Followers

Thursday, March 24, 2011

Tips Mengenalpasi Botol Susu BPA

Assalamualaikum.

Satu artikel yang sangat informatif yang dikongsi oleh HanaSeman

---
Sejak Kementerian Kesihatan mencetuskan isu pengharaman botol susu bayi yang mengandungi BPA,masyarakat mula panik dan menjadi kelam-kabut seketika, terutamanya ibu bapa yang bergantung kepada penggunaan botol susu kepada anak mereka. Selepas pengumuman itu dibuat, bahagian botol bayi di pasar raya-pasar raya mula menjadi perhatian mereka. Masing-masing risau dan mula mencari jenis botol yang dimaksudkan, mahupun alternatif kepada botol BPA.

Menegaskan lagi keprihatinan kerajaan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata:
"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar."

Ramai orang mula mempersoalkan, mengapa mesti dilaksanakan pada 2012? Mengapa tidak dilaksanakan terus secara serius. Sekiranya benar 'Kementerian tidak akan berkompromi...' mengapa perkara penting begini masih perlu ditangguh? Kata beliau lagi:

"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai."

Ramai pihak menggesa Kementerian Kesihatan mengkaji semula tempoh penangguhan itu, termasukPengarang Berita Harian.

"Kementerian sepatutnya bertegas dalam soal ini kerana kita tidak mahu rakyat membuat andaian bahawa kerajaan lebih mengutamakan kepentingan komuniti perniagaan – pengilang, pengedar dan peruncit, sebaliknya memperjudikan keselamatan pengguna. Risiko perniagaan tidak boleh disamakan dengan nilai serta kebahagiaan rakyat apabila kesihatan mereka terancam, apatah lagi bayi yang tidak berdosa. Walaupun tempoh pengharaman itu diputuskan Kabinet minggu lalu, tetapi Kementerian Kesihatan boleh memberi rasional terbaik kenapa botol susu berkenaan perlu diharamkan serta-merta di pasaran. Kita juga tidak mahu rakyat mempersoalkan langkah Kementerian Kesihatan kerana ia tidak selari dengan slogan gagasan 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, yang diilhamkan Perdana Menteri. Justeru, keputusan yang tidak memihak kepada kepentingan rakyat seperti ini dikhuatiri menjejaskan usaha kerajaan yang sedang giat merealisasikan slogan berkenaan. Bukti saintifik mengenai kesan BPA terhadap bayi dan kanak-kanak ternyata serius."

Sebagai orang biasa, yang 'tidak mempunyai kuasa', apa pula tindakan kita? Adakah terus pasrah dengan botol yang ada, kerana lebih murah dan sesuai dengan bajet bulanan yang sentiasa mendesak? Bagaimana pula dengan soal risiko kesihatan anak, waris generasi kita pada masa hadapan? Bukankah kita mempunyai 'kuasa pembeli'?

Berikut, saya kongsikan tip-tip mudah bagi mengenal pasti sama ada botol itu mengandungi bahan BPA ataupun tidak.

Botol susu yang mengandungi BPA
:

1. Botolnya jernih (crystal clear)
2. Biasanya terdapat dalam pelbagai corak yang menarik
3. Harganya murah (sehingga ada pakej 3 botol hanya RM7.90)
4. Sekiranya di pasar raya besar, biasanya botol-botol ini dilonggokkan di dalam 'wagon'
5. Tiada label 'BPA FREE' pada pembungkusannya
6. Pada bahagian bawah botol, terdapat 'nombor 7' dalam segitiga beranak panah
7. Ada botol yang tidak mengandungi nombor langsung di bahagian bawahnya.

Nombor kod plastik yang berbahaya kepada manusia:

Bekas ataupun botol plastik yang menggunakan nombor kod 1, 3, 6, dan 7 sebenarnya adalah tidak sesuai digunakan berulang kali, malah ada yang tidak sesuai digunakan sebagai bekas 'bahan makanan' manusia.

Sebagai contoh, botol susu dengan kod bernombor 6, sekiranya di pasar raya, ada juga pengilang yang meletakkan 'BPA Free', tetapi, walaupun jenis ini BPA Free, ia tetap tidak sesuai digunakan untuk botol bayi.

Nombor 6 menggunakan bahan Polystyrene. Bahan ini biasanya digunakan bagi membuat bekas CD, kaset, pembungkusan sabun atau bahan pembasuh dan 'sarang' telur. Tetapi, pengilang tetap menggunakan bahan ini bagi membuat botol susu bayi!

Bahan bernombor 1 iaitu PET (Polyethylene Terephthalate) pula biasanya digunakan sebagai botol minuman ringan, air mineral, dan bekas bahan kosmetik. Bahan ini adalah bahan 'pakai buang'. Digunakan sekali sahaja. Justeru, berhati-hatilah kepada mereka yang suka menggunakan botol air mineral berulang kali.

Bahan bernombor 3 pula terang-terangan namanya adalah PVC (Polyvinyl chloride), bukan bahan yang sesuai untuk bahan makanan. Biasanya ia digunakan sebagai getah paip, beg darah dan lain-lain. PVC juga dikenali sebagai 'Plastik Beracun' kerana mengandungi bahan toksin yang berbahaya.

Nombor yang sesuai bagi digunakan sebagai bahan botol bayi adalah bahan bernombor 5 atau PP (Polypropelene). Bahan ini biasanya digunakan sebagai botol ubat dan penyedut minuman.

Tip mudah mengenal pasti botol susu BPA Free:

1. Terdapat label pembungkusan 'BPA Free'
2. Sekiranya tiada label BPA Free, lihat pada bahagian bawah botol terdapat nombor 5 dalam segitiga beranak panah
3. Botol jenis ini berwarna keruh dan lebih lembut
4. Harga botol susu jenis ini biasanya lebih mahal, satu botol lebih RM10
5. Botol susu jenis kaca juga adalah BPA Free

Nombor lain yang selamat kita gunakan berulang kali adalah bahan bernombor 2 dan 4. Boleh baca di sini.

Peringatan: Berhati-hati, tidak semestinya botol berjenama ataupun berharga mahal itu adalah BPA Free. Botol-botol mahal yang dimaksudkan adalah botol-botol yang biasanya dijual di butik-butik bayi, kurang di pasar raya biasa. Walaupun botol berjenama mahal biasanya adalah BPA free, tetapi kadangkala, ada botol berjenama mahal yang masih belum menghabiskan stok lama mereka.

Sekarang, apa lagi, mari kita pergi ke dapur dan semak bekas-bekas makanan dan botol masing-masing (^_^)

Friday, March 18, 2011

From PD with Love

assalamualaikum..alhamdulillah. harini hari terakhir meeting. tak sabonyer nak balik and jumpa budak-budak tu. ini pun tengah update dari  bilik mesyuarat hotel. hotel best, pemandangan menarik, tapi sayang tak dapat nak enjoy.. bangun pagi , 8.30 dah start meeting. kol 1 break, 2.30 smbg lagi. 6pm break, 9 malam smbg lagi. maam kol 12 baru naik bilik. jeles berul tengok pelancong lain dgn family dok mandi manda dan bersukaria. huhu.tak pelah, lain kali boleh bawak family datang sini. siap ada kapal layar kat dpn hotel . tak sangka ada juga tempat secantik ini, especially di PD. rate hotel pun rupanya quite cheap jika dilihat pada standard hotel. sorilah, saya pun bersiaran dari hp jer. jadi satu perenggan je entri kali ni. pastu takleh nak delete bila tersilap rtaip. terima ajelah yek.   ok, tuuuam tujuan utama update ni pun just nak share so far masih lagi fully breastfeed fikry walopun dengan stok susu yang sangat sangat terhad. . ini semua tak mungkin berlaku tanpa sokongan padu mak ayah dan suami tersayang. nenek n atok fikry datang dari kampung untuk amik susu. huhu... sangat terharu dan rasa bersalah sebab menyusahkan mak ayah yang dah tua. we love u so mush nenek, atok.. kalo saya bawak keter ke pd ni, memang saya akan drive pagi-pagi buta untuk hantar susuku. tapi apakan daya. moga Allah sentiasa merahmati mak dan ayah.. nanti kita bayar duit minyak n duit tol ya. muah! oh ya, saya juga nak ambil kesempatan untuk ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi join giveaway anjuran blog hebatkan. masih ada masa lagi, bagi siapa yg belum lagi join. jom! the more the merrier!

Monday, March 14, 2011

Tolong!! Nak kena outstation tapi susu tak cukup lagi.. woohoo..

Salam,

Entri ini adalah entri luahan perasaan saya semata-mata. Boleh juga dijadikan iktibar dan pengajaran kepada ibu-ibu menyusu di luar sana. uhuk .. uhuk.. 

Untuk makluman (macam buat memo pulak) saya akan outstation (2h3m) ke PD lagi 2 hari (Rabu). Tapi stok susu saya ada 5 botol jek. Which is, cukup untuk bekalan Fikry selama 1 hari satu malam sahaja. Nampak gayanya terpaksalah saya hantar susu ke kampung (anak-anak pulak dihantar balik ke kg atok nenek di muar) kalau susu tak cukup. Takpelah, PD - Muor bukan jauh sangat. Setakat 2 jam (one-way) boleh kugagahi lagi. 

Ya Allah, permudahkanlah urusanku. Izinkan Fikry mendapat khasiat susu ibu dari ku dengan sepenuhnya sehinggalah dia berumur sekurang-kurangnya 2 tahun.. Aminnn.!

Terima kasih kerana sudi membaca luahan hatiku :|










Info Produk : B Complex

Kredit : Shaklee

Vitamin B Penting untuk Kesihatan
Adakah anda mendapat Vitamin B yang mencukupi? Tekanan hidup, alkohol dan ubat-ubat preskripsi berunsurkan dadah berupaya meningkatkan risiko pengurangan Vitamin B di dalam tubuh. Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi dalam membina tenaga metabolisme. Kajian terbaru membuktikan bahawa Vitamin B berupaya meningkatkan penglihatan mata dan sistem pernafasan. Kekurangan Vitamin B boleh menyebabkan prestasi badan merosot dan tidak berfungsi dengan baik.

Pilihan Vitamin B yang Tepat dan Seimbang
Shaklee B-Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh anda bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan jantung, paru-paru dan organ-organ penting yang lain.

Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif
B kompleks mengandungi sistem penyaluran nutrisi yang sedia dimakan pada bila-bila masa. Asid folik merupakan Vitamin B yang penting bagi membantu menghasilkan dan mengekalkan sel-sel baru. Oleh kerana asid folik tambahan tidak mudah diserap oleh tubuh, Shaklee telah berjaya menghasilkan Sistem Penyerapan Bioaktif yang unik yang membolehkan Vitaman B lebih mudah diserap oleh sistem tubuh.
Perbezaan Shaklee
Vitamin B yang Hebat
  • Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif                  Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap.  Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee.
  • Mudah ditelan
  • Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin

Tambahan info:
Kredit: GenkiMomma


Di antara fungsi B-Complex ialah:
• “B” for beauty – True beauty radiates from within. *wink*
• Peranan Utama – membantu dalam pengeluaran Tenaga.
• Membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein.
• Anti stress (sebagai penenang).
• Membantu meninggikan sistem pertahanan badan
• Mengurangkan risiko kecacatan kelahiran seperti kecacatan otak dan kecacatan saraf tunjang.
• Asid Folik, B6 dan B12 membantu merendahkan paras homosisteina dalam darah.
• Perlu bagi urat saraf (essential to initiate nerve transmission).
• Vitamin B-12 (mecobalamin) bantu mencegah dan menumbuhkan semula jalinan saraf yang rosak - komplikasi biasa bagi mereka yang menghidap diabetes.


Punca kemusnahan B-Complex ialah :
• Jenis larut air - perlu sentiasa di ganti.
• Boleh musnah oleh matahari/ heat/haba – process memasak.
• Memakan banyak gula boleh menghabiskan B complex. Eg satu botol Coca-cola perlu 5 kali vitamin B untuk menukarkan Coca-Cola ke bentuk tenaga.
• Alkohol boleh memusnahkan simpanan B Complex.
• Stress - tekanan mental dan fizikal musnahkan B Complex.
• Kegunaan anti-biotik, pil penenang perasaan, pil tidur dan racun serangga memusnahkan vitamin B Complex.
• Pil perancang meningkatkan keperluan Vitamin B.


Kesan kekurangan B-Complex akan menyebabkan :
• Keletihan, lemah badan, hilang selera makan.
• Kegelisahan, gangguan tidur.
• Beriberi, iaitu sejenis penyakit "metabolic disorder" dengan gejala seperti bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan jantung.
• Sakit pada bahagian abdomen.
• Sembelit.
• Gangguan mental atau emosi.
• Pecah-pecah dan sakit pada mulut dan hidung. 


Ingin mencuba vitamin SHAKLEE? Kami menyediakan Trial Pack SHAKLEE untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 per set dan free delivery. Sila emel saya di ainihayati@gmail.com atau sms ke 012-2897359.

Saturday, March 12, 2011

Apakah Radikal Bebas?

Assalamualaikum ... 


Saya tertarik dengan topik 'radikal bebas' yang mana saya 'stumbled upon' semasa menggali ilmu di alam maya ni.




According to wikipedia...

Radikal bebas adalah molekul yang kekurangan satu elektron, dan membuat molekul tersebut menjadi tidak stabil dan selalu berusaha mengambil elektron dari molekul atau sel lain. Radikal bebas dapat dihasilkan dari hasil metabolisme tubuh dan faktor luaran seperti asap rokok, hasil penyinaran ultra ungu, zat kimia dalam makanan dan bahan pencemar lain. 


Penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas bersifat kronis, iaitu diperlukan masa waktu bertahun-tahun untuk penyakit tersebut menjadi nyata. Contoh penyakit yang sering dihubungkan dengan radikal bebas adalah serangan jantung dan barah. Untuk mencegah atau mengurangi penyakit kronik kerana radikal bebas diperlukan antioksidan.


Sebenarnya, tubuh manusia dapat menetralisir(meneutralkan) radikal bebas ini, hanya bila jumlahnya terlalu berlebihan, maka kemampuan untuk menetralisirnya (meneutralkannya) akan semakin berkurang. Merokok, misalnya, adalah kegiatan yang secara sengaja memasukkan pelbagai racun kimia yang bersifat radikal bebas ke dalam tubuh. Tubuh manusia dibentuk untuk menerima asupan yang bersifat alamiah, sehingga apabila menerima masukan seperi asap rokok, akan berusaha untuk mengeluarkan pelbagai racun kimia ini dari tubuh melalui proses metabolisme, tetapi proses metabolisme ini pun sebenarnya menghasilkan radikal bebas. Pada intnya, kegiatan merokok sama sekali tidak berguna untuk tubuh, walaupun dapat ditemui perokok yang berusia panjang.


Radikal bebas yang mengambil elektron dari sel tubuh manusia dapat menyebabkan perubahan struktur DNA sehingga timbullah sel-sel mutan. Bila perubahan DNA ini terjadi bertahun-tahun, maka dapat menjadi tekanan oksidatif yang menimbulkan berbagai penyakit kronis seperti kanker, penyakit jantung, dan alzheimer.


Tubuh manusia, sesungguhnya dapat menghasilkan antioksidan tetapi jumlahnya sering sekali tidak cukup untuk menetralkan radikal bebas yang masuk ke dalam tubuh, dan juga ada beragam antioksidan yang tidak dapat dihasilkan dari tubuh tetapi harus melalui makanan. Sering sekali, zat pemicu yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan antioksidan tidak cukup dikonsumsi. Sebagai contoh, tubuh manusia dapat menghasilkan glutathione peroxidase, salah satu antioksidan yang sangat kuat, hanya saja, tubuh memerlukan pengambilan vitamin C sebanyak 1,000 mg untuk mendorong tubuh menghasilkan glutahione peroxidase ini.


Penghasilan radikal bebas berlaku sepanjang masa dan ia sukar dikawal. Bagi mengimbangi kemusnahan sel akibat serangan radikal bebas ini, ramai penyelidik, terutama dalam bidang kesihatan dan kecantikan, berlumba-lumba mencipta barangan mengandungi antioksidan.

Antioksidan adalah bahan yang dikenal pasti dapat menghapus atau melemahkan radikal bebas dengan mendermakan satu elektron atau mendermakan satu elektron kepada radikalbebasInilah caranya antioksidan bertindak menstabilkan radikal bebas, sekali gus melindungi kerosakan sel badan.

Antioksidan boleh ditemui dalam beratus bahan semula jadi, terutama sayur-sayuran dan buah-buahan. Pigmen yang memberi warna kepada sayur dan buah yang secara umumnya dipanggil fitokimia inilah sumber antioksidan terbaik. Inilah sebabnya kita disaran mengambil lima hingga sembilan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari.

Bagaimanapun, dalam keadaan hidup kita hari ini, saranan pakar pemakanan itu sukar diamalkan. Apatah dengan kaedah penyediaan makanan yang kurang baik, bahan antioksidan boleh hilang begitu saja.



Kredit: AnakkuWiraku 


Ingin mencuba vitamin SHAKLEE? Kami menyediakan Trial Pack SHAKLEE untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80per set dan free delivery. Sila emel saya di ainihayati@gmail.com atau sms ke 012-2897359.

Saturday, March 5, 2011

Durian Runtuh!! Anda Sukakannya? Gandakannya!!


Assalamualaikum ...

Haa... ni ada berita gumbira... Sapa suka makan durian? Orang kata durian boleh pekatkan susu ibu. hehe... Tapi ni durian lainn... 
Ini Durian Runtuh!! Sapa tak suka dapat durian runtuh kan??

Durian runtuh ni adalah sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang selama ini support geng GBS Shaklee...
Sebenarnya saya lambat sikit announce contest ni 
(Maaflah, tersangat bz this week)
Tapi, jangan risau... anda masih belum terlambat untuk join!!


Bermula 23 Februari 2011- 30 April 2011
Anda layak untuk mendapat hadiah-hadiah berikut

Hadiah Utama (April)
Product Shaklee bernilai RM1000

Hadiah Bulanan (February, Mac, April)
2 x Fullpack set A
1x Voucher Disc penginapan di Marriot / Renaissance


Apa yang perlu anda lakukan?
  1. Anda hanya perlu membuat pembelian minimum sebanyak RM200 (tidak termasuk kos pos) dalam satu invois menggunakan ID saya 852412 dan layak menyertainya. (Anjuran GBS).
  2. Pembelian melebihi RM400 melayakkan anda mendapat dua cabutan, RM600 untuk 3 cabutan dan seterusnya.
  3. Jika anda membuat pembelian secara walk in, pastikan anda membeli di branch yang disahkan oleh Shaklee dan bukan dari mana-mana mereka yang menyimpan stok (Shaklee tidak menyediakan stokis) dan sms kan kepada saya di 012-2897359 atau email ainihayati@gmail.com : Nama , No telefon dan Sales Order No yang ada dalam invois belian.
  4. Cabutan bagi hadiah bulanan ialah seramai 3 orang dari senarai pembelian di mana kami menyediakan 2 set untuk Multivitamin, b com dan Vitamin C serta seorang akan memenangi Voucher Disc Percutian/ Penginapan Di Marriot/ Renaissance.
  5. Tiada slogan atau soalan yang perlu dijawab.
  6. Cabutan akan dibuat setiap bulan dan BERITA HEBAT : Pemenang hadiah bulanan LAYAK untuk menjadi pemenang hadiah UTAMA. Inilah BONUS BERGANDA! Bermakna walaupun anda telah menjadi pemenang hadiah bulanan , anda masih berpeluang memenangi hadiah UTAMA.
  7. Lebih banyak pembelian lebih banyak peluang!
  8. Punya kekangan untuk membeli vitamin fullpack? Inilah peluang mengajak adik beradik atau opismate anda berkongsi duit dan membeli vitamin bersama. Beli vitamin secara fullpack, dan anda boleh bahagikan kepada rakan / adik beradik yang dikongsi. Mana tahu anda memang? Hadiah juga boleh dikongsikan bersama..kerana hadiahnya 3 botol vitamin full pack set A! Gandakan kegembiraan anda dan adik beradik/rakan kongsi anda...
  9. Jangan tunggu lagi. Pernah dengar iklan Peraturan 88: Sukakannya! Gandakannya!
Jadikan tahun 2011 tahun yang penuh dengan kesejahteraan, kesihatan, kegembiraan dan kekayaan!!!!!


Pernahkah anda terfikir mengapa Full Pack vitamin Shaklee lebih murah?


  • Ia adalah harga ahli (automatik dapat diskaun daripada harga jual tau!)
  • Tiada kos re-packing.
  • Belian secara pukal pastinya lebih murah =
  • Berbaloi dengan lebih penjimatan! - 4 bulan tak payah beli vitamin. kecuali nak tambah2 yang lain =)
  • Ber "seal" dan lebih baik.

____________________________________________________
So, apa tunggu lagi Jomlah join sekarang!!! =)


Oh... Lagi satu, nantikan 1st  give-away yang akan dibuat oleh blog ini. Berganda-ganda durian runtuh!! hehe..

Ingin mencuba vitamin SHAKLEE? Kami menyediakan Trial Pack SHAKLEE untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 per set dan free delivery. Sila emel saya di ainihayati@gmail.com atau sms ke 012-2897359.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...