Followers

Thursday, May 31, 2012

Penyusuan dan Puasa


Perlukah saya berpuasa semasa menyusukan bayi? 


Jika anda menyusukan bayi, anda tidak diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan. Dalam Islam, terdapat rukhsoh bagi wanita yang menyusukan – seperti wanita yang tidak sihat atau sedang dalam perjalanan – untuk tidak berpuasa. Keputusan anda bergantung kepada beberapa perkara, tetapi usia bayi adalah pertimbangan utama. Memang ada beza jika dibandingkan bayi yang masih kecil dan hanya menyusu, dengan bayi berusia satu tahun yang sihat dan mendapat makanan lain dan menyusu hanya pada waktu malam.

Adakah berpuasa semasa menyusukan membahayakan saya? 


Jika anda sedang menyusukan, anda tahu ia akan membuatkan anda berasa dahaga. Penyahhidratan akan membuatkan anda berasa tidak sihat. Apabila anda ternyahhidrat, anda akan tahu kerana:
  • Anda akan berasa sangat dahaga.
  • Urin anda akan menjadi pekat atau berwarna kuning gelap dan berbau kuat.
  • Anda akan pening, pengsan, lemah atau letih.
  • Anda akan mendapat sakit kepala atau demam panas atau terasa amat lesu.

Jika anda sedar akan tanda-tanda ini, anda perlu berbuka dengan minuman bernutrien seperti jus buah-buahan segar atau kacang soya dan kemudian berehat. Selepas setengah jam, jika anda masih lagi berasa tidak sihat, anda perlu hubungi doktor anda. 


Adalah penting apabila anda berbuka, untuk minum banyak jus bernutrien sama ada jus buah-buahan, yogurt atau air barli – tujuannya ialah untuk mendapatkan semua nutrien dan cecair dalam satu minuman. 



Sebelum berpuasa semula, minum sekurang-kurangnya lapan sehingga 12 gelas jus buah-buahan, susu atau lain minuman bernutrien setiap hari. Tetapi jangan hanya minum sahaja, kerana amat penting untuk anda mendapatkan nutrien, kalori dan pepejal daripada makanan. Anda perlu mengambil kira-kira 400 hingga 500 kalori tambahan setiap hari semasa anda sedang menyusukan. Anda akan merasakan sukar untuk makan secukupnya dalam jangka semalaman dan ada kemungkinan penambahan berat badan akan turun. Jika ini berlaku, hubungi doktor anda. 

Untuk sahur, Jennifer Hor, seorang kaunselor penyusuan dan ahli panel BabyCenter mengesyorkan supaya minum cecair dan makanan yang mempunyai indeks glisemik rendah (low glycemic index, atau GI). GI adalah pengukuran efek kabohidrat atas tahap gula dalam darah. Kabohidrat yang dicernakan cepat mempunyai GI tinggi; kabohidrat yang dicernakan lebih perlahan dan melepaskan glukosa secara perlahan ke dalam saluran darah, mempunyai GI rendah. Makanan GI rendah ialah sebilangan sayur-sayuran dan kacang, dal, mi dan nasi. 

Dapatkah saya menghasilkan susu secukupnya? 


Wanita yang sedang menyusukan masih terus menghasilkan susu semasa berpuasa tetapi jumlah lemak dalam susu badan akan berkurangan. Ini bukanlah satu masalah, tetapi akibatnya bayi anda akan berasa lapar dengan lebih cepat dan mahu menyusu lebih kerap. Anda boleh minimakan ini dengan memastikan diet anda mengandungi lemak yang cukup – tambahkan keju dalam diet, gunakan mentega dan minumlah milkshake. 

Adakah bayi saya akan terjejas dengan perubahan dalam susu badan saya? 



Susu anda akan berubah sedikit setiap masa, bergantung kepada beberapa perkara seperti pemakanan anda dan keperluan bayi anda. Kandungan lemak dalam susu anda akan berkurangan semasa anda berpuasa. Bayi yang masih kecil akan mahu menyusu dengan lebih kerap jika susu badan anda mengandungi kandungan lemak yang rendah kerana dia akan berasa tidak puas selepas menyusu. Bayi yang lebih besar mungkin tidak akan sedar perubahan ini jika dia juga makan makanan pepejal. 



Tanda-tanda bahawa bayi anda tidak mendapat susu yang cukup termasuklah:

  • Tidak kerap buang air kecil (bayi yang baru lahir perlu buang air kecil sekurang-kurangnya lapan hingga 10 kali sehari).
  • Kotoran (tahi) yang kehijauan. (Baca lebih lanjut mengenai najis bayi anda.)
  • Tangisan nyaring yang berpanjangan atau meragam.
  • Penurunan berat badan atau berat tidak bertambah.
  • Mahu menyusu lebih kerap atau resah dan meragam setelah menyusu.
Hubungi doktor keluarga anda jika anda bimbang tentang bayi anda. 

Apa yang perlu saya lakukan untuk mengelakkan sebarang masalah? 


Penyediaan rapi sebelum berpuasa akan membantu anda mengelakkan masalah yang mungkin timbul.
  • Uruskan hal membeli-belah, pencucian dan lain-lain yang memerlukan penggunaan tenaga yang banyak sebelum mula berpuasa supaya anda mempunyai lebih masa untuk berehat kemudian.
  • Sentiasa bertenang dan berehat sebanyak mungkin pada waktu siang.
  • Simpan diari pemakanan supaya anda boleh pastikan bahawa anda makan dan minum secukupnya pada malam hari..
Sumber: BabyCentre

Apakah yang boleh saya syorkan selaku Distributor Shaklee anda?

Seperti yang disyorkan oleh Jennifer Hor, kaunselor penyusuan di atas.. Adalah terbaik untuk anda bersahur dengan minuman atau makanan yang mempunyai Indeks Glisemik (GI) rendah. Makanan atau minuman yang mempunyai GI yang rendah dicernakan lebih perlahan dan melepaskan glukosa secara perlahan ke dalam saluran darah. Energizing Soy Protein adalah minuman berkhasiat yang mempunyai GI yang rendah. Disebabkan itu, ia mampu memberi tenaga berpanjangan. ESP mampu memberikan rasa kenyang yang lebih lama. 

Selain ESP, Meal Shake Shaklee juga minuman berkhasiat yang rendah glisemik dan rendah lemak. Ia dilengkapi dengan protein, multivitamin dan serat. 

Untuk menghindarkan berlaku dehidrasi semasa berpuasa, sebagai ibu menyusu anda sangat digalakkan untuk minum Performance Drink Shaklee. Ia adalah minuman isotonik yang mampu mengelakkan dehidrasi. Khasiatnya adalah:
  1. Meminimumkan kehilangan cecair untuk memantapkan hidrasi badan. Kurang rasa haus.
  2. Mengalirkan elektrolit sepenuhnya ke seluruh badan, termasuklah kalsium & magnesium (tiada pada minuman isotonik jenama lain).
  3. Menstabilkan paras glukosa di dalam darah untuk mengekalkan tenaga berterusan, serta menambah stamina.
Sebagai seorang ibu menyusu, anda mungkin risau akan kesan berpuasa terhadap penghasilan susu. Sudah pasti seboleh-bolehnya, kita ingin menunaikan kewajipan berpuasa dengan sebaik yang mungkin. Dengan Shaklee, anda tidak perlu risau lagi. Daripada pengalaman saya sendiri menyusu semasa berpuasa bersama Shaklee,  alhamdulillah ibadat itu dapat saya laksanakan dengan sempurna, cukup sebulan pada tahun lepas ;) 

Jangan malu untuk bertanya sebarang kemusykilan kepada saya.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey

1 comment:

IxoR@ said...

info ni... good. tq.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...