Followers

Friday, April 13, 2012

Doa untuk bebas daripada kesusahan, keberhutangan...

Assalamualaikum,

Kita sebagai manusia biasa kadangkala tak dapat lari daripada kesedihan, stress, susah hati... Bukan sebab apa pun. Sebab masalah dunia je pun. Macam-macam masalah menghantui diri. Kalau kita pendam sorang-sorang, memang terasa sangat bebanannya. Tak salah nak berkongsi dengan orang lain, especially kawan-kawan rapat, pasangan kita, atau ibu-bapa kita. Walaupun tak dapat nak selesaikan masalah kita, sekurang-kurangnya dapat meringankan sikit beban yang ditanggung. Tapi sebagai orang islam, sebaik-baiknya kita 'kongsikan' dan mengadulah dengan yang Maha Pencipta. Nabi turut mengajar satu doa yang sangat baik diamalkan, bukan sahaja di kala kita dilanda kesedihan dan kesusahan.. Malah sangat bagus diamalkan setiap kali selepas solat. 

Petikan yang saya ambil dari satu blog (lupa pulak nak save linknya):

Pada suatu hari, Baginda s.a.w masuk ke masjid, kata Abu Sa’id al-Khudri, lalu baginda melihat seorang lelaki Ansar bernama Abu Umamah sedang termenung, pada wajahnya tergambar kedukaan. Kemudian baginda Rasul bertanya, “Apa yang engkau buat di sini pada waktu begini, wahai Abu Umamah?” Abu Umamah menjelaskan, “Aku sedang  bingung kerana terlalu banyak hutang, ya Rasulullah.”Lalu Rasulullah s.a.w bertanya, “Mahukah engkau aku ajarkan satu doa yang dapat melangsaikan hutang-hutangmu dan melenyapkan duka dan kesedihanmu?” Abu Umamah berkata, “Tentulah aku suka, ya Rasulullah!”
“Bacalah setiap pagi dan petang doa ini,” kata baginda Rasul. Bacaan yang dimaksudkan baginda tersebut ialah, 



“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan, aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada-Mu daripada (sifat) pengecut dan bakhil, dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kezaliman manusia.” 
(Riwayat Abu Daud). 
Kemudian Abu Umamah berkata, “Doa tersebut aku amalkan dan akhirnya Allah s.w.t menyelesaikan hutang-hutangku, begitu juga kesusahanku.”

Moga memberi manfaat kepada readers sekalian..



2 comments:

Ely Hasrul said...

suka suka suka! tengkiu for sharing..

geez said...

like... TQ for sharing :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...