Followers

Saturday, February 11, 2012

Set Triple M - Milkbooster paling laris!

Assalamualaikum di malam minggu... :)

Alhamdulillah, kali ni saya nak kongsikan kegembiraan seorang ibu, Aminah Aziz yang telah berjaya mengatasi masalah kemerunduman susunya dengan bantuan Set Triple M Euphoria. Ibu mana yang tak seronok bila dapat sediakan yang terbaik untuk anaknya.. 

Alhamdulillah, berkat usahanya cuba memberikan yang terbaik buat si kecil, beliau berjaya mempertingkatkan hasil susunya dengan pengambilan Set Triple M. Saya percaya beliau seorang ibu yang gigih dan tidak mudah putus asa!

Setiap ibu yang menyusu pasti mengalami fasa turun-naik sepanjang perjalanan penyusuannya. Harini susu kita meriah, esok lusa tak tentu lagi. Jadi, seelok-eloknya kita manfaatkan waktu susu meriah untuk buat stok sebanyak yang mungkin untuk 'cover' bila-bila masa 'down'. Mungkin ada yang rasa tak perlu untuk buat stok banyak-banyak sampai penuh peti ais. Tapi, kita tak tahu bila 'wakut kecemasan' akan berlaku. Jadi sebaik-baiknya, sediakan payung sebelum hujan...

Tidak dinafikan yang 'rezeki' setiap orang tak sama. Ada ibu yang dikurniakan susu melimpah ruah, bila pam dapat sampai 10-12 oz. Sebaliknya, ada juga yang cuma dapat 3-4 oz setiap kali pam. Ini tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk tidak menjayakan misi penyusuan. Kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Yang penting kita perlu sentiasa berusaha dan bertawakal, insyaAllah Allah pasti akan bantu.

Sungguhpun pengambilan suplemen tidak membanyakkan susu ibu, namun ia membantu mempercepatkan penghasilan susu. Ini kerana, badan yang sihat, cergas dan ceria lebih bersedia menghasilkan susu dengan lebih lancar. Saya sendiri telah merasainya.. Walaupun tujuan asal saya mengambil Shaklee untuk mengatasi masalah susu merundum.. Namun saya dapati pengambilan Shaklee mempertingkatkan mutu kesihatan saya dan secara tak langsung, susu saya juga bertambah sikit demi sikit... Alhamdulillah! Itulah bezanya suplemen Shaklee dengan milkbooster lain!

Berbalik kepada Set Triple M, mengapakah set ini dikatakan sangat berkesan?
  • Komposisi utama susu ibu ialah protein dan kalsium. Oleh itu, pengambilan protein dan kalsium yang mencukupi membantu penghasilan susu ibu dengan lebih cepat. Set ini dilengkapi oleh protein dan kalsium yang sangat penting dan diperlukan oleh ibu menyusu. (Energizing Soy Protein dan Ostematrix - kalsium magnesium)
  • Set B yang terkandung dalam Triple M ini memenuhi keperluan nutrien ibu menyusu di mana vitamin C dapat mempertingkatkan imuniti si ibu, B complex dapat mengatasi stress, Vitalea adalah multivitamin yang dilengkapi zat besi serta alfalfa bertindak sebagai milkbooster dan mempunyai khasiat lain antaranya mengatasi keputihan, merapatkan keintiman dan banyak lagi.
  • Ibu-ibu yang mengambil ESP mendapati susu mereka adalah lebih pekat, secara tidak langsung baby lebih cepat kenyang dan kulit baby juga lebih cantik dan halus dengan pengambilan berterusan.
Ibu-ibu yang membeli Set Triple M ini akan diberikan tips eksklusif untuk membantu mengatasi masalah susu merundum. InsyaAllah, dengan usaha yang konsisten, pengambilan air yang mencukupi disertai doa kepada yang Maha Esa, ibu-ibu pasti berpuashati dengan hasilnya.. :)

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...