Followers

Thursday, March 22, 2012

Banyak Mana Bayi yang Baru Lahir Minum Sebenarnya??

Assalamualaikum.


Buat bakal ibu, saya ingin kongsikan sedikit info tentang penyusuan. Saya pasti pada zaman ini, tiada ibu yang tak pasang cita-cita untuk memberikan susu ibu kepada bayi yang bakal dilahirkan. Betul tak? Tapi, harus diingatkan.. cita-cita, keazaman semata-mata tak cukup kalau tak penuh ilmu di dada. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. Namun, pada hari ini, ilmu penyusuan susu ibu sangat mudah diperolehi, sama ada di internet mahu pun di hospital-hospital. Sekarang pun dah semakin banyak hospital rakan bayi kan.. Jadi, terpulang pada diri sendiri untuk gali, gali dan gali... :)

Satu info yang saya rasa tak ramai yang aware (saya la tu.. tapi dulu..) ialah tentang betapa kecilnya perut bayi yang baru dilahirkan. Perut newborn hanyalah sekecil 1 kacang pea! Kolostrum (yang sangat sikit amaunnya) pada awal kelahiran sudah mencukupi. Nak tau berapa banyak susu yang mereka perlukan? Tengoklah gambaran di bawah ni.. .


Ha.. sikit je kan?? Saya sangat risau bila tengok nurseri di hospital menyuapkan sebotol penuh susu formula kepada bayi yang baru lahir.. Hati merintih-rintih kesedihan! huhu.. Dah lah diberikan formula, bagi sampai banyak macam tu pulak.. aduhai.. sedih tak terkata...

Ibu-ibu kena bear in mind yang penghasilan susu setiap ibu adalah berbeza. Ada yang seawal mengandung dah menitik susunya, ada yang bengkak susu pada hari pertama, namun tak kurang juga yang susu hanya dapat dilihat pada hari ketiga, hatta hari ke-5. (Saya sendiri, hari ke-3 baru susu mula 'come-in').. Namun, jangan putus harapan.. Saya sharekan sedikit tips dari kawan saya, Kak Nadia Khamis yang merupakan seorang exclusively pumping mother dan telah berjaya menamatkan misi penyusuan penuh susu ibu sehingga 2 tahun baru-baru ini!!

Bagi ibu2 baru, mungkin keadaan ini ('tiada susu' di awal kelahiran) boleh menimbulkan reaksi negatif di tambah dengan kata2 orang sekeliling bahawa susu tiada!!!Apatah lagi proses penyusuan itu masih lagi satu yang baru dan tidak mustahil kalian masih kekok melakukannya...Malahan ada sesetengah ibu yang masih ragu2 dengan  keupayaan mereka menyusukan anak dan merasa terkejut apabila bayi menghisap dengan kuat sehingga menimbulkan ketidak selesaan kepada si ibu...Jangan mengalah dengan keadaan ini kerana 'Practise make perfect"!!!Jangan sekali2 terus berputus asa dan teruskan pemberian susu dengan mengekalkan penghisapan bayi secara berulang2 kali sehingga susu di rangsang keluar seperti mana yang di harapkan...Ingat ye...Hisapan bayi adalah penting di awal2 kelahiran!!! 

So, mungkin inilah antara yang sering berlegar dan bermain di fikiran ibu2 muda di luar sana :-
 
a) Sering terfikir bahawa susu saya tak cukup
 
b) Tidak mempraktikkan hisapan bayi sebagai stimulate pertama
 
c) Tidak tahu bahawa yang keluar di awal2 kelahiran hanya kolostrum dan bukannya susu yang memancut2
 
d) Terpengaruh dengan pujukan orang sekeliling bahawa susu kita sikit atau tak cukup
 
e) Sangat2 stress apabila susu tidak keluar
  



Kelaziman pemikiran kita...bila anak menangis, pasti lah kita akan cakap...oh nak susu ni....lalu kita akan sumbatkan mulutnya dengan susu tanpa kita menyedari bahawa ianya 'menyeksa' perut anak kita...Ada sebab2 lain mengapa anak kita menangis antaranya:
a) sakit perut
b) Hidung tersumbat
c) Nak tidur-ngantuk
d) demam
e) nak manja dengan ibu- nak suruh peluk la 


Diharapkan bakal ibu bersedialah dengan sebaik-baiknya tentang ilmu penyusuan kerana dengan ilmu yang betul dan lengkap barulah dapat kita tepis segala misconceptions tentang penyusuan susu ibu. Rujuklah kepada mereka yang arif (Lactation Councelor (LC)) jika menghadapi sebarang masalah penyusuan supaya kita mendapat panduan yang betul.

Selain itu, sangat penting untuk ibu-ibu memelihara kesihatan fizikal, mental dan emosi kerana perjuangan untuk menyusukan dan membesarkan anak bukanlah sesuatu yang mudah. Kita perlukan kekuatan yang bukan sedikit untuk menjayakannya. Amalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat, lebihkan sumber protein dan kalsium (selain zat-sat lain) supaya susu lebih mudah dihasilkan.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi saya melalui:
sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey

8 comments:

mamavogue said...

oh good info..
anak saye kuat minum susu mase baby.
ingatkan mmg x cukup bila dia slalu nanges..huhu
rupe nyer perut nye kecikk je.

ibuhebat said...

kalau dah beberapa bulan tu, logik jugak dia kuat minum. ni yang merisaukan yang 1-2 hari diberi sampai sebotol penuh. huhu...

~ NANA ~ said...

thanks for sharing! mmg suka baca bab2 susu ibu ni...mind set kena positif kn? ilmu pon kena sentiasa digali :)

ibuhebat said...

ur welcome! betul tu.. lagi byk ilmu, lebih bersedia menghadapinya. insyaAllah...

LoVEaQshA said...

tanks for sharing dis info..~
bersemangat nk bf bby smp umo 2thun,tu kna positif jer..Harap2 bjya,doakan sy yer..~

Baiduri said...

bez info ni, tQ =)...mmang plan nk bf baby smpai 2thun insyallah... smoga misi berjaya... skrg 30w pon susu dh mnitik, hope rzeki baby melimpah-ruah bila dia dh kuar nti....ameen =)

ibuhebat said...

betul..betul. kena stay positif. insyaAllah boleh! :)

ibuhebat said...

iye ke.. alhamdulillah! tapi nanti still kena kerap menyusu untuk banyakkan susu k... ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...