Followers

Friday, November 25, 2011

Saiz Pinggang Turun dari 34" kepada 29" !! - Apakah Rahsianya?


Assalamualaikum! =)

Selamat Pagi Jumaat. 

Kali ini saya nak kongsikan satu testimoni dari kawan Shaklee saya, Nor Hasmah. Hasmah telah berjaya melangsingkan badannya.. Bukan dengan produk Shaklee semata-mata, tetapi diiringi dengan gaya hidup yang sihat! Apa yang Hasmah telah amalkan hingga berjaya kecilkan saiz pinggang dari 34" kepada 29"?!!  Tengoklah gambar Hasmah sekarang ni.. macam anak dara you... !! Kita ikuti kisah benar di bawah :



Ini lah saya sebelum dan selepas (sekaranglah tu)..

Saya mula sedar yang badan naik sejak anak ke 2 saya berumur 6bln..selera makan membuak2..dan badan juga bagai dipam2..lagilah saya ni menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu, saya tak boleh nak diet beria2..jadi saya bedal je apa makanan yang terlintas difikiran ni nak makan..yang sangat sedihnya bila seluar Jeans saya yang saiz 34 tu dah tak muat lagi..huhu...

Jadi saya mula berazam nak muatkan semula seluar Jeans yang saiz 34 tu..sebab saya sayangkan seluar tu..dan tambah lagi saya sayangkan badan saya yang slim masa anak dara dulu..ceh..slim ke..haha..

Jadi jom saya sharekan apa yang saya buat bermula dari bulan 3 tapi yang betul2 dietnya dari bulan 6 2011 ni lah..
  1. Saya kurangkan makan Nasi. Mula2 makan dalam jumlah yang sedikit..ada juga beberapa bulan saya tak sentuh nasi dalam 2 bln macam tu lah..memang susah nak biasakan tapi lama2 saya jadi terbiasa..
  2. Saya kurangkan minum air manis terutama sekali minuman dalam tin. Gula dalam minuman tin tu sangat tinggi tau..
  3. Saya kurangkan fastfood(No KFC, No Pizza)
  4. Saya bersenam dalam rumah je..senaman ape yang saya buat ye..saya skippingdan saya main hullahoop yang gelung rotan gelek2 kat pinggang tu lah.. ;) memang berpeluh..mula2 saya digelakkan oleh anak2 dan suami..huhu..
  5. Saya mula AEROBIC kat Tmn Pulai Perdana JB dah dekat sangat dengan rumah..baru mula 2 bln..saya ambil program "Shape Your Body"..buat ape dengan program ni..sebab saya perlu untuk saya bentukkan semula badan saya yang dulunya gemok dengan beraerobic..memang terbaekkk..
  6. Saya banyakkan makan sayur dan makanan yang kurang kalori seperti meehoon sup..mula2 memang tak seleralah nak makan tapi "alah bisa tegar biasa"..
  7. Saya banyakkan minum AIR MASAK..sebab air masak juga membantu untuk meningkatkan metabolisma badan kita..
  8. Saya KAWAL NAFSU MAKAN saya yang dulunya sangat suka makan makanan yang berlemak seperti masak lomak cili api..haha..maklumlah saya orang N9..
  9. Saya menjalani PROSES DETOX dengan HERB-LAX SHAKLEE..sebab untuk kuruskan badan wajib menjalani proses penyikiran toksin dalam badan dahulu supaya mudah untuk proses penyerapan vitamin berlaku..maklumlah dah hampir 30 tahun hidup perut ni pun dah macam2 terima jenis makanan..
  10. Saya ISTIQAMAH makan LECITHIN SHAKLEE sebab ia membantu untuk saya dapatkan berat idaman saya..dan juga kalau dulu saiz jeans 34 pastu 31 dan sekarang dah saiz 29..macam tak caye je..tapi kene percaya... ;)
Memang lambat untuk saya daptkan berat ideal dengan ketinggian saya dan ambil masa yang lama juga..tapi dek NEKAD dan AZAM saya teruskan juga..seiringlah dengan USAHA..bukan angan2 je..berat saya masa pakai baju oren kat atas tu lebih kurang 74kg..BMI terlebih berat badan..saya cuma nak dapatkan berat ideal je..dan sekarang berat saya lebih kurang 60kg..BMI berat normal..tinggi tak lah tinggi mane pun 159cm..rasanya dah cukup kot berat takat ni..xmo kurus lagilah sebab banyak baju lama dah tak boleh pakai kene kecikkan..huhu..

SABAR adalah kunci utama untuk DIET ni..sebab badan tak ambil masa sehari untuk gemok dan juga badan tak ambil masa sehari untuk kurus...

Memang bukan senang nak turun.. bila kita sukar untuk dapatkan sesuatu tu, kita lebih menghargai apa yang kita dapat tu.. Bila kita dah rasa susah-payah, jerit-perih menguruskan badan, kita takkan senang-senang naikkan berat balik .. betul tak? Biar lambat, asalkan selamat.. Yang pasti, 2 daripada 10 perkara di atas (pengambilan produk Shaklee) dapat membantu mempercepatkan proses tersebut.

Jika berminat, hubungi saya untuk ketahui apakah 3 produk Shaklee yang dapat membantu anda turunkan berat badan dengan selamat dan berkesan!!


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi saya melalui:
sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey

Thursday, November 24, 2011

Testimoni: Parut di Wajah Pudar dalam Tempoh 25 Hari!

Assalamualaikum!

Saya sangat teruja bila tengok sendiri gambar testimoni seorang pengguna Shaklee di bawah ni.. Jangan tak percaya, parut di mukanya hilang dalam tempoh 25 hari sahaja!



"Saya mengambil makanan tambahan (suplement) kerana saya tahu corak pemakanan saya setiap hari.. Anda bagaimana?? Vitamin sangat penting bukan saja untuk orang perempuan je.. Zaman sekarang ni lelaki pun dah ambil berat tentang kesihatan dan kecantikan tau.. tambah2 la orang pempuan ni.. Sapa tak nak cantikkan.. Saya percaya kalau tanya mesti semua orang nak cantikkan... Jgn cantik di luar je.. ehehe.. Dalaman perlu di jaga.. Dari dalaman yang sihat maka akan terpancarlah kecantikan di wajah.. ^_^ 

Alhamdulillah saya di pertemukan dengan vitamin Shaklee ni.. Syukur sangat sebab sebelum ni saya mengalami masalah parut pembawakan baby.. Anak pertama dan kedua alahan sama ja..Saya sangat2 malu untuk berjumpa dengan orang.. Sebelum ni tak terlintas di hati nak makan vitamin.. Asyik tukar produk kecantikan je.. Dari yg murah sampai la yang mahal tp perubahan tak banyak.. Apa-apa pun saya sangat bersyukur pada Allah S.W.T kerana memberi dugaan ini pada saya..^_^.. kalo tidak tak kenal la dengan vitamin-vitamin ni.. ehehehe

Suatu hari saya ada terbaca di dalam majalah tentang pentingnya vitamin ni.. Apalagi google la carik vitamin.. ehehe.. Lama jugakla dok baca testimoni sana sini pasal Shaklee ni dan alhamdulillah Allah telah bukakan pintu hati ini untuk mencuba vitamin Shaklee ni.. Nak tahu set apa yang saya cuba?? ehehe
jeng...jeng...jeng...




ha.. ni la vitamin yg saya ambil..

Terus beli yg besar tu.. Saya beli set besar sebab biasanya untuk serasi dengan badan ambil masa 3 bulan camtu.. Yang besar ni boleh tahan sampai 4 bulan.. ehehe.. Alhamdulillah baru je consume dengan vitamin ni dalam seminggu dah ada orang tanya..Sekarang pakai produk kecantikan apa ye??  Orang akan tanya produk kecantikan.. takde pulak yang tanya ada ambil vitamin ke?? ehehe..

Raya Haji baru ni pun family datang beraya di rumah saya.. Sama juga soalan.. Pakai apa sekarang?? ye la sebelum ni asyik tukar produk kecantikan je.. Asyik jaga luaran tp dalaman???? sebab tu mak,kakak tanya camtu.. Mungkin jugak sebab dah lama tak tengok.. Padahal masa tu baru seminggu je makan vitamin ni.. 

Sejak amalkan vitamin ni AIR menjadi teman setia saya.. sampai nk tido pun bawa masuk sebotol air ke dalam bilik.. hahaha.. Dalam kereta mesti ada air kosong..

Apa lagi... Jom sapa-sapa nak cantik diluar dan sihat di dalam..^_^"


Cerita Asal: SyaLovelyMom

Alhamdulillah.. seronok bila dapat tau pengguna mendapat kebaikan Shaklee... Moga lebih ramai yang mendapat manfaat daripada pengambilan Shaklee. InsyaAllah, kalau konsisten dan kena caranya, pasti beroleh hasil yang diingini.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi saya melalui:
sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey



Wednesday, November 23, 2011

Adakah Anda Memerlukan Zink Tambahan?

Assalamualaikum!


Apakah khasiat zink? Adakah anda memerlukan zink tambahan? Mari kita baca apakah fungsi dan kebaikan zink kepada tubuh badan kita...


  • Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan. Anda ada masalah kulit muka?Jom tambah Zink dlm diet harian anda.
  • Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.
  • Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat. Dah cuba macam-macam produk, tapi muka masih berjerawat? Cuba tambah Zink dlm diet harian anda.     
  • Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka. Luka semasa bersalin lambat sembuh? Cuba tambah Zink dlm diet harian anda.
  •  Gangguan Prostat: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat. Risau masih belum dikurniakan anak?Cuba tambah Zink dlm diet harian anda.
  • Hilang berat badan: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan. Selera menjadi? Risau badan gemuk? Jom tambah Zink dlm diet harian anda.
  • Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
  • Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.
  •  Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.
  • Jangkitan: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.
  • Antioksidan: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .
  • Aturan Enzim: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.
  • Kanser: Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.
  • Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.
  • Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut. Risau rambut semakin nipis selepas bersalin? Cuba tambah Zink dlm diet harian anda.
  • Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang. Sakit lutut?Tumit kaki? Cuba tambah Zink dlm diet harian anda.
  •  Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.Mata semakin rabun terutama di malam hari? Cuba tambah Zink dlm diet harian anda.

Berapa banyak zink yg anda perlukan? Sila rujuk jadual dibwh.

Birth to 6 months
2 mg
Infants 7–12 months
3 mg
Children 1–3 years
3 mg
Children 4–8 years
5 mg
Children 9–13 years
8 mg
Teens 14–18 years (boys)
11 mg
Teens 14–18 years (girls)
9 mg
Adults (men)
11 mg
Adults (women)
8 mg
Pregnant teens
12 mg
Pregnant women
11 mg
Breastfeeding teens
13 mg
Breastfeeding women
12 mg


Berdasarkan fakta di atas, sebab itulah kami menyediakan sekali zink complex dalam Set Berpantang kerana untuk mempercepatkan proses baikpulih badan ibu-ibu selepas bersalin.  Mengapa ibu dalam pantang disyorkan makan ikan haruan? Sebab kandungan zink yang tinggi dalam ikan haruan. Namun, bukan semua orang boleh terima rasa ikan haruan. Sehubungan itu, suplemen zink complex Shaklee adalah pilihan terbaik!

Selain itu, bagi mengatasi masalah rambut gugur, kelemumur, jerawat dan sebagainya juga sangat disyorkan mengambil zink complex. Ramai yang telah berpuashati setelah menambah zink complex Shaklee dalam makanan tambahan mereka.

Zinc Complex Shaklee
Zinc Complex

Metabolik SemulajadiZink hadir di dalam semua sel tubuh badan sebagai sebahagian daripada tindakbalas enzim di mana ianya terlibat di dalam pelbagai aktiviti biokimia.  
  • Satu tablet membekalkan 100% Nilai Harian bagi zink.
  • Zink adalah faktor di dalam mengekalkan kesihatan yang baik, dan membantu tubuh badan memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.
  • Dirumus dengan zink glukonat yang mempunyai bio yang tinggi di dalam bes alfalfa dan barli panggang.
  • Dengan rumusan sayur-sayuran.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi saya melalui:
sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey

Tuesday, November 22, 2011

Breastfeeding Info: Bayi Bawah 6 Bulan Tak Perlu Air Tambahan


Assalamualaikum!

Sempena menantikan kelahiran anak saudara baru saya yang menunggu masa sahaja, saya ingin kongsikan sedikit info tentang penyusuan susu ibu. Tentang pemberian air masak kepada bayi kecil (bawah 6 bulan).

Pengalaman dengan anak pertama, saya sendiri kurang jelas tentang maksud sebenar 'exclusive breastfeeding' pada waktu itu. Saya tak tahu pun baby bawah 6 bulan tak perlu diberikan air masak. Saya sangkakan asalkan tak diberi formula, dikira sebagai 'eksklusif'. Sangkaan saya meleset sama sekali. 

Berdasarkan polisi penyusuan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan takrifan yang diberikan oleh WHO, dapat disimpulkan bahawa
penyusuan ibu secara eksklusif itu adalah bayi diberi SUSU IBU SAHAJA
  • tanpa  minuman/makanan lain (air masak, susu formula, jus, teh, kopi dll)
  • Berapa lamakah penyusuan eksklusif diperlukan?
  • selama 6 bulan
  • Sekiranya bayi diberi minuman lain (air masak/ jus) di samping susu ibu dalam tempoh 6 bulan itu, maka ia dikatakan “Penyusuan Sepenuhnya” (fully breastfeeding) dan bukannya “Penyusuan Eksklusif”.

    Di Malaysia dikatakan terdapat peningkatan dalam penyusuan susu ibu namun penyusuan eksklusif masih kurang (walaupun tiada statistik rasmi dikeluarkan).
    Senarionya ramai ibu-ibu masih kurang yakin untuk memberi susu ibu SAHAJA kepada bayi selama 6 bulan tersebut. Tambahan kepada air masak dan sekali sekala susu formula kelihatannya sukar dielakkan.


    Sumber:momschoice

    Sebenar-benarnya, pemberian air masak (atau air tambahan lain termasuk glukosa, jus, air teh, kopi, erk..) boleh memberi mudarat kepada bayi! Ini kerana...

    1. Pemberian air masak (atau air-air lain) meningkatkan risiko jangkitan penyakit kerana air akan bertindak menghakis salutan bahan pelindung penyakit (immunoglobulin A, IgA) yang diperolehi daripada susu ibu yang menyaluti saluran pencernaan bayi.
    2. Pemberian air lain akan meningkatkan kebarangkalian kegagalan penyusuan ibu secara eksklusif kerana apabila bayi telah kenyang dengan minuman lain, bayi akan kurang menyusu daripada ibu dan mengurangkan rangsangan dan seteruskan mengurangkan penghasilan dan pengeluaran susu ibu.
    3. Pemberian air lain juga boleh meningkatkan risiko kekurangan zat makanan kepada bayi kerana bayi akan kurang minum susu ibu, oleh itu bayi akan kurang mendapat nutrien daripada susu ibu.
    4. Pemberian air kosong akan meningkatkan risiko “keracunan air”  atau water intoxication terutama kepada bayi yang berumur kurang daripada 5 minggu kerana air yang terlalu banyak akan mencairkan kandungan garam di dalam darah yang mengakibatkan suhu badan menjadi rendah, bayi mengalami kembung perut dan juga boleh mengakibatkan sawan tarik.

    Kandungan air di dalam susu ibu adalah sekitar 80-90% sudah mencukupi untuk bayi, sesuai dengan usianya. Jadi bayi yang menyusu secara eksklusif selama 6 bulan tidak memerlukan air tambahan kerana susu ibu sudah memenuhi semua keperluannya untuk air, zat makanan, dan kasih sayang.

    Sumber: momschoice

    Info tentang penyusuan kini berada di hujung jari kita sahaja. Pastikan ibu-ibu penuhkan ilmu di dada supaya kita lebih bersedia apabila tiba waktunya nanti. InsyaAllah, dengan ilmu, kita lebih yakin menghadapi segala cabaran dan dugaan yang bukan sedikit dalam menjayakan penyusuan susu ibu.


    Entry ini ditulis untuk tatapan ibu yang menyusukan anak serta bakal-bakal ibu yang bakal memperjuangkan penyusuan susuibu. Semoga entry ini memberi manfaat buat anda yang membaca. Saya harap entry saya ini berjaya memenangi Hadiah Khas dari blog www.anakkuwiraku.com yang menaja Contest Cerita Dunia Susuibu.

    Aini Hayati Luey
    ID Shaklee : 852412
    emel : ainihayati[at]gmail.com
    h/p: 012-2897359
    COD : Putrajaya

    Monday, November 21, 2011

    Testimoni : Kesan ESP pada kulit...

     
    Assalamualaikum! 
    Just a quick update.. Testimoni Energizing Soy Protein (ESP)...
    Sekilas Fakta tentang Energizing soy Protein (ESP) Shaklee...
    • Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
    • Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana iamengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian
    • Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.
    • Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP (Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna.Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones
    • Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafein.


    SIAPA YG PERLUKAN ESP?

    Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu.terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)

    Lelaki : Protect from any disease (heart,cancer,etc)

    Ibu mengandung : For a healthier pregnancy- well grown fetus ; membantu mengurangkan ketakselesaan ketika hamil

    Ibu yang menyusu: Membantu menggalakan dan mengekalkan pengeluaran susu . Dan yg bestnya, pengambilan ESP konsisten sepanjang penyusuan susu ibu,dapat membantu pekembangan fizikal bayi secara sihat

    Wanita: Keanjalan kulit.. Awet muda gitu..… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

    Kredit : MamaFaiz


    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

    Boleh hubungi saya melalui:
    sms: 012-289 7359
    emel: ainihayati[at]gmail.com
    fb: Aini Hayati Luey

    Thursday, November 17, 2011

    Hikmah di sebalik Surah Al-Fatihah


    Assalamualaikum!
    Kita sebagai hamba-Nya hanya dapat merancang dan seterusnya bertawakal (usaha + doa) untuk mendapatkan apa yang kita inginkan. Selebihnya, hanya Allah yang Maha Berkuasa untuk menjadikan hasrat kita itu satu kenyataan atau sebaliknya. Namun, sebagai hamba Allah, kita kena sentiasa bersangka baik (khuznu zon) kepada-Nya kerana hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya. Di samping itu kita haruslah terus berdoa, berdoa dan berdoa tanpa jemu... 
    Selain berusaha dengan bekerja keras (dan dengan bijak), ada pelbagai amalan kerohanian yang boleh kita amalkan sebagai salah satu ikhtiar.. InsyaAllah, dengan mendekatkan diri kepada-Nya, semoga Allah memakbulkan segala yang kita hajati...
    Samalah konsepnya dengan hubungan cikgu dan murid. Kalau anak murid yang rajin dan pada masa yang sama pandai ambil hati cikgunya, pasti mendapat perhatian utama cikgu kan.. Berbanding anak murid lain yang juga rajin, tapi tak berapa rapat dgn cikgu... =)


    Di sini saya kongsikan fadhilat surah Al-Fatihah...
    Untuk mendapatkan zuriat, pangkat, rezeki, melepaskan hutang, hajat, kekuatan zahir & batin, dan sebagainya wiridkanlah surah ini sebanyak 41 kali di antara solat sunat subuh dan solat fardhu subuh. Sebaik-baiknya diamalkan selama 40 hari. Insya-Allah berhasil.
    Untuk Murah Rezeki, bacalah Surah Al-Fatihah 7 kali, Surah Al-Ikhlas 7 kali, Surah Al-Falaq 7 kali dan surah An-Nas 7 kali selepas solat fardhu jumaat (sebelum mengubah kedudukan selepas memberi salam). Insya-Allah di ampunkan dosa-dosanya, terpelihara dan aman sehingga jumaat akan datang serta dilimpahi rezeki yang tidak terhingga Insya-Allah.
    Untuk pendinding ketika tidur, bacalah Surah Al-Fatihah 1 kali, Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq 1 kali dan surah An-Nas 1 kali sebelum tidur. Insya-Allah terpelihara dari mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan malapetaka.
    Semoga Allah berkati segala usaha kita dan memenuhi segala impian kita...Aminn..

    Sumber: ahmadzaki
    Aini Hayati Luey
    ID Shaklee : 852412
    emel : ainihayati[at]gmail.com
    h/p: 012-2897359

    COD : Putrajaya

    Wednesday, November 16, 2011

    Faktor yang Mempengaruhi Kepekatan Susu Ibu


    “Kenapa bila saya lewat pam, susu yang keluar cair je?”

    Mungkin persoalan di atas pernah terlintas di fikiran ibu-ibu menyusu. Saya sendiri pernah mengalaminya. Satu hari tu, saya keluar ‘dating’ dengan bff yang hanya berkesempatan jumpa setahun sekali (if lucky!)… Dari pukul 10 pagi, dok kat kedai makan bersembang sampai tak ingat dunia.. sampaikan nak mengepam pun ditunda-tunda.. akhirnya pukul 3 petang baru ‘berkesempatan’ nak mengepam. Itupun sebab nak solat Zohor (lambatnya.. hehe). Then masa mengepam tu sorang bff tegur, ‘Cairnya susu ko..’ Saya pun pelik. Biasanya tak lah cair macam ni. Bila dibuat research, ada sebab kenapa susu tu lebih cair dari kebiasaan.

    Menurut website Kelly.com, Susu ibu terdiri daripada foremilk dan hindmilk. Foremilk ialah susu yang diperolehi di awal penyusuan (biasanya kurang kandungan lemak) manakala hindmilk adalah susu di penghujung penyusuan (lebih berlemak). Faktor utama yang menyumbang kepada kandungan lemak dalam susu ibu adalah kekerapan ibu menyusu, selain pemakanan ibu dan breast compression.

    Kalau nak tahu, lebih kerap susu dikeluarkan dari ibu, lebih tinggi kandungan lemak susu tersebut. “the less milk in the breast, the higher the fat content”. Ingat equation di bawah ni... Full breast is a big NO. Red alert! haha.. Meh saya story sikit kisah di sebalik fakta ini..



    Hakikatnya, hanya satu jenis susu sahaja sebenarnya yang dihasilkan oleh si ibu, iaitu susu hindmilk. Semasa susu dihasilkan, butiran lemak (fat globules) dalam susu akan melekat pada dinding alveoli (di mana susu dihasilkan). Di antara tempoh penyusuan, susu ibu akan terkumpul dan mengalir keluar meninggalkan lemak tadi di milk ducts. Semakin lama kita menjarakkan waktu menyusu /mengepam, semakin rendah kandungan lemak dalam foremilk. Apabila let-down-reflex (LDR) berlaku, aliran susu lebih laju melalui ducts sehingga disalurkan keluar.
    Apabila breast mula mengosong (ada ke perkataan ni??), butiran lemak (fat globules) tadi akan mula mengalir melalui ducts (dengan bantuan LDR). Sebab itu bila berlaku LDR, semakin cepat susu hindmilk dikeluarkan. Dan semakin lama proses penyusuan berlaku, semakin banyak hindmilk dapat dikeluarkan.

    Hebatkan kejadian Allah... Subhanallah.. 


    Padanlah susu saya cair masa tu.. Biasanya pukul 11 dah pam, ini pukul 3 baru nak pam.. Foremilk dah terkumpul banyak...


    Dan sebab itulah, ibu kena kerap kosongkan breasts kerana kalau tidak, signal 'red light' (macam kat gambar atas tu) akan dihantar kepada otak supaya jangan hasilkan susu lagi kerana susu dah penuh..susu tak diperlukan lagi.. Lama-kelamaan susu pun kering...


    Diharapkan dengan penjelasan ini, dapat mengurai serba sedikit persoalan ibu-ibu di luar sana. So, patuhi jadual mengepam anda sebaik mungkin ya! Dan jangan lupa ambil suplemen tu! Jangan ngelat... hehe

    Sumber

    Entri ini ditulis untuk tatapan ibu yang menyusukan anak serta bakal-bakal ibu yang bakal memperjuangkan penyusuan susuibu. Semoga entri ini memberi manfaat buat anda yang membaca. Saya harap entri saya ini berjaya memenangi Hadiah Khas dari blog www.anakkuwiraku.com yang menaja Contest Ceria Dunia Susuibu.

    Aini Hayati Luey
    ID Shaklee : 852412
    emel : ainihayati[at]gmail.com
    h/p: 012-2897359
    COD : Putrajaya

    Monday, November 14, 2011

    Testimoni Vtamin E


    Assalamualaikum!

    Beberapa testimoni untuk perkongsian tentang kehebatan Vitamin E Complex Shaklee...


    Selain itu, testimoni dari kawan Nor Hasmah :

    Dulu pakai product macam2 semua tak serasi, sbb bila makan je supplement2 lain, period akan tidak teratur dan ada sejenis product ni memang bagus, tapi tak pernah dapat pengikhtirafan HALAL, so stop. Teringin nak cuba Shaklee tapi macam tak mampu je, sampailah tiba2 saya dipromote tentang Trial Pack Shaklee ni yang memang amat mampu untuk saya..ye lah..goverment servant macam saya ni tambah2 ngn xde side income lain manalah mampu utk guna product mahal2..tapi bila ada je Trial Pack Shaklee yg diperkenalkan oleh sahabat tersayang saya (Nor Hasmah Yahaya)..saya boleh mengambil supplement Shaklee (saya amik Alfalfa, Vita-lea, Vita C dan Vitamin E) tapi antara yg memang ketara perubahan pada diri saya adalah pengambilan Vitamin E..memang perubahan pada kulit adalah ketara. Kalau dulu tumit kaki sering pecah, tapi bila sekarang Alhamdulillah dah hilang, bukan itu saja kawan2 semua tegur pada perubahan kulit, terutama kulit muka nampak berseri-seri, dan semua tanya makan apa dan pakai apa..so, xde makan lain kecuali SHAKLEE Vitamin E..yg lain2 perubahan, keputihan saya dulu agak serius, tapi Alhamdulillah sekarang "clean and clear" hehe..so, memang bestlah SHAKLEE ni..memang PERFECT..

    Sesapa yg belum try, baik try amik supplement Shaklee, tapi pastikan makan secara berdisiplin..jgn time ingat baru nak makan, saya jadikan moto "seharianku tak complete tanpa dirimu"...hehe..so, jom semua cantikkan kulit kita..sebab sparepart kulit tak de dijual di kedai...


    Hehehe.. sukalah ayat last tu.. "...sebab spare part kulit takde dijual di kedai.. " Betul sangat tuu.. ;)

    Apa bezanya Vitamin E Shaklee dgn jenama lain atau yang ada kat farmasi? 

    “Shaklee Vita-E contains natural vitamin E – d-alpha tocopherol from soybean oil and it is more potent and readily absorbed by the body than synthetic vitamin E. It also has 10mcg of selenium from natural nutritional yeast sources.” 
    Tahukah anda vitamin E Shaklee mengandungi silenium manakala kebanyakan Vitamin E di pasaran dijual berasingan dengan silenium. Antara kelebihan Vitamin E ialah :
    1.Dengan membaiki pembekalan oksigen dan asid Nukleik, Vitamin E menyembuhkan parut, tompok dan kesan pada kulit.
    2.ANTI-PENUAAN – Kesan antioksidan dan Vitamin E menghalang proses penuaan sel dan memperbaiki pembekalan oksigen, memberi anda lebih ketahanan.

    Sesungguhnya, kecantikan bermula dari dalam.. You are what you eat!


    Hubungi saya untuk dapatkan vitamin Shaklee anda:
    Aini Hayati Luey
    ID Shaklee: 852412
    sms/whatsapp: 012-2897359

    COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!

    ** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...