Followers

Friday, May 4, 2012

Pengalaman Buka Gerai Jualan

Assalamualaikum,

Ni nak cerita pengalaman saya berniaga tempoh hari. Berkolaborasi dengan suami, adik, kakak ipar dan anak saudara.

Saya ni dari kecil memang suka berangan jadi businesswoman. Dari kecil kalau orang tanya cita-cita mesti jawab businesswoman. Masa kecil dulu, umur 7-8 tahun kot, suka main jual-jual dalam bilik stor yang tersimpan stok makanan. hihi.. Berangan jadi cashier. Masukkan barang dalam plastik, amik duit customer. Seronokkkk.. Hehe.. 

Tapi entah macam mana bila masuk universiti boleh pulak tak amik course business. Tak apalah. Mesti ada hikmahnya kan. So, semenjak di universiti ada jugak lah beberapa kali saya 'menjenguk' peluang perniagaan. Haha.. Antaranya, jual kad IDD. Ini memang masyuk (universiti banyak foreigners) dan senang. Tampal-tampal iklan kat dinding kolej, kat tiang-tiang. Duduk bilik senyap-senyap. Nanti adalah customer datang ketuk pintu nak beli kad IDD. Untung betul berniaga kad IDD ni. Kan Ani kan.. heheh..

Selain kad IDD, ada juga jual sandwich kat kolej waktu weekend, jual cookies time nak raya.. hmm..  walaupun penat, tapi seronok! Especially time dapat duit & time kira duit. =)

Tapi selain jual-jual gitu, seingat saya tak pernah lagi buka gerai jualan. So bila ternampak banner karnival mesra penduduk di taman perumahan, terus terdetik nak tanya kot-kot ada gerai untuk jualan. Dan nasib baik masih ada kosong! Yabedabedu! Semenjak saat itu bermulalah angan-angan + perancangan untuk buka gerai jualan. Rasa macam semua benda nak jual. tapi tak boleh la kan.. Waahhh.. feeling dia.. seminggu sebelum tu lagi dah dok berdebar-debar! Mengalahkan orang nak kawin! hehehe.. Excited.. Takut.. Cuak.. ish.. macam-macam la. Seronok planning itu ini dengan kakak ipar. 

Sempat juga snap beberapa gambar untuk dikongsikan dengan pembaca sekalian.. ;)

Peralatan untuk jualan Shaklee - brochures, buku shaklee, free gifts, etc..

Siap buat bunting tau.. Kelass.. Share dgn kakak ipar. 
Tupperware & Shaklee ;)
Bawah nama saya tu nama kakak ipar.. Rafidah Fauzi. Sapa nak beli Tupperware denga harga terbaek boleh contact Kak Dah (010-50000 27)


Gerai kitorang yang first skali siap tau. Pukul 7 pagi dah terpacak kat dewan. Hihi..

Antara produk Shaklee yang dibawa


Kak Dah tengah bizi promo Tupperware. Adik tersayang Dr. Ain pun turun padang tolong goreng Fries.
Selain Tupperware & Shaklee, ada juga jual rempah marinate ayam, Cheezy Fries, Tapai Pulut, Coconut Shake, Ais Krim Jeli.


Pelanggan cilik yang singgah ke gerai. 
Time ni masih awal lagi & masih suam-suam kuku. Tadah tangan doa pembuka majlis ;)


Time ni dah pukul 11 lebih kot.. Syukur cuaca panas dan tak hujan.. 
Coconut shake n Cheezy Fries larisss...

Alhamdulillah, gerai kitorang memang menjadi tumpuan sebab gerai-gerai lain macam boring. Kuikui....gerai lain antaranya Takaful, TM, Tabung Haji... Kira gerai kitorang ni penyeri majlis la ;p selain gerai tudung sebelah tu =)

Walaupun penat tak terkata selepas tu (2 hari baru hilang penat)..Walaupun hasil jualan Shaklee kureng sikit, tapi at least saya berpeluang mempromosikan Shaklee kepada jiran-jiran saya. Bagi saya pengalaman tersebut adalah terlalu berharga!!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...