Followers

Thursday, January 12, 2012

Healthy Snack Ideas for Children's Birthday Party Packs

Assalamualaikum!

Goodie Bag atau Party Packs dah jadi macam satu trend sekarang ni bila tiba birthday celebration anak-anak kan. Tak kisahlah, buat birthday party kat rumah ke.. atau sambut dengan kawan-kawan kat taska/tadika ke.. Biasanya mesti tetamu dan kawan-kawan akan diberikan satu goodie bag seorang sebagai tanda kesyukuran. Ala-ala majlis kesyukuran versi moden la ni. Hehe..

Memandangkan anak bujang sulong saya menyambut hari lahir ke 6 pada hari ni (excited betul dia, 2-3 hari lepas nenek sebelah rumah pun dia bagitau birthday dia hari ni. hehe), saya pun ada lah planning sikit-sikit untuk sambut birthday dia kat sekolah. Bila tanya nak kek apa, dah.. macam-macam kartun karakter disebutnya.. Takleh nak decide! Haha.. Pastu siap pesan, "Along tak nak potong kek kat sekolah...Nak potong kek kat rumah je.." Aik, pelik bunyinya.. Kenapa ek? Bila ditanya-tanya tak bagitau kenapa. Tapi semalam tiba-tiba pulak tukar fikiran kata, "Tak pelah ibu, Along potong kek kat sekolah je.." Pulak dah.. terpaksa la ibu buat juga kek yang comel sikit.. hehe..

So, kepala pun mula ligat memikirkan isi kandungan Party Packs itu. Apa nak diisi ek? Kalau boleh takmolah bubuh jajan-jajan. Baru je aritu bebel kat blog pasal jajan dan Kanak-kanak. So kenalah insaf sikit. :p

Google punya google, dapatlah saya serba-sikit idea apa yang boleh diisi dalam Party Packs itu...

1. Kekacang

- Kacang pistachio, kacang tanah, gajus, kuaci bunga matahari.. Tapi kalo budak-budak yang masih kecil, better jangan bagi kekacang, bahaya. Takut tertelan.

2. Sebiji buah

- Buah epal, pear, lai, pisang.. Basuh siap-siap, boleh terus ngap aje.- err pisang tak yah basuh la.

3. Air kotak 

- Elakkan air laici, crysanthemum sume no-no ya.. banyak gula!

4. Yogurt Drink
- Bakteria baik untuk usus yang sihat!


5. Biskut oat

- Kalau buat sendiri lagi bagus ni, boleh kurangkan gula.

6. Muffin 

- Muffin lebih sihat daripada cupcake tauu.. Hmm.. kena teliti bahan-bahan muffin tu apa yang buat dia lebih sihat daripada cupcake. Kalau buat sendiri muffin, boleh tambah buah-buahan kering, kekacang supaya lebih berkhasiat!

7. Snack Bar

- Dulu-dulu memang suka makan chewy snack bar ni.. Sedappp.. Budak-budak pun mesti suka. :)


7. Souvenir


 



- Selain makanan dan minuman, boleh juga diisi dengan souvenir macam pensel ke, pemadam ke... Yang boleh digunakan dan dibuat kenang-kenangan ;)

Lagi idea untuk snek berkhasiat...

Nutritious snack ideas for children



  • A wholegrain cereal bar
  • A serve of high fibre breakfast cereal (dry or with milk) like Sultana Bran Buds.
  • A piece of fresh fruit chopped into pieces
  • Raw carrot and celery sticks
  • A handful of sultanas and other dried fruit
  • A piece of high fibre bread or a toasted English muffin
  • Reduced fat cheese with crackers or crispbread
  • A small tub of low fat yoghurt
  • A fruit smoothie with reduced fat milk


Sumber: kidspot

Moga Farihin menjadi anak yang soleh, dikurniakan kesihatan yang baik, kebijaksanaan, kebaikan, kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat! Amin..

Nanti saya share apa yang saya buat sempena birthday Farihin ;)


Aini Hayati Luey
ID Shaklee : 852412
emel : ainihayati[at]gmail.com
h/p: 012-2897359
COD : Putrajaya

7 comments:

Cikpuan rara said...

yakult tu mmg bagus.rara pon minum.hehehe

ibuhebat said...

Mesti sihat usus Rara :)

~ NANA ~ said...

best jugak kalo bg budak2 ni air kotak...hehe

ibuhebat said...

budak-budak memang suka aje.. :)

LiLy @ MumMyQiStInA said...

suka mkn Biskut oat tu..
sedap..^^

ibuhebat said...

@lily, saya pun sukat biskut oat! tak boring..

mamamujahid said...

Bg kismis..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...