Followers

Thursday, June 30, 2011

Kalsium - Selain untuk Tulang dan Gigi yang Kuat

Assalamualaikum!

Kalau sebut kalsium je, kita mesti terbayangkan tulang dan gigi... osteoporosis!! Dan biasanya kaum wanitalah yang sering dikaitkan dengan osteoporosis. Betul tak? (Setuju je lah..)


Tapi, tahu tak anda, kalsium sebenarnya ada banyak peranan lain dalam tubuh kita.  Bukan kaum hawa sahaja yang perlukan kalsium secukupnya. Orang lelaki pun sama je. Mari kita baca artikel yang saya dapat dari blog Cery ni:

Sebenarnya kalsium amat penting dalam kehidupan manusia secara keseluruhan. 99% daripada sumber kalsium berada dalam tulang dan 1 % lagi berada di dalam darah, gigi dan tisu. Kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Okey, Ini semua orang tahu, termasuklah budak sekolah rendah. Kalsium memastikan tulang kita padat dan kukuh. Ini bagi memastikan kita boleh berdiri tegak. Jika kurang kalsium, tulang kita ada ruang kosong, rapuh dan mudah patah.

Kesuburan 
Kajian oleh para ilmuan dalam bidang kesihatan mendapati di hujung sperma terdapat komponen kalsium yang berfungsi membelah dan menembusi dinding telur, kemudian barulah berlaku pembentukan janin. Jadi, sebenarnya tidak semudah itu sperma dapat masuk ke dalam ovum, perlu ada kalsium. Berita baik untuk mereka yang belum dikurniakan anak. Mungkin perlu tingkatkan pengambilan kalsium terutama pada si suami.

Membantu fungsi otot dan jaringan saraf 
Menurut satu sumber yang saya baca, kajian saraf adalah yang paling rumit untuk difahami. Sistem saraf bertugas sebagai pengendali. Ibarat stereng kereta. Kalau tiada stereng bagaimana hendak memandu. Kalau system saraf kita tidak berfungsi, kita jadi lumpuh. Kalau sesiapa yang pernah mengikuti perkembangan komposer terkenal, Seri Bayu pasti tahu, betapa beliau menghadapi satu ujian yang hebat iaitu menderita penyakit saraf. 1% kalsium yang berada di luar tulang ini, memang kecil tapi besar impaknya pada tubuh manusia.

Kalsium memastikan otot dapat meregang dan mengecut. Orang yang merasa kebas atau kesemutan adalah kerana ototnya tidak meregang dan berkontraksi. Sewaktu mengandungkan Aisyah, saya pernah rasa kejang kaki. Biasa dialami oleh wanita mengandung. Melalui pembacaan, ia dikatakan berlaku apabila mesej dari otak tidak sampai ke otot dan saraf. Proses penghantaran maklumat inilah yang dipanggil neurotransmitter. Ion kalsium membantu pelepasan neurotransmitter. Ketiadaan kalsium menyebabkan maklumat tidak sampai kepada penerima iaitu otot dan saraf. Akibatnya, badan tidak dapat bergerak kerana tidak menerima arahan. Gejala paling ringan ialah, kekejangan otot. Teringat seorang teman saya, tiba2 beliau tidak dapat menaip. Doktor mengesahkan beliau ada masalah saraf. Apa yang saya tahu, beliau menyusukan anak dan bekerja. Mungkin pengambilan kalsium dapat membantu selain ubat-ubatan

Kalsium juga bertindak sebagai alarm kepada system imun. Kedatangan virus dan kuman akan dimusnahkan oleh system imun kita. Namun, sebelum tentera pertahanan badan kita dapat bertindak, ion kalsiumlah yang akan membawa arahan supaya sel-sel imun bertindak memerangi virus dan kuman tersebut. Kekurangan kalsium menyebabkan system pertahanan badan kita tidak berfungsi sepenuhnya. Gejala yang biasa didapati ialah keradangan kulit seperti ekzema, kudis, jerawat, dan sebagainya lagi.

Melancarkan sistem jantung dan aliran darah 
Jantung adalah nadi kehidupan manusia. Otot jantung bergerak apabila menerima arahan daripada kalsium. Dikatakan kalsium mengaktifkan sejenis protein yang bertindak menggerakkan otot jantung dan mengalirkan darah. Apabila kalsium dalam darah kurang, kelenjar parathyroid akan mengarahkan kalsium dari tulang masuk ke dalam pembuluh darah. Masalahnya kalsium dari tulang ini tidak menjalankan fungsi kalsium di pembuluh darah. Ia mengikat lemak di jaringan pembuluh darah sehingga mengakibatkan salur darah mengeras, tebal dan menyukarkan aliran darah. Kemudian, berlakulah masalah hipertensi atau tekanan darah tinggi. Lebih parah lagi, ianya membawa kepada masalah strok dimana anggota badan tidak dapat digerakkan.
Saya pernah cerita mengenai emak saya, beliau dulu mengalami masalah jantung yang agak lemah dan mengambil Aspirin bagi membantu jantungnya berdegup. Tetapi sekarang Alhamdulillah, pernafasannya lebih lancar dan tidak tersekat-sekat walau banyak bergerak d an berjalan. Memang benar, kalsium menguatkan degupan jantung dan boleh mengurangkan lemak dalam darah.


Ada pelbagai sumber kalsium yang boleh kita perolehi daripada makanan, contohnya...

1. Keju dan makanan yang terbuat dari keju.
2. Yogurt.
3. Susu dan makanan yang terbuat dari susu.
4. Ikan Sardin dan ikan lainnya yang dimakan bersama tulangnya.
5. Sayuran yang berwarna hijau gelap seperti bayam, kangkung dan lain lain.
6. Cereal.
7. Jus jeruk.
8. Kacang kedelai dan makanan yang terbuat dari kedelai.
9. Roti, makanan yang berasal dari biji bijian, wafel.


Tapi, kalau anda jenis yang susah nak minum susu, dan jarang-jarang dapat makan sayuran gelap, anda berisiko kekurangan kalsium! Ditambah pula anda seorang ibu menyusu atau ibu mengandung.. lagilah berganda keperluan kalsium oleh badan anda! Jangan biarkan perkara ini berlarutan. Kesannya mungkin anda tak nampak sekarang, (kecuali penat, lesu, tak bermaya..huhu...) Dalam jangka masa panjang, bila anda dah tergolong dlm golongan warga emas.. mulalah rasa kebas-kebas, kejang kaki, sakit pinggang.. adoi... Quote dari Anakkuwiraku :


"PENYAKIT itu hakikatnya tidak datang secara mengejut...ianya adalah akibat sifat kita yang menangguh-nangguh perkara yang penting dan perlu."


Oleh yang demikian, dapatkan segera Ostematrix Shaklee yang mana ia bukan sekadar kalsium semata-mata, malahan turut mengandungi Magnesium dan Vitamin D yang membantu penyerapan kalsium secara optimum oleh badan!! 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey

Tuesday, June 28, 2011

It's Positive!

It's POSITIVE!! :)


Ooppsss!! Tapi itu bukan UPT saya ya. hehehe.. suspen betul! Hati ibu mana yang tak melonjak-lonjak kegembiraan bila tengok result UPT positif?? Lagi-lagi bila tak boleh tidur malam menantikan esok pagi untuk buat test tu. Bila dapat lena, sampai termimpi-mimpi buat test tu.. Bila terjaga, rupanya masih dalam mimpi.. Mimpi dalam mimpi (macam pengalaman sendiri jer?? kuikui...) Macam mana pun, saya sendiri sentiasa seronok bila ujian itu menandakan positif. Malah, tiap kali test dapat negatif, rasa sedih sangat (tak sedar baby belum umur setahun pun lagi) Keterujaan untuk mengandung memang tak dapat dinafikan lagi.. Naluri seorang ibu kot? :D 

Namun, buat masa ni biarlah saya berehat seketika.. (Yes, this time I'm serious! :p ) Harap-harap Fikry sempat menjejak umur 3 tahun sebelum saya pregnant lagi .. Saya tak kisah lagi, kesian kat bibik sebenarnya. haha..

Anyway, khas buat adik ipar saya yang tengah pregnant 4+ months.. Saya dedikasikan entri ni sebagai panduan pemakanan tambahan buat ibu-ibu mengandung .. Masa ni badan ibu sangat sensitif.. Maksudnya, kalau tak jaga makan, masa mengandung ni lah penyakit nak lekat.. Ada ibu yang kena kencing manis, kena darah tinggi dan macam-macam lagilah time pregnant.. Time tak pregnant sihat je.

Dan, jangan ingat waktu mengandung ni lah nak pulun segala macam makanan. Kena bersederhana! Saya masih ingat lagi waktu mengandungkan Alongnya.. Gi kursus kat hotel 5 bintang. Makan buffet sampai rambang mata dibuatnya. Semua nak rasa. Amik ko.. tambah sampai 2-3 kali round (err.. tak pregnant pun camtu gak ke??) Tapi just to say yang saya memang makan tak hengat dunia la masa anak pertama.. Sekali, baby pun beratnya sampai 3.7 kilo masa dilahirkan! ngeh ngeh..

Namun begitu, saya berjaya menjaga diet yang sihat dan seimbang waktu mengandungkan anak ke-2 (walaupun tahu pregnant bila kandungan masuk bulan ke-4!) dan berjaya melahirkan baby seberat 3.1kg. Satu kejayaan besar buat saya. Dan sekarang dia telah membesar dengan jayanya. Orang ingat dia kembar dengan along sebab nak sama besar. Eh! Meleret pasal pengalaman mengandung saya pulak dah.. Anyway, back kepada topik asal...

Saya kongsikan satu artikel yang diambil dari buletin Shaklee Today.
Credits : Cery


Nutrisi yang baik memainkan peranan penting dalam proses kehamilan dan bayi yang bakal lahir. Dalam tempoh kehamilan dan penyusuan susu ibu, tubuh memerlukan lebih banyak nutrisi untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan bayi dan juga ibu. Di sini terdapat beberapa nutrisi penting yang diperlukan bagi menyokong Kehamilan dan Penyusuan Susu Ibu yang sihat.


Protein - diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi anda. Ia juga diperlukan oleh plasenta, tisu-tisu amnion, tisu-tisu keibuan dan penghasilan susu ibu. Jelasnya, kehamilan dan penyusuan susu ibu memerlukan kehadiran protein. Jadi amatlah disyorkan untuk menambah sumber protein sihat di dalam diet harian anda.


Asid Folik - pengambilan folate yang mencukupi bukan hanya penting bagi memastikan pembentukan otak dan saraf tunjang fetus yang sempurna, bahkan ia turut membantu dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti bifida spina. Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan di sepanjang tempoh kehamilan dan juga dalam setiap diet wanita yang masih subur.


Kalsium - kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsium yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Pengambilan kalsium yang teratur boleh diperolehi melalui pengambilan produk tenusu dan sayur-sayuran hijau seperti kubis atau dengan mengambil kalsium tambahan.


Asid Lemak Omega-3 - juga dikenali sebagai DHA yang diperlukan dalam pembinaan otak dan retina bayi. Ikan laut dalam(Coldwater) seperti ikan salmon dan ikan tenggiri, kayan dengan sumber asid lemak omega-3 tetapi anda disyorkan untuk mengambil tidak lebih daripada 2 bahagian seminggu kerana kandungan merkurinya yang tinggi. Jadi, suplemen ultra-tulen minyak ikan omega-3 merupakan alternatif terbaik untuk menggantikannya.


Jadi, apakah produk Shaklee yang sesuai diambil oleh ibu-ibu mengandung ? 


Protein (Energizing Soy Protien)
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel2 tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.

B Complex
Terdiri daripada lapan vit B beserta Folic Acid dan Biotin. Perlu bagi urat saraf dan sangat penting bagi ibu hamil.

Vitamin C
Melindungi sel , penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel2 tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat besi di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.

Multivitamin (Vitalea)
Mengandungi 12 vitamin dan 7 galian. Tidak mengandungi pewarna dan ianya adalah produk pertama yang ditemui oleh founder Shaklee.

Omega 3 (Omega Guard)
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.

Sekilas fakta tentang Shaklee Omega Guard ...

It is an Ultra-Pure, Pharmaceutical Grade Omega 3 supplement. Every single batch of Omega Guard is processed using SHAKLEE’s state-of-the-art, proprietary, low temperature, triple molecular distillation and purification process that concentrates natural beneficial omega 3 fatty acids and helps remove all possibile toxins and harmful contaminants. Omega Guard provides a full spectrum of seven natural omega 3 fatty acids — EPA, DHA , ALA and more.

Eating oily fish and seeds in pregnancy can boost children’s future brain power and social skills, research suggests... 

A study of 9,000 mothers and children in Avon, England suggested those who consumed less of the essential fatty acid Omega-3 had children with lower IQs. These children also had poorer motor skills and hand-to-eye co-ordination, research in the Economist said.

Kalsium (Ostematrix)
Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki ransangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

Bagi yang mahu mencuba set kehamilan SHAKLEE, kami menyediakan Set Ibu Mengandung:
 
Trimester Pertama
  • Multivitamin (lengkap dgn iron)
  • B complex ( lengkap dgn asid folik)
  • Vitamin C 500mg sustain release
  • Ostematrix (120 caplets)
Trimester Kedua
  • Multivitamin (lengkap dgn iron)
  • complex (lengkap dgn asid folik)
  • Vitamin C 500mg sustain release
  • Ostematrix  (120 caplets)
  • OMEGA GUARD 
Cukupkah keperluan asid folik dalam set kehamilan ini? Jawapannya YA. Kerana kandungan folate (dalam bentuk asid folik) di dalam Vitalea ialah 200 mcg dan di dalam B Complex ialah 200 mcg. Anda juga mendapat vitamin C yang membantu penyerapan iron (dalam Vitalea), yang membantu untuk menyeimbangkan Hb anda. Kehadiran kalsium dan DHA yang juga amat penting sepanjang tempoh kehamilan.

Hai... kalau boleh sediakan baju comel-comel, stroller canggih-canggih, breastpump mahal-mahal.. Takkan tak dapat nak invest sikit untuk kesihatan kita dan baby yang bakal lahir.. betul tak? ;)


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey

Monday, June 27, 2011

Kenapa SHAKLEE ?

Assalamualaikum,

Selama saya berkongsi kebaikan Shaklee kat blog ni, rupanya saya tak pernah kongsikan sebab dan asbab saya memilih Shaklee kan. Di samping merasai sendiri kehebatan dan kebaikan Shaklee, ada jugak reason lain....Apa ya?

Kenapa Shaklee?
Shaklee Corporation adalah pengeluar makanan tambahan yang terulung dan yang terbesar sehingga kini di mana ia ditubuhkan pada tahun 1956 (bahkan penyelidikan dan pengeluaran bermula seawal 1915 lagi) oleh Dr Forrest C Shaklee pakar bidang pemakanan berkhasiat (pengasas Vitamin dan MLM) yang kini menjalin usaha sama dengan kumpulan syarikat farmaseutikal terkemuka dunia, Yamanouchi sejak 1989. 


Mengapa Shaklee? 
Kerana latar belakang syarikat yang baik; makanan tambahan yang nature / fitrah; berasaskan penyelidikan, ujian klinikal dan piawaian kawalan kualiti yang tinggi.


SHAKLEE Halal? 
Tidak perlu was-was...
Produk shaklee dijamin halal.. Shaklee telah mendapat sijil halal ISA, iaitu badan yang diiktiraf oleh JAKIM. Ini dia sijil Halalnya ...

 



Kenapa Produk Luar Negara?

Sabda Rasulullah (SAW) bermaksud ... 

"Hikmah itu barangan tercicir orang mukmin, di mana sahaja dia menemuinya dialah yang berhak dengannya"


Apa itu makanan tambahan?
Makanan tambahan bererti makanan seharian kita yang masih diperlukan untuk membentuk kesihatan yang benar-benar sempurna dan lengkap, untuk mengelakkan dan mencegah daripada menghidap penyakit. Ia merupakan langkah pencegahan dan berjaga-jaga bagi mereka yang mementingkan kesihatan, dan ingin hidup lebih lama, panjang umur 

Mengapa Vitamin (Pemakanan Tambahan) Adalah Penting?
1.     Tubuh kita perlukan dos yg lebih tinggi bagi sesetengah vitamin,
2.     Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin ditanam di atas tanah yg kurang  subur,           mungkin berlaku kehilangan zat makanan semasa memasaknya,
3.     Gaya hidup kita mungkin mengganggu penyerapan zat makanan,
4.     Kepelbagaian makanan mungkin terhad dalam hidangan kita,
5.     Kita mungkin kerap makan di luar,
6.     Gaya hidup yang tidak aktif,
7.     Banyak stress di tempat kerja, di jalanan dll,
8.     Kerap demam atau jangkitan selesema dll
9.     Makanan kini digabungkan dengan bahan kimia, bahan awet, pewarna, perisa MSG dll. Peningkatan penyakit berkaitan diet (serangan jantung, kanser, kencing manis, tekanan darah tinggi, osteoporosis dll)

So, tunggu apa lagi? Dengan Shaklee, anda tak perlu ragu-ragu. InsyaAllah produk Shaklee adalah...

:)



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey

Wednesday, June 22, 2011

7 kriteria WAJIB ada pada protein soya yang berkualiti dan terbaik

Assalamualaikum!
Mari kita lihat apa 7 kriteria WAJIB ada dalam Soy Protein yang berkualiti dan terbaik:

     Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic
    Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.

     Soybean tu mestilan Non GMO (tak dihasilkan secara genetic)
    Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik dan vitamin natural..)…dan kebanyakan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan

     Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu   
    Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.

     Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol
     Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
     Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan  
     Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.

     Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan
     Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
       
     Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur kalsium..kenapa?
     Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang. Dan oleh yg demikian unsur kalsium yang secukupnya mesti ditambah ke dalam soy perotein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soya tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protein tidak menambah cukup.
Credits to Cery

Bagaimana dengan Shaklee Energizing Soy Protein (ESP)?
Sudah tentu melepasi piawaian di atas dengan cemerlangnya. Jadi tidak perlu lah anda pening lagi kerana sudah tahu jawapannya. ESP adalah produk no 1 kami. Sekali mencuba sudah pasti anda akan jatuh cinta dan tidak berpaling lagi.
Jadi, tunggu apa lagi? Pilihan di tangan anda. Dapatkan ESP sekarang juga untuk menikmati kebaikannya. Kesihatan anda terlalu berharga!


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey

Tuesday, June 21, 2011

Rule of Thumb in Taking Supplements

Assalamualaikum!

Mungkin ada yang kurang jelas dengan cara pengambilan vitamin yang terbaik. Di sini saya kongsikan cadangan pengambilan vitamin / suplemen untuk dijadikan panduan.  

The basic rules are:

VITAMIN LARUT AIR (B dan C)
  • Seeloknya diambil bersama segelas air.
VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K)
  • Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.
Ostematrix (Kalsium) 
  • Seeloknya diambil sebelum tidur bersama segelas susu.

APA YANG TIDAK DIGALAKKAN 
  • Elakkan pengambilan alfafa bersama vitamin E kerana akan mengganggu penyerapan vitamin E
  • Elakkan  pengambilan Vitalea bersama susu kerana Vitalea mengandungi Zat Besi. Susu akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.
Berikut adalah jadual pemakanan Vitamin Shaklee yang asas yang saya berikan kepada mereka yang baru nak mula makan suplemen:

Selepas breakfast : B Complex, Vitalea
Morning tea break: Minum segelas ESP (Kalau tiada ESP..boleh gantikan dengan Cinch Shake/ MealShake)
Selepas Lunch : Vitamin C , Alfalfa (2-6 biji) *mengikut keperluan
Afternoon teabreak : Minum segelas ESP
Selepas Dinner : Yang jenis berkapsul seperti Lecitin/Omega/Vitamin E (Jika Ada)
Sebelum tidur : Ostematrix

* Ini adalah jadual asas. Bagi ibu menyusu yang ingin mendapatkan kesan optimum, boleh dapatkan jadual eksklusif daripada saya apabila anda mendapatkan breastfeeding set shaklee daripada saya.

* Jadual ni flexible yer.. bergantung kat individu masing2. ..cuma nasihat saya..... jangan makansemua sekaligus...dan pastikan sehari pengambilan air masak adalah minimum sebanyak 2liter sehari.. sebab tu saya pecah-pecahkan ikut timenyer..



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey

Monday, June 20, 2011

Jangan Cakap 'Jangan'!

Assalamualaikum!

Anda mesti biasa dengar pakar-pakar motivasi atau penceramah dalam parenting course memberitahu supaya mendidik anak-anak dengan pendekatan positif. Jangan gunakan perkataan NEGATIF dalam  mendidik anak. Sentiasa gunakan perkataan POSITIF sahaja bila bercakap dengan anak-anak, supaya anak pun jadi seorang yang positif.

Ever wonder setiap kali sebut perkataan 'JANGAN' pada anak kita, maka the exact thing yang kita kata jangan itulah yang berlaku. Contoh, ya..

"Jangan lari! Nanti JATUH!!" ...Bedebukk.. terus anak kita terjatuh.. tak abis sebut lagi.. huhu...

Pelik kan? ha.. kalau anda tahu sebab dan musababnya, tentu anda tak rasa pelik sangat...

Otak manusia tidak dapat memproses perkataan negatif seperti NO, JANGAN, TAK, DON'T, NEHIHE.. hehe... Tak percaya? Ok, kita buat test sikit eh..

Ikut arahan saya di bawah ni ya Tuan-tuan dan Puan-puan...

1. Cuba anda bayangkan buah DURIAN ...
 ..
ok, boleh bayangkan kan? Tak kisahlah sebiji durian ke, sebakul ke, selori pun ke.. janji buah durian...
..
..
..
....
....
...
..
..

2. JANGAN bayangkan buah RAMBUTAN...!!
..
..
...
....

Tu dok bayangkan buah rambutan kenapa tu?? orang kata jangan, jangan lah...
(^^)

Hahaha... sekarang nampak tak kenapa orang kata otak manusia TAK FAHAM perkataan NO, DONT', JANGAN, TIDAK, dan lain-lain?? Sebab itulah kadangkala bila kita sebut 'Minum air elok-elok, JANGAN bagi TUMPAH' ... Otak dah nampak AIR TUMPAH... Tu yang tak abis cakap lagi, air dah tumpah.. otomatik jer. huhu...

So, lepas ni.. Bila anak-anak tengah bermain, cuma pesankan..

"Main elok-elok ya Along..."


 Saya dapat ilmu ni dari radio IKIM fm, slot MAP :)

Friday, June 17, 2011

Semulajadi vs. Sintetik

Assalamualaikum!

Soalan lazim yang seringkali menjadi perhatian pengguna vitamin...

Mengapa semulajadi?
  1. Enzim tidak alami perubahan melampau dalam pemprosesan oleh haba yang tinggi dan pelarut kimia yang keras.
  2. Tidak menggunakan pengisi dan pengikat yang keras yang menghalang penyerapan nutrien.
  3. Penyediaan bahan mentah dari sumber semujadi yang berkualiti.
  4. Imbangan semulajadi dikekalkan sebaik mungkin.
  5. Semulajadi adalah bio-kedapatan dan disimpan dalam tisu badan lebih lama berbanding sintetik.
  6. Semulajadi lebih mudah ditukarkan oleh badan bagi menjalankan kepelbagaian fungsinya.
Mengapa elakkan sintetik?
  1. Tidak digunakan sepenuhnya oleh tubuh-struktur enzim tubuh kita adalah untuk semulajadi bukannya makmal.
  2. Percubaan untuk memadankan (match) enzim tubuh badan kita dengan vitamin sintetik ialah seumpama memadankan tangan kanan kita dengan sarung tangan kiri.
  3. Semulajadi lebih aktif dari segi biologi berbanding sintetik-42% lebih berkesan dari sentetik. 
Bagaimana mengenal SEMULAJADI atau SINTETIK?
  1. Melalui pembacaan label - huruf "I" bagi tiruan dan "d" bagi semulajadi.
  2. Melalui kehadiran pek "silica gel" dalam bekas - menandakan ianya sintetik.
  3. Rujuk Shaklee Food Supplement -A consumer Reports by Editors of Research Institute of Preventive Health Care.

Credits : AnakkuWiraku


Ingin mencuba SHAKLEE? Sila emel saya di ainihayati@gmail.com atau sms ke 012-2897359. Ataupun, walk-in di mana-mana cawangan Shaklee dan buat pembelian menggunakan ID saya 852412. Sebarang pembelian menggunakan ID saya layak menerima free gift daripada saya sebagai tanda penghargaan :)

20 Amalan Murah Rezeki... Jom Amalkan!

Assalamualaikum!

Berblogwalking, terjumpa satu artikel yang menarik untuk dikongsi. Thank you Cery. Jom kita amalkan supaya muraaahhh rezeki kita. Rezeki ada dalam pelbagai bentuk ...

1.Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.) < -- lesson learn kat sini..masuk je azan ..kene terus gi solat..jangan dok tangguh2 mengadap laptop..ni peringatan untuk diri sendiri gak..sbb kadang2 saya ralit dpn laptop..saya dok tangguhkan… tapi saya dah try amalkan..bile saya focus..ingatAllah lebih then baru sy focus keje saya..masyaAllah..melimpah rezeki saya..alhamdulillah Allah takkan memungkiri janjiNya
 
2.Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa yang memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yan g tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-N as a’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari A bd ullah bin Abb as r.a.) < --bykkan beristigfar ..kalau dpt 70x sebelum subuh..
 
3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sa bd a Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yan g dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi) < -- Ya Allah ampunla dosa2 lalu ku..dan peliharalah aku dari membuat dosa,, saya ni pun manusia biasa jer..huhuhu

4.Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah maka hati akan menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28) < -- yelah…lagi kita ingat dunia..lagi tak tenteram hati ni kan kan..
 
5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)< -jadi sape2 yang masih hidup kedua org tuanya..berbaktilah yer…..
 
6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembira kan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
 
7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
 
8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
 
9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abb as berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat. < -- lepas subuh tu ..jgnla sambung selimut balik..cemanalah rezeki nak masuk.. so lepas subuh…plan your activities kay
 
11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
 
12.Melazimi kekal berwuduk.
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
 
13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah az za wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari An as r.a.)
 
14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau mal as mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
 
16.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya az ab-Ku amat ker as ." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi bal as an kepada orang-orang yan g bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca
Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.”
Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
 
18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
 
19.Berikhtiar
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim).Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas . Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yan g haram, dan sebagainya.
 
20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...