Followers

Friday, August 26, 2011

Raya dah dekat... Jom balik kampung!

Assalamualaikum!

Kitorang kalau nak balik kampung belah husband, dah macam nak pindah rumah gayanya! Padahal nak balik 3 hari dua malam je.. Hmm.. Mana taknya, baju budak-budak mana boleh bawak 2-3 helai! Mesti kena kasi spare 1-2 helai... Belum masuk bab botol susu, susu formula along n abg ngah.. Pampers lagik..Nasib la bawak waja.. banyak la jugak space dalam bonet tu nak dipenuhkan. Kalau MPV biasa-biasa.. mana nak sumbat banyak2 tu? Baju/barang budak-budak biasanya saya angkut dengan box2nya sekali. Amik.. Tapi nampak gayanya, semalam cubaan kurang berjaya... Banyak lagi baju yang tak muat nak diisi ke dalam box tu.. huhu.. Nanti bawak dua-tiga beg ayahnya bising pulak.

InsyaAllah lewat malam ni atau awal pepagi buta esok kitorang akan berangkat ke kampung halaman. Perjalanan di luar musim perayaan biasanya mengambil masa 7-8 jam. Moga-moga kami tak terjebak la dalam kesesakan lalu-lintas yang intolerable! Harap husbandku dapat drive dengan selamat.. Nak harapkan saya meneman.. huhu.. ampuunn...Memang jenis masuk keter je terus sangap (nguap)..huhu...

Okaylah, takmo celoteh panjang. Nampaknya ini entri terakhir saya sebelum pulang ke kampung halaman.. Semoga semua yang pulang beraya di kampung, kembali dengan selamat... Ingat, raya.. raya juga... Kesihatan kena jaga.. Makan suplemen tu.. Jangan dok perap je dalam botol dia. hehe.. Masa sihat ni la nak jaga kesihatan. Dah sakit nanti susah..

Last but not least...

Selamat Hari Raya.. 
Maaf Zahir dan batin...


Tuesday, August 23, 2011

Kawal kolestrol di Musim Perayaan

Assalamualaikum!

Sedar tak sedar, tinggal seminggu je lagi kita nak menyambut Syawal. Saya pasti ramai di kalangan kita dah tak sabar-sabar nak beraya sakan. Dah terbayang-bayang ketupat, rendang, lomang, sate, lontong... wah wah.. kalau nak listkan memang tak cukup satu entri! Kalau raya belah saya (org Johor), juadah ketupat (daun kelapa tau! tak main ler yang dalam plastik tu... itu nasi impit. hehe), kuah lodeh, rendang memang wajib. Tapi belah suami pulak (kelate) tak tentu.. Boleh jadi nasi dagang, sate, nasi beryani, atau apa-apa aje... Itulah bezanya dua budaya. ecewah.. Tapi, sedar tak, ada SATU persamaan antara banyak-banyak juadah tu.. Penyumbang KOLESTROL!!

Sebulan berpuasa, perut pun dah kempis.. sistem badan dah sihat.. Tiba-tiba dalam masa satu hari, kita sumbat semula badan dengan pelbagai lemak dan minyak yang boleh memudaratkan tubuh badan kita. huhu...

Makanan begini memang sukar dielakkan di negara kita yang mewah dengan makanan, apatah lagi di waktu-waktu perayaan begini. Namun, ada cara bagaimana kita nak 'mengawal' keadaan..

Saya kongsikan artikel dari Anakkuwiraku



Tanpa kita sedari ada sesetengah juadah boleh menyebabkan kandungan lemak jahat dalam salur darah makin meningkat.

Apakah vitamin yang sekurang-kurangnya ada demi mengawal kandungan kolestrol dalam darah terutama dalam mengawal kolestrol jahat iaitu LDL.





Atau jika anda berkemampuan lebih berkemampuan



Secara ringkasnya kepentingan vitamin yang dinyatakan ialah :


Vitamin C sangat perlu dan penting untuk pembuluh darah. Salur darah yang kurang vitamin C ibarat getah paip yang reput dijemur matahari dan bila2 masa sahaja boleh pecah.

Lecithin penting untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids). Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol. Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).  Membantu kawal paras triglycerides. Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah. Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

GLA ianya mengandungi vitamin E disamping ianya berfungsi untuk menstabilkan keadaan hormone di dalam tubuh badan kita. Ianya juga membantu membakar lemak di dalam salur darah. Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung. Mengawal kencing manis dan darah tinggi. Mengawal kolesterol dan bagus untuk fungsi saraf.

Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.Menguatkan imuniti tubuh.Memperlahankan proses penuaan.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey



Friday, August 19, 2011

Testimoni Terkini

Assalamualaikum!

Testimoni 1

Kak Azlin dari Jerteh telah mencuba ESP selama lebih kurang 2 minggu dan apabila saya bertanya khabar beliau..

"Alhamdulillah ok.. Susu pun semakin ok. Kadang sampai tersedak baby. Tapi perahan susu x la banyak tapi tetap syukur sangat2 Alhamdulillah.. Dulu sehari 4 oz sekarang dalam 6-7 oz. Alhamdulillah.. InsyaAllah lepas ni akan cuba supplement lain pulak. Tqvm Aini."


Testimoni 2

Seorang kawan pejabat saya pregnant 7 bulan dan dari bulan ke bulan, check-up mendapati HB rendah. Akhirnya baru-baru ini saya syorkan beliau mencuba Vitalea iron formula menggantikan pil iron yang dibekalkan oleh klinik. Alhamdulillah, tak sampai 2 minggu.. Semasa check-up baru-baru ni beliau mendapati HB nya telah naik dari 9+ kepada 11+. Gembira bukan kepalang kawan saya tu... :D

Alhamdulillah, tiada yang lebih menggembirakan hati saya bila orang lain turut dapat merasai khasiat dan kebaikan Shaklee...

Jika anda ingin mendapatkan kesihatan optimum dengan vitamin natural Shaklee, boleh emel saya di ainihayati[at]gmail.com atau sms saya di 012-289 7359.



Thursday, August 18, 2011

Inginkan kulit halus-mulus dan wajah bersih berseri di pagi Aidilfitri?


Orang pompuan ni, nak cantik punya pasal... Macam-macam sanggup buat kan. Tepek sana, tepek sini (macam model kat atas tu. hehe) , makan itu, makan ini.. Dengan zaman teknologi sekarang ni, ada pulak cucuk sana cucuk sini.. yang membahayakan diri tu, janganlah yea..

Dengan shaklee, anda tak perlu membahayakan diri semata-mata untuk kelihatan cantik. Raya dah dekat ni. Melaram dengan baju raya cantik-cantik.. vogue-vogue.. Tapi kalau muka kusam, tak berseri, tak syok juga kan.. Dengan suplemen Shaklee, anda mampu untuk mendapatkan kulit yang halus-mulus, pipi bak pauh di layang. ngeh ngeh..
Ada satu testimoni yang ingin saya kongsikan..

"Saya amik vitamin ni sebab period saya tak teratur. Tapi siapa sangka lepas makan vitamin ni, suami dan keluarga mertua puji kulit saya makin cantik. Bukan nak puji diri sendiri tapi saya memang dapat rasakan perubahan yang ketara amik vitamin ni. Dulu makan vitamin E pun tak nampak ketara seperti sekarang. 
Terima kasih kak N."

Ini adalah testimoni yang sahabat saya terima daripada seorang customernya yang mahu dikenali sebagai puan S. Puan S sangat gembira dan teruja selepas mengambil vitamin yang sahabat saya sarankan kepada beliau.

Puan S mengamalkan vitamin yang sangat penting untuk seorang wanita mengekalkan kestabilan hormon dan secara langsung, hasilnya dapat dilihat pada kulitnya yang  semakin cantik dan berseri.

Berapa lamakah anda boleh lihat kesan ini pada wajah bila diamalkan? Paling cepat ialah 7 hari dan paling lewat 21 hari.
Ingin tahu apa yang beliau amalkan?

Hanya emelkan pada saya di ainihayati[at]gmail.com  dengan tajuk
Saya ingin kelihatan cantik!

Saya akan emelkan kepada anda rahsia puan S!



Wednesday, August 17, 2011

Vitamin Wajibbulghunnah - Vitamin C :p

Assalamualaikum!
Pagi-pagi lagi dah loqlaq la ibu hari ni. huhu.. Semangat ni siapkan anak nak gi skool (setelah lama amik cuti sendiri) .. Last-last bila nak kuar rumah, hairan tengok kenapa lengang je kawasan depan sekolah anak?? Dalam hati dah terdetik.. adoila... Tapi pergi jugak ni ke sekolah anak... Confirm! Pintu pagar berkunci.. Hari ni Selangor cuti Nuzul Qur'an daaa.. Lupa pulak rumah den kat Selangor.. Takpelah along, esok boleh gi k. Huhu...

Cukup selingan pagi ni. Entri ni actually nak share pasal vitamin-wajib- ada-di-setiap-rumah. Rasa-rasanya, dari kecik lagi, vitamin yang memang biasa diambil oleh kita mesti at least vitamin C. Ha.. betul tak? betul tak? Masa zaman kanak-kanak sekurang-kurangnya, mak kita mesti ada suakan vitamin C perisa oren ke, perisa anggur ke.. minyak ikan ke... Ini semua tak lain tak bukan, untuk mempertingkatkan antibodi kita. 

Jom baca apa kebaikan vitamin C...

Credits : Cery, Azrin
Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu?
  • Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

  • Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amatdigalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

  • Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

  • Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren.
Tapi, dalam banyak-banyak vitamin C, kenapa Vitamin C shaklee menjadi pujaan hatiku?




Apa yang membezakan Vitamin C jenama Shaklee dgn yang lain2?

Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C mengandungi:
  • Kandungan Vitamin C yang tinggi.
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
  • Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah *


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey

Tuesday, August 16, 2011

Diari Ramadhanku

Assalamualaikum!

Sedar tak sedar, kita dah melangkaui separuh Ramadhan. Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan umur olehNya, diberi peluang untuk menikmati dan menghayati hari-hari terakhir Ramadhan.

Bagi saya pula, Alhamdulillah.. Setakat ni masih berpuasa penuh. Cuma ada satu hari tu, terlepas sahur... Aduhai... Rasa tak larat sangat-sangat .. Dah lama tak rasa macam tu bila puasa. Seingat saya, time budak-budak dulu ada la rasa gitu. Badan panas-panas.. nak melangkah pun, kaki terasa beraaattt sangat. Nak angkat tangan pun tak larat. huhu.. Kebetulan pulak malam sebelum tu saya tak jamah langsung ESP atau PD! Tapi, berkat sokongan suami, akhirnya lengkap juga puasa saya hari tu. :D

Kalau nak tau, setiap hari.. Bangun sahur saya akan bancuh susu fresh sejuk + mealshake (1 sb) + ESP (1sb) dan shake-shake... Dengan perut kosong, saya minum abis satu bekas air (250ml)...yum yumm...

Pastu, baru makan nasi, dll... Kemudian makan 1-3 biji buah tamar. Then minum Performance pula.. Performance saya bancuh dengan sedikit jus oren atau apa2 jus la.. just nak bagi dia rasa manis-manis buah gitu.. Tadi first time hubby pun minum performance. Saya campurkan dengan jus oren. Ada lah 500ml dia minum.. Harap dia dapat maintain bertenaga hari ni. Sebab nak drive jauh, ke kelantan nun..

Oh ya, selain tu saya juga akan amik vitamin C dan minum 2-3 gelas air masak lagi... Si kecik tu tak berapa sihat pulak kebelakangan ni.. selsema, batuk.. ni dari semalam badan start panas pulak. huhu.. So, kenalah ibu tambahkan imuniti melalui susu ibu ni...

Untuk berbuka pula, biasanya saya minum ESP+Mealshake mcm masa sahur tu, selepas makan... maksudnya lepas solat magrib semua lah... Biasalah, time buka tu macam2 nak makan. Nafsu.. nafsu. huhu... Pastu, bila haus je, saya akan bancuh Performance dengan air kosong sejuk.. atau dengan jus buah (kalo ada). Asal haus je, minum Performance. bancuh dalam 1 sb jer...

Dan last but not least, sebelum tidur.. (kalau tak TERtidur), saya akan minum shake saya tu lagi... Vitamin-vitamin lain biasanya saya telan in between waktu berbuka dan tidur. Tu pun kalau ingat. haha... teruk betul. Tapi, so far alhamdulillah, production susu saya masih maintain bula posa ni. walaupun tak lah semeriah mana. Sebab sebelum posa lagi pun memang tak berapa meriah. Diri sendiri yang malas buat power-pumping etc. huhu..

Ok lah, puasa kawan-kawan macam mana pulak ya? Kalau sesiapa teringin dan terasa nak beli Shaklee, bolehlah contact saya melalui emel ainihayati[at]gmail.com ataupun sms henpon saya 012-289 7359. Ada promo vitamin c dengan harga yang menarik serta peraduan anjuran Euphoria dengan pembelian mana-mana trial pack, hadiah utama RM400.. woohoo.. sapa nak bagi duit raya banyak tu weiii... :D

Salam Ramadhan,

aini



Friday, August 12, 2011

Tazkirah Pagi Jumaat - Solat Dhuha

Assalamualaikum!

Hai kawan-kawan. Lama betul rasanya tak bersiaran. Mana yang tak tau tu, setiap kali bulan Ramadhan, saya dan suami mengusahakan bisnes Kurma Yusuf Taiyoob. Alhamdulillah, syukur atas rezeki yang Allah beri. Ni dah nak masuk pertengahan Ramadhan ni, dah boleh tarik nafas sikit. Tapi masih ada sikit-sikit stok yang tinggal. Masa utk buat Clearance Sale!

Ok lah, di pagi yang mulia ni, saya cuma nak kongsikan satu artikel yang simple yet padat tentang Solat Dhuha. InsyaAllah, berkat bulan Ramadhan dan hari Jumaat, bolehlah kita perlahan-lahan jadikan Solat Dhuha sebagai amalan kita. Moga Allah limpahkan kita dengan rezeki yang halal dan diberkati. Aminn..

Credits: Cik Yut

Ruang waktu dan waktu afdal
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.
.
.
Cara melaksanakannya
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betulsyarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.
.
Doa yang disarankan
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”
.
.
Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…
Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”
Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.
Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.
Berkenaan doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi… Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. ameennn…




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...