Followers

Thursday, April 12, 2012

Cookies & Cream Cake for Fikry

Assalamualaikum...

Bersempena hari lahir Fikry yang ke-2, ibu gagahkan juga buat sebiji kek. Ye lah, birthday Abg Ngah & Along ibu buat kek kan.. Tak aci lah kalau tak buatkan Fikry kek jugak. Hihi...

Fikir punya fikir, nak buat kek apa... Last-last rasa nak buat kek Cookies & Cream. Hihi.. Sebab budak-budak ni suka sangat makan frosting cream cheese.. Nak buat Red Velvet macam tak mampu. So, buatlah Cookies & Cream ni.. Ada beberapa versi kek ni. Bila google tengok ada yang bubuh biskut oreo dalam adunan kek, ada yang guna resepi 'white cake'. So ibu decide untuk buat kek coklat (instant je. hehe) and bubuh biskut oreo dalam frosting jer. Cream cheese + oreo bubuh dalam filling je.. Luar kek frosting cream cheese kosong... Dah beli 2 x 200g cream cheese pun tak cukup!! Uwaa.. belasah je la. hehe..

Bakar dalam 2 loyang. Yang tak bestnya, kek naik membukit kat bahagian tengah.. Tepi kek nipis.


Sapukan cream cheese + oreo atas lapisan kek pertama kemudian 
tutup dengan kek kedua

Hasilnya.. Tengoklah, tepi kek tak cukup frosting. haha... 
Pastu nombor dua tu terlebih panjang sebab Along nak jugak tolong ibu letak skittle kat atas kek tu.. 

Kira berjaya jugak la kek ni. Puncanya sebab frosting cream cheese kot. haha.. Budak-budak suka la.. walaupun ibu rasa macam ada rasa hangus kek tu.. kikik...


13 comments:

Sidratul Muntaha said...

prektis mek perfek..
lama tak buat cake coklat nih..
sbb tetiba rasa muak..
tpi syok oo tgk ank mkn hasil air tgn kita.

Sidratul Muntaha said...

owh yer..lupa..
creamchese frosting tu boleh la tmbh sikit dgn butter or shortening..
boleh jdi byk..

ibuhebat said...

Tula, anak punya pasal apa pun sanggup :)

ibuhebat said...

ada gak tambah butter. tapi sikit je. hihi..

Bitt (double IS) said...

hi kak...

sedap creamcheese frosting tu..hehhee kalau tak cukup selalunya saya sepahkan jek chocolate rice..hehehhee

Wan's Family @ Southampton,UK said...

iman pun suka sgt dgn cream cheese frosting ni, makan gitu je..aku pun letak butter sket je, tp ikut resepi, byk juga dieorg letak kan aini..takuuuuutt aku tgk, hehheh..
Btw, kalau nak yg fluffy n senang nak decorate/piping, letak double cream/whippg cream..ade org tmbh mascarpone, mungkin lagi lemak kot..hehe..

aku br cite kat rizan, resepi kek carrot aku hilang..ko bg resepi tu, sgt sedp, first time aku makan kek tu, terus tangkap cintan, kekekkeke..mmg byk resepi kat luar sana, tp aku suka yg ko punya resepi.kalau ade bg k aini:)..
opp, nnti kene tegur lagi ni, byk sgt koma koma ayat aku, hhaha

eencyweency said...

cantinye kek akak!choc cake+cream cheese+oreo=bace je pun dh rase terliur!

geez said...

Nice blog...

ibuhebat said...

aww.. terharunya.. dpt compliments drp runner-up blogger masterchef!! :)

ibuhebat said...

thanks dear :)

ibuhebat said...

hi bitt.. bagus idea tu. itulah, ibu tak kretip.. huhu.. kena pandai kaver-mengkaver.

ibuhebat said...

ani.. u never failed to brighten up my day (jiwang la pulak) :p nanti aku pun kena cari balik resepi kek karet feberet ko n ana tu.. hihi

shafarina said...

sila bake untuk ibu mengandung ye aini.. huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...