh dipaksa-paksa. Hanya dengan kesedaran sendiri, seseorang itu akan berusaha utk dapatkan dan amalkan suplemen. Kalau dipaksa, alamatnya jadi pekasam je lah vitamin tu. 

Selain itu, downline dalam Shaklee adalah sekadar satu bonus. Mengapa? Sebab tanpa downline pun kita masih boleh menjana pendapatan!! Betul ke MLM ni? Hehe.. Jika customer telah merasakan sendiri kebaikan Shaklee, dan ingin mendapat pendapatan sampingan yang boleh cecah hingga 6 angka, mereka sendiri yang akan menawarkan diri untuk menjadi ahli. Dalam Euphoria, ada ibu-ibu yang telah berjaya memperolehi pendapatan 6 angka!

Saya terlalu bersyukur dipertemukan dengan kumpulan Euphoria ini kerana keberkatan rezeki, tanggungjawab yang perlu diutamakan .. sering ditekankan. Tujuan utama kita sebagai usahawan muslim sebenarnya, bukan sekadar untuk kemewahan keluarga kita sahaja. Tetapi ia lebih daripada itu. Iaitu tanggungjawab untuk membangunkan Ummah. Memang wang bukanlah segala-galanya. Tetapi segala-galanya memerlukan wang. Apatah lagi untuk menaikkan taraf umat Islam di mata dunia!

Jika anda juga seperti saya, ingin memperbaiki mutu kehidupan, bukan sahaja dengan pengambilan suplemen malah menjana pendapatan (part-time or full-time), ingin membahagiakan mak dan ayah yang telah  bersusah-payah membesarkan kita, ingin memberikan yang terbaik kepada anak-anak.. Jom sertai saya! Hubungi saya untuk maklumat lanjut.


Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...