Followers

Tuesday, May 31, 2011

Lagi Testimoni - Tanpa alfalfa...

Assalamualaikum!

Untungnya amik shaklee sebagai milk booster, anda bukan setakat dapat tambah susu semata-mata. Malahan, anda juga dapat rasakan kebaikan lain macam badan rasa lebih segar, lebih bertenaga, lebih lawas... bla.. bla.. LEBIH SIHAT la, senang nak citer. Bagi ibu-ibu yang ada simptom alergi atau resdung (macam saya), memang sangat bertuah kalau dapat cuba Set B ni :) hehe... jom share ke'happy'an salah seorang pengguna tegar shaklee... apa berlaku with n without Alfalfa:



So, tunggu apa lagi? Promo Mei tinggal hari ini sahaja!! Cepat, cepat.. sebelum terlepas!!

Promo sehingga hujung bulan Mei (tinggal hari ini sahaja!)


Hubungi saya untuk dapatkan vitamin Shaklee anda:
Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.


Thursday, May 26, 2011

Testimoni: Side Effect Pengambilan Set B - Eczema hilang!

Assalamualaikum!


Set B Shaklee ni sebenarnya ada banyak fungsinya, selain untuk ibu-ibu menyusu. Kalau perasan, antara vitamin yang terkandung dala set B ini ialah b complex, alfalfa dan vitamin C. Vitamin-vitamin ini juga yang terkandung dalam Set G (RESDUNG, ALERGY, ECZEMA, ASTHMA). Jadi, tak hairanlah kalau ada ibu-ibu yang mendapati alergi atau eczemanya berkurang setelah consume Set B ni. Consume Shaklee ni bukan setakat dapat manfaat 2-in-1 atau 3-in-1, malah... ALL-in-1!! 


Jom baca testi ibu tentang kesan pengambilan Set B ni..




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey


Wednesday, May 25, 2011

Tolonglah minum air secukupnya ...

Assalamualaikum,


Saranan wajib kami bagi customer yang mengambil shaklee ialah... Minum air kosong 3L sehari! Terutamanya bagi ibu menyusu. Sebab air yang kita minum sebahagiannya dah confirm jadi susu. Tak kira lagi melalui perkumuhan. Jadi, kalau setakat 2-3 gelas sehari, memanglah tak cukup untuk proses-proses lain lagi... huhu 


Fungsi badan banyak bergantung kepada air. Kalau badan kekurangan air, fungsi2 badan ini akan terganggu. Takpelah, saya tak nak membebel panjang. Kita baca artikel yang saya dapat dari blog MamaCery ni ya...


"ANTARA saranan asas yang sering diberikan pakar perubatan dan pemakanan ialah minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau dua liter sehari untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan.Bagaimanapun, untuk minum air sebanyak itu bukan mudah kerana ia bermakna kita kerap berulang ke tandas dan bagi sesetengah orang, terutama yang berumur, ia sungguh menyusahkan dan dianggap masalah atau gangguanMalah, ada orang bimbang mereka mengalami masalah kesihatan tertentu jika kerap buang air kecil. Pada kebiasaannya, pundi kencing dikosongkan setiap empat jam. Jadi buang air kecil enam hingga tujuh kali sehari adalah perkara normal bagi individu sihat yang minum air secukupnya.Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550 militer air kencing.Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200 mililiter, tetapi kapasiti normal ialah sekitar 400 mililiter.Yang tidak normal ialah jika anda kerap bangun malam untuk buang air kecil.Kerap buang air kecil pada siang adalah perkara baik kerana ia proses semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan dari badan.

Minum air sekurang-kurangnya lima gelas sehari boleh 
mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45 peratus, kanser payudara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50 peratus).Walaupun tahu kepentingan dan manfaat air, tidak ramai sanggup berulang alik ke tandas. Mereka bukan saja minum sedikit, tetapi turut mengelak makanan yang mengandungi banyak air. Sumber air kita datang daripada minuman (47 peratus), makanan (39 peratus) dan proses metabolisme di dalam sel (14 peratus).

Menurut Pakar Air Bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Long, kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah.Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita kekurangan air. Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel badan (termasuk darah).Oleh kerana air membabitkan dua komponen iaitu dua molekul hidrogen dan satu molekul oksigen (H2O); apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan. Ini sebabnya kita berasa mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian kepada kerja selepas makan.

“Air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini dari badan dengan berkesan kerana kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting ini.“Air juga diperlukan untuk menjadi pelincir kepada pergerakan sendi dan kajian menunjukkan pengambilan lapan hingga 10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi pada 80 peratus pesakit artritis.

“Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan; membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan. Kekurangan air menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan,” Badan kita membabitkan 70 peratus air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat. Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.

Air untuk buang lemak.
Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari.Masalahnya ramai orang keliru antara isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak.Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari.Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.

Bagi individu yang turut mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali terasa lapar. Kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul.Untuk kesan lebih cepat, pakar pemakanan menyarankan supaya minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak.

Pun begitu, jangan sampai tidak makan kerana badan kita sangat bijakJika kekurangan makanan, ia merendahkan tahap metabolisme untuk menjimatkan pembakaran tenaga.Malangnya, tahap metabolisme rendah sukar ditingkatkan semulaIa kekal bagi tempoh lama dan tidak meningkat walaupun tabiat makan kembali seperti biasa. Hasilnya, tenaga yang tidak dibakar daripada makanan disimpan sebagai lemak dan akhirnya membuat kita bertambah gemuk.Ingat, air yang perlu diambil ialah air kosong. Minuman manis mengandungi kalori kosong iaitu yang tidak diperlukan badan. Apabila disuruh minum sehingga dua liter sehari, timbul kebimbangan berlaku kesan sampingan terlalu banyak air. Ada yang mendakwa ia menyebabkan perut berasa kembung.

Long berkata, satu-satunya kesan sampingan yang dialami ialah kerap berulang ke tandas dan ia dianggap perkara baik. Secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah ‘terlalu banyak air’ kerana badan secara automatik mengeluarkan air berlebihan.Yang lebih kerap berlaku ialah kekurangan air (dehidrasi). Ramai orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas satu atau dua kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi atau tegasan air.“Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air. Kita berasa kembung kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam galian. Cara untuk atasi masalah ini ialah dengan minum air secukupnya iaitu antara lapan hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat lihat perubahan positif secara perlahan-lahan.

“Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.“Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.“Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap satu atau satu setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai ‘rehat’ yang bukan saja baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu meningkatkan tumpuan fikiran,” katanya.


Badan kehilangan air melalui:
Pernafasan (1 gelas air – 14 peratus)
Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)
Peluh ( 2 gelas air – 34 peratus)
Najis (1/2 gelas air – dua peratus)

Ini sebabnya 
pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau kira-kira dua liter air sehari. ~Sumber : Harian Metro



So, lepas ni kena pastikan minum air secukupnya tau! Pastikan ada indicator. Barulah penyerapan vitamin dapat berlaku secara optimum. Air yang mencukupi juga dapat mengelakkan berlakunya healing crisis. Kalau ada rasa pening2 kepala ke, demam ke, apa2 je lah.. tu antara tanda healing crisis... Tanda kurang minum air. Jadi, kena lebihkan minum air tau.


p/s: Nak awet muda pun, kena banyak minum air! ;)



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey

Tuesday, May 24, 2011

Vitamin B Complex - Rahsia Wanita Cantik Berseri

Assalamualaikum!


Tak sangka, rupanya dalam nak maintain susu badan.. rupanya ibu-ibu yang mengambil set B shaklee juga telah mengamalkan rahsia untuk wajah cantik berseri! Apa kandungan dalam set B ni yang menyumbang ke arah itu? Ya, tak lain tak bukan, si B complex (ingat, 'B' is for beauty!!)


Beberapa fakta tentang B kompleks (Thanks to Mama Cery):


1. Ia membantu bagi isteri, ibu atau wanita berkerjaya yang kurang rehat agar sentiasa bertenaga. Apabila seorang ibu itu kerap bangun malam untuk menguruskan anak serta menyusukan anaknya, secara tidak langsung ini telah mengganggu sistem badan si ibu untuk mendapatkan good sleep or quality sleep. Apabila ini berlaku, sel2 tidak dapat berkembang dengan sihat. Inilah antara punca mengapa ramai ibu2 yang baru beranak 1 atau 2 sudah kelihatan lebih berusia dari umurnya.

2. Vitamin B membantu sebagai penenang. Ada ibu2 yang adakala berada dalam keadaan stress yang boleh disebabkan banyak faktor, antaranya disebabkan urusan kerja, rumahtangga dan sebagainya. Maka di sini vitamin B Complex memainkan peranan yang sangat penting. Apabila seseorang ibu itu tenang, maka flow susunya juga akan lebih lancar malah lebih banyak lagi dari keadaan gelisah, atau gundah gulana.

3. Vitamin B adalah "spark plug " dalam badan kita. Vitamin B Complex sangat penting dalam menukarkan makanan kepada tenaga. Tidak dinafikan ada sesetengah orang akan merasa cepat lapar akibat makan b complex namun ianya tidak akan membuatkan seseorang itu gemuk, seperti yang selalu dikatakan oleh orang tentang B complex.

Sebenarnya banyak lagi mengapa wanita sangat memerlukan B Complex dan antara tanda kekurangan B complex pada seorang itu ialah cepat marah, murung, cepat letih, moody, kulit nampak kusam, tension..

Ada beberapa perkara yang menyebabkan tubuh kita memerlukan lebih vitamin B atau lebih khusus ialah B Complex.

1. Vitamin B larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti – malah setiap hari.

2. Banyak vitamin B dimusnahkan atau menjadi deaktif kerana cahaya. Tidak banyak usaha yang dilakukan untuk melindungi vitamin bernilai ini dari cahaya.

3. Gula menghapuskan B Complex. Lima kali ganda B Complex mengikut RDA diperlukan untuk mematabolismekan gula dalam cuma satu minuman Cola. Dan bayangkan mengikut kajian… secara purata setiap kita menerima hampir 128 paun gula setahun.

4. Stress mental dan fizikal meluputkan lebih B Complex.Tekanan atau stress adalah asam ragam dalam hidup semua orang. Biarpun kita sering memikirkan stress mental, stress fizikal juga boleh merosakkan kita. Kebanyakan vitamin B dilibatkan dalam pengeluaran neurotransmitter dan pengubahsuai dalam otak yang membolehkan badan mengatasi stress dengan baik.

5. Haba menghapuskan kebanyakan unsur B Complex. Dalam proses penyediaan makanan, vitamin B sensitif kepada haba yang yang sering memusnahkan. Sesungguhnya vitamin dimusnahkan ketika penyediaan makanan segera, makanan dalam tin, makanan yang dibekukan dan makanan siap masak.

6. Antibiotik, pil tidur, pil perancang, racun serangga menghapuskan banyak vitamin B Complex. Ubat-ubatan ini menghapuskan bekalan B Complexdengan mudah.

7. Sesetengah sumber B Complex yang terkaya diketepikan oleh sesetengah individu. Daging seperti hati, limpa dan jantung tidak dimakan atau dilarang untuk sesetengah individu disebabkan tuntutan keagamaan mahupun akibat kolesterol yang tinggi. Vegetarian pula menghadapi masalah vitamin B12 sebab vitamin ini hampir tidak wujud dalam keluarga sayur-sayuran.

Selain B Complex, Vitamin E juga merupakan rahsia kepada kulit cantik berseri. Boleh baca di sini tentang khasiat Vitamin E.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey

Friday, May 20, 2011

Setahun Sebulan - dapat diploma eh?

Assalamualaikum!



Umur Fikry genap setahun sebulan pada 11 Mei 2011. Bermakna, perjalanan penyusuanku telah mencapai 1 tahun 1 bulan tanpa susu formula. Alhamdulillah. Masih fully breastfeed. Kalau nak dibanding dengan Along dan Abang Ngah, Fikry lah juaranya (so far). 

Alongnya memang dari dalam pantang dah campur formula. Sudah tentu, kerana cetek ilmu.   Tapi, masih teruskan breastfeed sehingga along 1 tahun 6 bulan, tak silap. Itu pun sebab dah conceive. Memang susu kering terus!

Abang Ngah pulak, dapat bertahan sampai 8 bulan. Namun, syukur.. sekurang-kurangnya dapat exclusive awal 6 bulan pertama. Tapi, peliknya.. Faeq stop breastfeeding lagi awal dari along. Setahun 2 bulan, tak silap.. dah stop breastfeed.

Berharap sangat-sangat (perlu juga diiringi usaha dan doa!) yang Fikry akan dapat FULLY breastfeed sampai umur 2 tahun (at least!) Tapi, macam tak berapa nak yakin sebab stok dalam fridge pun ada 2 frozen milk sahaja! huhu.. 

Susu aku pun bukanlah meriah sangat. Stok pun paling banyak dapatlah kumpul dalam 30 bekas gitu kot. Tapi makin lama makin susut. Hingga ke saat ini, tinggallah 2 botol. huhu... Tapi, aku rasa stok yang banyak bukanlah juga penentu kejayaan penyusuan kita. Segalanya adalah dengan izin Allah jua. Kalau stok tinggi menggunung, kalau Allah tak izinkan.. tak jadi juga. Tapi, usaha tetap kena usaha. Selebihnya kita berserah pada Allah.

Macam aku ni, Allah masih kesian kot. Dia tahu stok susu tak banyak, Dia jadikan si Fikry tak kuat menyusu. Semenjak Fikry masuk 7-8 bulan (tak ingat) dia minum susu waktu aku bekerja memang tak banyak. Paling banyak pun, 3 botol x 5 oz. Pernah jugak aku balik, tengok dalam fridge masih berbaki 2 botol. Eh? tak minum susu ke anak aku ni? Bibik kata dia minum pagi je, puan. Lepas makan tak mau minum. Petang pun belum minum lagi. Jadi, selamatlah susuku untuk dibawa ke hari esok. Takde masalah sebab susu yg harini dibawa dari semalam. So, masih boleh re-use.

Kadang-kadang risau jugak. Kejam ke aku? Disebabkan nak kekalkan title 'Fully breastfeed', sanggup bagi anak minum susu sikit je. Kenyang ke dia? Cukup ke zat yang dia perolehi untuk membesar dengan sihat? Badan pun sedang-sedang aja. 

Tapi, bila difikir-fikir balik. Dia yang tak nak minum. Takkan nak paksa-paksa. Dia faham agaknya, ibu tak dapat sediakan lebih dari itu. Jadi tunggu ibu balik lah.. baru nenen puas-puas! memang pun.. kalau malam tu, rasanya sengah jam je, bangun nak nenen. Nak nenen pun tak semestinya dia lapar. Mungkin just nak bergayut. Takpelah, ibu tak kesah nak.. Lagi kerap rangsangan, lagi banyaklah susu ibu :)

Jadi ibu bekerjaya ni, ditambah dengan tanggungjawab lain.. Bukan perkara mudah. Nak menyusukan anak sepenuhnya pun bukan kerja mudah. Mampukan kita 'juggle' segalanya? Mampukah badan kita bertahan dengan stress yang dari pelbagai faktor tu? Kalau balik tak pengsan, anak-anak pulak jadi mangsa 'keletihan' kita. Pantang buat salah sikit, siaplah kita kerjakan. Anak-anak bila jumpa kita lepas balik kerja, cuma inginkan perhatian kita. Tapi kalau kita penat, stress, rasa nak pengsan... Boleh ke kita senyum-senyum lagi melayan kerenah anak? huhu... 

Tu, baru part melayan anak. Belum layan suami lagi. Bak kata lain, memang tak habislah tugas kita selagi belum menutup mata (at least untuk haritu lah.) 

Bila dah stress macam tu.. mau tak merundum susu? Time merundum tu mulalah gelabah google sana sini cara-cara banyakkan susu. (macam saya lah tu) 

Dalam banyak-banyak cara yang aku jumpa, aku paling tertarik dengan suplemen yang dapat tambah susu badan. Tak lain tak bukan, Shaklee Set B. Iyalah, sambil menyelam, minum air ye tak? Kita sibuk nak sediakan makanan penuh khasiat (susu ibu) untuk anak, lupa pulak nak fikirkan pasal diri sendiri. Kita pun kena jaga badan, kena jaga kesihatan, untuk kita jaga orang lain pulak. 

Dengan itu, Set B Shaklee ini memang khas untuk ibu-ibu menyusu kerana mengandungi vitamin asas yang diperlukan oleh ibu-ibu supaya sustained sihat. Untuk mengatasi stress (B complex), untuk tingkatkan antibodi (vita C) dan pada masa yang sama, untuk boost milk supply (alfalfa). Pada masa sama, dapat perbaiki kesihatan dalaman wanita (alfalfa lagi). Walau bagaimanapun, kita tak bolehlah bergantung pada suplemen itu semata-mata untuk boost milk supply kita. Sebab, sebagai ibu yang menyusu, kita kena faham konsep asas penyusuan. Supply vs demand. 

3 perkara asas yang perlu sentiasa diamalkan untuk memastikan kejayaan penyusuan dengan pengambilan vitamin Shaklee:

1. Pastikan pam/menyusu setiap 2-3 jam sekali. Pastikan breast dikosongkan sebetul-betulnya. Lebih elok lepas menyusu tu, pam lagi sebab kadang-kadang anak kita minum sikit je. Dah kenyang, tapi susu masih berbaki. Jadi, bila kita pam lagi lepas menyusu, signal dihantar kepada otak yang susu masih diperlukan lagi. Untuk long term ia adalah bagus kerana susu akan dihasilkan lebih banyak kerana ada 'demand'.

2. Minum air kosong sekurang-kurangnya 3L sehari. Perlu (wajib) sediakan indicator supaya kita sentiasa aware berapa banyak air yang kita dah minum. Jangan main agak-agak je. Sebab kebanyakan yang 'rasa' dah banyak minum air, sebenarnya minum kurang dari yang sepatutnya.. 

3. Zikir dan doa. Doa adalah senjata orang mukmin. Kenapa kita tak gunakan kelebihan yang ada? Allah juga sangat sayang kepada mereka yang sentiasa merayu dan meminta kepadaNya.

Saya doakan saya dan kawan-kawan yang berjuang menyusukan anak agar berjaya menyusukan sehingga sekurang-kurangnya 2 tahun.. InsyaAllah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan (reminder untuk diri sendiri juga)
anak-anak ibu sayang -Abg Ngah, Along & Fikry
Salam Sayang,
Ibu-yang-masih-fully-breastfeed-1-tahun-1-bulan ;)

Ingin mencuba vitamin SHAKLEE? Kami menyediakan Trial Pack SHAKLEE untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 per set dan free delivery. Sila emel saya di ainihayati@gmail.com atau sms ke 012-2897359.
    
Jangan ketinggalan! Promosi Bulan Mei, Super Duper Grand Sale! dan pakej Triple M masih berjalan!!



Monday, May 9, 2011

Khasiat Vitamin E (dengan Selenium) Shaklee


Shaklee mempunyai vitamin E yang mengandungi keperluan lengkap oleh tubuh iaitu 400iu dan beserta selenium. 




Pada dasarnya vitamin E ialah untuk... 

Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

Credit to http://moodpro.tripod.com

Dalam bentuk yang mudah difahami:

1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat. Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

2. Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. Pengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct.
Seorang teman sebelum ini mengalami masalah di mana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.

3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.

4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah saraf belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.


6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten  membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat  pre-menstrual.


credits: AnakkuWiraku


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey




Monday, May 2, 2011

Makan Dengan Ilmu - Tahukan Anda Khasiat dan Fungsi Vitamin dalam Set B??

Assalamualaikum!


Tahukah anda apa yang anda makan? Sememangnya, bagi memudahkan anda, kami telah menyediakan suplemen Shaklee mengikut keperluan anda. Kami seboleh-bolehnya cuba untuk memenuhi keperluan anda dengan menydiakan set-set berbeza ini.. Tapi, tahukah anda apa yang anda makan? Makan sebab terikut-ikut berbeza dengan makan dengan ilmu... InsyaAllah, kalau kita makan (atau buat apa2 pun dengan ilmu), ia lebih berkesan. Di sini saya kongsikan khasiat dan fungsi vitamin-vitamin yang terdapat dalam Set B.


Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita disyorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah dilengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lagi...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan  minuman susu kerana ia akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.


B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..) So, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.


Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.
Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink. 

Bagi yang berkemampuan, boleh tambah:

Energizing Soy Protein (ESP)
Ianya adalah protein dan protein sangat penting untuk pembentukan sel. ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak, dan membantu kawal paras kolesterol. ESP turut mengandungi kalsium yang turut menyumbangkan kepada pembentukan sel darah. Secara tidak langsung, di samping memberikan tenaga kepada ibu ia juga dapat memberikan rasa kenyang.....kesan baik kepada baby berat badan mudah naik terutama pada 6 bulan pertama kelahiran. Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Lain-lain kebaikan ESP boleh refer entri ni.



Jangan lepaskan peluang penjimatan dengan tawaran Pakej Triple M dan Super Duper Grand Sales!!


Credits: Anakkuwiraku


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...